AMK Selangor Kesal KPN Angkuh



SHAH ALAM 13 Mei - Angkatan Muda Keadilan Selangor kesal dengan sikap angkuh  Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang enggan meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis bulan lalu.

Ketua Penerangan AMK Selangor Mohd Ezli Mashut berkata perkara tersebut mendukacitakan kerana pihak polis sewajar menunjukkan professionalisme yang tinggi.
"Polis harus membersihkan nama arwah dengan dakwaan beliau adalah seorang penjenayah.
"Kita mahu pihak keluarga dan ibu Aminulrayid tidak dibebani dengan dakwaan tersebut.
"Kita juga menggesa pihak polis agar memperbaiki dan memperkemaskan tahap dan proses supaya tragedi seperti ini tidak lagi berulang," ujar Ezli dalam kenyataan media itu.
Beliau berkata, AMK Selangor juga yakin pihak polis mampu menangani situasi sedemikian dengan baik kerana menurutnya polis sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sememangnya diperlukan oleh rakyat dan negara.
"Tekanan kerja yang dihadapi pasukan polis sewajarnya dikaji semula bagi memastikan mereka mampu menangani beban tugas yang mecabar pada masa kini.
Sehubungan itu katanya, kementerian terbabit seharusnya memastikan  kebajikan anggota polis diutamakan seperti menyediakan perumahan yang selesa, menjaga kebajikan keluarga anggota polis serta sistem gaji yang bersesuaian dengan ekonomi semasa.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks