UMNO ADALAH PARTI YANG MENGHINA BANGSANYA




Allah Taala berfirman dalam Surah Yusuf ayat 2



Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. 
Chinese
我確已把它降示成阿拉伯文的《古蘭經》,以便你們了解。
Tamil 
நீங்கள் விளக்கிக் கொள்வதற்காக, இதனை அரபி மொழியிலான குர்ஆன் நிச்சயமாக நாமே இறக்கி வைத்தோம்.
 (12:2)


     Dalam ayat ini perkataan Arab dikaitkan Allah hanya dengan Al-Qur'an.  Al-Qur'an tidak pernah mengkategorikan manusia mengikut bangsa.  Al-Qur'an meletakkan manusia sebagai

1)     orang yang beriman
2)     orang yang munafik
3)     orang yang kafir

     Perutusan Rasul dikaitkan dengan pemilihan daripada kalangan mereka atau dipilih daripada mereka atau dari kalangan saudara mereka.  Ini bermakna Al-Qur'an tidak pernah mengangkat kemuliaan mana-mana bangsa.  Al-Qur'an hanya mengiktiraf kemuliaan dengan kayu ukur taqwa.  Bangsa bertaqwa adalah bangsa yang mulia di sisi Allah. 

    Itu sebab perjuangan yang berteraskan Al-Qur'an adalah perjuangan yang akan memuliakan bangsa dan masyarakatnya.  Inilah yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw.  Nabi berhadapan dengan serangan perjuangan bangsa berasaskan jahiliyah.  Menukar wajah arab dusun dari menurut syahwat kepada patuh dan taat kepada perintah Allah.  Akhirnya bangsa arab menjadi bangsa yang mulia.  Arab bukan sahaja menjadi bangsa mulia tetapi memimpin tamadun umat selama 800 tahun lamanya.

     Perjuangan bangsa adalah berasaskan jahiliyah dan nafsu.  Begitulah perjuangan bangsa Melayu yang diasaskan UMNO.  UMNO membawa perjuangan berasaskan kepada nafsu. 

     Sepatutnya UMNO memartabatkan Bahasa Melayu.  Kini UMNO sendiri tak mahu kepada B Melayu.  Bukti dasar PPSMI.

     Sepatutnya UMNO mengadakan sekolahnya sendiri.  Kini UMNO tak mampu mengadakan sekolah UMNO sendiri.  Ahli UMNO berhujah itu sekolah kebangsaan.  Jawapannya itu bukan sekolah UMNO tetapi didirikan dengan duit kerajaan.  Maka SK adalah sekolah kerajaan.  Kalau sekolah UMNO
duit buat sekolah datang dari kocek UMNO,
guru besar dan gurunya adalah ahli UMNO
pelajarnya adalah anak-anak orang UMNO

Tapi UMNO tak mampu membuatnya.  Ahli UMNO hanya berbangga dengan SK kerajaan.  Itu sebab ahli UMNO tak dapat nak membezakan antara UMNO dan Kerajaan

     Undi orang Melayu yang  menyokong UMNO tak ada nilai.  Yang bernilai bagi pemimpin UMNO ialah undi orang cina.  SJKC Rasa di Hulu Selangor dapat RM 3 juta sebaik lepas Pilihanraya Kecil.  Namun orang Melayu Felda Sg Buaya setelah undi mereka memenangkan calon BN wang yang mereka nanti kena menunggu satu lagi pilihanraya yang akan datang.  Melayu UMNO menipu bangsanya.

      Yang kaya di kalangan UMNO ialah yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO.  Kroni UMNO terus mengaut kekayaan.  Ahli UMNO bawahan tak dapat ape-ape.  UMNO menipu bangsanya.   Dua telaga minyak milik Petronas terlepas ke Brunei, pemimpin UMNO bising.  Kenapa?  Hasil mahsul 2 telaga minyak itu tak dapat kepada pemimpin UMNO.  Dalam isu 2 telaga minyak ini orang Melayu tidak dapat manfaat.

     Begitulah UMNO menipu bangsanya.  Perjuangan asas bangsa membawa kehancuran.  Justeru itu kembalilah kepada Islam.  Teras perjuangan ialah Al-Qur'an dan Sunnah.  Baru tiada penipuan.  Tinggalkanlah UMNO.  Isi borang PAS

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks