Bakar Al-Quran: Kiamat Semakin Hampir



Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjid

Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

“Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.”

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

“Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. -TMI

Kiamat itu memang sudah hampir. Banyak petunjuk dari Tuhan. Malah orang barat sendiri mengakui kiamat semakin hampir. Filem 2012 arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang perut bumi yang semakin panas dan tidak stabil yang menyebabkannya ledakan gunung berapi dan gempabumi berterusan yang menunggu masa untuk alam dunia ini musnah seluruhnya.

Ulasan GB

Sebagai seorang umat Islam memang saya tersentak mendapat tahu adanya pihak yang merancang untuk membakar AL-Quran.

Dan rancangan itu dibatalkan.

Seandainya ianya diteruskan, umat Islam mungkin bangun untuk bertindak balas di dalam cara yang lain. Ia terus-terusan bakal menimbulkan pertelagahan agama Kristian-Islam yang tiada berkesudahan.

Itu pendirian sebahagian besar umat Islam. Mempertahankan agamanya.

Bagi GB pula, GB tetap yakin dengan firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Hijr -ayat 9: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan Kamilah yang akan menjaganya".

Bahawa yang ditentang oleh mereka bukanlah umat Islam tetapi yang ditentangnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dan kita yang yakin denga firmanNya meyakini juga janjiNya akan pertahankan Al-Quran itu, yang sejak diturunkan sehingga kini tidak ada sebatang alif pun berubah, apatah lagi jika mahu dibakar atau dihapuskan Al-Quran itu.

Jika berlaku juga pembakaran yang tak dapat dihalang oleh umat Islam, itu petanda hampir masa untuk berakhirnya alam dunia yang kita tinggal ini - namanya kiamat.
Read Full...

Nik Aziz Sifatkan Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.
“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. - BERNAMA Read Full...

Musa Pencen Hadiah Paling Manis Aidifiri


SHAH ALAM 5 Sept - Bekas Naib Presiden Transparency International, gabungan badan antarabangsa yang melawan gejala rasuah, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata keputusan kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga merupakan hadiah paling manis dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.
Malah Tunku Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana Allah telah memakbulkan doa rakyat Malaysia selama ini untuk melihat Musa tersingkir daripada jawatan tertinggi Polis DiRaja Malaysia.
"Saya jarang terima hadiah hari jadi mahupun memberinya. Malah saya tidak menyambut harijadi saya sendiri, ia berlalu tanpa disedari.
"Tetapi kali ini hadiah yang saya perolehi tidak ternilai - satu rahmat Allah yang Maha Besar memakbulkan doa seluruh rakyat negara ini. Doa tersebut memohon Allah memberi kekuatan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dianggap lembik supaya menyahkan Musa untuk selama-lamanya. Ini bukan disebabkan beliau sudah dimakan usia tetapi liabiliti pada dirinya tidak tertanggung lagi oleh negara. Faktor ini melebihi daripada keupayaan beliau untuk terus berkhidmat," kata Tunku Abdul Aziz secara sinis.
Beliau berkata dalam sebuah masyarakat berbilang kaum yang lebih prihatin dan dinamik, adalah mustahil bagi Musa untuk menduduki jawatan sebagai Ketua Polis Negara.
Musa katanya tidak sepatutnya dilantik ke jawatann sejak dari awal disebabkan pembabitan beliau dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan  tilam diusung ke mahkamah setiap hari untuk ditonton oleh seluruh dunia.
"Ketika berjalannya perbicaraan tersebut barulah terserlah peranan gelap sebenar yang dimainkan oleh Musa dan (mendiang) Augustine (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) yang menyapa komen seorang sahabat saya untuk mengatakan mereka berdua sebagai 'makhluk paling tidak berguna'.
"Musa memperlihatkan kepada rakyat Malaysia betapa liciknya beliau menghidu sebelah pihak mana yang perlu beliau sokong dan menjadi budak suruhan Mahathir Mohamad denga baik. ini disusuli dengan kenaikan pangkat yang mendadak," ujar Tunku Abdul Aziz lagi.
Tambah beliau kini wujud suasana lega malah dalam PDRM sendiri melihat pemergian Musa, seorang yang telah membawa malu kepada seluruh pasukan polis.
Katanya, Musa menjadi KPN pertama setelah jawatan itu pertama kali dipegang oleh  Tan Sri Claude Fenner yang telah dicemuh dikhalayak ramai oleh sebuah mahkamah di Sabah sebagai saksi yang tidak boleh dipakai.
"Ini tidak mengejutkan kerana beliau hanya penyambung kepada warisan yang bergelumang dengan rasuah dan kini hidup senang lenang atas kekayaan dan wang ringgit haram," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz menegaskan daripada kesemua penjawat KPN hanya tiga individu yang layak dikatakan bersih dan lihat bersih dari rasuah - Claude Fenner, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (mati ditembak) dan yang paling menonjol, Tun Mohamed Hanif Omar.
Hanif kata beliau amat kecewa melihat bagaimana pasukan polis yang dibina beliau selama puluhan tahun atas asas integriti dimusnahkan oleh beberapa individu yang mempunyai integriti tercemar dan tercalar.
"Hanif masih unggul sebagai seorang bekas pegawai tertinggi polis dan seorang 'gentleman', seorang ikon yang menjadi simbol kepada zaman keemasan PDRM.
"Sementara seluruh negara bergembira melihat Musa berjalan menuju kepada zaman muram beliau, kata-kata penghargaan oleh penggantinya menyentap jiwa kita.
"Beliau berkata,' Saya telah melatih dengan baik oleh Musa. Saya menggangap satu penghormatan mengganti beliau'.
"Perkara yang terakhir yang ingini oleh rakyat Malaysia ialh seorang klon Musa. Sekiranya meneruskan model kepolisian cara Musa yang termampu dilakukan oleh Ismail Omar, maka meranalah negara ini yang telah menunggu sekian lama untuk menikmati budaya polis yang berasaskan kepada menghormati hak asasi manusia," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz seterusnya menyatakan biarlah budaya kerosakan yang ditinggalkan Musa diganti dengan budaya yang bertunggakkan kehormatan, kemuliaan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntibiliti demi memelihara serta melindungi nyawa dan harta.
 "KPN baru hendaklah menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri dan menyingkirkan segala amalan buruk dan tidak beretika yang ditinggalkan kepada negara ini. Kita semua berhak kepada yang lebih baik," kata beliau yang merupakan salah seorang anggota Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 2004. Read Full...

Unsur Kristianisasi iklan di TV - Agenda Siapa ?


by radens albanjari

Iklan yang menghina? Tulisan jawi terbalik. Sengaja ? Dia buka buku dari kiri ke kanan. Walhal tulisan jawi dari kanan ke kiri. Aidil Fitri pun dah di 'santa klaus'kan? Idea bangang siapa? Rosak fikiran budak2 tengok iklan jahanam ini. Memang jahanam 1Malaysia-sama macam slogan bangangnya. Dari produksi hingga kepada penyiar - Bodoh ! Ada otak letak kat 'pelir' itu ler jadinya. Memang wajar di'carut' !! Bodoh bangang punya Apno !!


Di Indonesia, 'Bendera' sibuk dengan 'GANYANG' Malaysia, di Malaysia pula, iklan raya tv pula 'GANYANG' sensitiviti orang islam. Rujuk iklan dibawah.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
taken from Yusrizan Usop
Read Full...

Antara 2K- Siapa lebih kemaruk??



Eh... eh... rupa-rupanya selama ini mereka dapat bonus selaku Pengerusi PKNS. Bukan RM500 seperti yang kerajaan bagi pada kaki tangan awamnya, tetapi RM100 ribu..... Fuualaaamaakk!! Banyak tu....

Masa dedulu.... masa era Khir Toyo, dia dapat duit sebanyak tu, dia sapu. Tak hesitate langsung... Rezeki jatuh ke riba, rembat pi la!! But I wonder.... siapa yang punya cadangan untuk beri bonus yang sebegitu banyak kepada Pengerusinya??

Dengar cerita... ia sudah berlaku zaman Khir Toyo lagi... Sebelum tu ada ke?? Whatever ler.... The bottom line is.... amalan tersebut bermula masa era pemerintahan UMNO/BN. Oh... Itu rupanya, salah satu cara orang nombor satu negeri, rembat duit rakyat. Patutler... MB-MB UMNO, ni kaya-kaya belaka. Lepas tak jadi MB pun boleh lagi hidup macam raja. Fuuhh... makan tak habis beb!! 7 keturunan pun tak habis makan.

Itu dulu... tetapi amalan rembat duit rakyat seperti ini menimbulkan kezutan kepada MB Pakatan Rakyat. Sebagai seorang pemimpin rakyat yang tahu akan keperitan hidup rakyat marhaen... dia tak sampai hati nak ambil duit rakyat yang dijenamakan semula dengan nama bonus kepada Pengerusi. Inilah dia pemimpin rakyat yang berjiwa rakyat dan yang mendahulukan rakyat.

Since, kita dah sentuh pasal mendahulukan rakyat, ada satu perkara yang terlintas di fikiran aku. Actually dah lama dah..... tapi aku nak sebut hari ini. Ia ada kaitan dengan slogan dan konsep 1Malaysia.... Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Well.... itu slogan pentadbiran Najib tetapi kalau kita amati betul-betul, pengisiannya tidak dipraktikkan oleh mereka. Sebab.... sememangnya ia dicipta untuk retorik semata-mata. Banyak tindak tanduk mereka tidak menepati aspirasi 1Malaysia. Sebab itu, ramai yang berpandangan they're bullshitting us!!

Ironisnya.... para pemimpin Pakatan Rakyat pulak yang banyak bertindak selaras dengan aspirasi yang tersirat dalam konsep 1 Malaysia. Itu.... pada aku tak menghairankan, kerana landasan perjuangan kita berteraskan kepentingan rakyat. Rakyat untuk rakyat!! Sebab itu... pengorbanan para pemimpin juga adalah demi rakyat. Rakyat sentiasa di hati mereka.

Ini terbukti.... apabila Khalid Ibrahim telah menolak bonus RM100 ribu dan mahu wang tersebut dikembalikan semula kepada rakyat dan mahu amalan ini dikaji semula dengan penyediaan satu garis panduan tentang pemberian insentif seumpama ini kepada para pemimpin. Baca sini.

Bravo Khalid Ibrahim.!! You're a true pemimpin rakyat!!

So.... siapa yang lebih kemarukkan duit rakyat?? UMNO/BN atau Pakatan Rakyat?? Khalid atau Khir??
Read Full...

Khusrin Dinasihat Rujuk Fatwa Jika Cetek Pengetahuan Agama


Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang beliau anggap mempunyai pengetahuan agama yang cetek supaya merujuk kepada fatwa berhubung isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1 Mac lalu sebelum membuka mulut mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam.

Khalid juga menganjurkan supaya Mohammed Khusrin meneliti fakta sesuati isu bersangkutan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan jika beliau tidak pasti samada apa yang dikatakan berlandaskan fajta atau sebaliknya.

"Nampak pengetahuan yang ada pada Khusrin terlalu cetek, sepatutnya beliau merujuk terlebih dahulu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama.

"Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini Selasa lalu.

Menyentuh mengenai kenyataan Mohammed Khusrin dan tindakan Umno yang mempolitikkan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu, Khalid membidas ia adalah satu fitnah besar serta menyifatkan Umno telah membina tembok penghalang yang besar dalam perpaduan kaum di negara ini.

"Banyak fitnah yang telah dimainkan oleh Umno di dalam bulan Ramadhan ini, daripada isu doa ketika khutbah Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehinggalah kepada kes terbaru yang membabitkan Ahli Parliman Serdang. Umno memfitnah tanpa meneliti terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku.

"Malah dalam kes Teo saya melihat, Pengarah Jais telah mengeluarkan pelbagai kenyataan di media tanpa merujuk kepada Mufti terlebih dahulu. Kenapa beliau tidak melihat fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan isu orang bukan Islam memasuki surau atau masjid, kalau ilmu pengetahuan masih lagi cetek beliau perlu membuat rujukan terlebih dahulu barulah mengeluarkan kenyataan ini tidak hanya mengikuti telunjuk Umno yang sudah tentu jahil dalam bab-bab sedemikian.

"Bagi saya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam ini memasuki surau ataupun masjid kerana tidak pernah timbul masalah kepada penduduk setempat, begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang memasuki gereja ataupun kuil tidak pernah timbul ketidak selesaan mereka yang berada di dalam tempat tersebut.Malah mereka menyambut pemimpin Islam daripada Pakatan Rakyat dengan baik dan mesra dan begitu juga sebaliknya orang Islam menyambut dengan rasa hormat ke masjid dan surau.

"Tindakan Umno ini telah mencemarkan imej Islam di mata mereka yang bukan Islam, kita dari Pakatan Rakyat sentiasa berusaha membentuk silaturahim di dalam perhubungan sesama kaum dan juga agama di negara ini tetapi Umno mengambil pendekatan yang terpesong cuba menakutkan orang bukan Islam dengan pelbagai kecaman," tegasnya.

Ketika ditanya berkenaan dengan kewibawaan Khusrin sebagai Pengarah Jais yang dilihat telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang lebih mirip kepada politik serta membuat kecaman tanpa merujuk kepada mufti mahupun fatwa, beliau akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan Khusrin di jabatan itu.

"Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri bagi menilai semula kedudukan Khusrin di Jais, mungkin langkah terbaik kita kemukakan cadangan pindahkan beliau ke tempat lain agar tiada lagi jawatan beliau digunakan untuk kepentingan politik Umno.

"Bila melihat Umno ini terlalu membentuk benteng perpaduan antara kaum mungkin paling layak Umno ditukar kepada 'Unfriendly Malay Nation Organization', sebab terlalu banyak kenyataan fitnah dikeluarkan Umno dalam soal isu bukan Islam," kata Khalid lagi.
Read Full...

Khir Toyo Sangka Orang Semua Busuk Macam Dia



Khalid sengaja tunjuk baik"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, terpulang kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu menerima insentif sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, Abdul Khalid sepatutnya mengarahkan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pemberian insentif berkenaan.

Ini katanya, Othman merupakan individu yang bertanggungjawab mengeluarkan insentif tersebut.

“Kalau dia (Khalid) tak setuju, pecat saja Pengurus Besar PKNS kerana dia yang keluarkan cek. Dia sengaja tunjuk baik kononnya pimpinan terdahulu mengamalkan pemberian insentif ini.

“Sebenarnya, bila PKNS mendapat untung ia akan beri bonus kepada pengerusi, timbalannya dan ahli lembaga pengarah serta semua pegawainya,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media, di sini semalam.

Katanya, pemberian insentif itu bukan perkara baru dan dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menerima keuntungan.

Beliau berkata, pemberian insentif itu telah dimulakan sejak pimpinan Datuk Harun Idris lagi.

“Pemberian bonus ini bukan satu perkara yang baru. Ia telah dilakukan sejak awal penubuhan PKNS lagi.

“Saya fikir Khalid mahu tunjukkan kepada semua orang bahawa dia merupakan seorang individu yang baik,” katanya.

Kata Mohamad Khir lagi, Abdul khalid yang pernah menjadi pengerusi kepada GLC sebelum dilantik menjadi Menteri Besar pernah menerima insentif berkenaan.

“Dia pernah menerima pemberian insentif serupa semasa menjadi pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie Berhad.

“Tetapi kenapa bila menjadi Menteri Besar dia berpura-pura terkejut dan enggan menerima pemberian insentif daripada PKNS itu,” katanya. -SH


Lebih Baik Diam Khir Toyo

Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi. Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu. "Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar."Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu. "Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. -MK


Ulasan GB

Khir Toyo ingat semua orang busuk macam dia. Yang busuk hanyalah MB dan KM dari BN. MB dari PR tak buat kerja macam tu.

Itu baru dari satu anak syarikat Khir Toyo dah dapat RM135,000. Belum lagi anak-anak syarikat yang lain. Silap gaya duit bonus jer berjuta nilainya. Yang bodoh yang bebal hanyalah ahli-ahli UMNO kampungan yang dapat RM50 - RM60 yang disuruh sokong pemimpin macam Khir Toyo.

Berapa banyak sebenarnya Khir Toyo dah mentekedarah wang rakyat negeri Selangor sewaktu beliau menjadi MB? Hanya Allah juga yang Maha Tahu.

Pakatan Rakyat dah buat beratus aduan polis dan SPRM. SPRM serah kepada Peguam Negara yang cuba untuk cover-up kes Khir Toyo dengan Disney Landnya dahulu. Bila dikatakan mereka lembu-lemmbu UMNO, mereka melenting. Dan sememangnya mereka lembu-lembu UMNO.

Kelembuan dan kejahatan SPRM satu hari akan tetap terbongkar juga.

Tunggu, kebenaran akan tetap muncul. Peguam Negara akan terhumban juga nanti paling tidak ke penjara. Kalau mereka berani terus pertahankan kerajaan UMNO BN korup yang sedia ada. Saya beri amaran, jangan lawan arus kebangkitan rakyat.

Happy ending hanya untuk yang baik-baik, yang jahat, yang celaka, yang lembu akan terima balasannya. Itu sunnatullah!
Read Full...

Ahmad Said Langgar Undang-undang Sendiri


http://buletinonline.net/images/stories/berita32/kilangretak.gifKEMAMAN- Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan tindakan kerajaan negeri Terengganu membenarkan kilang ‘e-Book’ TOP IT Industries beroperasi tanpa kelulusan Sijil Akuan Menduduki Bangunan atau CF adalah melanggar undang-undang ciptaan sendiri.

Katanya tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said itu tidak boleh dijadikan contoh serta wajar ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan yang membenarkan kilang milik anak syarikat kerajaan negeri beroperasi secara ‘haram’ amat memalukan rakyat Terengganu.

“Amat memalukan kita (rakyat) apabila kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ‘Mat Said’ (Ahmad Said) sebagai Menteri Besarsendiri langgar undang-undang ciptaannya.

“Dia (MB) benarkan kilang TOP IT Industries tanpa CF. Sepatutnya, MB jadi contoh kepada rakyat,” ujarnya dengan kesal.

(Gambar - sekurang-kutangnya 5 tempat keretakan yang jelas kelihatan dari pandangan luar premis kilang Top IT Industries yang disebut sebagai kerosakan kekal oleh laporan Jabatan Audit namun MB Ahmad Said mempertahankan dan mengatakan kilang tersebut selamat)

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu mendakwa pendedahan Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu mengenai masalah di kilang tersebut merupakan satu bentuk penyelewengan.

Katanya, pendedahan itu satu lagi bentuk penyelewengan pemimpin Umno Terengganu yang berkuasa di negeri ini.

Oleh itu, beliau mendesak agar pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan segera tanpa memilih ‘bulu’.

Menurutnya, keselamatan nyawa para pekerja di kilang berkenaan patut diutamakan agar tidak berlaku seperti runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tahun lalu.

“Kita (PAS) minta pihak berwajib terutama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dapat mengambil tindakan segera dalam kes (kilang) ini tanpa memilih ‘bulu’.

“Kita (PAS) mahu keselamatan para pekerja kilang terjamin dan diutamakan. Kita (PAS) tidak mahu terjadi kes runtuh seperti bumbung stadium di Gong Badak, tahun lalu,” ujarnya.

Minggu lalu, rakyat didedahkan dengan laporan Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu mengenai Pengauditan Pengurusan Anak Syarikat TOP IT Industries tidak mempunyai CF. 

Perkara itu, didedahkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada 26 Ogos lalu.

Dr Syed Azman berpendapat laporan Audit tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keretakan kekal serta boleh membahayakan nyawa 67 orang kakitangan yang bekerja di kilang berkenaan.

“Saya telah mendapat dua dokumen penting yang diberikan kepada saya. Pertama, tentang pengauditan pengurusan TOP IT Industries Sdn Bhd dan keduanya, gambar-gambar mengenai kerosakan-kerosakan yang disebut kerosakan kekal.

“Laporan Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu mendapati kilang ini tidak mendapat Sijil Akuan Kelayakan Menduduki atau pengesahan CF dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,” ujarnya.

Beliau mahukan kerajaan negeri segera bertindak untuk membuat pemeriksaan rapi berdasarkan laporan audit ke atas kilang ‘e-Book’ terbabit.

Katanya, kilang pemasangan e-Book tersebut beroperasi dalam keadaan amat merbahaya kepada para pekerja yang seramai 67 orang.

“Mereka (pekerja) telah membuat pengaduan kepada kami (PAS) secara rahsia tentang bahaya mereka (pekerja) bekerja di sini (kilang) kerana berlaku keretakan-keretakan yang boleh nampak jelas dari luar bangunan.

“Audit Terengganu telah membuat audit dan memaklumkan tentang keretakan-keretakan yang berlaku ini merupakan keretakan yang kekal dan boleh memberikan ‘impak’ (kesan) besar kepada para pekerja jika berlaku keruntuhan.

“Jadi, mereka (pekerja) amat bimbang tentang apa yang ada sekarang ini. Dan jika hari hujan atau ribut akan berlaku juga kebocoran.

“Air (hujan) masuk ke dalam (kilang) dan atap kilang ini juga bergoyang jika berlaku tiupan angin, hujan dan ribut,” jelasnya.

Menurutnya, kilang terbabit telah beroperasi selama satu tahun empat bulan tanpa Sijil Akuan Kelayakan Menduduk (SAKM) atau CF dari pihak berwajib.

Katanya, laporan Juruperunding Arkitek Pembinaan Kilang mendapati berlaku kebocoran pada dinding, steel column, siling, dinding, keretakan dinding dan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik.

Menurutnya, lawatan Audit ke bangunan kilang tersebut pada 15 Mac 2010 lalu mendapati kesan retak yang serius. Read Full...

MB Terengganu Melenting Rahsia E-book Bocor



Ahmad Said Marah Jabatan Audit Bocor Laporan Top IT

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah mensabotaj kerajaan negeri kerana maklumat laporan audit keatas syarikat Top IT Industries Sdn Bhd. terdedah kepada umum.

Ahmad dipetik Bernama berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang.

“Saya tidak faham mengapa Jabatan Audit telah memberi laporan berkenaan kepada pihak pembangkang jika ada berlaku perkara sedemikian. Apa tujuan Audit berbuat demikian seolah-olah hendak sabotaj kerajaan negeri dalam perkara ini?.

“Sepatutnya Audit memberi laporan terlebih dahulu kepada kerajaan sebelum mendedahkan kepada pihak lain jika ada sebarang perkara yang tidak kena berlaku,” tegasnya

Sebelum itu, Ahmad telah memberi pengesahan bahawa, kilang Top IT Industries Sdn Bhd, syarikat yang memasang e-Book adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerjanya.

Beliau berkata perkara itu disahkan oleh juruperunding dan pembinaan kilang itu mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kilang itu hanya mengalami keretakan biasa pada dinding yang tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahamad Nawawi pada Khamis lepas bahawa kilang anak syarikat kerajaan negeri berharga RM12 juta itu tidak selamat kerana retak selain tidak ada sijil layak menduduki (CF).

Menteri Besar berkata: “Sekarang CF sudah tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan lagi tetapi oleh juruperunding dan mereka menyatakan bangunan itu selamat untuk digunakan”.

Beliau menegaskan bahawa kilang berkenaan hanya berharga RM7.9 juta dan bukannya RM12 juta seperti didakwa. sumber: buletinonline

BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Pembaziran Kerajaan Terengganu Dalam Program E-book

Ulasan GB

Macamana Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu cuba pula nak tutup maklumat mengenai Laporan Audit negerinya sedangkan laporan audit sebenarnya adalah tidak rahsia, telus dan terdedah kepada umum?

Mungkin selama ini Ahmad Said telah terbiasa dengan kerja-kerja menutup penyelewengan yang tak dapat dihidu oleh Jabatan Audit Negara. Jadi apabila terdedah yang satu ini, melentingnya amat sangat sampai menyatakan negerinya disabotaj oleh agensi kerajaan Jabatan Audit Negara.
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks