Pengumuman: Majlis Sambutan Haul Bersama Ulama’ Keturunan Rasulullah


kapitan
Tetamu Jemputan Khas:
  1. Al Habib Musa Kadzim Bin Jaafar As Saqqaf
  2. Al Habib Soleh Al Jufri
  3. Tuan Guru Fahmi Zam Zam Al Banjari
  4. Ustaz Sofian Marbu Al Banjari
  5. Ustaz Elias Bin Zakaria - YDP Majlis Agama Islam PP
Tempat : Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
Tarikh : 12 Oktober 2010 (Selasa)
Aturcara Majlis:
5.30 petang - Bacaan ayat suci Al Quran dan Qasidah
5.50 petang - Tausiah ringkas oleh Ustaz Osman Abdullah Al Yamani
6.10 petang - Ucaptama dari YDP Majlis Agama Islam PP
6.20 petang - Bacaan Wirdu Latif
7.15 malam - Solat Maghrib
7.45 malam - Bacaan Rotib Haddad/Qasidah
8.00 malam - Tausiah pertama oleh Habib Soleh Al Jufri
8.20 malam - Tausiah kedua oleh Habib Kadzim As Saqqaf
8.40 malam - Tausiah ketiga oleh Tuan Guru Fahmi Zam Zam
9.15 malam - Solat Isyak
9.30 malam - Majlis bersurai
(muslimin & muslimat dijemput hadir)
Disarankan datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
kapitan23
Habib Musa Kadzim Bin Jaafar As Saqqaf Read Full...

SELOKA GALAS


Dari Kota Baharu pergi ke Galas
Singgah sebentar di Kampung Maras
Mari berjuang jangan malas
Meruntuhkan BN yang zalim menindas

Sungguh indah Kampung Peria
Penduduknya rajin dan juga ceria
Allahyarham Che Hashim banyak berjasa
Diingat dikenang sampai bila-bila

Kampung Paloh Kampung Nenggiri
Kampung Kerinting Limau Kasturi
Jasa Che Hashim terus diingati
Semasa hidup hingga ke mati

Tok Pa Awang Adek cantik rupawan
Kerusi Menteri Besar jadi idaman
Che Hashim Sulaima orang beriman
Disegani lawan dan juga kawan

Ku Li bijak main politik
Pengalaman banyak ilmu tinggi
Setiap saat setiap detik
Mesti bijak atur strategi

Hebat sungguh Gua Musang
Dulu mundur dan juga usang
Kini maju dipandang orang
Banyak pembangunan telah dirancang

Gua Musang manis dipandang
Banyak pembangunan sudah dibuat
Tanpa hiraukan agama dan undang-udang
Jabatan Kerajaan terus diperalat

Galas, Nenggiri dan juga Dabong
Penduduknya rajin tidak malas
Pecah simpanan pecah tabong
Bantu PAS menang di Galas

Pergi ke Gua Musang naik bas
Pergi ke Galas naik kereta
BN gentar lawan PAS
Takut kecundang malu tak terkira

Saufi Deraman bekas Tok Wakil
Kalah sekali menang sekali
BN pening terus berdegil
Cuba pelawa pujuk Ku Li

Angan-angan tinggi menggunung
Nak menang di Galas nak menang Kelantan
Muhyiddin Najib asyik termenung
Ku Li senyap tak bagi jawapan

Habis sepah madu dibuang
Di hina dimaki juga dicaci
Dulu dirinya tidak dipandang
Bila tersepit Ku Li dicari

Tipu rakyat kerja mereka
Sogok dan rasuah wirid harian
Sehingga kini tiada berita
Apakah Ku Li terima pelawaan

Tidak gentar Tidak Takut
Siapa calon pun PAS lawan
BN gelabah dan juga kecut
Rakyat cerdik tak makan umpan

Sekian dulu hamba berundur
Masa lain berjumpa lagi
Kelantan maju tidak mundur
Dapat keredhaan ampunan Ilahi

Nukilan : Mutaligat 2010
Read Full...

Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard


Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.  Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.
che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12.  Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.
Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik.  Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.
1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang.  Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?
Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik.  Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.
Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.
Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?
Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu.  Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.
2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu.  Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan.  Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah.  Mengapakah situasi ini berlaku?
Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti.  Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti.  Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.
Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR.  Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel".  Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.
Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?
Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).  SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.
Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama.  Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.
Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.
4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda.  Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS.  Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?
AMK tidak lemah.  Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK.  Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia.  Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.
5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara.  Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK.  Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?
Di dalam politik, kita mesti realistik.  Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara.  Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik.  AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat.  Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?
6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998.  Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?
Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik.  Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.
7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO.  Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?
Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan.  Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.
8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY.  Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?
Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik.  Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:
PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi.  Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama.  Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.
Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR.  Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti  Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.
AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas. 
9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.
a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.
b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.
c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.
 
10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?
Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka.  Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.
*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email.  10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.
Read Full...

Tok Guru Gila : Susulan Laporan Polis Pas Besut,Respon Umno Besut


BESUT – Pas diminta tidak terlalu sensitif terhadap ucapan penceramah dalam program ceramah politik bertajuk DAP Anti Islam di Kampung Padang Luas, 1 Oktober lalu.

Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (gambar kiri ) berkata, perkataan gila ke atas Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah program itu bukan merujuk kepada masalah mental.

Menurutnya, apa yang diperkatakan penceramah jemputan iaitu Pengerusi Jemaah Pondok-Pondok Seluruh Kelantan, Abdullah Saamah bukan bermaksud Nik Aziz gila dari segi mental.

“Gila banyak jenis seperti orang gila motosikal vespa, gila gasing iaitu merujuk kepada minat yang bersungguh-sungguh termasuk gila kuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Kawasan Besut yang menuntut UMNO Bahagian Besut memohon maaf dalam tempoh 24 jam berikutan ceramah anjuran UMNO Bahagian itu bertajuk DAP Anti Islam selain gelaran ‘gila’ terhadap Nik Aziz.

Katanya, Pas jangan berfikiran sempit sebaliknya perlu menafsir perkataan itu kepada maksud yang lebih luas.

Mengenai laporan polis yang dibuat Pas Kawasan Besut, semalam susulan tiada tindak balas terhadap desakan mereka, Nawi berkata itu hak mereka untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Besut, Muhammad Pehimi Yusof berkata, ceramah itu bukan tindakan terdesak UMNO, sebaliknya sebagai penerangan kepada orang ramai agar dapat menilai tindakan parti itu yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurutnya, ceramah itu untuk memberi penerangan kepada orang ramai agar menilai apakah tindakan dilakukan DAP itu benar atau salah.

“Kita tidak paksa orang percaya apa yang diperkatakan, tetapi dengar dan balik fikir semula adakah apa yang diterangkan penceramah benar atau tidak bahawa DAP menentang Islam. UMNO hanya menentang kafir harbi iaitu kafir yang menolak dan menentang Islam iaitu DAP.

“Tapi kita berkawan dan menghormati kafir zimmi kerana golongan ini menghormati Islam sebab itu ceramah itu bukan berunsur perkauman,” katanya.

Menurutnya, tindakan Pas membuat laporan polis kononnya mendakwa ceramah itu berunsur perkauman dan hasutan sebenarnya disebabkan mereka rasa takut dengan kebenaran yang akan dibongkar UMNO mengenai DAP.

“DAP adalah rakan Pas dan sudah tentu Pas takut perkara sebenar terbongkar kerana ia akan mengurangkan sokongan orang Islam terhadap Pas yang menyokong DAP yang secara jelas menentang kerajaan Islam. Pas sebenarnya perlu bersahabat dengan UMNO bukan dengan DAP,” katanya.SH

Ulasan Tinta Hijau DKB

Sejak bila pula Umno pandai menggunakan bahasa kiasan niii,dulu ketika Tok Guru berkias Allah Samseng kemain lagi diorang hentam Tok Guru bila kena tang diorang bahasa kiasan la pulak...betul2 pening la puak ni.Satu hal lagi bab kapir Harbi/Zimmi,adakah rakan komponen bukan Islam Umno dalam BN telah diiktiraf sebagai kapir zimmi? Antara maksud kapir Zimmi ialah bukan islam yang bernaung dibawah kerajaan islam dan bersetuju menerima hukum islam sebagai hukum tertinggi negara serta sudi membayar jizyah kepada kerajaan islam.
Kalau betul mereka kapir zimmi kenapa Umno tidak melaksanakan syariat islam walaupun lebih 50 memerintah negara bersama rakan komponen mereka.Jangan nak hipokrit la.Dap kononnya kapir Harbi,MCA,MIC,Gerakan dan lainnya tu pulak kapir Zimmi.Piiiirah mabuk toksah nak buat lawak la....sebelum buat kenyataan belajar dahulu apa maksud kapir Harbi/Zimmi taklah nanti diketawakan orang....
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks