KUALA LUMPUR, 10 Mei — Bekas mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa kerajaan mengkaji balik langkah mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung bulan depan.
Sehubungan itu kata Asri, beliau juga mahu rakyat pelbagai kaum dan agama agar membantah usaha tersebut.
Sambil menekankan peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah, Asri memberitahu, cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ yang tidak berlesen kepada yang berlesen.
“Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?
“Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti.
“Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Asri berpendapat bahawa judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak keburukannya sentiasa dominan dan akan menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut dan ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa.
“Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.
“Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.
“Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’,” katanya.
Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Kata beliau, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya.

0 comments:
Catat Ulasan