skip to main | skip to sidebar
Post Comments

ustazazhargroup.blogspot.com

  • home
  • Koleksi Video
  • Tv Kelantan
  • Web Tv Pas
  • contact us
  • edit link
  • edit link2

DEMO BANTAH LESEN JUDI DI MASJID AL AMANIAH BATU CAVES























by ummu asiah 
Sabtu, 2010 Mei 29
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:19 PTG 0 comments

Ezam tetap cabar Wan Azizah bersumpah nafi ada cakap padanya ‘perangai jijik’ Anwar



Oleh: ROSLAN BIAN





Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘ perangai jijik ’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu.
Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini.
Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.
“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.
Bagaimanapun, bekas Setiausaha Politik Anwar itu dalam responsnya terhadap tuduhan Nurul Izzah menasihatkan Anwar dan Wan Azizah tidak mengheret anak mereka dalam kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.
“Saya tidak mahu Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa,” kata Ezam menerusi sms kepada Agendadaily lewat petang Khamis.
Menurut Ezam, beliau tidak mahu mengaibkan Anwar, Wan Azizah mahupun keluarganya dengan pendedahan tersebut.
Katanya, beliau hanya mendedahkan apa yang pernah dimaklumkan Wan Azizah mengenai perlakuan Anwar sekarang demi untuk mempertahankan maruahnya selepas difitnah terbabit konspirasi sejak akhir-akhirnya ini.
“Justeru itu, ia bukan soal habuan. Apakah mereka sudah lupa saya bela Anwar selama 10 tahun dan ke penjara ketika Anwar sebagai seorang banduan yang tidak boleh beri saya apa-apa habuan?,” katanya lagi.
Ezam berkata, kalaulah habuan perkiraannya, beliau tidak akan membela seorang banduan hingga beliau sendiri turut di penjara.
Beliau sekali lagi menegaskan keputusannya meninggalkan Anwar kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukan kerana habuan.
“Saya sanggup bersumpah untuk pertahan kenyataan saya dan cabar Anwar dan Azizah sama-sama bersumpah. Saya gesa Anwar dan Azizah jangan heret anak mereka dalam hal liwat ini dan hentikan sandiwara kerana rakyat sudah terlalu lama ditipu,” katanya.
Ezam dalam ceramahnya di Kota Bharu itu antara lain berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu dulu.
“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:17 PTG 0 comments

Bom Jangka dalam UMNO







Dalam keghairahan UMNO untuk mendapatkan dan mengembalikan sokongan orang Melayu serta menjayakan konsep 1 Malaysia, UMNO berdepan dengan apa yang kita katakan sebagai bom jangka. Bom ini berdetik setiap saat sehingga ke PRU 13 nanti. Bom Jangka ini terbentuk bila ahli parti sendiri di lihat seperti anak tiri dan yang lebih dahsyat sekali – bantahan mereka dalam UMNO terhadap pucuk kepimpinan akan terus bergelora menunggu masa bangkit dan marah, selagi kepimpinan tidak menyelesaikan masalah dalaman parti.
Ahli UMNO menunggu perubahan tetapi semakin lama semakin ramai ahli UMNO yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap beberapa isu dalaman UMNO sendiri. Ramai Ahli UMNO mahukan perubahan, kini berdepan dengan hakikat sebenarnya. UMNO dengan budaya kepimpinan yang tidak menyeluruh, gagal mendengar dan melihat suara akar umbi – yang mahukan perubahan. Lebih malang lagi kepimpinan UMNO, yang hari ini menganggotai kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan tempat mereka di peringkat negeri tidak terhapus lantas membunuh erti demokrasi dan politik matang yang sepatutnya disegarkan. UMNO dikatakan mengambil jalan mudah sehingga laman-laman pro UMNO mengeluarkan doktrin perjuangan mereka dalam membentuk era perjuangan yang lebih kuat dan jitu.
UMNO perlu siasat tindakan segelintir mereka yang sanggup membunuh potensi kepimpinan muda semata-mata mahu menjaga tempat. Ini amat malang – adakah bom jangka UMNO sedang berdetik dan menunggu letupan kuat yang hampir pasti menghilangkan makna UMNO di tanah Melayu ini. 

Image
Adakah ini akan di beri perhatian oleh kepimpinan UMNO

CATATAN ANUAR MOHD NOR : Bom Jangka dalam UMNO. Bila artikel ini di keluarkan dalam www.umno-reform2.com – ia bukan satu artikel tanpa asas.  Banyak respons yang di terima oleh www.umno-reform2.com membicarakan mengenai perubahan dalam UMNO. Saya sendiri percaya bahawa perubahan ini perlu dan perubahan ini melibatkan ahli UMNO – menggesa kepimpinan UMNO untuk ubah cara dan perangai dalam mengendalikan UMNO. Banyak cadangan usul tentang perubahan namun usul tinggal usul dan perubahan masih tidak nampak terlaksana. UMNO masih begitu, pendekatan kerakyatan masih tidak dilaksanakan hatta, ahli sendiri seperti rakyat marhaen yang tidak mempunyai ruangan untuk menegaskan perubahan. Apabila konsep 1 Malaysia dilancarkan, ahli UMNO sendiri terkebil-kebil mencari makna sehingga 1 Malaysia menjadi senjata tuntutan kaum lain. Penerangan berbentuk melepaskan batuk di tangga di gunakan – mengharap apa sahaja konsep yang di sumbatkan ke mulut ahli akan di terima oleh ahli. Ahli UMNO hari ini ada yang sudah mula tahu membuat perhitungan sesuai dan tidak sesuai. Kalau sebelum ini hanya menerima apa sahaja yang disuapkan – hari ini ahli UMNO sudah tahu menilai dan sudah tahu juga menggigit sekiranya apa yang mahu diterapkan tidak sesuai dengan kehendak mereka. Masih awal lagi – tetapi bom jangka dalam UMNO terus berdetik dan UMNO tidak mampu lagi bergerak dalam keadaan seperti tahun 2004 – sehingga UMNO nyaris tumbang.
Kepimpinan UMNO sendiri seharusnya sudah mula melihat luar dari kepompong yang ada – sudah patut menilai dan sudah sepatutnya berani menyentuh mereka yang mempunyai potensi untuk menggerakkan perubahan dalam UMNO. Pemuda sendiri sudah sepatutnya tahu bila mahu bangun dari tidur dan bertindak agresif dengan anak-anak muda generasi ini. Kita tidak mahu lagi pendekatan tidak bermaya untuk bertembung dengan anak-anak muda hari ini. Program kita harus agresif dan bukan setakat program makan-makan dan pemeriksaan percuma kesihatan sungguh pun ia bukan untuk dipadamkan secara keseluruhan. Pemuda UMNO harus berani bangkit secara kelompok kecil – bertindak menjadi jurucakap – penyambung lidah bicara untuk UMNO. Program kecil harus melibatkan semua – ahli biasa yang selama ini tercicir dan Cuma di sentuh bila pemilihan. Kenapa dikatakan bom jangka berdetik dalam UMNO? Setakat ini masih banyak lagi kegiatan tidak bermoral -  mencantas mereka yang berwibawa kerana takut tempat kita disambar orang. Kita sepatutnya mengubah mereka yang mempunyai nilai pemikiran terlampau ortodoks untuk bersaing dengan anak muda hari ini yang nilai pemikiran mereka sudah memuncak tinggi dengan keberanian yang akan ekstremis.
Namun apa yang kelihatan adalah prestasi UMNO dalam zaman-zaman UMNO sedang bergelut dengan krisis penerimaan rakyat terhadap mereka masih mendatar. Kita lihat kepimpinan masih terikat dengan orang sekeliling yang mengangguk – membenarkan kata kepimpinan semata-mata takut hilang tempat di mata kepimpinan mereka lantas mengiakan apa yang tidak sepatutnya di iakan. Kita lihat, kefahaman keperluan oleh kepimpinan ada tetapi pelaksanaannya hampas kerana memberi kepada dua tiga kerat orang di sebelah mereka yang hanya tahu bercerita dan terus bercerita. Kepimpinan Pemuda UMNO masih lembik, masih takut-takut dan masih menjaga kedudukan diri. Kita tidak nampak Pemuda yang ada hari ini berbeza dengan apa yang ada sewaktu zaman Hishammuddin Tun Hussein. Pemuda terus terbelenggu dengan sikap pesimis dalam melakukan program-program dan Pemuda hari ini tidak berani berdepan dengan cabaran minda yang dilakukan oleh anak-anak muda hari ini.
Detik bom jangka dalam UMNO semakin hampir bila mana ada kepimpinan muda yang progresif semakin di ketepikan kerana politik mereka yang mementingkan kedudukan dan tempat. Mereka yang di cabar oleh kepimpinan muda atau arus kepimpinan baru akan melenting dan mencari jalan politik untuk mencantas dan membunuh musuh politik mereka dalam politik. Semakin tersisih UMNO dengan kepimpinan baru – muda yang progresif dan inovatif. Akhirnya Pemuda UMNO dan UMNO akan terikat kepada program – program lembek dan tidak bermaya. Maka kita akan lihat program-program yang tidak mencabar – sukan aneka – aktiviti riadah – program kesihatan – program kecil-kecil konvoi dan sebagainya. Memang ada keperluan tetapi dapatkan kita menyentuh anak-anak muda lain yang progresif – anak muda dari kaum lain, anak-anak muda lepasan Universiti. Adakah kita sendiri mencabar minda anak-anak muda yang kita sendiri, membenarkan mereka bergelut dengan cabaran hari ini – mencabar minda dengan program-program agresif. Apakah Pemuda UMNO takut berdepan dengan cabaran anak-anak muda lain- anak muda dari parti lawan – atau Pemuda UMNO mengambil sikap – yang lain kepimpinan atasan tentukan – kerja kita adalah buat program suka-suka dan terus suka-suka.
Selagi kita ketepikan minda baru – idea baru dan mereka yang hadir mahu menyuntik arah baru dalam UMNO maka selagi itu bom jangka dalam UMNO akan terus berdetik. Jangan biarkan bom itu meletup pada PRU 13 nanti.

UMNO-REFORM.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:13 PTG 0 comments

Subsidi - suka hati kamu la UMNO oiii!





Pada teman simple je..
Setelah apa yang kita cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia..
Setelah sampai maklumat kepada semua rakyat Malaysia..

Suka hatilah kamu duhai UMNO apa yang kamu nak buat!
Dan tak perlu berlakon kononnya kamu prihati kepada rakyat..
Meluluskan lesen judi pun sudah cukup menjadikan rakyat makin meluat dengan kamu!

So, buat lah apa kamu nak buat sebelum tiba masa kamu dibuang jauh-jauh oleh Rakyat Malaysia!

ayat Najib ni pun macam teater.... penuh dengan maksud yang tersirat!

sunsnake 28052010

‘Kekal atau kurang’

KUALA LUMPUR 27 Mei – Keputusan sama ada mengekal atau mengurangkan subsidi akan ditentukan selepas kerajaan mendapat maklum balas daripada rakyat dan pelbagai pihak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan amat konsisten untuk bersifat telus dan sentiasa mahu berkongsi dengan rakyat kerana pada akhirnya, segala keputusan akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan sendiri.
“Terserahlah kepada rakyat untuk memikirkan tentang perkara ini. Apakah kita hendak kebaikan pada jangka panjang atau pun kita nak pertahankan status quo yang ada hari ini tetapi mendedahkan negara kepada risiko-risiko tertentu.
“Kerajaan akan membuat ketetapan selepas itu. Kita mahu rakyat tahu segala implikasinya, kalau kita tidak buat ini (kurangkan subsidi) dan buat ini (kekalkan subsidi) apa implikasinya

-melayau
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:12 PTG 0 comments

Rakyat semakin susah apabila kurang subsidi




a7 Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Dalam satu tinjauan rambang di ibu negara hari ini mendapati orang ramai rata-rata bimbang jika subsidi ditarik balik kerana kehidupan mereka akan menjadi semakin tersepit.
Pemandu teksi, Usop Mahat berkata, golongan bekerja sendiri sepertinya yang paling teruk terasa kesannya.
“Bayangkan dengan subsidi seperti sekarang pun, hidup saya sekeluarga bagaikan nyawa-nyawa ikan apatah lagi apabila subsidi ditarik balik.

“Saya ada lima anak, tiga masih sekolah, pendapatan kira kira RM2,000 sebulan. Bagaimana nak hidup?,” keluhnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kerajaan hendak mengurang dan menghapuskan subsidi secara perlahan-lahan dalam tempuh lima tahun.
Seorang kakitangan swasta, Karim Adam pula berkata, kerajaan perlu memikirkan rancangan itu semasak-masaknya.
“Di manakah slogan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ke mana perginya kekayaan negara?, soal beliau.
Karim berkata, “percayalah rakyat akan merempat selepas ini. Rakyat kita akan jadi seperti rakyat di setengah-setengah negara Afrika.”
Kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemudah) Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang subsidi.
Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi bernilai RM74 bilion dan cuba mengurangkan sebanyak RM20 bilion sebagai langkah awal untuk mengurang dan menghapuskan subsidi.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:11 PTG 0 comments

AMK Perlu Wujudkan Program Latihan, Mantapkan Pendaftaran Pemilih Baru





KOTA BHARU 28 Mei - Angkatan Muda KEADILAN digesa meletakkan kepentingan latihan dan kursus yang disasarkan kepada pucuk pimpinan dan ahli demi mewujudkan organisasi yang berdisiplin yang faham mengenai perjuangan parti.
Ini antara saranan yang dilontarkan oleh pembahas yang membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 pagi tadi.
Wakil AMK Sungai Petani, Azman Nasrudin berkata kelemahan program latihan dan kursus dalam AMK perlu diperbaiki supaya setiap pemimpin dan ahli benar-benar faham perjuangan bagi mengalas tanggungjawab di depan mereka.
"Saya meminta supaya AMK mengadakan program yang tersusun serta mengadakan latihanuntuk pimpinan parti dan ahli kerana ramai ahli yang belum lagi terdedah kepada erti perjuangan KEADILAN. Program yang mantap perlu kerana ini akan memberi ruang untuk membina semangat dan pengisian.
Berhubung cadangan untuk menurunkan had umur keahlian dalam AMK darpada 40 kepada 35 tahun, Azman berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji isu ini lebih mendalam.
"Ini kerana kalau perubahan ini dilakukan pada pemilihan akan datang kebanyakan perwakilan yang hadir pada kongres kali ini dan juga pucuk pimpinan AMK di atas pentas ini tidak lagi akan memegang jawatan kerana kebanyakan mereka hampir mencecah usia 40 tahun.
"Saya cadangkan agar pindaan ini dikekalkan tetapi berilah 30 peratus kepimpinan AMK kepada golongan yang berusia antara 35 hingga 40 tahun. Ini bagi menyediakan lapisan pemimpin pelapis apabila mereka tidak lagi dalam AMK.
Saranan ini disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawan, Ong Chin Wen yang menyatakan KEADILAN merupakan parti pertama di Malaysia yang menghadkan umur keahlian AMK kepada 35 umur. 
Wakil Besut, Abdul Ghani Jaafar mahu AMK memberi perhatian kepada pendaftaran pemilih baru terutamanya dikalangan golongan muda.
"Di Terengganu umpamanya terdapat 80,000 pengundi layak yang belum didaftarkan sebagai pemilih. Pakatan Rakyat hanya mampu mendaftar 1,800 pemilih baru. Jika kita mahu menang di Terengganu isu ini mesti diberi perhatian serius," kata Abdul Ghani.
Syed Hamzah Syed Zainal daripada Wangsa Maju berkata untuk menarik pendaftaran pemilih baru, pimpinan AMK perlulah mendekati golongan muda di semua cabang di seluruh negara.
"Kita yakin generasi mampu menakhoda zaman dan membuat transformasi. Oleh itu kita mahu golongan ini didekati dengan lebih kerap dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada mereka," kata Syed Hamzah lagi.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:01 PTG 0 comments

Perjuangan berasaskan nilai, bukan bertuhankan harta dan kuasa



"Nilai adalah tetap.  Konsisten.  Nilai tidak berubah dengan kerana hawa nafsu manusia.  Di dalam Islam, nilai baik dan buruk adalah seperti yang ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah.  Di dalam semua agama samawi dan tradisi Asia, terdapat pegangan yang teguh kepada nilai-nilai murni.  Tidak ada mana-mana sistem nilai yang meletakkan perkara jelek sebagai baik."
Demikianlah garis yang diletakkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd.Akin (gambar kanan) untuk membezakan antara perjuangan PKR yang "berasaskan nilai", dengan perjuangan Barisan Nasional yang "berkiblatkan kuasa dan harta".  Beliau menyampaikan ucapan dasarnya yang bertajuk "Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan", dalam Kongres Nasional Tahunan AMK ke-6, pagi ini.
"Pada masa kita menjadikan nilai sebagai paksi, kiblat BN hanya kuasa dan harta.  Dengan kuasa yang dipegang, mereka merebut kekayaan negara. Mereka merobek perbendaharaan negara untuk kepentingan sendiri.  Kekayaan yang dimiliki pula dijadikan senjata untuk membeli sokongan bagi mengekalkan kuasa," tambahnya.
Shamsul: Ezam ketua pelacur politik
Ketika mengulas fenomena "lompat parti", terutamanya Mohd.Ezam Mohd Nor (gambar bawah) yang kini kembali ke pangkuan UMNO, Shamsul Iskandar secara terbuka membidas, "Nafsu mendorong mereka (UMNO-BN) untuk percaya bahawa gerakan ini akan tersungkur apabila pengasas dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan belot.  Mereka lupa bahawa perjuangan kita ini berpaksikan nilai dan bukan bertuhankan manusia."
Beliau menyambung, "Hakikatnya pemimpin datang dan pergi.  Tetapi perjuangan berpaksikan nilai akan kekal.  Kita telusuri sejarah perkembangan Islam di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad salaLlahualaihiwassalam sebagai iktibar.  Islam tidak terhenti dan terkubur apabila Rasulullah wafat.  Malah jauh sebelum pemergian baginda, apakala khabar angin tersebar ketika Perang Uhud bahawa Rasulullah telah terbunuh, Allah menurunkan ayat 144, Surah Ali-Imran yang bermaksud:
'Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian kalau beliau pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah)?...'"
Shamsul Iskandar menjelaskan, apabila tiba Rasulullah benar-benar wafat dan ada di kalangan para sahabat yang tidak dapat menerima hakikat tersebut, maka Saidina Abu Bakar as-Siddiq memberikan mereka peringatan daripada ayat tersebut.
Sambil menggelar Ezam (gambar kanan) sebagai "ketua pelacur politik", Shamsul Iskandar berkata, "Tidak semua ahli parti yang bersama dengan perjuangan ini kekal sehingga ke hari ini.  Ada yang digoda harta dunia dan ada yang tertekan akibat beban sejarah, lantas memilih untuk menjadi pelacur politik."
"Angkatan Muda Keadilan tidak akan melupakan mereka, tidak akan memaafkan mereka. Kita percaya rakyat juga akan menghukum mereka," katanya.
Sekretariat Keadilan Untuk Anwar
Beliau mengimbas sejarah pertubuhan parti, yang sememangnya berkait rapat dengan apa yang menimpa ke atas Ketua Umum sekarang, Anwar Ibrahim, sebelum mengungkit bagaimana "konspirasi politik" kini berulang menimpa ke atas bekas TPM ini.
"Kita harus membezakan perjuangan yang berpaksikan nilai ini daripada parti politik yang bertuhankan harta dan kuasa," Shamsul Iskandar bersambung, "Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti perjuangan yang berpaksikan nilai.  Parti kita terzahir atas gelombang besar Reformasi apabila rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda, mara ke hadapan menentang kezaliman dan menuntut keadilan."
"Bermula dengan penentangan terhadap fitnah dan kezaliman, gerakan masyarakat bertukar menjadi parti politik yang memimpin perubahan.  Setelah satu dekad, BN hampir-hampir menghadapi pukulan maut di dalam PRU ke-12," menurut Shamsul.
Beliau menyambung, "Kerana itu konspirasi kedua disusun untuk menganiaya Ketua Umum kita.  Para pelakon yang menabur fitnah bertukar.  Jika dahulu seorang pemandu, kali ini seorang bekas pelajar yang kecundang dalam pelajaran.  Namun plot dan jalan cerita tetap sama."
"Apabila BN gagal menundukkan suara rakyat di dalam pilihanraya, maka mahkamah diperkudakan untuk melaksanakan rancangan jahat mereka.  Bukti dan keterangan saksi enggan diserahkan kepada pasukan pembelaan.  Pendakwaraya berlagak bagaikan pengganas yang mengintai-intai untuk melakukan serangan hendap.  Saksi utama pendakwaan pula memberikan keterangan kejadian berlaku tanpa rela, padahal pendakwaraya pula membuat pertuduhan bahawa kesalahan dilakukan dengan rela."
Untuk menentang kezaliman ini, Shamsul berkata, 'Kita gembleng tenaga segenap lapisan rakyat, tanpa mengira usia atau keturunan, untuk menzahirkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman yang berlaku ini di bawah Sekretariat Keadilan Untuk Anwar.  Setiap daripada kita mempunyai peranan ibarat kata bidalan lama: Yang buta meniup lesung, yang kurap memikul buluh, yang pekak membakar meriam, yang capek menghalau ayam."
Sampai bila kempen bermodalkan air percuma?
Juga, Shamsul Iskandar mengakui kelemahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tetapi menyarankan agar perbezaan pendapat diuruskan dengan adab dan akhlak yang sebaiknya.
"Pun begitu, pematuhan kepada adab dan disiplin parti tidak seharusnya bermakna kita menjadi kelu dan kaku tatkala berhadapan kepincangan.  Seandainya kita melihat kelemahan dan kekurangan, tetapi tidak berdaya mencari keberanian untuk menegur dan menyatakan kebenaran, bermakna kita gagal menjiwai perjuangan.  Lebih malang sekiranya yang begini sifatnya ialah anggota Angkatan Muda.  Padahal identiti kita, citra kita, adalah sebagai barisan hadapan parti yang memimpin rakyat tanpa rasa gentar atau pilih kasih."
"Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh bersandar pada kelemahan BN selama ini.  Benar, setelah lebih 50 tahun memerintah, masih terlalu banyak yang gagal dilakukan oleh BN.  Benar, adalah tidak adil untuk mengharapkan kerajaan yang belum pun genap tiga tahun memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki semua kepincangan yang ditinggalkan BN," katanya.
Biarpun tanpa menyebut nama secara terus, jelas Shamsul Iskandar menyasarkan kritikannya kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, apabila melontarkan soalan, "Sampai bila kita mahu terus berkempen kepada rakyat hanya dengan bermodalkan bekalan air percuma?"
Penghargaan terhadap MP Kapar
Malah, Shamsul merakamkan penghargaannya secara terbuka terhadap S. Manickavasagam (gambar kanan), ahli parlimen Kapar-PKR, yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor dalam isu pasir baru-baru ini, walaupun tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Manickavasagam.
Shamsul Iskandar menyeru agar sejarah keruntuhan BN kerana amlan korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) dijadikan pengajaran kepada PKR.  "KKN juga menjadikan UMNO-BN bobrok dan ditolak rakyat.  Satu-satunya cara untuk kita menyelamatkan parti dan perjuangan supaya tidak terbabas ke jurang korupsi ialah dengan memastikan setiap anggota dan pemimpin menggenggam erat perjuangan berpaksikan nilai."
"Kita tidak boleh menuruti cara lama UMNO-BN.  Kita mesti punya keberanian, courage, untuk mencetuskan perubahan dan terus berjuang memastikan perubahan itu berjaya," katanya.
Shamsul Iskandar meneruskan, "Tanya diri kita apa yang sudah diberikan kepada perjuangan ini; kerana perjuangan ini akan memberikan kepada kita manfaat yang tidak terperi.  Perjuangan ini yang akan memerdekakan negara Malaysia tercinta ini daripada penjajahan minda oleh BN.  Natijahnya nanti kemakmuran akan dapat dikecapi secara adil oleh seluruh rakyat."
Mandat datang dengan yakin
"Kita akan meminta rakyat untuk memberikan mandat kepada kita.  Tetapi undi dan mandat tidak akan diberi rakyat sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap kita.  Sekiranya kita masih teragak-agak; masih takut kepada risiko dan enggan melakukan perubahan; maka masa depan kita suram.  Jika begitu keadaannya, kita sendiri yang akan menjadikan ramalan jahat BN sebagai kenyataan," amaran yang diberi Shamsul Iskandar.
"Sekiranya kita terpaksa membersihkan parti ini daripada unsur-unsur anti-Reformasi yang mesra dengan pengamal korupsi, Angkatan Muda Keadilan bersedia," katanya dengan tegas.
"Kita tidak takut dengan risiko. Kita bersedia menghadapinya, sebagaimana kita tidak pernah gentar memerangi rasuah di dalam kerajaan selama ini.  Kita bertanya kepada elemen-elemen anti-Reformasi, apakah mereka mempunyai keberanian menghadapi kita?"
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 2:00 PTG 0 comments

Jangan guna ISA dalam persaingan politik, Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyindir penggunaan Akta Keselamatan Negara (ISA), penangkapan dan penahanan musuh politik sebagai pendekatan yang digunakan oleh mereka yang ketandusan akal.
Sambil berseloroh bahawa Kelantan mempunyai KTC (Kelantan Trade Centre), berbanding PWTC (Putra World Trade Centre, juga ibu pejabat UMNO), Menteri Besar Kelantan ini berkata, "Bersaing (itu) fikrah manusia..."
"Kita bersaing (dalam politik)...tapi jangan guna ISA, jangan tangkap orang..."kata beliau sebelum menamatkan amanat ringkasnya yang disampaikan kepada lebih 300 orang anggota Angkatan Muda Keadilan, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, tengahari ini.
Dalam amanat ringkasnya kira-kira lima minit, Nik Aziz mengimbas sejarah bagaimana Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Yahudi.  Nik Aziz menjelaskan selanjutnya bahawa umat manusia sekadar penumpang di bumi, maka perlu membuat persetujuan politik agar membentuk satu suasana yang  aman untuk kehidupan.
"Kita pijak bumi orang lain, bukan kita buat, Allah buat.  Kita bernafas dengan udara yang orang lain buat, Allah yang buat.  Dalam udara yang kita bernafas ini lengkap dengan asam garam untuk membolehkan jantung kita, paru-paru kita hidup.  Ada nama oksigen, ada nama nitrogen...semua ramuan ini Allah yang bacuhkan...," katanya.
Nik Aziz turut menjelaskan bagaimana PAS sebagai parti politik membuat perjanjian dengan Barisan Nasional, Semangat 46 dan kini bersama Pakatan Rakyat.  Beliau menyangkal tuduhan UMNO yang menyelar PAS kerana bekerjasama dengan DAP, sedangkan UMNO pula bekerjasama dengan MCA.
Sabtu, 2010 Mei 29
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 1:58 PTG 0 comments

PR AKAN BUAT KEJUTAN BESAR JIKA SOKONGAN KAUM TIONGHUA KEKAL 70 %



by BLOGMASTERS ·
Adalah dijangkakan PR akan membuat kejutan besar andai sokongan padu kaum Tionghua seperti yang ditunjukkan di Hulu Selangor dan Sibu kekal. Ini kerana terdapat banyak sekali kerusi parlimen yang terdiri dari pengundi campuran yang akan dimenangi oleh PR jika 75 % pengundi Tionghua menyokong PR.

Pada PRU 2008 masih banyak lagi kerusi campuran yang dimenangi BN dan ini tidak akan berulang pada PRU 13 nanti andai sokongan pengundi Tionghua sama seperti di Hulu Selangor dan Sibu.

Adalah dijangkakan mana-mana kerusi yang pengundi Tionghuanya berjumlah 30% keatas akan dimenangi oleh PR dengan syarat PR memperolehi sekurang-kurangnya 35 % pengundi Melayu. Andaikata perkara ini berlaku maka BN akan tumbang.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 6:16 PG 0 comments

Judi bolasepak, rakyat terus protes...




Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakanbantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.
Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.
Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan, 
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.
'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik
a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.
Rakyat benci judi
Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.
Bencana Allah

Dalam 
ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.
Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.
Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.
Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.
Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.
Bantahan di Pahang dibuat semalam
Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.
Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.
Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 6:12 PG 0 comments

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.
“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. 

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 6:11 PG 0 comments

Anwar: Ada bukti kukuh wakil rakyat keluar ditawar RM2 juta





Oleh G. Manimaran
May 28, 2010
KOTA BARU, 28 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.
“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata Anwar (gambar)dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.”
Katanya. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.
Bagaimanapun tegas Penasihat PKR itu, kini pihaknya sudah memperoleh bukti berkenaan.
Selasa lalu The Malaysian Insider memetik sumber daripada kalangan pemimpin parti itu melaporkan PKR bercadang untuk mendedahkan perkara itu dengan terperinci dalam Kongres Nasional Keenamnya bermula semulama.
Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Tanpa menyatakan bila maklumat itu diperolehi, Anwar berkata, bukti kukuh itu akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat insha-Allah,” katanya.
Anwar akan menghadiri Kongres Nasional Keenam peringkat pusat yang bermula esok.
Bagaimanapun dalam kenyataan itu Anwar tidak menjelaskan sama ada pendedahan melibatkan Ahli Parlimen atau ADUN ataupun kedua-duanya sekali.
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider awal minggu ini berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
Menurut pemimpin itu, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.
Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.
Tiga Ahli Parlimen lain ialah Bagan Serai, Nibong Tebal dan Wangs Maju.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.
Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.
Read Full...
Posted by MOHD FARISS BIN AB RAHMAN at 6:08 PG 0 comments
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

SOALAN-SOALAN KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS



Aktif Blog

  • ► 2011 (21)
    • ► 08/28 - 09/04 (1)
    • ► 08/21 - 08/28 (1)
    • ► 08/07 - 08/14 (3)
    • ► 05/15 - 05/22 (1)
    • ► 04/03 - 04/10 (3)
    • ► 03/20 - 03/27 (1)
    • ► 03/06 - 03/13 (1)
    • ► 01/09 - 01/16 (8)
    • ► 01/02 - 01/09 (2)
  • ▼ 2010 (832)
    • ► 12/26 - 01/02 (3)
    • ► 10/17 - 10/24 (1)
    • ► 10/10 - 10/17 (5)
    • ► 10/03 - 10/10 (4)
    • ► 09/26 - 10/03 (14)
    • ► 09/19 - 09/26 (2)
    • ► 09/12 - 09/19 (1)
    • ► 09/05 - 09/12 (9)
    • ► 08/29 - 09/05 (6)
    • ► 08/22 - 08/29 (24)
    • ► 08/15 - 08/22 (32)
    • ► 08/08 - 08/15 (6)
    • ► 08/01 - 08/08 (1)
    • ► 07/25 - 08/01 (2)
    • ► 07/04 - 07/11 (18)
    • ► 06/20 - 06/27 (34)
    • ► 06/06 - 06/13 (47)
    • ► 05/30 - 06/06 (68)
    • ▼ 05/23 - 05/30 (40)
      • DEMO BANTAH LESEN JUDI DI MASJID AL AMANIAH BATU C...
      • Ezam tetap cabar Wan Azizah bersumpah nafi ada cak...
      • Bom Jangka dalam UMNO
      • Subsidi - suka hati kamu la UMNO oiii!
      • Rakyat semakin susah apabila kurang subsidi
      • AMK Perlu Wujudkan Program Latihan, Mantapkan Pend...
      • Perjuangan berasaskan nilai, bukan bertuhankan har...
      • Jangan guna ISA dalam persaingan politik, Nik Aziz
      • PR AKAN BUAT KEJUTAN BESAR JIKA SOKONGAN KAUM TION...
      • Judi bolasepak, rakyat terus protes...
      • Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
      • Anwar: Ada bukti kukuh wakil rakyat keluar ditawar...
      • Korporat pernah mohon lesen judi dari PAS
      • YB Saifudin Nasution - Mengapa JUDI jadi HALAL pul...
      • DSAI - UMNO di hujung Usia..
      • Halal judi kerana banyak termakan budi?
      • Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
      • Apakah Najib tiada 'setitis iman' ketika lulus les...
      • Kerajaan bongkak yang tidak boleh ditegur
      • Buruk kelaku Umno memekik-mekik suruh orang basuh ...
      • Stesen KTMB Ke Woodlands, Pemimpin BN Andaikan Rak...
      • kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai man...
      • Perkasa serah memo desak lembaga pengarah Sime Dar...
      • TGNA Setaraf Dengan Pemimpin Islam Dunia - Dato' H...
      • SPRM CEPAT SIASAT MB SELANGOR TUU !!!
      • Sejarah UMNO Sokong Arak
      • Pengistiharan Gadai Warisan Sejarah dan Hak Malays...
      • DHPP: Umno semakin 'sawan'
      • K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru..yang ...
      • Masa depan cemerlang bersama PR
      • Stesen KTM Tg Pagar dipindah ke Woodlands Julai 20...
      • 'Penubuhan DHPP cerminkan keterbukaan PAS'
      • Cabaran RPK kepada kerajaan: Buktikan saya bersala...
      • Aduan politik wang di pilihan raya Sibu, Hulu S'gor
      • 20,000 ahli KPP kini anggota PAS
      • "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
      • Hadi: PAS sedang satu-padukan semua kaum
      • Malu aku, apabila dia bersuara...
      • PETRA CABAR ROSMAH DAN ISTERINYA
      • Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung te...
    • ► 05/16 - 05/23 (1)
    • ► 05/09 - 05/16 (136)
    • ► 05/02 - 05/09 (76)
    • ► 04/25 - 05/02 (36)
    • ► 04/18 - 04/25 (33)
    • ► 04/11 - 04/18 (8)
    • ► 04/04 - 04/11 (32)
    • ► 03/28 - 04/04 (52)
    • ► 03/21 - 03/28 (1)
    • ► 03/14 - 03/21 (5)
    • ► 03/07 - 03/14 (14)
    • ► 02/28 - 03/07 (37)
    • ► 02/21 - 02/28 (65)
    • ► 02/14 - 02/21 (16)
    • ► 01/17 - 01/24 (1)
    • ► 01/03 - 01/10 (2)
  • ► 2009 (1)
    • ► 12/27 - 01/03 (1)

RUANG IKLAN UNTUK DISEWA

widgeo.net

About Me

Foto saya
MOHD FARISS BIN AB RAHMAN
KG SALOR, JALAN PASIR MAS SALOR, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN
UNTUK TEMPAHAN RUANG IKLAN SILA EMAIL:- mohdfaris69@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Google Search

Rank

Followers

Senarai Blog

  • Terengganukini.Net
    Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
    8 tahun yang lalu
  • TVceramah
    Ustaz Hassan Razak - Kedah Dulu & Kini...!!
    13 tahun yang lalu
  • Blog Anok Kg Salor
    Piranha (2010) DVDRip XviD
    14 tahun yang lalu
  • Free Our Mind
    freeourmind.com
    14 tahun yang lalu
  • DUNIA DAN KONSPIRASI
    The Arrivals Part 04 (Bukti-bukti Ketibaan Dajjal) - Malay Sub
    14 tahun yang lalu
  • Uploads by fariss691
    ustaz azhar-darah syuhadah- part 7.flv
    14 tahun yang lalu
  • MistisFiles
  • Wake Up Muslims! Version 2
  • Kumanddie Welcomes you to ARMAGEDDON'S DEATH ZONE

Subscription

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks