Protes laksana GST di ibu negara bulan depan

OTA BARU, 27 Feb — Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim mengalu-alukan kehadiran beramai-ramai rakyat negara ini menyertai protes terhadap keputusan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara pada 15 Mac ini.

Kata beliau, protes akan diadakan di pekarangan bangunan Parlimen yang bersidang mulai pertengahan bulan depan.

"Bantahan ini bukan untuk cetuskan sebarang permusuhan, tetapi demi untuk membela kebajikan rakyat.

“Terutamanya rakyat bawahan yang berpendapatan rendah, petani, nelayan termasuklah ibu-ibu tunggal.

“Kita rasa bertanggungjawab terhadap kesan pelaksanaan GST terhadap mereka. Maka kita tidak akan biarkan rakyat terus ditekan dan ditipu dengan semudah itu oleh kerajaan pemerintahan,” kata beliau pada majlis penerangan mengenai GST.

Majlis tersebut diadakan di Medan Ilmu dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Senator Mumtaz Mat Nawi dan Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

Pada majlis berkenaan Mohd Nasir mendedahkan pelaksanaan GST akan mengakibatkan 80 peratus rakyat Malaysia mengalami penurunan pendapatan dan kualiti hidup selain melebarluaskan lagi jurang antara kaya dan miskin rakyat negara ini.

Katanya, pelaksanaan GST tidak ubah sebahagian daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk memindah bebanan cukai daripada golongan kaya dan korporat kepada rakyat biasa.

“Langkah demikian adalah langkah memijak kepala rakyat, bukan langkah untuk mengangkat taraf hidup rakyat ke arah yang lebih stabil.

"Kita rakyat mesti faham sungguh-sungguh konsep akan dilaksanakan dalam GST ini.

“Ingat dan faham, sesungguhnya GST akan memiskinkan lagi rakyat miskin,” katanya.

Sementara itu Saifuddin dengan nada serta gaya bahasa yang mudah menerangkan GST terpaksa dibuat kerana kerajaan Malaysia tidak ada duit akibat keborosan, ketirisan termasuklah rasuah.

“Semua rakyat akan kena dengan GST ini. Tak kira kamu orang susah ke, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hatta ibu-ibu tunggal sekali pun,” katanya.
Rang undang-undang GST akan dibaca buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula 15 Mac ini. Read Full...

Permuafakatan agenda utama PR

SUNGAI UDANG- Kesungguhan Pakatan Rakyat (PR) dalam menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira kaum menjadi agenda utama komponen itu setiap kali musim perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, selain permuafakatan, pihaknya juga sentiasa mengutamakan kebajikan khususnya kepada golongan yang memerlukan perhatian termasuk warga emas.

Menurutnya, sumbangan kepada warga emas adalah acara tahunan yang dijalankan pihaknya bagi meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Sumbangan ini dianjurkan untuk meringankan beban warga emas dan menunjukkan, masyarakat sekeliling masih prihatin serta tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka. “Jasa warga emas ini seharusnya tidak dilupakan terutama bagi generasi muda kerana mereka juga pernah menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan khususnya di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Hi Tea bersama penduduk di Dewan Teluk Pulai di sini.

Pada majlis itu, seramai 200 warga emas Teluk Pulai menerima sumbangan sempena perayaan kali ini. Read Full...

Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama. Read Full...

kemaruk gila kuasa...UMNO buat taik ....depa pi kacau guru guru JPN di pulau Pinang...

UMNO PULAU PINANG TAKUT TENGGELAM : GURU-GURU JADI MANGSA FITNAH

Petang kelmarin, sorang kawan aku berjawatan Guru Besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang maklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mula panggil cikgu-cikgu sekolah dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk disoal siasat kerana dituduh sbg pro parti pembangkang (PAS dan PKR). DAP takdak pun, pasai bangsa Cina tak pernah buat naya kpd kaum sendiri walaupun depa bukan beragama Islam.

Katanya cikgu-cikgu ni dituduh manjadi anggota atau ahli PAS atau PKR dan ada juga yang dipanggil kerana dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Maka ramailah yang kena panggil. Aku dimaklumkan juga seramai 42 guru dan pegawai telah dipanggil dan depa ni disoalsiasat bertubi-tubi dan diperlakukan seperti penjenayah perang.

Yang heran tu, arahan ni mai dari Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Senarai nama katanya dihantar oleh Bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang. Zahid Hamidi dikatakan telah bawa senarai nama dan pertuduhan tu kepada Pengarah JPN Pulau Pinang, Haji Ibrahim Bin Ahmad. Pengarah JPN P.Pinang ditekan dan dipaksa untuk ambik tindakan kpd guru-guru ni. Kalau Pengarah JPN tak ambil tindakan kepada guru-guru, maka Zahid Hamidi akan ambil tindakan kepada Pengarah JPN P.Pinang.

Akibat tekanan hebat ni, maka Timbalan Pengarah JPN dan beberapa Ketua Sektor JPN P.Pinang telah turun ke setiap daerah dan menyoal siasat guru-guru ni. Ada guru yang katanya terpinga-pinga dan tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kpd depa. Ada juga guru yang dipaksa mengaku terlibat dengan PAS dan PKR. Ada guru yang pi kuliah agama dengar ustaz baca kitab pun dituduh PAS. Mcm-mcm lagi dakwaan yang kawan aku habag.

Yang peliknya pasai apa UMNO P.Pinang dok kacau JPN? JPN dan cikgu-cikgu ni bukannya depa yg bayag gaji. Lagipun UMNO ni bukannya kerajaan. Dia hanya parti politik. DAP yang memerintah P.Pinang pun tak pernah ambil tindakan kpd kakitangan Kerajaan Negeri yang pro UMNO dan BN. Malah DAP bagi kebebasan dan hak kpd kakitangan Kerajaan Negeri untuk pilih mana-mana parti yg depa mau.

Kalalulah mcm ni pun angkara bermakna amat durjanalah UMNO. UMNO masih kolot dan primitif dan otordog.
UMNO sebenagnya pelingkup Melayu. Penuh dengki khianat. Hati busuk dan penuh dendam kesumat. Nampaknya Lim Guan Eng lebih cerdik dan dihormati. Tak sama dengan Zahidi Hamidi yang bodoh, dungu, jahat dan berhati iblis. Zahid Midi ni penjahanam dan pelingkup Melayu.

Ingatlah masa hampa akan sampai. Kalau dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, siaplah hampa. Talibarut yang jahat dan durjana yg dok jadi informer di JPN dan PPD seluruh negara akan dihukum kerana dosa menjahanamkan bangsa sendiri. Hampa ingat hampa akan berkuasa selamanya ka?

Aku pesan kat member aku tu, supaya senaraikan nama-nama talibarut UMNO yang dok jadi hantu dan bangsat di sekolah, PPD dan JPN. Masa akan sampai untuk depa pulak. Depa yg memulakan permainan jahat ni, dan depa pasti akan dihukum bila tiba masanya.......kesian cikgu-cikgu di Pulau Pinang.....tak pasai-pasai kena panggil mengadap dan dituduh serta dilayan mcm penjenayah oleh Ketua Sektor Pendidikan Pulau Pinang yang mnjadi jurucakap UMNO semasa sesi soalsiasat......

oleh KedahLama Read Full...

UMNO SEDANG MELALOK

Semasa ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membantah Malayan Union, majoriti orang Melayu menyokong UMNO kerana hak mereka terhakis. UMNO mendapat kredit khas kerana berjaya mengelakkan bencana menimpa orang Melayu. UMNO terus disokong selepas itu sehinggalah kecurangan mereka terbongkar dengan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada masa itulah rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan sosial meletus menjadi pergaduhan antara kaum.

Baharulah Perikatan sedar tentang kegagalan mereka menangani isu jurang ekonomi yang luas antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Maka dilancarkanlah Dasar Ekonomi Baru (DEB)untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dua puluh tahun masa yang diberikan untuk mencapai matlamat itu (1970 - 1990). Dengan segala bagai kemudahan dan peruntukan wang yang melimpah-ruah, orang Melayu hanya dapat 19% ekuiti, tersasar jauh dari matlamatnya, 30%. Dasar Pembangunan Nasional menyusulinya sehingga tahun 2000. Tiada juga terhasil matlamat itu. Kini matlamat 30% itu mahu dicapai melalui Dasar Wawasan Negara pada tahun ini (2010). Jawapan negatifnya telah tersedia.Kegagalan demi kegagalan menyebabkan untung nasib orang Melayu terkontang-kanting. Salahnya ialah nafsu serakah pemimpin Melayu sendiri. Kaum lain tidak menumpang sedikit pun kesalahan itu. Yang khianat pemimpin Melayu. Yang dapat projek pemimpin Melayu dan kroni mereka. Mereka buat duit atas angin melalui perniagaan Ali Baba. Dapat projek beri kepada orang Cina. Salah Melayu bukan salah Cina. Ketirisan, salah guna kuasa, dan rasuah bermaharajalela. Memang wujud Melayu yang kaya raya, tetapi mereka itu berapa kerat sahaja. Majoritinya kroni.

Agenda untuk membangunkan Melayu hampir tiada dalam Dasar Pembangunan Nasional (1991 - 2000) kerana yang disibukkan ialah hendak menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Siapakah yang akan percaya Melayu boleh dapat 30% ekuiti pada tahun 2010 melalui Dasar Wawasan Negara? Dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa dalam UMNO serta keadaan ekonomi yang sentiasa menguncup, jauh panggang dari api untuk melihat kejayaannya. Sebab itu Najib beriya-iya hendak melancarkan dasar ekonomi untuk kesekian kalinya. Masalahnya sampai dasar ekonomi ke berapa baharu orang Melayu nak maju, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain?

Usahlah berangan-angan jika nafsu serakah pemimpin masih tidak berubah. Songlap sahaja asal ada kesempatan. Bazirkan sahaja wang bila terlalu banyak. Joli katak semahu-mahunya. Bila duit tidak semewah dulu ketika ini, yang teraniaya para pekerja. Mereka tidak akan dibayar kalau buat kerja lebih masa. Pelabur asing banyak yang cabut lari. Pendatang asing banyak yang datang mencuri. Anehnya, wang makan budak-budak asrama pun dinaikkan. Tidak cukup dengan itu, suruh pula budak-budak asrama balik tidur di rumah tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, kononnya nak jimatkan kos.

Walaupun begitu, UMNO/BN tidak rasa malu. Masih juga tegakkan benang basah dengan mendakwa negara telah berjaya keluar daripada kemelesetan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi negara bagus. Yang tidak bagus ialah pembangkang. Hanya BN yang mampu memerintah negara ini. Lim Guan Eng tidak bagus kerana melaksanakan tender terbuka dan tidak beri projek kepada kroni UMNO. Khalid tak bagus kerana beri air percuma kepada rakyat dan tidak mahu menaikkan tarif air. Azizan tak bagus kerana bekalan air selalu kekeringan, kotor, dan berbau di Kedah. Nik Aziz tidak bagus kerana minta royalti petroleum.

Mereka tidak pernah sebut kebagusan sistem pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz. Mereka buat pekak sahaja dengan dasar perjuangan berdasarkan al-Quran dan Hadis. Mereka sibuk dengan perarakan Maulidur Rasul yang tidak wajib,tetapi menghentam hukum sebat ke atas wanita yang melakukan persetubuhan haram. Mereka bantah keputusan mahkamah membenarkan gereja Katolik guna kalimah "Allah". Islam apa yang UMNO pakai? Mereka arak kepala lembu untuk menyakitkan hati orang India. Pegawai khas Najib menghina orang Cina dan India. Rasis mereka sudah keterlaluan. Apa erti semua ini?

Kerja tetap yang mereka lakukan sehari-hari ialah melaga-lagakan semua parti dalam Pakatan Rakyat. Mengapa mereka berbuat demikian? Mereka mahu menghalang Pakatan Rakyat berbakti dengan ikhlas kepada rakyat. Mereka mahu menghalang Pakatan Rakyat kembalikan kekayaan negeri kepada rakyat. Mereka mahu menghalang usaha Pakatan Rakyat menyatupadukan semua kaum di negara ini. Mereka iri hati melihat orang Melayu sokong DAP yang didakwa taksub dengan Malaysian Malaysia. Mereka iri hati melihat orang Cina dan India berduyun-duyun menyertai Dewan Penyokong PAS. Mereka iri hati PKR wujud sebagai parti pelbagai kaum.

UMNO perlu ingat bahawa dalam era globalisasi sekarang ini UMNO bukan Melayu dan Melayu bukan UMNO. UMNO hanyalah parti rasis yang majoriti ahlinya Melayu. Melayu dalam UMNO telah lama mengkhianati Melayu. Melayu dalam UMNO lebih mementingkan diri sendiri daripada bangsanya. Orang Melayu yang masuk UMNO semuanya mempunyai agenda untuk membina kemewahan diri. Orang Melayu dalam UMNO tidak tahu membezakan tanggungjawab dengan bantuan. Oleh sebab itu, mereka selalu mengungkit. Kami sudah bina masjid. Kami sudah bina jalan raya. Kami sudah sekolah. Kami sudah baiki bumbung rumah pangsa yang diterbangkan angin. Sokonglah kami yang sentiasa membantu rakyat. Rakyat pun kata, "Itu tanggungjawab kerajaanlah ngok!!!"

Mengapa mereka tidak kata, "Kamilah yang buat stadium, tidak lama selepas itu runtuh." Mengapa mereka tidak kata, "Kami bina makmal komputer di sekolah, belum pun siap bumbungnya runtuh." Mengapa mereka tidak kata, "Kamilah yang yang songlap duit PKFZ." Mengapa mereka tidak kata, "Pemimpin UMNO mengamalkan rasuah politik, janganlah sokong kami lagi kerana kami tidak terdaya menghapuskannya."

Lihatlah sikap lempar batu sembunyi tangan mereka. Lihatlah sikap mereka memaku dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih. Lihatlah lakonan mereka seperti musang berbulu ayam. Lihatlah mereka kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.
Rakyat Malaysia sudah jijik memandang mereka. Rakyat Malaysia akan menolak mereka walaupun Najib melalok konsep 1 Malaysia berjaya.

Drs Harun Jaafar Read Full...

Pakatan Rakyat Berazam Untuk Tawan Johor

Ketua Umum KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian dan keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan terus menyerang Johor walaupun negeri tersebut dicanang sebagai kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Bercakap dihadapan lebih 3,000 ribu penyokong pada Ceramah Perdana anjuran KEADILAN Cabang Sekijang, Segamat malam tadi, Datuk Seri Anwar berkata Johor kini menunjukkan perubahan ke arah menyokong Pakatan Rakyat akan berjanji akan terus menggerakkan aktiviti ceramah ke seluruh Johor dalam masa terdekat.

"Mereka kata inilah kubu kuat Umno, kubu apa? "Saya berjanji akan datang. Minggu depan saya turun ke Johor lagi, jangan main-main, saya serang Johor betul-betul," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tujuan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Washington, Amerika Syarikat 25 Februari lalu.

Datuk Seri Anwar menjelaskan kedatangan menteri tersebut adalah kerana kerajaan terdesak ekoran tekanan Amerika Syarikat agar beliau diberi keadilan sewajarnya berhubung kes Konspirasi II.

"Mereka (Umno-BN) kata Amerika campurtangan. Sekarang kenapa Nazri pergi Washington semalam? Untuk tujuan apa? Nak terang kepada orang Amerika pula?" soal beliau.

Malah kata Datuk Seri Anwar lagi Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail akan sentiasa cemas dan ketakutan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kes beliau itu.

"Gani tidak akan berani mahu pergi bersidang dan bercakap dengan mereka (Amerika) mengenai kes saya. Nak cari pasal bila orang tanya dekat dia. Tergagap-gagap kalau orang Amerika tanya. Dekat sini (Malaysia) tak apa, sebab depan hakim pilihan dia," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Majlis ceramah turut dihangatkan lagi dengan kempen "Boikot Utusan" yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong yang hadir.

Langkah simbolik membakar akhbar itu adalah sebagai usaha memberi kesedaran kepada rakyat supaya tidak melanggan akhbar milik Umno itu yang sentiasa mengaburi dan membohongi rakyat dengan laporan dan berita memburukkan Datuk Seri Anwar serta Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kempen yang sama telah dijalankan di Selangor dan Perak.

Turut hadir pada ceramah di Sekijang termasuk Datuk Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor Annuar Salleh.

Datuk Seri Anwar juga sempat beramah mesra serta menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat Johor di Segamat. -suarakeadilan Read Full...

Isu royalti: Kelantan siar iklan penjelasan balas

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Kerajaan negeri Kelantan pula menyiarkan iklan penjelasan balas satu halaman lapan perkara berhubung pertikaian royalti minyak menjawab penerangan dibuat oleh kerajaan pusat di akhbar-akhbar Bahasa Malaysia Ahad lalu.

Iklan itu disiarkan dalam akhbar PAS Harakah dalam edisi terbarunya yang berada di pasaran sejak semalam.

Sebagaimana iklan penjelasan kerajaan pusat, penerangan kerajaan negeri Kelantan juga menjawab dengan menyentuh lapan perkara.

Iklan penjelasan kerajaan negeri Kelantan ini memulakan penerangannya dengan berkata “asas tuntutan bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai Kelantan”.

Ia menambah, “Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), yang mula berkuat kuasa pada 1 Okt 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperoleh di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

“Di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, setiap daripada 13 negeri di Malaysia telah menandatangani perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

“Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama kerajaan persekutuan baru-baru ini,” katanya.

Oleh itu kata iklan penjelasan itu, kerajaan negeri Kelantan memutuskan untuk menjawab lapan soalan iaitu “Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?”, “Mengikut Perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak lima peratus bayaran tunai kepada kerajaan negeri?”, “Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?” dan “Apa yang dimaksudkan dengan bayaran “Wang Ehsan”?”.

Empat persoalan lain ialah “Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?”, “Mengapa Wang Ehsan yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?”, “Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ehsan?” dan “Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?”

Iklan penjelasan kerajaan pusat pada 21 Feb lalu juga menggariskan lapan persoalan, yang menurut Tengku Razaleigh sebelum ini sebenarnya ia menimbulkan implikasi baru dan mengelirukan.
Penjelasan kerajaan negeri Kelantan ini telah diumumkan oleh Exconya Datuk Husam Musa selaku pengerusi jawatankuasa khas pertikaian bayaran royalti dibentuk oleh Kota Baru, 23 Feb lalu. Read Full...

Royalti Minyak: Pendedahan Akta Petroleum & Perjanjian 1974/1975

BASTARDYe lah tu... kalau dah kaki penipu, kaki pembelit, tipulah ikut mana-mana pun, belitlah kot mana-mana pun.

Dari awal lagi memang sikit pun aku tak percaya KERAjaan Pusat akan bayar baik Royalti Minyak, baik Wang Ehsan ataupun Bayaran Tunai dekat Kelantan selagi semua tu tak sampai ke Negeri Kelantan.

Awal-awal dulu khabarnya KERAjaan Pusat nak bayar wang ehsan bermula pada bulan Mac tahun ni dan benda alah ni jugak telah digembar-gemburkan dalam "Ceramah Perdana" anjuran "NGO" di Bangunan UMNO Kelantan yang dihadiri oleh hampir 500,000 "rakyat Kelantan" yang "dahagakan kebenaran" (pinjam kata-kata Tok Pa... bahagian angka tu saje aku tambah bagi Tok Pa seronok... hahaha...)

Kelmarin pulak dalam kenyataan Awang Adek, dikhabarkan bahawa wang ehsan akan mula diagihkan pada bulan April pulak. sikit aku tak heran kalau duit tu tak sampai-sampai dan aku sikit pun tak marah kalau duit tu tak sampai pada rakyat sebab bukan itu yang kita tuntut. yang kita tuntut ialah apa yang dah termaktub dalam perjanjian.

Dari awal lagi memang kami rakyat Negeri Kelantan menuntut Royalti Minyak ataupun Bayaran Tunai atas Hasil Negeri yang dikorek/disedut dan dikaut hasil keuntungannya oleh Petronas dan juga KERAjaan Pusat.

Perjanjian yang dimaksudkan ialah perjanjian asal yang tak pernah diubah atau dipinda sejak dari mula ia ditandatangani sehinggalah ke hari ni. ikut perundangan, ianya adalah SAH dan wajib dipatuhi oleh ke2-2 pihak yang menandatangani perjanjian tersebut.

Buat masa ni, yang akur dan masih memegang apa yang ditandatangani cuma pihak yang menandatangani sahaja iaitu Mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang menafikan pulak ialah pihak yang tak ada kena mengena dengan perjanjian tersebut iaitu wakil UMNO Kelantan iaitu Awang Adek, Mustapha Mohamad, Fathmi & the Geng dan juga Proksi UMNO yang juga wakil Katak Mas Tuanku Brahim Ali Al-Froggy. Gerombolan ini lebih dikenali dengan gelaran "Pengkhianat Negeri Kelantan".

Aku yakin ramai yang masih belum tengok perjanjian tu dan apa yang tertulis dalam perjanjian dan juga Akta Petroleum 1974 tu... jadi hari ni aku publishkan untuk korang baca dan teliti betul-betul apa yang termaktub dalam perjanjian dan jugak Akta Petroleum 1974 tu.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)Nota: Mintak tolong BIJAK PANDAI-BIJAK PANDAI dan para PENGAMPU, PENGKHIANAT dan juga TUKANG JILAT JUBUR KERAjaan Pusat CARI SAMPAI DAPAT dekat mana dalam Perjanjian dan Akta tu yang sebut atau kaitkan "JARAK YANG MEMBOLEHKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN" menuntut pembayaran Wang Tunai atau tolong perjelas dalam bahagian mana dalam Perjanjian dan Akta tu yang sebut atau kaitkan "JARAK YANG TIDAK MEMBOLEHKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN" menuntut bayaran Wang Tunai hasil dari galian Gas atau Petroleum di Negeri Kelantan.

Para "PENGKHIANAT" boleh mula buat "Road show" untuk perjelas perkara ni sampai rakyat yang kamu anggap BANGANG MACAM KAMU (Awang Adek, Mustapha Mohamad, Ibrahim Ali dan Pencacai) paham sepaham-pahamnya..!

p/s - mulai hari ini, aku istilahkan para PENGKHIANAT NEGERI KELANTAN sebagai "BASTARD"...!!! Read Full...

Cerita Wanita Pertama Malaysia - Cenangau

Sapa kata 'Wanita Pertama Malaysia' Rosmah Mansur tak hebat. Tak percaya bacakat siniMemang hebat dia ni. Dengan bangganya dia cerita apa yang selama ni dia buat masa diluar negara. Macam-macam dia buat, bukan setakat pi membeli belah.Walaupun ada yang kata dia pi luar negara tu cuma menghabiskan duit rakyat, tapi sebenarnya dia kata, dia buat semua tu untuk kebaikan Malaysia. Ingat senang ka boleh makan sekali dengan wanita pertama Arab Saudi.

Cuma bloggers macam Tukartiub ja suka kutuk dia. Sampai hati dia kata nak jadi gempa bumi. Walaupun memang badan dia debab tapi hati dia baik.
Macam tahun lepasdia siap dapat hadiah US$2 pasai terjumpa dan pulangkan sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot mewah. Pulak tu duit tu dia tak makan sorang, siap bagi lagi untuk kebajikan rakyat Malaysia.

Sampai macam tu pun ramai lagi yang dok kutuk dia. Siap ada yang sanggup buat video khas kata dia buat amalan kurafat, tajuk pun bunyi seram,Rosmah PuakaDalam pada tu dia bukan setakat suka pi melancong kota-kota besar dunia, dia pun adapi Makkah buat umrahBukan sapa-sapa taja, tapi atas perbelanjaan negara pasai ikut rombongan PM. Siap keluar lagi gambar dia pakai tutup aurat tengah buat tawaf. Tu pun ada yang kata dia tak islamik lagi. Dia bukan takmau tutup aurat kut, cuma tak sampai seru ja lagi tu. Bila dah sampai seru nanti pandai la 'orang tutup aurat'. Read Full...

Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).eliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

- Bernama
Jumaat, 2010 Februari 26 Read Full...

Ku Li: ‘Sebab orang Melayu kecewa, tinggalkan Tanah Melayu’

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah (gambar), kini menjadi tumpuan dalam arena politik tempatan khususnya di kalangan orang Umno ekoran pendiriannya dalam isu royalti kepada Kelantan, melahirkan kebimbangan beliau dengan perasaan kecewa orang-orang Melayu, malah ada yang mengambil keputusan keluar negara.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan bumi yang dikenali sebagai Tanah Melayu apabila mereka (orang Melayu) mula meninggalkan (negara),” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Dengan memberikan contoh-contoh khususnya, Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata, khususnya golongan generasi muda juga merasakan tidak senang dengan perkembangan dalam negara.

“Ada orang Melayu di London yang profesional, memperolehi pendapatan yang baik, yang tidak akan kembali kerana persekitaran tidak sesuai di Malaysia,” katanya.

Malah menurut beliau publisiti negatif yang dijana ekoran hukuman sebatan terhadap tiga wanita Islam baru-baru dan isu kontroversi berkisar kalimah “Allah” juga tidak akan membantu negara.

Walaupun hukuman merotan selaras dengan undang-undang syariah, Tengku Razaleigh berkata pendekatan itu membawa impak negatif kepada negara apabila ia menjadi tajuk utama media di seluruh dunia atas sebab-sebab yang tidak wajar.

“Pelabur-pelabur dan pelancong tertanya-tanya apa yang berlaku di Malaysia, ketika kita memerlukan pelaburan, modal dan pekerjaan bagi golongan muda yang terus merasakan ia sesuatu yang sukar.” katanya.

Bekas Naib Presiden Umno ini memberitahu, bukan Islam pula ditangkap kerana berpegangan tangan di khalayak ramai, malah beliau merujuk kepada satu kes di mana pihak berkuasa agama menceroboh bilik hotel dihuni warga asing beberapa tahun lalu.

Malah beliau juga risau dengan hubungan kaum yang semakin buruk disebabkan dasar pecah belah.

Kata beliau, kerajaan boleh mangadakan sebanyak mungkin rumah terbuka tetapi hakikatnya tiada elemen “kemesraan”.

“Sudah tentu orang akan datang jika adanya hidangan makanan percuma tetapi ia bukan sesuatu yang tulen,” kata Tengku Razaleigh, anggota kerabat diraja Kelantan.

Beliau menambah walaupun ada jaminan bahawa kadar jenayah semakin menurun rakyat masih belum merasakan keselamatan mereka terjamin.

“Malah isteri saya takut untuk keluar. Mengapa kita harus takut di negara kita sendiri?” katanya.

Tengku Razaleigh membidas amalan rasuah sambil mengutarakan bagaimana enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia boleh “hlang” dan kemudian dijual ke negara lain dan insiden kapal selam yang menelan berbilion ringgit tidak boleh beroperasi dengan baik.

“Sekarang ia boleh berselam. Kita tidak pasti sama ada ia boleh muncul semula,” kata beliau sambil menambah, ia kelihatan seperti gurau senda tetapi sebenarnya sesuatu yang membimbangkan.

Sehubungan itu kata beliau amalan rasuah turut menyebabkan dadah boleh dibawa masuk dengan mudah ke negara ini.

“Malaysia hanya pasaran kecil berbanding dengan New York tetapi disebabkan ada yang rasuah mereka membenarkan dadah menyalur masuk,” kata beliau sambil menambah ia merosakkan minda golongan muda dan meragut banyak nyawa.
“Ini tanda-tanda kemerosotan yang tidak kita alami sebelum ini,” jelas beliau Read Full...

Awang Adek Ketuai Jawatankuasa Agih Wang Ihsan Kelantan RM20j ....he..he...pakat buleh pitis........!!!

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ihsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.

"Kerajaan pusat sudah bersetuju dengan pelantikan Awang Adek untuk ketuai jawatankuasa ini.

"Agihan wang ihsan RM20 juta itu akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada April nanti," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan dan sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan dan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Mustapa juga berkata kerajaan pusat juga bersetuju untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dalam jawatankusa itu untuk memantau pengagihan wang ihsan yang disalurkan terus kepada rakyat.

Beliau berkata dengan pelantikan pegawai daripada kerajaan negeri pimpinan PAS, ia dapat membendung daripada dakwaan serta tomahan palsu terhadap agihan wang ihsan terhadap pusat.
"Kita mahu tunjukkan bahawa pusat jujur dalam membantu rakyat Kelantan. Kita nak tunjuk bahawa kita tidak ada agenda apa-apa pun. Kita nak berikan wang ihsan kepada rakyat Kelantan secara telus dan terus," katanya. - BERNAMA Read Full...

Assobiyyah Yang Menghantui Jiwa dan Minda Orang Melayu

Oleh: Nash Ar-Rawy

Assobiyyah atau fahaman kebangsaan ( Nasionalisme) masih lagi merupakan penyakit turun temurun di kalangan manusia amnya dan khasnya orang Melayu yang beragama Islam . Orang Melayu menganut agama Islam mengikuti raja mereka iaitu , Parameswa yang memeluk agama Islam pada tahun 1414 ( abad ke 15 ) .Pada abad ke 20 ini, lebih kurang sekitar 500 tahun ; politik “ Takkan hilang Melayu di dunia” yang di taja oleh laksamana Hang Tuah yang tiada di ketahui makamnya ,’ Road-show’ nya masih lagi dilagukan oleh parti assobiyyah Melayu Umno.

Salahkah fahaman assobiyyah ini di sisi Islam ? Sebenarnya tidak salah kerna kecintaan kepada budaya dan bangsa sendiri itu dibenarkan oleh Islam . Justeru, kerna bahasa , budaya , kumpulan ethnik , bangsa dan keturunan adalah semuanya ciptaan tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Pencipta yang bisa menciptakan kepelbagaian bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain .

Lantaran itu , mengapakah Islam mengharamkan assobiyyah ( kebangsaan) dan kaumiyyah( Perkauman ) ? . Ini adalah kerna Bangsa di letakkan melebihi Islam dan dijadikan pula Bangsa itu sebagai TERAS perjuangan dan HALATUJU pencapaian. KEZALIMAN berlaku kerna tiada meletakkan yang hak pada tempatnya yang sebenar! ; yakni Islam sebagai teras dan sebaliknya; dijadikan pula Islam , raja- Melayu, dan ugama Islam sebagai perkakas atau alat untuk mencapai cita-cita kebangsaan Melayu ( assobiyyah Melayu ) seperti yang tertera dengan jelasnya di dalam ‘By- Law” ( perlembagaan ) Umno itu sendiri .

Akibahnya daripada kezaliman tersebut, tertolak hududullah ( batasan hukum ketentuan Allah ) iaitu; Hukum Hudud, Qisos dan Ta’zir tidak terlaksana walaupun setelah 5 dekad merdeka daripada penjajahan Inggeris . Namun , umat Islam masih lagi dijajah dengan “ British Common Law “ dan menolak Hukum Hudud. Inilah dia dosa , dan kezaliman assobiyyah Melayu ( Umno) kepada Islam . Meletakkan Melayu sebagai teras perjuangan bukannya Islam . Natijahnya berlakulah ‘ Neo-Colonialism” (Pejajahan Bentuk Baru) oleh Umno ke atas Islam dengan menggunakan pendekatan assobiyyah Melayu menghantui minda dan jiwa orang Melayu supaya terus tidak merdeka . Menjadikan segelintir sahaja elit Umnoputra kaya raya . Sementera rakyat marhein tertekan dengan sistem Negara Koporat Umnoputra; di atas nama Melayu . Islam haramkan monopoli , kerna kekayaan negara itu untuk semua. Bukan yang kaya bertambah kaya melalui DEB untuk satu puak suku sakat sahaja. Islam haramkan kronisma dan membela semua kaum yang miskin bukan korporat Ananda Krisnan, Vincent Tan dan Mukhlis yang kaya raya mempergunakan DEP menipu rakyat miskin !.

Dalam kes sodomi ( liwat ) DS Anuar Ibrahim sepatutnya di bicarakan di Mahkamah Syariah tetapi sebaliknya di bawa ke Mahkamah Sivil. Walaupun permohonan DS Anuar di buat di Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes Qasaf ke atas Si Penuduh diri beliau ; namum sehingga sekarang hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah masih lagi terkapai-kapai untuk melakukan ‘ Legal Prosidings” ke atas kes Qasaf ( menuduh liwat tanpa 4 orang saksi ) .

Satu bukti lagi ialah kes syurb atau jenayah syariah minum arak . Wanita yang terlibat mahu di sebat secara hukum hudud untuk menebus dosanya di akhirah. Akan tetapi, hukuman ke atas beliau bukanlah secara ketentuan nas daraipada Kitabullah dan Assunnah. Sebatan hukum minum arak sebenarnya adalah antara 40 hingga 80 sebatan untuk tujuan pendidikan bukan penyiksaan dan penghinaan sebagaimana dakwa rakan kongsi Umno ; iaitu ‘Sisters In ‘Islam ‘ “ .Justeru itu dilakukan di depan khalayak sebagai pendidikan cegah maksiat .Sebenarnya tiada mendatangkan kesakitan seperti di dalam filem ‘Semerah Padi “ justeru kerna tangan tiada boleh diangkat melebihi lengan dan menampakkan ketiak , rotan halus dan pendek bukannya tebal dan panjang seperti yang di takuti ‘Sistes In ….” Bahkan jika cedera atau sakit dihentikan segera serta merta dan disambung pada hari lain dan bukannya di sebat berterusan ‘ non –stop/continuos” seperti gambaran negatif yang diberikan ; kerna ianya ibarat si ayah yang mendidik anak tidak solat ‘ bukannya di rotan untuk mencedera tetapi untuk mendidik . Barang dingat Hudud hanya untuk orang Islam , bukan Islam tidak dipaksa kerana ini membabitkan Iman dan mereka boleh pilih ‘Civil Law” .

Hukum hudud yang dilaksanakan dengan sempurna dan dengan redha si pesalah, inyaAllah tertebuslah dosa tersebut ; zina. liwat atau minum arak di akhirat kelak .Sayang sekali bagi umat Islam ; retorik tak hilang Melayu di dunia itu ; rupa-rupanya menghilangkan hudud daripada Satu Malaysia Sekular ( SMS) .Tahukah anda jika Islam naik ; bangsa yang mendukungnya automatis naik. Seperti panji Islam yang di pegang oleh orang Parsi mengusir thogut Shah, Amerika dan CIA. Namun jika orang Melayu menolak Islam dan ‘comfort zone” dengan assobiyyah Melayu Umno . Tiada mustahil jika Allah beri kepada bangsa lain ( Cina dan India) dalam DAP. PKR dan Kongress Penyokong PAS yang belajar Islam dan diberi hidayah masuk Islam dan memperjaungkam “Ad-Deen waddaulah “ dan Ad-Deen wa Syariah di negara ini !

Bagi orang Islam yang beriman tanpa mengira kaum hendaklah bangun untuk memastikan Hudud, Kisos dan Takzir bisa dilaksanakan di negara ini dengan menolak fahaman assobiyyah Melayu Umno dan assobiyyah Cina ( MCA ) dan assobiyyah India ( MIC) dengan memberikan sokongan padu kepada perjuangan yang tidak bernaunsakan kaum atau berteraskan perkauman . Sebaliknya berteraskan Islam ( “Rahmatan lil alameen “ seperti Parti Islam SATU Malaysia : PAS) , dan yang bernaunsakan Keadilan Sejagat dan Universalisme yang menolak retorik dan fahaman perkauman iaitu PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT . Jangan buat DOSA SUBAHAH tolak hudud lagi dengan mengundi Umno/BN lagi. Bertaubatlah dan undi Pakatan untuk menolak assobiyyah dan perkauman UBN yang di taja Umno .

Mencari ‘Political Mileage” dengan bergayut dengan sentimen perkauman dan mencetuskan anarki untuk meneruskan Tradisi Menipu Rakyat dalam jenama baru yang menenggelamkan Islam Hadhari ( Islam Cabut Lari ) ; diberikan kosmetik baru iatu SMS ( Satu Malaysia Sekular ) JTR ( Juara Tipu Rakyat ) . Cuba menutupi kerugian RM 32 BILLION berjudi dengan Tukaran Wang Asing Bank Negera melalui kerajaan RosmahNajib yang bisa menampung 100 tahun baget Pulau Pinang seperti yang di dedahkan Ku Li dan Nga Kor Ming . PKFZ yang didakwa MCA membabitkan figura Umno tetapi tiada disabitkan oleh SPRM; akan jadi seperti kes Perwaja Steel ( 3kali ‘bail-out’ ) dan BMF ; hilang begitu sahaja sekalipun nyawa aruah Jalil melayang .

Inilah dia perjuangan yang berteraskan assobiyyah Melayu ) demi Melayu bukannya demi Islam . Rasuah pun masih boleh jadi calun pilihanraya dan Ketua menteri ; sebab Hidup Melayu sebagai teras dan seruannya ; Amal Makruf Amal Mungkar menolak esensi TERAS perjuangan KITABULLAH dan ASSUNNAH dan seruan ‘ ALLAH HU AKBAR ! “ . Menipu ummah dalam permainan isu kalimah Allah ; walhal ucapan ramai pemimpin umno Satu Malaysia Sekular ( SMS). Massa sudah tahu Umno menolak Hudud kerna Umno bukan parti Islam tetapi parti perkauman Melayu dan hanya bisa hidup dengan sentimen perkauman seperti tohmahan ; PAS alat DAP untuk meraih undi Melayu dan pernah isu assobiyyah ini disandiwarakan oleh Najib –Lee Kim Sai . Bahkan mantan Presiden Umno pernah berkata jika laksanakan hudud habislah tangan orang Malaysia ini boleh dibuat sup . Ini lah ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan dalam perjuangan assobiyyah Umno ; yang menolak Islam sebagai TERAS perjuangan sebaliknya menjadikan assobiyyah Melayu sebagai terasnya dengan memperalatkan raja-raja Melayu, ugama Islam dan budaya Melayu untuk mencapai cita-cita kebangsaan; bukannya Islam sebagai Teras dan Matlamat tetapi sebagai ALAT UMNO semata-mata ; termasuklah Islam Hadhari yang cabut lari dengan penipuan terkini : SATU MALAYSIA SEKULAR ( SMS ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT ) ! .
“ ALLAH IS THE GREATEST ! “ Read Full...

Awang Adek Ikrar Salur Wang Ihsan Secara Telus ..ha.ha....cek awe....ikut suka mu lo....!!

KOTA BAHARU: Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berikrar untuk melaksanakan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan sebaik mungkin dan memastikan pengagihan secara telus.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau juga akan memastikan wang berjumlah RM20 juta itu disalur kepada golongan yang berhak menerimanya.

"Saya menyambut baik pelantikan itu dan akan cuba menyelesaikan segera pengagihan wang ihsan dengan setelusnya supaya tiada lagi isu yang berbangkit.

"Kita akan mengumpul dan memanggil semua anggota jawatankuasa dalam masa terdekat ini untuk mengagihkan dan menjalankan tugas masing-masing. Kita mahu rakyat mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mereka tidak akan bising lagi selepas ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini yang menyatakan Awang Adek dilantik menguruskan agihan wang ihsan itu di atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Sementara itu, mengulas mengenai Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang mempertikaikan tindakan pemimpin Umno Kelantan memberi penerangan berhubung isu royalti minyak, Awang Adek berkata maklumat yang disebarkan kepada rakyat Kelantan adalah mengikut penjelasan Petronas.

"Bukan Umno yang membuat keputusan terhadap wang ihsan di Kelantan, sebaliknya semuanya ditentukan oleh Kerajaan Pusat. Mereka (Kerajaan Negeri) perlu ingat, Datuk (Seri) Mustapa bercakap atas kapasiti Menteri dan saya Timbalan Menteri. Bukan Umno yang cakap.

"Jadi, tak ada sebab saya dan beliau (Mustapa) tidak boleh bercakap mengenai wang royalti memandangkan kami memegang jawatan dalam Kerajaan Pusat," katanya.

Kerajaan Kelantan yang diteraju PAS bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.
Perkara itu adalah seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri. - BERNAMA Read Full...

Anwar Dalam Bicara 7

Perbicaraan ditangguhkan.

Amat menarik untuk diperhatikan bila kemahuan para peguam Anwar meneruskan bicara dan menangguhkan permohonan mereka bagi menyingkirkan hakim. Sudah menjadi rahsia umum di Malaysia bagaimana rakyat semakin hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman apabila melibatkan isu politik.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. ada disebut berkenaan tiga orang hakim di mana dua daripadanya akan menghuni neraka, hanya satu akan ke syurga. Dijelaskan bahawa satu yang ke syurga ini tahu kebenaran dan membuat keputusan sesuai dengannya. Sementara selebihnya ke neraka kerana i) mereka jahil, tetapi tetap mahu menjadi hakim dan ii) mereka tahu kebenaran tetapi membelakanginya.

Kes kehakiman di Malaysia mula menjadi perbualan ramai apabila Tun Saleh Abas ‘hilang jawatan’nya daripada permainan politik Dr. Mahathir. Beliau sempat menulis Singa di Bawah Takhta Dijerat untuk menceritakan seluruh peristiwa yang terjadi sebelum beliau kehilangan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Rais Yatim pernah menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah yang memperihalkan isu kebebasan kehakiman di Malaysia pasca isu Tun Saleh Abas. Ternyata, jambatan yang beliau bakar atas nama prinsip dulunya kini dikompromi dan terlihat ciri nyanyuk lekas menerpa beliau.

Syed Ahmad Idid antara seorang lagi hakim yang mendedahkan bagaimana institusi itu diserang ‘barah’ rasuah.

Hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, dengan Dato’ Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal berkaitan undang-undang, kita dapat melihat sedikit usaha ditonjolkan bagi memulihkan semula institusi yang membina cabang pemisahan kuasa di Malaysia ini.

Tetapi panas tidak mesti sampai ke petang, ada masanya hujan datang di tengah hari. Usaha memulihkan institusi kehakiman dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu usaha menghilangkan pengaruh ‘sang maharaja tanpa tengkolok’ yang telah memerintah lebih dua dekad. Kenapa begitu? Paling tidak ada beberapa petunjuk boleh dinyatakan iaitu:

1. dialah Perdana Menteri yang menyerang institusi kehakiman akibat keputusan-keputusan tidak memihak kerajaan, khususnya mengharamkan UMNO.
2. dialah yang cuba masuk campur urusan berhubung pemecatan Tun Saleh Abas.
3. dialah Perdana Menteri yang memanipulasi sistem kehakiman untuk kepentingan politiknya dalam isu Anwar Ibrahim.
4. bukan sekadar isu Anwar Ibrahim, rentetan daripada isu ini juga ternampak jelas misalnya dalam bicara singkat Munawar Anees dan Sukma Darmawan.
5. selain itu, mendiang hakim Augustine Paul yang tiba-tiba melonjak jawatannya dan popular dengan kata-kata “tidak relevan”.
6. dialah antara yang didapati Suruhanjaya Siasatan video VK Lingam (yang popular dengan kata-kata “correct, correct, correct”) perlu didakwa bersama beberapa yang lain kerana kandungan video tersebut jelas memaparkan manipulasi sistem kehakiman.

Di sebalik semua ini, Dr. Mahathir masih boleh terus bebas dan mengatur agenda beliau. Beliau tidak merasa bersalah dan memang tidak kelihatan mahu mengaku bersalah.

Sebab itu Reformasi 1998 tidak wajar hanya dilihat dalam konteks pertarungan peribadi antara dua tokoh. Ia telah mengheret lebih daripada itu. Kerana Dr. Mahathir tahu bahawa beliau tidak cukup asas untuk membuang Anwar Ibrahim daripada kerajaan, alang-alang beliau memperjudikan nasib dengan membuat pertuduhan mengaibkan dan mengerah seluruh jentera kerajaan menjustifikasikan tindakan tersebut.

Dan kes terbaru antara Anwar dengan Saiful tidak lebih daripada usaha sia-sia sebilangan yang terdesak menahan kemaraan Gerakan Reformasi.

Kenapa mereka memilih pertuduhan yang sama?

Kerana mereka tahu bahawa kemenangan Barisan Nasional pada tahun 1999 didokong oleh undi bukan Melayu. Dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat, Dato’ Azmi Khalid pada waktu itu menyatakan bahawa 65% Melayu mengundi Barisan Alternatif. Ya, orang Melayu menolak pertuduhan jahat tersebut!

Pada tahun 2008, kita menyaksikan undi bukan Melayu ini beralih begitu besar kepada apa yang kita kenal sebagai Pakatan Rakyat. BN, khususnya UMNO sedar bahawa mereka kini benar-benar bergantung kepada undi Melayu.

Tapi undi orang Melayu bukan tidak pernah berpaling sebagaimana kes 1999. Maka ini menjadikan UMNO terdesak. Untuk meneruskan wacana politik ke hadapan, mereka tersekat dengan persoalan lama yang tidak selesai iaitu tindakan bodoh mereka menurut perencanaan Dr. Mahathir sepanjang 1998-2004. Ini kerana Anwar Ibrahim berada di barisan depan Pakatan Rakyat. Penerimaan rakyat kepada Anwar beerti penolakan tuduhan 1998-2004. Jadi, satu tindakan untuk menjustifikasikan tempoh gila itu perlu dibuat. Caranya? Sekali lagi membuat tuduhan mengaibkan itu.
Mereka sangka bahawa rakyat telah memaafkan sepenuhnya tindakan mengheret negara bagi menjustifikasikan tembolok seorang pemimpin yang mengaku wira dunia ketiga tetapi beraja di mata, bersultan di hati. Negara kini di persimpangan, dan ini adalah peluang terbaik rakyat membuat perubahan…secara perlembagaan! Read Full...

widgeo Tengku Razaleigh Menjadi Duri Yang Terpacak Dalam Daging Umno

AHLI politik yang bijak itu ialah ahli politik yang boleh menghidupkan dirinya dalam keadaan bagiaman sekalipun. Bijak mengambil kesempatan bermain dengan isu untuk menzahirkan dia masih wujud dan relevan, bertenaga dan tidak boleh diketepikan. Apa lagi kalau isu yang dibangkitkan itu isu yang menyentu hati dan naluri rakyat bawahan. Ahli politik demikian juga bukan mudah untuk dipadamkan kerja dan idealisme politiknya.Begitulah dengan aksi politik Tengku Razaleigh Hamzah. Dia tidak ada apa jawatan dalam kabinat dan parti. Malahan dia pernah 'ditohok' oleh Dr Mahathir Mohamad. Dia pernah 'diselam air' dua kali oleh Mahathir. Dia juga pernah ditipu hidup-hidup dua kali oleh Dr Mahathir. Namun ternyata kekebalan hayat politiknya, Tengku Razaleigh masih bersinar dan terus menjadi pengharapan rakyat. Idea, pandangan dan ulasannya masih diminati rakyat.

Penerusan nyawa politiknya kerana keikhlasan beliau dalam berjuang.

Misalnya isu tuntutan royalti petroleum di Kelantan benar-benar meletakkan Tengku Razaleigh atas pentas politik semasa yang membanggakan banyak pihak. Bukan saja ahli dan penyokong Umno yang mengenali perjuangan suci Tengku Razaleigh sejak dulu, tetapi ahli dan pemimpin Pas juga merasa terharu atas tindakan Tengku Razaleigh. Orang Pas nampak bahawa Tengku Razaleigh seorang negawaran yang ikhlas.

Sikap dan pendirian beliau berhubung tuntutan itu secara tidak langsung menunjukkan tanggung dan perjuangannya untuk membela rakyat Kelantan berterusan. Dan pendirian beliau itu bukan untuk menentang Umno, sebaliknya demi hak dan keadilan. Kalau kita bercakap soal hak dan keadilan semua orang kena setuju dengan Tengku Razaleigh.

Tidak timbul sebenarnya beliau tidak setia kepada Umno. Pandangannya berkadas dengan Umno kerana dia berpegang kepada kebenaran. Hakikat Kelantan berhak menerima bayaran tunai 5% terus dipertahakan kerana itulah kehendak undang-undang dan ikrar yang termenterai yang dilihat dan diakui sendiri olehnya.

Kalau orang faham perjuangan Tengku Razaleigh dalam hal ini orang tidak akan marah kepadanya. Orang Umno baik Mustapa Mohamed, Awang Adek Hssein atau Setopa Anak Tak Gawa Ali, tidak akan marah kepada Tengku Razaleigh Hamzah bahkan mereka sepatutnya bersama Tengku Razaleigh. Kalau difahami betul-betul, untuk siapakah Tengku Razakeigh perjuangkan semua itu? Wang tunai sebanyak 5% itu bukan untuk beliau atau istana Kelantan melainkan untuk rakyat Kelantan. Bukankah Umno melaungkan perjuangan mereka untuk bangsa Melayu?

Seperti mana yang dijelaskan Tengku Razaleigh apa yang beliau lakukan itu juga kerana mempertahankan semangat dan tujuan Petronas - Akta Pembangunan Petroleum itu diwujudkan iaitu untuk membantu negeri-negeri Pantai Timur yang masih miskin seperti mana dihasratkan oleh Tun Razak. Di sini boleh dianggapkan beliau cuba melaksanakan amanat dan pesanan Tun Razak untuk orang Melayu.

Sayang ramai tidak memahami hakikat dan rahsia tersurat ini, maka adalah yang 'murih dan marah' kepada Tengku Razaleigh. Mereka yang marah adalah mereka yang berfikiran sempit dan melihat ke tembolok sendiri.

Tidak kisah kalau Muhyiddin Yassin kurang senang dengan sikap Tengku Razaleigh itu. Tidak mengapa kalau Najib juga tidak bersetuju (tetapi Najib nampaknya tidak sangat menunjukkan kejengkilan). Begitu juga tidak pelik kalau Rais Yatim tidak rela wang tunai itu diberikan kepada Kelantan. Usah peduli kalau Dr Mahathir juga tidak sokong kerana sudah berdekad Mahathir menganiaya rakyat Kelantan. Ketahuilah dendam Mahathir kepada Kelantan tidak berkesudahan.

Tetapi kalau orang yang lahir di Bachok Kelantan, lahir di Pasir Pekan Kelantan juga turut tidak setuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang-orang ini sudah gila, kalaupun tidak cerdik. Gila bermakna dulu dia cerdik tetapi kerana tension atau terkena buatan orang menyebabkan dia jadi gila.

Kerana apa yang dipertahankan Tengku Razaleih itu satu hakikatlah maka Umno nampak kekok untuk mengambil tindakan kepada ahli Parlimen Gua Musang itu. Nampaknya Umno kena berfikir panjang dan mengkaji implikasinya. Jadi Tengku Razaleigh kini jadilah duri yang terpacak dalam daging Umno yang sukar untuk dicabut.

Mungkin Umno faham akan bahana kalau mereka mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh. Yang jelasnya kepada Umno Kelantan. Kalau takdir Tengku Razaleigh diambil tindakan ini menyebabkan Umno akan menerima naas besar. Pengaruh dan aura Tengku RAzaleigh di Kelantan masih kaut. Apa lagi kalau Tengku Razaleigh yang dianggap suara istana bergabung dengan Tok Guru bernama Nik Aziz ini menyebabkan Umno akan hancur. Tidak musthail dalam pilihan raya akan datang Umno akan mengulangi sejarah malu yang parah dalam pilihan raya tahun 1999, tidak menang walaupun satu kerusi.

Natijah dan implikasi inilah yang ditakuti oleh Umno. Inilah menyebabkan Umno berhati-hati untuk bertindak ke atas Tengku Razaleigh. Soalnya apakah dengan terus membiarkan duri bernama Razaleigh menikam Umno itu Umno Kelantan senang duduk! Jawabnya, biar salah, cabut salah jadi Umno Kelantan serba salah dalam menghadapi Tengku Razaleigh!
MSO. Read Full...

Seminar mengenai M'sia di Washington DC 'tertutup'.....ha..ha....OBAMA tak jemput kaa..????

Sebuah seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) - secara menghairankan - berubah menjadi 'program tertutup'.

Seminar bertajuk 'Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia' itu membabitkan pegawai terkemuka kerajaan Malaysia, dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

NONE

Dalam pengumuman CSIS yang dikeluarkan minggu lalu, ia menyatakan bahawa seminar dua jam itu adalah program terbuka. Tetapi penganjurnya kemudian telah mengubah fikiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Aziz (foto) merupakan satu-satunya wakil Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pengerusi penal penasihat SPRM, Datuk Abdul hamid Mohamad turut dijemput untuk berucap tetapi tidak hadir.NONEAhli parlimen yang hadir ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Datuk Jamaluddin Jarjis (Umno- Rompin), yang duta Malaysia ke Amerika.NONE Read Full...

CUEPACS kena 'kencing'

Ekonomi pulih, CUEPACS kena tipu ?Ekonomi sudah pulih. Bukan saya yang cakap. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia yang keenam meuar-uarkan begitu.

Samada dia bercakap benar atau samada CUEPACS kenatipuSeorang ketua UMNO dapat satu projek beratus juta. Untung berjuta-juta.

Mereka makan isi, masyarakat biasa dan penjawat awam menjilat tulang.
Baca jika rajin : CUEPACS mengamuk kah apa di bawah ni?CUEPACS saran jangan buat OT, baik buat kerja sendiri jika tidak dibayar Read Full...

Polis ada hak untuk membunuh? Hishammuddin tidak berani jumpa mangsa

ni termasuk kes dimana enam orang di Kulim telah ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang lagi yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009

Dalam kes di Kulim, jiran mangsa memberitahu bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

Kesemua mangsa sebelum ini ditembak mati. Mujur ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku jahat dan kejam polisdi sini Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

Dan hari ini, Norizan, seorang ibu tunggal telah diringi oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO pergi ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menghantar memorandum tetapi malangnya, Hishammuddin enggan menemui kehadiran mereka atau menerima memorandum tersebut. Ikuti ceritanya berikut : Read Full...

KDN anggap rencana 'ancam ketenteraman awam'

Kerajaan hari ini memberi amaran akan bertindak terhadap akhbar utama bahasa Inggeris paling besar edaran di Malaysia, The Star berhubung sebuah rencananya yang membidas tindakan kementerian dalam negeri merotan tiga wanita Islam, 9 Feb lalu.

AP memetik seorang pegawai kanan, kementerian dalam negeri, Abdul Razak Abdul Latif sebagai berkata kerajaan menganggap rencana yang disiarkan The Star Jumaat lalu mengancam "ketenteraman awam".

Rencana oleh editor urusan The Star, P Gunasegaram, mengkritik tindakan sebatan syarie ke atas tiga wanita itu kerana mengadakan persetubuhan haram.

Gunasegaram dalam rencananya itu mendakwa tindakan berkenaan mencabuli hak asasi manusia.

Menurut Abdul Razak, pihak kementerian menghantar faks kepada The Star Rabu lalu meminta akhbar terlaris bahasa Inggeris itu membuat permohonan maaf dan menawarkan penjelasan dalam tempoh 14 hari.

Berdasarkan penjelasan berkenaan, Razak berkata kerajaan akan memutuskan tindakan yang akan diambil.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah menarik balik permit mencetak akhbar berkenaan. Semua akhbar di Malaysia tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mewajibkan mereka memperbaharui permit setiap tahun.

Menurut AP lagi, The Star menarik balik rencana itu dari laman webnya dan membuat permohonan maaf Rabu lalu.

Menurut akhbar berkenaan, mereka tidak mempunyai niat untuk menghina atau menguris perasaan umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, bantahan terhadap The Star berterusan.Hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat laporan polis terhadap P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam, hukum Syarak serta sensitiviti umat Islam. Read Full...

Masa Depan FELDA dan Peneroka (II)

Nasib Generasi Kedua


Seperti yang diterangkan di atas, selepas pembentukan Felda Plantations, tidak ada lagi tanah dibuka untuk peneroka baru. Ertinya, sudah dinafikan peluang untuk petani miskin yang ketiadaan atau kekurangan tanah untuk mendapat tanah. Tiada juga peluang untuk generasi kedua dan ketiga (anak serta cucu peneroka asal) walaupun tiada pekerjaan atau tidak bertanah. Mereka tidak ada peluang pekerjaan lain dan tidak dapat mengikut jejak bapa atau datuk mereka.

Bilangan pekerja di bawah FELDA Holdings (yang meliputi semua anak syarikatnya) berjumlah kira-kira 19,000 orang. Ini tidak termasuk peneroka dan pekerja ladang. Kebanyakan pekerja ladang dalam Felda Plantations terdiri dari pendatang luar negara. Begitu juga dengan pekerja-pekerja kontrak yang digunakan untuk kerja-kerja khusus seperti menanam semula di bawah kelolaan Technoplant. Bilangan orang tempatan kecil.

Walaupun ada anggapan konon generasi kedua peneroka tidak suka menjadi "kuli ladang", namun maklumat yang dikumpul menyatakan ada di antara mereka yang memohon tidak diterima. Ada anggapan kononnya mereka ini tidak bersedia bekerja sekuat pekerja-pendatang yang dibayar gaji agak rendah, tidak mendapat syarat-syarat perkhidmatan yang baik dan mudah pula dikawal. Tiada gaji tetap bagi mereka. Ada yang merasakan seolah-olah mereka bekerja sebagai hamba.Seterusnya, ramai anak peneroka Felda mempunyai kelayakan atau kelulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara mereka ada yang telah mendapat biasiswa di bawah rancangan bantuan FELDA Holdings. Sepatutnya mereka ini diberikan keutamaan menjadi pegawai dalam FELDA Holdings atau anak-anak syarikatnya. Akan tetapi tidak. Walaupun ada yang diambil bekerja, saya diberitahu peratusannya adalah kecil.Terdapat anggaran bahawa bilangan generasi kedua dan ketiga Felda menghampiri 800,000. Bilangan sebenar boleh jadi lebih kecil dari itu. Berdasarkan bilangan 113,000 keluarga peneroka dan anggapan setiap seisi rumah terdiri dari 5-6 orang, saya anggar bilangan mereka mungkin dalam lingkungan 500 hingga 600 ribu.

Yang lebih penting dan serius dari angka ini ialah sebahagian besar dari mereka yang tidak berpeluang mendapat pekerjaan di tempat lain masih tinggal bersama-sama keluarga mereka di rancangan Felda. Ramai dari mereka dalam keadaan menganggur. Mereka terbiar. Bermacam-macam masalah sosial timbul di kalangan mereka akibat pengangguran itu.

Bilangan mereka yang terlibat dengan pencurian, penyalahgunaan dadah, perbuatan-perbuatan sumbang dan menjadi Mat Rempit dan macam-macam lagi, sangat besar. Hal-hal ini buruk akibatnya dalam masyarakat peneroka dan serius implikasinya ke seluruh negara. Malangnya hampir kesemua mereka ini terdiri dari muda-mudi Melayu.

Apa Perlu Dilakukan?

Untuk memastikan masa depan lebih baik bagi peneroka Felda dan masa depan yang lebih cerah bagi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda, beberapa langkah perlu dan boleh diambil. Antaranya ialah:-

a) Membuka semula rancangan tanah Felda mengikut konsep asalnya, tetapi tanpa merosakkan alam sekitar, dengan tujuan memberi peluang terutama sekali kepada generasi kedua dan ketiga yang tidak bertanah atau tiada pekerjaan mengatasi kemiskinan.

b) Menggalakkan dan membuka peluang seluas mungkin kepada generasi kedua dan ketiga yang mempunyai kelayakan atau kelulusan, terutama yang telah menerima biasiswa dari FELDA Holdings, untuk menjadi pegawai dalam syarikat gergasi itu serta anak-anak syarikatnya.

c) Memberikan peluang luas, galakan kuat dan insentif serta syarat perkhidmatan yang baik untuk menarik anak-anak muda dari generasi kedua dan ketiga bekerja dalam ladang-ladang Felda Plantations dalam bentuk yang ada sekarang.

d) Membuka pelbagai pusat latihan serta kemahiran (seperti vokasional) yang terbuka lebih ramai (tetapi tidak eksklusif) kepada anak-anak muda generasi kedua dan ketiga bagi meningkatkan taraf kebolehan dan kemahiran mereka.

e) Mengkaji semula hutang dengan tujuan menghapuskan hutang besar dengan bunga tinggi yang dibebankan ke atas peneroka.

f) Mengubah pendekatan dan sistem perladangan Felda supaya keuntungan besar yang diperolehi FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya dapat diagihkan secara adil untuk memberi faedah dan kebajikan lebih besar kepada petani-peneroka umumnya.

Perlunya Penyusunan Semula

Perkara (f) di atas perlu dibincang dengan lebih lanjut lagi.

Sebagaimana yang sudah diterangkan, FELDA Holdings dan anak-anak syarikatnya seperti Felda Plantations dan Felda Technoplant merupakan syarikat-syarikat berorientasi komersil yang berasaskan sistem kapitalis. Tujuan utamanya ialah untuk memaximakan keuntungan.

Untuk mencapai tujuan ini tidak hairanlah jikalau mereka sampai tergamak melakukan penindasan ke atas peneroka yang menyertainya. Misalannya, mereka memberikan pendapatan yang rendah kepada peneroka, membelenggukan mereka dengan hutang yang agak kadar faedahnya (6.25%), dan mengenakan bayaran lain, seperti untuk khidmat nasihat.

Sekali-sekala, khususnya berdekatan hari perayaan atau pilihanraya diadakan upacara-upacara memberikan "wang hadiah" kepada para peneroka. Para pembesar, termasuk Perdana Menteri menyampaikannya. Acapkali pemberian ini diwar-warkan sebagai langkah kerajaan yang dikatakan prihatin terhadap nasib rakyat.

Wang hadiah itu sering diumumkan sebagai wang dari kerajaan. Akan tetapi, sebenarnya ia datang, antara lainnya dari tanah kepunyaan peneroka sendiri, yang sudah dikawal oleh FELDA Holdings melalui Felda Plantations. Sebenarnya wang hadiah itu lebih kecil daripada jumlah yang sewajarnya boleh dan harus diterima oleh peneroka.

Ramai yang menganggap struktur syarikat yang wujud tidak memberikan faedah serta kebajikan sewajarnya kepada petani-peneroka. Untuk meningkatkan setinggi-tingginya faedah serta kebajikan itu mereka berpendapat perubahan atau penyusunan semula perlu dilakukan ke atas syarikat, dari segi falsafah, pendekatan, struktur dan organisasi.

Dalam hal ini mereka mengemukakan pandangan berbeza yang boleh dirumuskan kepada tiga jenis alternatif.

Alternatif A: Mengagih semula keuntungan yang diperolehi FELDA Holdings untuk faedah dan kebajikan petani-peneroka. Seperti yang telah disebut lebih awal, keuntungan syarikat bagi tahun 2008 melebihi RM800 juta. Kita belum melihat atau mengetahui laporan yang menunjukkan siapa atau golongan mana yang mendapat bahagian terbesar dari keuntungan ini.

Yang dicadangkan untuk Alternatif A ini ialah supaya sebahagian besar keuntungan syarikat diagihkan kepada petani-peneroka dengan menaikkan pendapatan mereka. Selain itu hendaklah digunakan juga keuntungan itu bagi membina pusat-pusat latihan kemahiran dan juga memberi lebih banyak bantuan (ditambah dengan subsidi dari Kerajaan) untuk pendidikan dan kesihatan bagi anak-anak petani-peneroka yang layak.

Alternatif B: Memecah-mecahkan semula semua tanah ladang yang dibuka dan dikelola oleh Felda Plantations kepada lot-lot seluas 10 ekar. Kemudian mengagihkannya kembali kepada generasi kedua serta ketiga yang tidak mempunyai tanah atau pekerjaan dan juga kepada petani yang ketiadaan atau kekurangan tanah di luar rancangan Felda.

Dengan Alternatif B ini bererti konsep pengurusan tanah secara perladangan ala Felda Plantations perlu diberhentikan dan kembali semula kepada pengagihan dan pengurusan tanah mengikut rancangan tanah yang asal. Dikatakan bahawa jikalau cara ini dilaksanakan maka kira-kira 80,000 peneroka baru (beserta keluarga mereka) boleh medapat faedah daripada ladang-ladang yang dipecah dan diagihkan.

Alternatif C: Menukar cara pengurusan semua syarikat yang terlibat kepada cara yang berasaskan prinsip kooperasi. Sehubungan ini peneroka dan juga pekerja syarikat hendaklah dijadikan sebagai pemegang saham dalam usaha koperasi yang besar. Semua urusan kerja seperti membeli benih, menanam semula, mengilang biji sawit, memasarkan minyak sawit dan sebagainya hendaklah dilakukan atas asas kooperasi.

Di sini kita lihat asas falsafah dan pendekatan menyelenggara syarikat dan menjalankan aktivitinya perlu dirombak sama sekali. Ada kemungkinan bahawa struktur dan organisasi syarikat-syarikat tidak begitu banyak perlu diubah.

Pada masa ini FELDA Holdings dimiliki seperti berikut;

51% oleh Kooperasi Permodalan Felda (KPF)
49% oleh peneroka Felda (yang telah diserap)
01% Saham Emas (Golden Share) oleh Kementerian Kewangan.

Walaupun angka di atas menunjukkan modal terbesar syarikat dimiliki oleh badan yang dinamakan koperasi namun syarikat itu tidak kelihatan sama sekali mengamalkan prinsip kooperasi dalam urusannya.

Perubahan dan penyusunan semula yang besar memang diperlukan untuk membantu golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah. Lebih banyak yang diperlukan daripada hanya dalam proses perubahan dan penyusunan semula itu.

Berhubung dengan FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya, perubahan mengikut tiga Alternatif di atas merupakan cabaran sangat besar. Pada peringkat akhir Kerajaan mempunyai kuasa penentu ke atas Felda Holdings dan segala perubahan dan penyusunan semula yang hendak dilakukan. Ini dilambangkan oleh Saham Emas yang dimiliki Kerajaan.

Jikalau ada perubahan atau penyusunan semula hendak dilakukan dengan jaya, ia memerlukan keazaman politik (political will) terutama sekali di kalangan pihak yang mempunyai kuasa. Dalam keadaan sekarang ini, dengan kepentingan mereka serta kroni-kroni mereka, saya tidak nampak bagaimana pemimpin-pemimpin besarnya boleh menyetujui ketiga-tiga Alternatif yang dirumuskan.

Namun demikian para peneroka yang prihatin, seperti saudara-saudara yang hadir dalam Konvensyen bersejarah ini, harus mengkaji dengan terperinci setiap Alternatif. Kita mesti meneliti masalah-masalah dan kepentingan golongan apa yang harus diatasi. Kita mesti mengkaji cara-cara untuk mengatasinya. Kita mesti putuskan Alternatif mana yang terbaik.

Kita berharap Insha Allah akan berlaku pertukaran pemerintahan di negara ini kepada yang lebih peduli akan nasib rakyat yang lemah. Apabila ini berlaku, kita harap juga para peneroka sudah bersedia dengan apakah pilihan yang terbaik untuk faedah, kebajikan dan kepentingan mereka. Ini boleh dijadikan agenda perjuangan mereka untuk masa kini dan akan datang. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian pertama: Masa Depan FELDA dan Peneroka (I)
*Kertas kerja ini disampaikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali pada Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua, yang telah diadakan di Jerantut pada 20 Februari 2010.
Khamis, 2010 Februari 25 Read Full...

Siasat ugut Salahuddin, Sivarasa, satu tindakan keterlaluan – Anwar

20090630172709_anwar1KUALA SELANGOR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa polis mengguna taktik mengugut (intimidation) dan bertindak keterlaluan apabila menyoal siasat dua pemimpin dari Pakatan Rakyat.

"Saya percaya tindakan polis ini didalangi oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk terus memberi tekanan kepada pemimpin -pemimpin Pakatan Rakyat," kata Anwar ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah perdana yang dihadiri lebih 10,000 penyokong di sini semalam.

Dua pemimpin PR, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam telah disoal siasat dan diugut di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam suatu perhimpunan aman di Pulau Pinang pada 7 Februari lalu.

Menurut Anwar, tindakan menganggu dan mengugut pemimpin-pemimpin PR merupakan satu bentuk penyalahgunaan jentera dan aparatus kerajaan, sering berlaku dan sangat keterlaluan dalam tindakan.

"Pada hal, puluhan dan ratusan laporan terhadap para pemimpin Umno-BN yang terpalit dengan rasuah, ucapan berbaur perkauman, dibiarkan begitu sahaja dan tiada tindakan pun daripada piihak polis," ujar Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Menyentuh mengenai ketokohan kedua-dua pemimpin itu, Anwar melahirkan keyakinannya terhadap kewibawaan mereka memberikan ceramah walaupun diberi tekanan oleh pihak polis.

"Saya yakin dengan kewibawaan masing-masing sebagai tokoh untuk memberi memberi ceramah. Saya pernah dengar ucapan, ceramah malah di parlimen mereka cukup bertanggungjawab dengan apa yang mereka katakan," kata Anwar.

Laporan mengenai dakwaan mereka mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan telah dibuat oleh pegawai polis Seberang Jaya, Inspektor Irwandi Khirrudin Mohd Rijal pada 8 Februari lalu.
Sivarasa dan Salahuddin disoal siasat selama sejam semalam oleh dua pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah SeberangbJaya, ASP S. Subramaniam dan Inspektor Fahmi Abu Samah. Read Full...

‘Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat’ 7 Mac ini

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) buat kali ke dua yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac ini.

Dalam satu kenyataan akhbar kepada erapakatan.com hari ini, konvensyen itu akan di adakan di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang bermula 8 pagi hingga ke 6 petang.

“Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Sekretariat PR Selangor.

Sementara itu, esok, kira-kira 11 pagi, satu sidang akhbar akan diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya.
Sidang akhbar itu akan dikendalikan secara bersama oleh Tuan Syed Shahir (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen), Tony Pua dan Dr. Che Rosly (Timbalan-Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen) yang bertujuan untuk menerangkan aturcara Konvensyen dengan lebih lanjut, persiapan dan pengisian yang akan diketengahkan semasa Konvensyen itu berlangsung. Read Full...

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar

MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.
Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman. Read Full...

'Gangguan polis' - seorang lagi MP jadi mangsa

Pihak polis dilihat secara berterusan mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat dengan memantau secara terperinci segala aktiviti dan tindak tanduk pihak pembangkang.Jika sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tujuh pemimpin yang lain 'dipelawa' oleh polis untuk memberi keterangan berhubung aktiviti mereka, Selasa lalui, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye menjadi mangsa ke-9.Beliau terpaksa meluangkan masa tidak kurang tiga jam bagi memberi keterangan mengenai apa yang didakwa polis sebagai perhimpunan haram.

Lee menganggap tindakan polis itu sebagai satu bentuk gangguan dan usaha bagi menutup mulut perwakilan Pakatan Rakyat daripada mendedahkan kebenaran kepada rakyat berhubung kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerajaan khuatir apabila kebenaran berhubung perbicaraan kes liwat itu didedahkan, rakyat akan marah dan menentang kerajaan. Jadi mereka menggunakan cara sedemikian untuk menakut-nakutkan kami.”

Lee, yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini, dua anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Sobri Taib dari Balik Pulau datang ke pejabatnya di Ipoh untuk mengambil keterangan.

Polis dilaporkan memberitahunya bahawa beliau disiasat atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan haram berhubung kehadiran dan ucapanya pada 18 Feb lalu ketika sambutan rumah terbuka PKR di Balik Pulau.

Lee disiasat mengikut Akta Polis 27 (5) berdasarkan laporan yang dibuat oleh Pemuda Umno Balik Pulau tetapi tambah Lee, salinan laporan tidak dikemukakan. Read Full...

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.- Bernama Read Full...

RM2 Biliion Tak Mau... RM20 Juta Mauuuu.... Bodohhhh...!!!

Ini yang di katakan puak2 bodoh..., ada peluang untuk mendapat RM2 billion diorang tak nak... sanggup mengkhianati rakyat dan putar belit perjanjian...

Yang barua pencacai pulak melompat gumbira sakan hanya kerana RM20 Juta semata-mata, diorang nih matematik dapat berapa markah agaknya semasa sekolah dulu, hinggakan tak dapat bezakan nilai manakah yang lebih besar antara RM20 juta dengan RM2 billion.
Yang bawah ni pulak... tak perlu di perkenalkan... semua orang dah tahukan...
PENGKHIANAT RAKYAT KELANTAN
Yang sekor tu pulak mengendeng2 demi survival politik PRU-13 nanti... tu yang menjilat-jilat tak ingat dunia dah... buat semua rakyat Kelantan, lu orang pastikan dan cam... kan betul2 muka diorang nih... dan pandai2 lu oranglah pada PRU-13 nanti.... hak lu orang sebanyak RM2 biliion telah di nafikan oleh puak2 ini.... Read Full...

Hishamuddin Takut Bertemu Mangsa Tembak

Pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini enggan menerima memorandum yang cuba diberikan mangsa tembakan polis tahun lalu, Norizan Salleh.

Sebaliknya, sepupu Perdana Menteri itu cuma menghantar wakil walaupun Hishamuddin dipercayai berada di pejabat berkenaan. Norizan bagaimanapun enggan menyerah memorandum itu kepada mereka.

Norizan kemudian memutuskan menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.

Sikap sombong wakil Hishammddin iaitu Setiausaha Kanannya, Azmi terhadap kedatangan Norizan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang menimpanya tahun lalu nyata mengecewakan mangsa. Read Full...

TER KINI - TER NOW - TER KARTON

KAH KAH KAH - NAK KETAWA PUN TAK BOLEHBETUL BETUL KARTON

Majalah terbaru peroduksi Zunar & Konco2, SUMPAH DIBUMI KOMISYEN telah dirampas,kali ini bukan oleh KDN, tetapi oleh Polis. Sepasukan polis yang diketuai Chief Inspektor Mohd Noor Azlan Bin Mansor telah membuat serbuan di sebuah kedai di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang dan merampas 4 naskah majalh tersebut. Serbuan yang sama juga dibuat di Butterworth dengan 15 naskah rampasan, Taman Bertam, pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi.

Minggu lepas sebuah lagi majalah Zunar, Perak Darul Kartun juga dirampas di Johor. Sebelum itu, buku beliau 1Funny Malaysia juga dirampas di seluruh Malaysia. Ogos tahun lepas, sepasukan lapan orang pegawai KDN menyerbu pejabat Zunar di Brickfeilds di Kuala Lumpur dan merampas 408 naskah majalah sulung beliau, Gedung kartun.

nota:
sapa yang belum ketawa
lebih baik ketawa sekarang
jangan tunggu lama lama
nanti ketawa jadi satu kesalahan
dalam kanun negara kah kah kah
TT. Read Full...

YE...YE...YE....BAPA BALIKKKKK...EKONOMI DAH PULIHHHH..........

KDNK suku keempat 4.5 peratus
Najib Tun Razak menyaksikan tiga buah agensi perladangan terbesar kerajaan iaitu Felda, Felcra dan RISDA memeterai perjanjian persefahaman bagi mewujudkan kerjasama strategik bagi mencapai ekonomi bersakala besar dan bersaing dalam pasaran serantau dan antarabangsa di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 24 Feb. - Ekonomi Malaysia kini sudah pulih selepas mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prestasi tersebut jauh lebih tinggi apabila angka itu melepasi unjuran asal iaitu 3.4 peratus.

Beliau berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan dalam sektor awam yang membawa kepada permintaan dalam negeri lebih baik.

Katanya, pertumbuhan penggunaan swasta disokong oleh pasaran kerja lebih baik, kadar inflasi yang rendah serta perbelanjaan lebih tinggi semasa musim cuti persekolahan dan perayaan pada akhir tahun.

Menurut beliau, dengan prestasi itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara hanya menguncup sebanyak 1.7 peratus pada tahun lalu, iaitu lebih rendah daripada sasaran awal -3.0 peratus sebelum ini.

''Pemulihan ini disokong oleh pelaksanaan pesat dan proaktif bagi dasar fiskal yang mengembang, dasar monetari yang akomodatif serta langkah menyeluruh dalam memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan.

''Langkah-langah ini membawa kepada pertumbuhan semula ekonomi dengan pantas,'' kata beliau ketika mengumumkan prestasi suku keempat ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Ekonomi negara telah mencatatkan penguncupan sebanyak tiga kali pada suku pertama, kedua ketiga, masing-masing sebanyak -6.2 peratus, -3.9 peratus dan -1.2 peratus.

Ditanya adakah Malaysia sudah bebas daripada situasi buruk ekonomi, beliau menegaskan krisis sudah berlalu kerana tiada sebarang kemelut serius di luar jangkaan di dalam ekonomi global.

''Sebagai contohnya, jika tiada sebarang krisis berlaku, kita boleh menyatakan Malaysia telah pulih daripada krisis dan akan terus berusaha untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi 2010,'' tambahnya.

Najib yakin dengan prestasi itu, negara akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh, peningkatan sebanyak satu hingga dua peratus, melebihi sasaran awal sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri membuat sasaran peribadinya untuk memastikan ekonomi negara mencapai kenaikan sebanyak lima peratus.

''Sebelum ini kita mengunjurkan pertumbuhan ekonomi akan berkembang sebanyak empat peratus tetapi pada tahun ini ia lebih kukuh daripada apa yang saya sasarkan,'' jelasnya.

Beliau berkata, unjuran rasmi baru kerajaan akan diumumkan nanti.

Perdana Menteri menambah, kerajaan akan bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pelabur serta memastikan pelaksanaan projek dibuat dengan pantas.

Pada masa yang sama, sektor swasta digalakkan melabur berikutan keyakinan sentimen pengguna yang tinggi, ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan, faktor utama keupayaan kerajaan membelanjakan RM1 bilion sebulan dalam pelaksanaan projek-projek di bawah pakej rangsangan adalah dengan wujudnya Unit Khas Pemantauan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

''Unit ini akan memastikan semua projek di bawah pakej rangsangan dilaksanakan segera,'' tambahnya.



1.....BAJET ASRAMA.....SEMUA MURID BALIK RUMAH SETIAP MINGGU

2.....KAUM PEKERJA KERAJAAN/AWAM KURSUS DI PEJABAT/SIJIL PEJABAT KELUAR/MAKAN MINUM TAK ADA

3.....JALAN-JALAN TAMPUNG....JANGAN DI BAIKI

4.....PERUBATAN....HE...HE..KLINIK 1 MALAYSIA ADA.....DEMAM,NGANDUNG,KENCING MANIS,SAKIT KEPALA,TAK LEH BERAK 2 HARI.........
5......DAN LAIN-LAIN......YANG RAKYAT BOLEH FIKIR-FIKIRKAN Read Full...

PAS bermimpi disiang hari nak tawan terengganu ha ha

PAS takkan ulangi kesilapan di T'ganu - malaysiakini

PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya.

Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks