S Manikavasagam Enggan Serah Bukti, MB Bantu Sedia Pasukan Peguam



Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini enggan menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah  kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kerana tidak yakin dengan kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dalam menangani kes rasuah.

Bercakap kepada TV Selangor, Manikavasagam menyatakan kesanggupannya untuk bekerjasama dengan kerajaan Selangor berjanji untuk mendedahkan nama pegawai terlibat ketika membuat laporan polis esok.

KSSB adalah anak syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

Manikavasagam dikunjungi empat pegawai SPRM Putrajaya hari ini selama 45 minit selepas membuat kenyataan media mengenai dakwaannya ada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd terlibat dalam rasuah.

"Kerana saya enggan sebab isu yang pernah saya laporkan isu Kampung Perepat isu tanah penyelewengan di kawasan Parlimen saya di Kapar, saya ada hakmilik 24 TOL, 24 jam tukar saya buat laporan kepada MACC ,tetapi tidak ada apa siasatan, tetapi dia siasat saya sampai 2.00 pagi, itu saya cabar mereka adakah dengan sedemikian ada kredibiliti, saya hendak bagi dokumen semua, sedangkan ini tiada siasat, jadi kenapa hendak siasat dan isu Beng Hock , bagaimana anda mempercayai MACC.

"Saya sudah buat keputusan selepas membaca Sinar Harian hari ini, MB menyuruh buat laporan polis untuk melaporkan dedah nama saya akan membuat laporan polis di IPD Klang 11.00 pagi, saya akan dedahkan nama-nama yang terlibat dan saya ada bukti yang kukuh," katanya.

Sehubungan  itu, Manikavasagam bercadang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang bagi mendedahkan nama kakitangan berkenaan.

Mengulas tindakan ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri sedia menubuhkan pasukan peguam bagi membantu Manikavasagam mendedahkan nama pegawai syarikat yang didakwa terlibat.

Tan Sri Khalid berkata pasukan peguam ini dapat membantu  siasatan dibuat secara telus dan lebih terperinci.

“Bagus itu memang saya galakkan, kerajaan negeri kalau hendak menggalakkan kalau dia hendak pertolongan jika hendak mendedahkan perkara ini dengan cara baik, kita boleh minta peguam kita dari kerajaan negeri boleh pergi perkhidmatan peguam kepada beliau supaya beliau dapat menolong dan mendedahkan perkara tersebut.

“Kalau tidak jika kita hanya cakap-cakap sahaja pun tidak guna, jadi terus kita lakukan dan dedahkan,” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin pula menyifatkan Manikavasagam seharusnya menggunakan Selcat bagi menyalurkan maklumat sedemikian kerana kewibawaan institusi polis dan SPRM kian dipertikai.

"Kecenderungan kita, dalam hal ini saya kurang bersetuju dengan beberpa pandangan yang menyatakan bahawa perkara ini perlu dibawa kepada pihak polis, SPRM kerana kita tahu kalau lapor kepada pihak polis kalau lapor kepada SPRM kita tahu apa hasilnya.

“Saya juga meminta YB Mike untuk menggunakan institusi-institusi yang sedia ada antaranya Selcat, kita, saya sebenarnya lebih cenderung untuk beliau melaporkan perkara ini kepada pihak Selcat ini kerana ini adalah satu institusi yang bertujuan untuk menyiasat kalau ada sebarang masalah penyelewengan dan sebagainya," katanya.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks