Gugurkan kes liwat Anwar, Kesatuan Inter-Parlimen

Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia dari Perhimpunan Antara Ahli-Ahli Parlimen Sedunia membuat pengumuman dalam perhimpunan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, bahawa mereka sebulat suara mengusulkan resolusi ini kepada Governing Council.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, iaitu Ketua Pembangkang Dewan Senat Filipina, Senator Aquilino Q Pimentel, Jr berkata, "Memandangkan kes liwat Anwar (gambar kiri) baru-baru ini dikritik secara umum sebagai cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya", maka jawatankuasa ini mengusulkan:
Pertama, memberi prihatin terhadap tuduhan dan perbicaraan kes liwat yang baru, yang mana kelihatan sarat dengan "kecacatan" sebagaimana yang berlaku dalam kes liwat pertamanya beberapa tahun lalu, namun beliau telah dibebaskan kerana tidak bersalah;
Keduanya, dalam keadaan di mana dua laporan perubatan telah menunjukkan bahawa tiada kesan "tusukan" (penetration), maka ia tidak seharusnya dituduh sebermulanya, dan harus digugurkan sekarang;
Ketiganya, anggota barisan pendakwa raya dalam kes liwat yang pertama, iaitu Abdul Gani Patail (gambar kanan) yang dituduh mereka bukti palsu untuk menganiaya Anwar, kini terlibat dalam kes liwat yang kedua. Malah, barisan peguam pembela Anwar Ibrahim dilarang untuk mendapatkan bahan bukti, menyebabkan mereka gagal membuat persediaan untuk pembelaan;
Keempatnya, dalam kes ini, kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama rata. Pembelaan dalam perbicaraan yang adil amat penting. Seandainya pembela tidak diberi ruang untuk menggunakan haknya, maka apa-apapun penghakiman adalah cacat.
Kelimanya, meminta agar Setiausaha mengaturkan agar pemantau menghadiri perbicaraan seterusnya.
Keenam, meminta agar Setiausaha menghubungi pihak parlimen Malaysia;
Ketujuh, menyeru agar jawatankuasa ini meneruskan siasatan kes ini, malah mengemukakan laporan dalam persidangan mesyuarat ke-123 yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.Tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menghadiri mesyuarat ke-122 ini adalah Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR), Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) dan Senator Mumtaz bt Md.Nawi (PAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Hee Loy Sian, kesemua perwakilan meluluskan resolusi yang diusulkan di atas, dengan pendirian "reserved" Malaysia turut dicatatkan.
IPU ditubuhkan pada tahun 1889, adalah sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland, dengan matlamat untuk menjalin hubungan antara parlimen sedunia ke arah demokrasi dan keamanan.
Negara Barat menyokong Anwar
Pada 11 Februari 2010, lebih daripada 50 orang ahli parlimen dan Senator di Australia telah menulis surat untuk meminta supaya institusi kehakiman Malaysia menggugurkan kes liwat Anwar.
Selepas itu, John Kerry, Pengerusi Senate Foreign Relations Committee, Amerika Syarikat juga mengeluarkan kenyataan, menggesa agar Malaysia memberi perbicaraan yang adil kepada Anwar Ibrahim. Beliau berkata, "Saya menyeru kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri Najib untuk memastikan perbicaraan dan penghakiman yang adil terhadap Anwar."Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Negara Luar Australia, Michael Danby turut menuduh bahawa institusi kehakiman telah dipergunakan untuk mengusir Anwar dari politik, malah menganggap tuduhan ini mengejutkan pendukung demokrasi Asia, kerana semua orang Malaysia dan pakar undang-undang mengetahui bahawa Anwar tidak bersalah.
Selain itu, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin juga bersuara untuk membela Anwar. Kelantangan suara masyarakat antarabangsa telah menambah tekanan kepada kerajaan Najib.
Great Deals on Vostro Systems to Get Your Business Going Great Deals on Vostro Systems to Get Your Business Going Great Deals on Vostro Systems to Get Your Business Going Great Deals on Vostro Systems to Get Your Business Going Great Deals on Vostro Systems to Get Your Business Going Read Full...

Exports up 18.4% year-on-year

KUALA LUMPUR: The government announced yesterday that its exports, the mainstay of the economy, rose 18.4 percent year-on-year in February due to stronger demand for electronic goods and commodities.
The trade ministry said in a statement shipments rose to RM46.84 billion ringgit while imports were up 27.9 percent to RM35.17 billion, producing a surplus of RM11.67 billion.

The ministry said the increase was due to higher exports of electrical and electronic products (up 23.5 percent), crude petroleum (125.7 percent) and palm oil (31.3 percent), among others.

Electrical and electronic items account for more than one-third of Malaysia's total exports to key markets such as China, Singapore, Japan, Thailand and the United States.

Export-dependent Malaysia, Southeast Asia's third-largest economy, was hit by the global slowdown as its economy shrank 1.7 percent last year but the central bank has forecast a 5.5 percent expansion for this year.

Prime Minister Najib Tun Razak this week unveiled plans for bold economic reforms, including an overhaul of racial preferences for majority Malays, in a bid to boost growth and attract badly needed foreign investment. Read Full...

Hulu Selangor, ujian kemelayuan Umno

Beberapa kelompok Umno khususnya di Hulu Selangor mula bersuara menuntut kerusi itu diserahkan kepada mereka.

Jika dilihat gelombang itu, tuntutan tersebut dikitra wajar. ini kerana Hulu Selangor memiliki lebih 50 % pengundi melayu berbanding MIC yang mewakili India kira kira 15 %.Malah pengundi Cina mengatasi India .

Namun itu adalah dasar sebenar Umno yang rela menggadaikan kerusi Melayu kepada India atau Cina. Ia bukan pelik malah terlalu banyak milik melayu yang digadai Umno kepada bukan Melayu. Malangnya kebodohan fakta menjadikan pengundi melayu terus dibermimpi Umno sebagai pembela melayu.

Sudah tiba masanya penyokong Umno khususnya mereka yang tebal kemelayuannya menuntut kerusiitu dikembalikan kepada Umno. Jika mereka gagal, mereka wajar mengadakan protes beramai ramai dengan mengundi Pakatan Rakyat yang hampir pasti diwakili melayu.

Pengaruh MIC yang kian pudar terutama sejak pilihanraya 12 yang lalu adalah antara faktor yang menguatkan tuntutan tersebut.

Namun hampir pasti juga tuntutan kepada PM itu akan mengecewakan. Muhyidin yang kini menduduki kerusi kedua yang dilihat memiliki darah melayu juga akan gagal melakukan sesuatu demi menjaga hati MIC.

Najib tentunya akan mengutamakan sokongan bukan melayu kerana beliau amat memahami jiwa melayu yang mudah dipujuk berbanding bangsa lain.

Bagi MIC pula, mereka tiada pilihan selain mempertahankan kerusi tersebut jika ingin terus berperanan di arena politik negara khususnya dikalangan pengundi India.

Jika kerusi ini dilepaskan kepada Umno, bermakna untuk mendapatkannya kembali adalah satu mimpi ngeri. Ia juga sebagai pembuka laluan kepada tuntutan kerusi lain oleh rakan sekutu BN.

Gerakan di Perak dilihat lebih bijak apabila berjaya mendapatkan kerusi ganti kawasan Taiping yang diserahkan kepada PPP .

Kerusi Bukit Gantang yang ditandingi Kaveays telah diganti dengan kerusi Gerakan di Taiping kerana tuntutan melayu Bukit Gantang yang ingin kerusi itu dikembalikan setelah janji sepenggal untuk PPP.

Kayveas yang dipindahkan ke kerusi Gerakan di Taiping gagal menjadi MP sebaliknya Gerakan yang dipindahkan ke satu lagi kawasan melayu di Gerik setelah ditentang di Lenggong mendapat kerusi selamat . Semuanya kerana sokongan melayu Umno.

Kita nantikan bagaimana tolak tarik yang sedang dirudingkan ini berlangsung. Apakah melayu Umno mampu menunjukkan kejantanan mereka ataupun ianya hanya satu taktik politik murahan. Kita ingin melihat sejauh mana darah melayu yang mengalir dalam tubuh Umno mampu bertahan. Read Full...

Pro-Mat Taib campaign begins in Hulu Selangor

By Adib Zalkapli
HULU SELANGOR, April 3 — MIC’s choice for the April 25 Hulu Selangor by-election is now complicated with the Umno division there openly campaigning for veteran party leader Tan Sri Muhammad Muhd Taib to represent the Barisan Nasional.
A banner (picture) supporting Muhammad as the BN choice for the Hulu Selangor by-election has been put up in Batang Kali town here to coincide with Tan Sri Muhyiddin Yassin’s first campaign stop in the parliamentary constituency.
“For the sake of unity we want Tan Sri Dato’ Hj Muhammad Bin Hj Muhd Taib as a candidate for Hulu Selangor,” reads the message on the banner.
Local Umno leaders have been demanding that a candidate from the Malay party is fielded despite insistence by the MIC to maintain the status quo in Hulu Selangor.
“His name is very popular here. Hulu Selangor used to be a sleepy hollow, but not anymore when Tan Sri Mat Taib served as mentri besar,” said Umno division vice-chief Datuk Adnan Buyong, but was quick to add that he had nothing to do with the banner.Muhammad was the Selangor mentri besar from 1986 to 1997.
Muhammad had also served as the representative of Batang Kali — one of the state seats in Hulu Selangor parliamentary constituency — from 1982 to 1995.
He left mainstream politics a year ago, after losing his bid for the Umno deputy presidency to Muhyiddin.
“If he makes a comeback we will see another wave of development in Hulu Selangor,” Adnan told The Malaysian Insider.
Adnan, who also co-ordinates the constituency’s village security and development committees, said he had sent a memorandum to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak early this week, asking the BN chairman to back an Umno candidate.
“We are serious that was why we sent the memorandum,” said Adnan when met at a campaign stop in Kampung Sentosa, Batang Kali.
The memorandum was also signed by more than 50 village heads in Hulu Selangor, some of them are also Umno branch chiefs.
“That was not my request alone, it was from the grassroots, you can ask around and find out,” said Adnan.
Hulu Selangor Umno deputy chief Mohd Isa Abu Kassim described the demand for Muhammad to be fielded as not unusual.
“There is nothing wrong with it, we have 64,000 voters with different expectations, most importantly they are with us, they are still BN supporters,” said Mohd Isa.
BN is expected to field MIC deputy president Datuk G. Palanivel who lost the seat in Election 2008 to PKR’s Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Zainal Abidin, who was formerly a Selangor deputy mentri besar, died last week of a brain tumour.
Nomination is set for April 17 while polling will be held on April 25. It is understood that Palanivel is the only MIC candidate named for the seat while some 10 have been shortlisted by PKR which needs to retain the seat after a spate of resignations and a case of expulsion.
There are 64,000 voters in Hulu Selangor, with the Malays making up 53.9 per cent of the total while the Chinese constitute 26.7 per cent, Indians approximately 19 per cent and other races at 0.41 per cent. Read Full...

Maharuku , adakah anda seorang munafiq?

Blogger Umno telah mengambil kesempatan memfitnah ADUN Pakatan Rakyat dengan menyiarkan cerita-cerita yang bukan-bukan.Mereka tidak menceritakan apa sebenarnya yang benar berlaku.

Hanya dengan sekeping foto, mereka yang bacul ini telah cuba mengexploitasi pemikiran pembaca mereka. Hanya mereka yang berfikiran 'Maharuku' sahaja yang boleh terpedaya dengan taktik begitu. Lihat berikut :Well Mr Zainol, I believe your blatant attempt to tarnish the good reputation and image of DS Nizar is completely a fiasco. I think your biggest mistake as a Muslim is allowing yourself to be persuaded by your Umno masters in such the most heinous act, unless you are a munafiq.
Anda semua tentu masih ingat tentang bagaimana peristiwa pembunuhan di Memali , dimana As-Syahid Ust Ibrahim Libya bersama 13 Syuhada yang lain telah diexploitasikan oleh UMNO/BN dengan pelbagai cara.

Media UMNO/BN telah menyibarkan berita fitnah yang kononnya As-Syahid adalah seorang samseng yang sedang diburu dan beliau kononnya mengajar ajaran sesat. Kini blogger Umno saling tak tumpah menyambung dan meneruskan lagi tradisi Umno yang gemar menyibarkan fitnah.

Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video oleh RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan. Cerita selanjutnya di sini / end Read Full...

MINTA PROJEK JAMBAN TAN DARI SEMBAB !

JAMBAN INI RUNTUH KERANA BIK MAMA PAKAI - PERLU JAMBAN BARU

PERUNTUKAN RM 2 JUTA UNTUK KAMPONG SENTOSA - melayau

Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali, dekat sini.

Beliau sehubungan itu mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000. –

KAH KAH KAH

woit…. PROJEK SUDAH MASUK….kah kah kah..

kah kah kah… INILAH BAIKNYA ADA PILIHANRAYA KECIL…kah kah kah..

woit… KALAU SEBULAN SEKALI ADUN ATAU YB MATI… ALANGKAH BAIKNYA…. kah kah kah…

kah kah kah… SATU DAERAH KENDURI KENDARA… kah kah kah…

kah kah kah… PARA MALAON MUKEEE SEMUANYA TUNDUK MENYEMBAH….. kah kah kah…

woit… WARGA HULU SELANGOR… MASA UNTUK MINTA TELAH SAMPAI…kah kah kah…

kah kah kah… MINTA LAA APA SAHAJA…. kah kah kah..

kah kah kah…. JANGAN LUPA MINTA JAMBAN TAN DARI SEMBAB…kah kah kah..

JANGAN LUPA TONTON INI :

http://www.youtube.com/watch?v=z6Kp5PwDpYg Read Full...

Tan Sri

Masa saya kecik-kecik dulu sehinggalah saya habis sekolah menengah, seingat saya, rumah yang paling besar di kampung saya ialah rumah Mustapha Hussain (lihat cerita mengenainya dalam posting Gombak Rock 3/5/09 bertajuk "The Ballad of Mustapha Hussain"). Rumah kedua terbesar dan selang sebuah rumah dengan rumah Mustapha ialah rumah Brigadier (B) Mohammed Noor Haji Tamin (beliau banyak menolong saya ketika saya ditangkap dan dibelasah polis ketika saya Form One dulu - masa tu bukan kena tangkap fasal tulis blog tetapi fasal saya budak jahat. Tuan Norbet juga selalu mengupah saya menebas dan membersihkan kawasan rumahnya. Sebagai budak miskin, saya seronok sangat apabila dia ajak masuk ke dapurnya selepas menebas untuk minum bersama. Sambil minum, rajin juga dia menceritakan zaman kegemilangannya sebagai pegawai tinggi tentera).

Masa saya sekolah, bukan sahaja saya tak berani rapat dengan orang-orang yang di anggap orang kaya di kampung saya, rumah mereka pun saya tak berani dekat. Maklumlah, saya budak miskin. Sebab itu saya tak berapa kenal Mustapha dan keluarganya, melainkan salah seorang anaknya yang sangat baik dan tidak kekok menegur budak-budak miskin seperti saya, iaitu Kak Cik Yang (Najilla).

Kali terakhir saya bertemu dengan Kak Cik Yang ialah pada awal lapan puluhan ketika menunggu bas di Lebuh Ampang. Dia mengajak saya ke rumahnya di Hulu Klang. Waktu itu, dia beritahu saya, keluarganya sudah berpindah ke Hulu Klang. "Pak Njang (Mustapha) pun duduk sini," katanya kepada saya.

Pengalaman saya bergaul dengan Mustapha ialah apabila saya sudah habis sekolah menengah. Bila dia keluar ke kedai kopi ditemani Tok Ngah Ndan, saya selalu bersembang dengannya. Oleh kerana saya peminat politik, saya selalu bersembang dengannya. Kadang-kadang bertengkar. Biasanya, dia akan kalahkan saya dengan kata-kata "hang tak habis mengaji lagi. Hang pi mengaji dulu".

Mustapha juga selalu memberi motivasi kepada saya. Saya tahu dia bukan seseorang yang disenangi kerajaan. Tetapi dia dapat membina hidupnya sebagai agen insuran. Kalau tak silap, AIA. Rajin juga dia menceritakan susah senang hidupnya.

Apa pun, saya sangat berterima kasih kepadanya yang sudi melayan saya dan kadang-kadang memanggil saya berbual dengannya dan Tok Ngah Ndan.

Saya masih ingat, soalan saya yang dia tak jawab dan hanya tersenyum bila saya bertanya ialah, "Awat Pak Njang boh nama anjin Pak Njang (dengan nama) Tan Sri?"

Berita hari ini:
Umno mahu 'Datuk' Adun pembangkang dilucutkan (Malaysiakini 2/4/10)
PB. Read Full...

Apabila Penasihat Agama UMNO Takut Bercakap ..................

Beginilah bila penasihat agama UMNO bertaraf Menteri ...takut bercakap mengenai kebenaran. Anda tahu bukan siapa yang hamba maksudkan ini.??? Bila beliau berkata "Semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut kerana ia hak mutlak Sultan selaku ketua agama Islam negeri"

Ucapan yang sedemikian tidak lain dan tidak bukan adalah nada penakut atau pengecut atau kata-kata untuk menyembunyikan kebenaran apabila hukuman sebat yang ditetapkan Allah di dalam Al-Quran diubah menjadi hukuman khidmat sosial - Cuci Tandas. ,Sultan apabila hendak melakukan sesuatu... beliau mendengar dahulu pandangan daripada penasihat-penasihat yang berada di sekelilingnya. Tanyalah pada Dato Panglima Jebat yang cukup mahir akan selok belok Istana. Jadi....Kenapa Menteri ini tidak memberikan nasihat yang sebenarnya tentang hukum Allah ini kepada Ketua Agama Negeri.??? Hukum Allah adalah jelas....sebat, maka perlu disebat. Tidak boleh ditukar hak Allah dengan yang lain. Hamba bukan mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan..hamba mempertikaikan Tugas dan kata-kata menteri ini. Sultan hanya menjatuhkan hukuman sahaja. Yang menjadi penasihatnya adalah orang-orang disekelilingnya.

Kita jangan meniru cara Kristian, yang mengubah hukum Allah dengan hukuman sendiri. Dengan kata yang lebih berat ...ini menyengutukan Allah, mengambil hukum selain dari hukum yang ditetapkan Allah dan Rasul. Inilah Toghut. Orang Kristian dia ubah Al Kitab Injil, macam-macam dia ubah ikut selera dan nafsu mereka, maka lahirlah Bible. Inilah Toghut dan mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan mereka.

Benar, selaku ketua agama di kampung-kampung atau peringkat kawasan dan negeri atau negara, sesiapa yang melakukan dosa maka ia juga berdosa kepada ketua agama yang ada kerana tidak menghormati /melanggar hukum agama yang ditetapkan oleh negeri-negeri. Tetapi tidaklah sampai tahap boleh mengampunkan hukuman Allah ini. Jika hukuman Allah ini boleh diampunkan oleh individu-individu tertentu maka tidak perlulah suami atau isteri atau ayah atau ibu menangisi akan anaknya atau pasangan masing-masing pada suatu masa dahulu ketika hukuman potong tangan atau sebat atau rejam dilaksanakan oleh para sahabat dan Ulul Amri. Ingatkan Cerita P.Ramlee "Semerah Padi" ??? P.Ramlee pun lebih pandai dari Menteri ini.

Harus diingat hanya Paderi yang boleh mengampunkan dosa - itu cara Kristian. Tapi ...Apakah kita ingin agama Islam menjadi seakan agama Kristian dan ada Paderinya.??? Tepuk Dada Tanyalah Imanmu kepada Allah dan Rasulnya.

Jadi inilah tugas Penasihat Agama UMNO yang dilantik bertaraf Menteri bagi menasihati Ketua agama setiap Negeri atau memberi Ilmu agama........ dengan mengadakan kelas agama setiap minggu kepada ketua-ketua agama negeri (jangan asyik2 buat kelas ambil wudhuk lagi) agar mereka faham akan agama dan boleh membuat keputusan yang selari dengan Islam. Kalau tak...beginilah jadinya dan ianya akan menjadi bahan ketawa dan lawak masyarakat ajer.

Menteri Agama jangan jadikan kerusi tersebut untuk bersenang-senang dan bermewah-mewah dengan pangkat dan habuan dari UMNO. Jika ini yang berlaku....takut anda termasuk dalam golongan Ulama Su'

Catatan ini adalah pandangan peribadi dan nasihat hamba dan bukannya dari pandangan Parti PAS, PKR atau dari Pakatan Rakyat. Ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hamba nyatakan di atas. Read Full...

Projek mee segera mencurah-curah di Hulu Selangor

Umno-BN ternyata sudah tandus dan kering modal setiap kali menghadapi suasana pilihanraya. Sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Setiap kali pilihanraya mereka mula menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor hari ini menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Bertempat di SMK Sains Hulu Selangor hari ini beliau seakan-akan memulakan pesta projek mee segera dengan berjanji bahawa kerajaan 1Malaysia akan membina empat sekolah iaitu tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah rendah.

Lebih memualkan beliau dengan muka tak tahu malu secara terang-terangan meminta kira-kira 500 guru yang dikerah ke majlis berkenaan supaya mengundi BN dalam pilihanraya kecil akan datang.

Tidak cukup dengan itu, dalam lawatan di Kampung sentosa beliau dengan rasa 'murah hati' menjanjikan RM 2 juta bagi mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan. Sikap 'murah hati' diteruskan dengan menghadiahkan masjid As-Sajdin peruntukan serta merta RM 100 ribu. Sungguh hebat sikap pemurah dan baik hati kerajaan 1Malaysia.

Saya yakin ini semua cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di Hulu Selangor tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu! Read Full...

Ketua Wanita MCA Letak Jawatan Minggu Depan...???

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, hari ini menegaskan pendirian yang dibuatnya sebelum keputusan pemilihan parti Ahad lalu tidak berubah dan akan membuat satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sayap pada Khamis ini.
Chew yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau terlebih dahulu perlu menjelaskan keputusannya itu kepada anggota jawatankuasa pusat sayap itu.
"Saya telah menyatakan selepas keputusan pemilihan diumumkan bahawa 'pendirian saya tidak berubah'. Saya telah nyatakan pendirian saya itu dengan jelas.
"Mengenai bila dan di mana saya patut mengumumkan keputusan saya, saya berpandangan bahawa saya tidak perlu mengikut jadual sesiapa," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Chew mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden sebelum pemilihan parti diadakan pada 28 Mac lalu.
Pada pemilihan itu Dr Chua mengalahkan penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting, untuk jawatan Presiden MCA.
Chew dilihat sebagai menyokong Ka Ting.
Ketua Wanita itu juga berkata, walaupun keputusan yang akan diumum beliau bukan perkara besar, beliau masih perlu memastikan langkah yang sepatutnya telah diambil.
"Sebagai Ketua Wanita saya memikul banyak sokongan dan harapan. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan saya dan kami berkongsi matlamat yang sama. Justeru saya berasa perlu untuk memberikan mereka ruang bagi meluahkan pandangan sebelum saya mengumumkan keputusan saya.
"Saya tidak akan mengelak. Saya akan bertemu dengan banyak pihak yang telah meminta untuk berjumpa dengan saya. Sebaik sahaja mereka telah menyatakan pandangan mereka, saya akan jelaskan kepada mereka mengenai keputusan yang telah saya buat dan pendirian saya," katanya.
Chew berkata, beliau juga telah menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan panggilan telefon memujuknya agar kekal dengan jawatan itu. Read Full...

Palanivel dakwa dia calon tunggal MIC

Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan perdana menteri."Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di Kuala Kibu Bahru, petang semalam.

Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini.

Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.

Ditanya adakah beliau bersedia memberikan laluan kepada calon Umno, pemimpin nombor dua MIC itu mengakui ada usaha melobi calon lain, namun perkara itu terpulang kepada keputusan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini. Read Full...

Najib: ‘Tahun pertama perjalanan seronokkan’

KUALA LUMPUR, 2 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tahun pertama beliau memegang jawatan merupakan satu “perjalanan yang menyeronokkan” dan beliau menemui makna yang mendalam dalam kehangatan senyuman rakyat biasa dan bersalaman dengan mereka.
Semasa 12 bulan kebelakangan ini, beliau telah memaksa dan mencabar diri sendiri untuk mencapai tahap yang boleh diteladani untuk menyampaikannya kepada rakyat walaupun beliau telah mengamanahkan kepada Kabinetnya untuk melaksanakanya dengan lebih berkesan, katanya dalam entri blognya hari ini.
“Tidak dapat dielakkan, terima kasih kepada kesibukan, hari-hari saya semakin panjang dan malam-malam saya semakin pendek. Ia mungkin disebabkan tuntutna-tuntutan seperti ini yang saya temui makna yang besar dalam perkara-perkara yang kecil seperti kehangatan tulen senyuman dan berjabat salam dengan rakyat biasa Malaysia, yang kadang-kadang memberikan saya begitu banyak keseronokan seperti berjabat tangan dengan para pemimpin dunia,” katanya.
Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam pada 3 April tahun lepas.
Tahun lepas telah menyaksikan Perdana Menteri menjelajah seluruh negara dan mengadakan kunjungan mesra untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah dan pendapat-pendapat mereka.
Dalam blognya, Najib juga menceritakan kehidupannya di luar pejabat, buku-buku yang dibacanya dan latihannya dengan alat injakan.
“Saya pasti ramai di antara anda setuju dengan saya bahawa adalah sangat penting untuk melalui hari-hari yang seimbang di antara kerja dan kehidupan peribadi. Bukan sahaja ia membenarkan kita untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan, kehidupan yang seimbang dapat
meningkatkan produktiviti, pemikiran dan membuat keputusan,” katanya.
Senaman fizikal membawa ketenangan dan tenaga bagi memenuhi jadual hariannya dan membenarkan beliau untuk memberi fokus dengan lebih baik berhubung perkara-perkara penting dan mencapai waktu-waktu yang lebih produktif, katanya.
Perdana Menteri berkata beliau juga berlatih dengan alat injakan dua atau tiga kali seminggu untuk membantunya mengatasi jumlah perjalanan yang dibuat di dalam negara dan seberang laut.
“Dalam arena antarabangsa, kita mesti terus meletakkan Malaysia secara positif, Ini penting memandangkan kita merupakan sebuah ekonomi terbuka yang kecil yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa,” katanya.
Najib juga mendedahkan bahawa beliau membaca beberapa buah buku pada satu-satu masa dengan yang terbaru ialah “When China Rules The World” oleh Martin Jacques dan “Blink” oleh Malcolm Gladwell.
Walaupun amat jarang pada masa ini, beliau cuba bermain di sekeliling atau golf atau menonton televisyen, katanya.
“Dengan melihat ke depan saya memepertimbang sasaran-sasaran penting yang telah kita tetapkan pada 2010, saya menerima bahawa bukan semuanya dapat berjalan lancar pada sepanjang masa dalam beberapa bulan ke depan.
“Bagaimanapun, saya percaya bahawa dengan berkongsi bebanan itu dan sama-sama menuju ke arah tujuan yang sama, kita boleh mencapai matlamat kita,” katanya. — Bernama Read Full...

Pak Mufti Harussani, Balaci Terhormat UMNO, Jom Kita Berjudi!

oleh : blog kerajaan rakyat
Ke mana pulak Mufti Haramsani? Tolong komen sikit..

THE Malaysian government, facing its most serious budgetary crisis in decades, is leaning towards allowing gaming tycoon Vincent Tan Chee Yioun to revive a potentially lucrative gaming concession.

Government sources and financial executives close to the businessman said Prime Minister Najib Razak's administration has agreed in principle to allow Tan Sri Tan, who controls the Berjaya Group, to proceed with the concession, which permits nationwide 'off site' sports betting.

'The economic rationale for allowing this is very compelling, but the PM has to weigh the political fallout because the opposition will have a field day,' said a government official close to the situation. Mr Tan, one of Malaysia's most politically well-connected businessmen, declined comment.

Bankers close to the businessman said that he had been actively lobbying the government for the past six months to allow him to activate his licence.

He told the government that it was losing hundreds of millions of dollars in foregone tax revenue to illegal betting syndicates. - MalaysiaUpdate Read Full...

MP Pakatan keluar Parlimen protes pendirian Speaker

KUALA LUMPUR, April 1 — Kira-kira 30 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul untuk meminda usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi DAP Lim Kit Siang mengemukakan usul pindaan pada 18 Mac lalu untuk membentuk sebuah jawatankuasa pilihan bagi memantau Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan dasar 1 Malaysia yang akan diketuai oleh pembangkang.
Bagaimanapun Wan Junaidi hari ini menolak usul berkenaan atas alasan ia tiada kaitan dengan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.“Tidak masuk akal, tidak masuk akal,” jerit Lim manakala Wan Junaidi pula memberitahu, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu boleh mengatakan apa yang beliau mahukan sebelum wakil-wakil rakyat Pakatan meninggalkan Dewan Rakyat.
Sesi penggulungan malam ini yang membabitkan peringkat kementerian dihadiri oleh sebahagian besar menteri, angggota Kelab Penyokong Kerajaan BN dan pembangkang.
Malah beberapa Ahli Parlimen yang jarang ditemui termasuk bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Syed Hamid Albar juga hadir.
Ia dipercayai berkaitan dengan insiden Disember lalu di mana bajet sulung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hampir-hampir ditolak ekoran ketiadaaan wakil rakyat BN yang mencukupi.
Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin kelihatan mengatakan bahawa “kami berjaya memastikan kesemua mereka (wakil rakyat BN) berada di dalam Dewan.”
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pula didengar sebagai berkata, ini kali pertama anggota pembangkang memutuskan untuk keluar Dewan Rakyat sebelum undian dijalankan ke atas usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Kata beliau, tindakan pembangkang itu merupakan perbuatan tidak menghormati.
Ketika ditemui wartawan selepas keluar Dewan Rakyat, Lim berkata mengemukakan pindaan adalah sebahagian daripada konvensyen Parlimen manakala GTP dan 1Malaysia merupakan dasar yang penting.
Kata beliau, usul itu sepatutnya dibawa untuk diundi.
“Apa masalahnya? Mereka mempunyai cukup bilangan untuk menolak usul,” katanya. Read Full...

Anwar akui hantar surat kepada Tuanku Mizan

UALA LUMPUR 1 April - Setelah 16 hari mendiamkan diri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau pernah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membentuk kerajaan pada September 2008.
Ketua Pembangkang itu berkata, surat berkenaan dihantar pada 19 September 2008 bagi memaklumkan tentang kedudukan terkini majoriti ahli Dewan Rakyat yang telah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Persekutuan.
''Apa yang dilakukan ini adalah mengikut undang-undang di bawah Fasal 43 Perlembagaan Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Pada 17 Mac lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar mengenai 'misi rampasan kuasa 16 September yang tidak kesampaian'.
Antara pembohongan Anwar yang didedahkan Zahrain adalah dakwaan kononnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti sudah mencukupi selain 'menjaja' nama Tuanku Mizan kononnya Seri Paduka menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah itu.
Dedah Zahrain, Anwar turut mendakwa Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam jika berjaya membentuk kerajaan manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyokong pelantikan itu.
Anwar telah bertindak keluar dewan ketika Zahrain baru memulakan pendedahannya dan mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak menjawab segala dakwaan yang dibuat sehingga hari ini.
Dalam pada itu, Anwar mempertahankan bahawa jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat parti ketika itu telah mencukupi, tetapi enggan mendedahkan senarai nama wakil rakyat terbabit pada sesi sidang hari ini.
''Saya hendak sebut sekali lagi, menyatakan kita tidak ada jumlah, ini tak benar. Mustahil saya ambil risiko ini," katanya berdalih.
Sementara itu, Anwar yang nampaknya tidak berpuas hati dengan pendedahan Zahrain telah bertindak menyerang peribadi Ahli Parlimen Bayan Baru itu.
''Dalam Parlimen pun dia tak pernah gunakan ruang untuk bercakap. Kemudian orang tolong draf dan sampaikan ucapan yang agak baik.
''Dia kata sahabat baik saya. Kalau sahabat baik sekurang-kurangnya masa saya dalam penjara masih berani datang ke majlis perkahwinan anak saya, tetapi Bayan Baru hilang entah ke mana," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengakui bahawa wujud pelawaan untuk Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 2008.
Zambry yang membuat pendedahan itu semalam berkata, beliau ialah antara tiga wakil rakyat UMNO yang ditawarkan sebagai Menteri Besar Perak jika menyertai PKR.
Menurut Anwar, pelawaan itu tidak dibuat oleh beliau sendiri sebaliknya oleh tokoh-tokoh lain.
''Saya tak ada pertemuan dengan dia. Tetapi saya akui benar, beliau ada menelefon saya tetapi ini hanya bagi mengucap apa khabar dan tiada kaitan dengan pelawaan masuk PKR," ujarnya. Read Full...

Katakan TIDAK kepada Umno/BN : Mereka Gagal bawa suara rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak

Sidang Dewan Rakyat sudah pun selesai berlangsung.Ianya mengambil masa dua hari. Hari pertama merupakan hari perasmian dengan dipenuhi Ucapan Titah Tuanku. Hari Kedua …apa yang berlaku?

Rakyat tentunya mahu tahu, apakah perkara-perkara penting yang berkaitan dengan rakyat telah diputuskan. Rakyat telah memilih mereka sebagai wakil mereka ke mesyuarat di Dewan Undangan Negeri bagi membawa segala aduan dan masalah mereka di tempat masing-masing.

Untuk memberi kesempatan kepada kesemua 59 wakil rakyat negeri Perak ini supaya dapat mengemukakan soalan-solan berhubung dengan masalah rakyat ditempat masing-masing, Pakatan rakyat telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk selama 5 hari.

Tetapi , Zambry dan kuncu-kuncunya tidak berminat untuk mendengar dan membincangkan masalah rakyat negeri Perak. Mereka telah menolak mentah-mentah cadangan tersebut.
“Apa yang dapat dibincangkan dalam masa 1 hari sedangkan kita ada 59 ADUN yang masing-masing ada soalan yang perlukan perbinjangan dan jawapan.Kalau setiap ADUN mengambil masa 20 minit pun , mana boleh sempat!” kata Sivakumar.

"Semasa PR memerintah pada 2008 dulu, DUN bersidang selama 4 hari.Saya berikan peluang kepada semua Adun bercakap, tidak kira daripada BN atau PR.Menteri Besar, sebagai mewakili kerajaan telah diberikan masa selama 2 jam, begitu juga peruntukan masa 2 jam saya berikan kepada Ketua Pembangakang untuk berucap dan 20 minit kepada setiap ADUN," jelas Sivakumar.

Tetapi Umno/BN tidak berminat untuk membincangkan masalah-masalah rakyat negeri Perak.Apakah rakyat negeri Perak semuanya tidak ada menghadapi sebarang masalah untuk dibincangkan?

Walaupun tujuan mereka adalah untuk menghalang ADUN Pakatan Rakyat bersuara membawa masalah rakyat ditempat mereka, apakah ADUN Umno/BN sendiri tidak pernah menerima sebarang aduan atau permasalahan daripada pengundi dan penyokong mereka ditempat masing-masing?

Umno telah gagal mendahulukan rakyat.Fungsi mereka sebagai wakil rakyat untuk mengajukan masalah rakyat tidak dilakukan.Mereka makan gaji buta semata-mata.Kenapa orang Melayu tidak mahu sedar dan masih mengharapkan mereka ini untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu?

Umno/BN telah mengsia-siakan harapan dan pergantungan rakyat kepada mereka. Apabila mereka tidak mahu mendengar dan membincangkan masalah rakyat , bagaimanakah mereka dapat mengatasi masalah yang sedang rakyat hadapi? Perlukah orang Melayu mengundi Umno/ BN lagi dan lagi? Katakan 'TIDAK' kepada Umno! / end Read Full...

ZAHID TERKEDU BILA KENA ASAK DI PARLIMEN...

Sungguh memalukan dan amat mengejutkan bila melihat dan menyaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kecut perut ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat semalam.
Beliau ternyata gagal membuktikan kreadibilitinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa. Ketika ditanya oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena) tentang beberapa pendedahan beraninya kepada media tentang isu pengintipan dan beberapa masalah lain yang melibatkan kementeriannya, Zahid ternyata "bengong" untuk menjawab soalan tersebut terutamanya tentang persoalan rahsia kententeraan negara yang bocor ke tangan asing yang dipercayai melibatkan kedutaan negara terbabit.
Zahid tidak mahu mendedahkan fakta sebenar dan mengatakan ia perlu dirujuk kepada bekas Menteri Pertahanan, Najib Razak. Kononnya Najib lebih mengetahui dan beliau senantiasa berbincang dengan Najib tentang apa yang mahu didedahkan.
Namun, masalahnya pendedahan yang beliau lakukan terutamanya dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E dan kes-kes lain itu dibuat tanpa merujuk Najib selaku Perdana Menteri.
"Kenapa sekarang baru mahu berbincang, sedangkan ketika pendedahan dibuat kepada media dulu dibuat tanpa merujuk Najib", kata Mahfuz.
Zahid tersentak dengan beberapa persoalan termasuk pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan Jun 2009 yang lalu. Zahid yang dibantu oleh Khairy Jamaluddin (ahli Rembau yang tak de kerja) beberapa kali menempelak soalan pembangkang itu dan mengatakan Anwar sendiri mempunyai hubungan dengan Israel.
Walaupun, wakil pembangkang mempertikaikan pertemuan sulit itu sedangkan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut. Melihat kekecohan yang berlaku, akhirnya Zahid diselamatkan oleh Speaker Wan Junaidi dengan memberi laluan kepada Menteri Kerjaya, Saziman Abu Mansor pula untuk menggulung perbahasan.
Tindakan tersebut mengecewakan beberapa ahli parlimen Pakatan yang bangun untuk mencelah seperti Tian Chua (Batu), Azan Ismail (Indera Mahkota) , Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan yang lainnya. Ternyata kerajaan UMNO BN amat takut dengan soalan panas yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen sebenarnya. Mereka hanya berani di luar dan gusar berhadapan dengan pemimpin pembangkang di dewan.
[Melihat kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Zahid, maka membuktikan kepada kita betapa ceteknya ilmu yang dimiliki oleh bekas Menteri Agama UMNO itu. Zahid seakan menggelabah tatkala membuat kenyataannya. Malah, tindakan beliau memperli Mahfuz Omar kononnya Naib Presiden PAS itu bercita-cita mahu menjadi Presiden PAS gara-gara teruja dengan soalan yang dikemukakan, jelas sekali menunjukkan sikap kurang profesionalnya menteri UMNO ini.(pahangdaily.co.cc) Read Full...

Pilihan raya PBT akibatkan wakil kaum tidak seimbang

KUALA LUMPUR, 1 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menolak usaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan kerana berpendapat ia akan mencetuskan ketidakseimbangan kaum, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.
Lajim menegaskan kerajaan telah mempertimbangkan kesemua faktor sosial dan ekonomi sebelum menolak rayuan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan undi ketiga.
“Kebanyakan masyarakat bukan Islam tinggal di bandar raya manakala Bumiputera pula di kawasan pinggir.
“Akan ada ketidakseimbangan perwakilan mengikut kaum dalam kerajaan-kerajaan tempatan jika pilihan raya (kerajaan tempatan) diadakan,” kata Lajim kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Malah tambah beliau, pertimbangan aspek kewangan dan sumber manusia juga diambil kira dalam menolak pilihan raya sedemikian.
Tambah beliau sistem semasa sudah memadai dan tidak menghalang prinsip demokrasi kerana rakyat boleh mengundi setiap lima tahun untuk memilih wakil rakyat mereka.
Lajim juga berkata kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis dan boleh melantik mereka apabila merasakan mereka boleh mewakili orang ramai dalam kerajaan tempatan.
“Kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah boleh melantik mereka yang mereka inginkan,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana peruntukan mengenainya dalam Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 termansuh dengan pelaksanaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata selaras dengan pemansuhan itu seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukan keanggotaan sesuatu majlis PBT dibuat secara pelantikan.
“Bukan sebab SPR tak bagi buat (pilihan raya) tetapi undang-undang yang ada sekarang tidak membolehkan pilihan raya itu diadakan,” katanya.
Bagaimanapun katanya jika ada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang dan Selangor bercadang untuk mengadakan semula pilihan raya PBT, suatu keputusan dasar hendaklah dibuat terlebih dahulu.
“Sekiranya kerajaan negeri hendak meminda dasar itu, ia boleh dipinda tetapi pindaannya tidak boleh diubah secara bersendirian,” katanya. Read Full...

Hishammuddin avoids talking about new IGP and the ‘third force’

By Neville Spykerman KUALA LUMPUR, April 1 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein today refused to answer direct questions about the new national police chief and whether he was the “third force” that allegedly interfered with the Police.
Instead the Home Minister accused Lim Kit Siang of deliberately trying to sow discord between him and. Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.
“Previously you tried to stir controversy between the prime minister and his deputy, now you are trying to do it with the IGP and me.”Hishammuddin said when winding up the Royal Address.
Last month the IGP alleged there was a plot by a, still unidentified, third force interfering in the force and trying to remove him from his job.
Hishammuddin also struggled to explain his statement that he already knew who would replace the IGP and other senior officers who are due for retirement.Hishamuddin (right) accused Lim Kit Siang of sowing discord between him and thhe IGP (left) . - Picture by Choo Choy MayHishammuddin also struggled to explain his statement that he already knew who would replace the IGP and other senior officers who are due for retirement.
However Lim pointed out it was for the Police Force Commission to make recommendations on who would replace the IGP and senior officers, but Hishammuddin had stated he already knew who would be appointed.
“Is it your prerogative or the prerogative of the Police Force Commission to appoint?” asked Lim.
He also asked if a meeting had been called by the Police Force Commission to discuss the appointments.
However Hishammuddin again accused Lim of manipulating the issue.
He explained it was a fact the police officers, including the IGP, would be retiring and what he meant was that he knew which officers would be elevated to replace them, based on their seniority. Read Full...

Bawa usul jika mahu buang perkataan Melayu, cabar Nazri

KUALA LUMPUR, 1 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) mencabar pembangkang membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membuang perkataan “Melayu”.
Cabaran itu dilontarkan kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mempersoalkan keseriusan kerajaan melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Lim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menyokong gagasan tersebut apabila sering mengeluarkan kenyataan yang mendahulukan bangsa Melayu.
“Gagasan 1 Malaysia ini berpaksikan Perlembagaan dan kalau Yang Berhormat nak bangkitkan perkara-perkara yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tadi, yang pertama sekali Yang Berhormat kena serang ialah Perlembagaan Malaysia.
“Dalam Perlembagaan Malaysia disebut Melayu... jadi bermakna apa juga yang kita buat dalam gagasan 1 Malaysia tidak boleh membelakangkan apa yang telah dijaminkan dalam Perlembagaan.
“Tetapi kalau rakan-rakan Yang Berhormat Melayu yang lain sebelah pembangkang sana merasakan perlu kita pinda Perlembagaan, buang perkataan ‘Melayu’, buatlah, runding-runding bawalah usul, supaya kita boleh pinda Perlembagaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen.
Justeru itu, Nazri berkata gagasan 1 Malaysia perlu dilaksanakan dengan mengambil kira batasan yang wujud dalam Perlembagaan khususnya berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu.
“Itu tidak boleh kita ketepikan kerana kalau tidak, ia akan merupakan anti-perlembagaan atau menentang perlembangaan, jadi sebab itu Yang Berhormat, kalau ada 1 Malaysia pun, kita tak boleh ketepikan jaminan yang sudah kita beri kepada warga Malaysia,” katanya.
Beliau berkata ini juga tidak bermakna dengan slogan 1 Malaysia, kerajaan boleh mengambil tindakan menutup sekolah aliran China dan Tamil kerana perkara tersebut sudahpun dijamin dalam Perlembagaan.
“1 Malaysia tidak boleh menjejaskan apa-apa juga hak yang telah kita ada, wujud dan diberikan kepada kita.
“Jadi, jika Yang Berhormat kata bila buat gagasan 1 Malaysia maknanya semua kena menampakkan 1 Malaysia, tak bolehlah Yang Berhormat sebab kita ada Perlembagaan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Nazri berkata, kerajaan masih boleh melaksanakan gagasan 1 Malaysia di mana yang boleh asalkan tidak menyentuh hak dan keistimewaan yang disebut dalam Perlembagaan secara langsung. Read Full...

MEB: Fomca, MTUC Bantah Penggunaan Dana KWSP

SHAH ALAM 1 APR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.

"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat.

"Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.

Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC).

"Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.

"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.

Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.

“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.

Beliau jmenganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya bimbang amalan penswastaan menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.

“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.

“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya. Read Full...

Anwar Cabar Najib Jawab Pasal APCO, Shin Bet

KUALA LUMPUR 1 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen berhubung beberapa persoalan yang timbul daripada isu APCO Worldwide sebelum mengambil tindakan terhadap beliau.
"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?
"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata hari ini kerajaan membuat keputusan untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Mengenai Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, Satu Israel dan hubungkait dengan 1 Malaysia. Read Full...

APCO: Laskar upahan yang kita percaya - Tian Chua

Dalam dunia yang penuh pancaroba dan berkembang APCO Worldwide berdiri teguh sebagai gergasi dalam dunia industri pelobian. Firma ini, dalam katanya sendiri menawarkan “kepakaran luar biasa dan profesional” kepada kerajaan, ahli politik dan syarikat korporat, serta senantiasa bersedia membantu pelanggan untuk mengharungi cabaran getir dalam dunia yang rumit pada peringkat antarabangsa dan hal-hal dalam negeri.

Pelanggan khidmat APCO, bukan sahaja negara Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah menjelaskan hubungan firma perunding pengurusan risiko dan keselamatan dalam negeri ASERO Worldwide. ASERO seolah-olahnya merupakan rumah persaraan buat bekas-bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan bekas Shabak.

Melihat rekod syarikat APCO, cukup menakjubkan melihat kelancangan syarikat dalam tindakan yang secara berterusan menentang keadilan sosial.

Mendandan diktator

Seperti yang kita tahu, APCO dan rakan strategiknya ASERO berkhidmat untuk Israel dan agenda Zionis. Di persada antarabangsa, APCO secara khususnya terkenal kerana membantu para diktator di seluruh dunia.

Ketua Menteri Gujarat, seorang nasionalis pelampau Hindu, Narendra Modi memakai khidmat APCO sebagai perunding imejnya pada Ogos 2007. Ahli politik BJP ini telah dikaitkan dengan rusuhan antara agama yang mengorbankan kira-kira seribu orang Islam. Pembunuhan beramai-ramai itu mula dicetuskan dengan kejadian pembakaran keretapi Godhra pada 27 Februari 2007, yang mana beberapa ratus penganut Hindu terbakar hidup-hidup.

Puak radikal pelampau BJP dan RSS menyalahkan penganut Islam berhubung kemalangan tersebut dan membalas dendam dengan memulakan rusuhan anti orang Islam. Kerajaan Gujarat yang dipimpin Modi kemudiannya membayar USD25,000 setiap bulan kepada APCO bagi membina semula imej antarabangsanya dan menarik pelaburan asing (FDI).

Selain dari Ketua Menteri Anti Orang Islam, si Modi, APCO juga terkenal dengan menjalankan kempen perhubungan awam untuk ahli-ahli politik yang begitu mengaibkan.

Pada pertengahan tahun 1990an, syarikat itu telah dikontrakkan oleh bekas Presiden seumur hidup Nigeria, Sani Abacha. APCO mewakili diktator itu di saat rejim tersebut menindas kebangkitan gerakan rakyat dan menghukum bunuh 9 orang aktivis pro demokrasi, termasuklah seniman pro alam sekitar Ken Saro-Wiwa.

Setelah runtuhnya blok komunis Eropah Timur, APCO menemui lubuk keuntungan di Rusia, negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah.Ken Silverstein, editor majalah Harper Magazine (30 Jun, 2007) menyifatkan pelobi APCO sebagai, “penyelamat penting buat rejim-rejim kediktatoran mengembangkan kepentingan mereka di Washington”. Beliau mendedahkan kepakaran pengalaman APCO dalam bekerja untuk rejim-rejim kuku besi seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Turkmenistan dan lain-lain lagi..

Silverstein menulis: “Dengan bayaran yuran khidmat sehingga USD 1.5 juta setahun, APCO menawarkan untuk meghantar delegasi Kongres Amerika Syarikat ke Turkmenistan serta menulis dan menanam pendapat di suratkhabar atas nama-nama ahli akademik dan pakar-pakar pemikir yang akan direkrut mereka. APCO juga menawarkan untuk menganjurkan acara untuk media “bebas’ di Washington yang akan mempromisikan Turkmenistan…”

Di China, APCO membantu syarikat-syarikat Israel untuk menjalankan perniagaan. Dalam salah satu risalahnya, APCO mengiklankan bahawa: “APCO akan membimbing dan memberi panduan kepada para peserta dengan proses mencari dan mengenal pasti rakan niaga berpotensi ataupun potensi peserta untuk menjadi pengedar, penggabung, agen, pembekal atau pesaing kepada China.”

Memukul gendang perang

Melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk rejim-rejim kuku besi mungkin merupakan sebahagian daripada sumbangan kegiatan kebajikan APCO. APCO juga memiliki sebatalion pelobi penyokong perang di bawah sayap syarikat ini. Firma ini juga merupakan pendokong kuat peluasan peranan ketenteraan dan persenjataan Amerika Syarikat (A.S) dalam urusan hal ehwal dunia

Pada Oktober 2004, APCO dan Kissinger Associates (dimiliki oleh bekas setiausaha negara A.S, Henry Kissinger) membentuk “persekongkolan strategik.” Mereka sama-sama mengumumkan “Genggaman kami terhadap dasar-dasar asas dan isu-isu peraturan di berbagai negara digabung dengan pengalaman luas hal ehwal awam oleh APCO akan menghasilkan pemikiran yang lengkap tentang ‘cabaran-cabaran’ para pelanggan kami.”

Selain Kissinger Associates, APCO turut membina jaringan atau persekongkolan dengan kumpulan konservatif pelobi pro Zionis dan kumpulan-kumpulan perundingnya termasuklah Heritage Foundation, Frontier of Freedom, Jewish Policy Center, dan lain-lain lagi.

Atas nama perang melawan keganasan, APCO membantu untuk menyelaraskan komunikasi kerajaan bagi meyakinkan orang ramai berhubung perlunya perang. Kerja APCO termasuklah mengolah pendapat awam dan maklum balas yang akan membantu usaha-usaha ke arah peperangan. Mudahnya mereka mengeksploitasi rasa ketakutan terhadap Islam dalam masyarakat Barat untuk menjual idea bahawa serangan penaklukan merupakan penyelesaian masalah bagi mendapatkan semula keamanan di negara-negara Barat.

Selain menyokong George Bush, APCO turut sama mempertahankan tindakan tidak popular Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk ikut sama terlibat dalam peperangan. Bersama-sama dengan Foreign Policy Institute, yang berpengkalan di London, APCO menyediakan dan menerbitkan risalah berjudul, ‘A Global Alliance for Global Values’ (Persengkongkolan sejagat untuk nilai sejagat) yang diisytiharkan sendiri oleh Blair.

“Penyelesaian yang kita sedang hadapi sekarang adalah perang, tetapi bukan perang biasa yang konvensional. Dan ianya tidak dapat dimenangi dengan cara-cara yang biasa. Kita tidak akan memenangi pertempuran melawan keganasan sejagat sehinggalah kita memenangi setiap peringkat nilai dan juga kekuatan tentera.”

“Untuk melakukan hal ini memerlukan perubahan mendadak terhadap keutamaan dasar kita. Kita mesti menyerahkan diri kita terhadap pembaharuan sepenuhnya dalam strategi kita untuk mengalahkan pihak-pihak yang mengancam kita.”

Setelah penakhlukan di Iraq, APCO secepatnya meletakkan diri mereka untuk membantu syarikat-syarikat Amerika memeras kekayaan dan sumber Iraq. Pada Mei 2003, APCO Worldwide melancarkan pasukan petugasnya yang diketuai oleh Marc Ginsberg, bekas duta Amerika Syarikat ke Maghribi bagi mendapatkan kontrak membangunkan semula Iraq.

Anti-reformasi di A.S
Kesemua kejahatan ini bermula di rumah mereka sendiri. APCO bukan malaikat di pengkalan asal mereka. Dilengkapi dengan penampilan berat condong ke politik konservatif, ia selalu siap untuk berkhidmat terhadap agenda politik puak sayap kanan yang menentang reformasi dan kepentingan orang ramai.

APCO Worldwide lahir daripada firma guaman Arnold & Porter, salah satu firma guaman yang terbesar di Washington D.C serta berhubungan langsung dengan industri tembakau.

Pendokong gerakan hak-hak pengguna menyifatkan APCO sebagai firma pelobi yang “pakar dalam membantu syarikat korporat untuk mengembangkan matlamat-matlamat mereka dengan memanipulasikan penggubal undang-undang serta merancang dan mengajukan model bentuk peraturan dan perundangan. Perkakas utamanya…termasuklah dengan mencipta persekongkolan perniagaan serta penubuhan kumpulan-kumpulan ‘akar umbi’ palsu yang bergerak atas isu-isu tertentu.

Pada tahun 1983, syarikat gergasi tembakau, Philip Morris membayar khidmat APCO untuk menyerang kempen kesedaran awam menentang tembakau. APCO menyusun NGO tipu yang dikenali dengan nama The Advancement of Sound Science Coalition (TASSC). Matlamat NGO ini adalah untuk melawan usaha-usaha kesihatan awam yang mendesak kepada perubahan perundangan serta menghalang sebarang cubaan untuk menghalang jualan tembakau.

Bukan sahaja APCO mahu orang ramai berfikir merokok itu baik untuk kesihatan, ia juga mewakili kepentingan yang menguntungkan daripada syarikat-syarikat farmasi dan industri penjagaan kesihatan. Tidaklah menghairankan apabila kita melihat APCO secara aktifnya menentang dan memperlekeh usaha Obama untuk mereformasikan sistem penjagaan kesihatan di A.S.
Salah seorang penggubal undang-undang yang disukai APCO ialah Senator Joe Lieberman, penyokong kuat bantuan ketenteraan ke Israel. Isteri Lieberman, Hadassah merupakan bekas pelobi utama APCO untuk para pelanggan dari sektor penjagaan kesihatan dan famasi.

Mewakili syarikat-syarikat gergasi menjual dadah (ubat-ubatan), Senator Lieberman menganjurkan gerakan anti reformasi sistem penjagaan kesihatan yang diharapkan para penyokongnya akan mengecewakan usaha Obama, dan mereka telah berjaya menunda pembentangan skema baru sistem penjagaan kesihatan.

Di luar A.S, APCO memimpin kempen undang-undang yang menentang pengedaran ubat-ubatan murah untuk sakit AIDS di Afrika Selatan.Selain kesihatan, APCO juga terlibat sama dengan syarikat-syarikat besar multi nasional dalam sektor tenaga bagi menolak keprihatinan terhadap pemanasan global. Sekali lagi, tugasan TASSC adalah untuk menyampaikan pandangan yang ‘rasional’, bukti ‘waras’ saintifik bagi menyatakan bahawa bahaya pemanasan glogal hanyalah ilusi orang-orang pro alam sekitar yang kurang siuman.

Dibayar oleh syarikat seperti Exxon Mobil, APCO ditugaskan untuk menyusun sepasukan ‘laskar upahan’ yang berpandangan skeptik terhadap perubahan cuaca dunia dan menentang Perjanjian Kyoto sebagai “kesilapan sains dan teknologi.”

Pada kesemua hal ini, matlamat dan cara APCO tidak ada lain melainkan untung dan lebih besar lagi keuntungan bertimbun.

Kapten perhubungan awam di Malaysia

Pengarah Urusan APCO di Kuala Lumpur ialah Paul Stadlen. Memang benar tugas pertama APCO di Malaysia bukanlah untuk mempromosikan 1-Malaysia.

Paul Stadlen datang ke Malaysia pada tahun 2008, sewaktu berlakunya penangkapan ISA terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Dia diambil berkerja untuk membantu strategi komunikasi Kementerian Dalam Negeri bagi menyokong penangkapan ISA, khususnya kepada masyarakat antrabangsa.

Naib Presiden APCO, Larry Snoddon dilantik sebagai CEO Rantau Asia pada Januari 2009. Sebelum bersama APCO pada tahun 2002, Snoddon merupakan CEO untuk Burson-Marsteller, pemain utama perniagaan perhubungan awam di UK.

Burson-Marsteller juga memilki rekod menarik. Seperti APCO juga, Burson-Marsteller pernah dibayar khidmatnya untuk Kementerian Penerangan Nigeria pada hujung tahun 1960 an bagi mengimbangi kutukan antarabangsa terhadap dakwaan pembunuhan etnik dan pelanggaran sistematik terhadap hak asasi manusia yang dilakukan tentera Nigeria.

Dalam perkembangan yang sama, firma ini juga dilantik sejurus selepas Lee Kuan Yew melancarkan operasi ‘Cold Store’ dalam tahun-tahun pembentukan Singapura (yang menyaksikan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari merengkok tanpa bicara dibawah ISA selama 17 tahun). Lee Kuan Yew mendapatkan khidmat Burson-Marsteller bagi membantu Singapura membangunkan program selama 10 tahun untuk menarik pelaburan dari luar negara.

Firma ini juga diambil berkhidmat untuk kerja-kerja perhubungan awam oleh syarikat loji nuklear setelah tragedi kemalangan nuklear di Three Mile Island di A.S pada tahun 1979. Paling terkini, Burson-Marsteller mewakili syarikat khidmat keselamatan Blackwater dalam suatu kes kontroversi. Ia dibayar untuk mempertahankan kakitangan Blackwater yang membunuh 17 orang awam rakyat Iraq, sejurus selepas kejadian tembak-menembak di suatu jalan di Baghdad pada 16 September 2007.

Namun demikian, bos sebenar operasi APCO di Malaysia berpengkalan di Washington DC. Dengan bayaran khidmat RM23 juga, dia mampu untuk terbang ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali sebulan.

Orang yang bertanggungjawab sebagai perunding imej Najib ialah Jonathan M Winer, Naib Presiden Kanan APCO di Washington DC.

Sebelumnya, Winer bertugas sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Penguatkuasaan Undang-undang Antarabangsa dari tahun 1994 hinggalah 1999. Semasa penggal perkhidmatannya sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Negara, dia dikenali sebagai pakar dalam hal kewangan pengganas.

Dalam politik dalaman A.S, Winer pernah sekali membantu kempen presiden John Kerry. Namun tidak seperti bosnya John Kerry, Jonathan Winer bukanlah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Sebetulnya Jonathan Winer telah membantu Najib berkempen menentang Anwar sebelum mendapat kontrak APCO lagi.

Sejak tahun 2005, kumpulan-kumpulan konservatif A.S mengutip pengakuan kongres Jonathan Winer yang menyifatkan World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Belia Islam Sedunia - WAMY) sebagai organisasi berkait dengan pengganas.

Dakwaan Winer merupakan cakap kosong tanpa asas. Dia membuat kesimpulan berasaskan pada kejadian tunggal, di mana WAMY telah mengundang pemimpin Hamas Khalid Mishal sebagai tetamu kehormat (VIP) untuk persidangannya di Riyadh yang berlangsung pada bulan Oktober 2002.

Selain menjadi simpatisan penyokong kepada perjuangan Zionis, Winer dalam banyak leadaan melontarkan syak wasangka buruknya terhadap orang Islam dan agama Islam secara umumnya. Dalam pengakuannya kepada Jawatankuasa Senat untuk Hal Ehwal Kerajaan A.S (US Senate Committee on Governmental Affairs) pada 31 Julai 2003, Winer menyifatkan organisasi Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai “kumpulan pengganas”.

Katanya, “Ikhwan berperanan dalam membangunkan organisasi-organisasi militan Islam lainnya. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hubungannya terhadap penubuhan kumpulan pengganas Indonesia Jemaah Islamiya (JI), yang dicipta untuk menubuhkan negara Islam di Indonesia. Pelopor yang menubuhkan JI mengakui mendapat inspirasi daripada matlamat jihad Ikhwan sebagai cara untuk menciptakan negara Islam di Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura dan selatan Filipina."

“JI kemudiannya mendapat dana daripada hartawan kaya Arab Saudi yang bergabung dengan Al-Qaeda. Hasilnya, mekanisme pusat kewangan Ikhwan, Al Taqwa, yang ditubuhkan operasinya di Malaysia terkait dengan JI…kumpulan Al Taqwa…sejak dahulu lagi berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Al Qaeda,…menyediakan bantuan langsung kepada Osama bin Laden serta nasihat pelaburan dan mekanisme pemindahan wang tunai untuk Al Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal Islam lainnya.“

Saya beranggapan pandangan di atas sepertimana yang disuarakan Jonathan Winer tidak dapat diterima di kalangan kawan-kawan saya dari Barisan Nasional. Namun demikian, apakah kerajaan Malaysia meminta perunding APCO ini mengubah kepercayaan yang dipegangnya sebelum menandatangani kontrak mahal bernilai RM23 juta itu?

Bolehkah kita mempercayai APCO?

Cara bergerak APCO tidak pernah berubah, ia menyediakan khidmat ‘laskar upahan’ perhubungan awam yang akan menasihatkan rancangan sesiapa sahaja, dan pastinya rancangan untuk pihak yang paling banyak membayar mereka.

Perkara-perkara yang saya timbulkan dalam rencana saya ini, telahpun dimasukkan ke dalam debat membahas Titah Di Raja di Palimen pada 29 Mac 2010. Dalam perdebatan itu, saya merayu kepada BN, juga terhadap rakyat Malaysia untuk melihat isu ini dengan lebih serius lagi.

APCO mungkin menyediakan jalan pintas untuk mengangkat imej kerajaan. Tetapi wajarkah kita percaya kepada ‘laskar upahan’ untuk berkhidmat terhadap kepentingan nasional kita?

Lebih-lebih lagi, jika 1Malaysia seperti yang didakwa kerajaan adalah berkenaan bagaimana rakyat Malaysia berkongsi memenuhi hasrat bersama, kita sebenarnya tidak memerlukan campurtangan asing untuk membentuk masa hadapan negara.

(Tian Chua merupakan Ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat - PKR)
------------------------------------
Tulisan ini adalah pandangan dan pendapat penulis. Ia tidak ada kaitan dengan Harakahdaily kecuali di mana ia dinyatakan.

Tulisan berkaitan APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
APCO: Negara dalam bahaya Read Full...

Jawab dahulu sebelum serang saya- Anwar

KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1 Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Baginya, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

"Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaiatan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum?

"Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," katanya ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?," soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang madia tegahhari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel. Read Full...

Adakah Menteri KDN Sendiri Yang Perlu DiSebat?

Ceritanya.. sila klik si sini.. Read Full...

Selamatkan Malaysia dari Regim Zionis!

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.
APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel. Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’. Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd. Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini. Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka. Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar! Halau APCO Worlwide dari Malaysia! Kita Selamatkan Malaysia! Read Full...

Malaysia diperintah oleh PM yang bongok?

Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Apco terus nafi bekerja dengan rejim Israel". Memang jenis tak boleh dipercayai. Malaysian Insider hari ini pula melaporkan berita bertajuk "Apco did work for Israel in the 90s" (lihat juga Suara Keadilan 31/3/10 "Apco bekerja untuk Israel pada 1990-an").

Antara lain MI melaporkan:

Apco's denial that it ever did any work for the Israeli government has proven untrue as a Straits Times report revealed that filings with the US Justice Department show otherwise.

The international public relations firm “entered into an agreement in 1992 to provide services for the Jewish state.

Bukan sekali firma yang didominasi Zionis itu mendakwa sedemikian. Lihat apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan rejim Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teringat kata-kata Mat Salon:

Once a liar, always a liar.

Persoalanya, bolehkah ditolak kemungkinan bahawa pihak yang suka berbohong akan memberikan maklumat bohong juga kepada mereka yang mengambil khidmatnya? Dan, jika pihak yang menerima khidmat itu membayar berpuluh-puluh juta ringgit, adakah ia membayar berpuluh-puluh juta ringgit untuk menerima pembohongan demi pembohongan?

Apco juga mengulangi bahawa ia tidak membantu mencipta konsep 1Malaysia. Bagi saya, perkara itu sudah tidak relevan lagi kerana apa yang didedahkan di Dewan Rakyat semalam jauh lebih buruk dari semata-mata soal siapa yang membantu mencipta konsep 1Malaysia.

Saya juga mendengar ada usaha untuk menyalahkan kambing hitam. Pihak yang memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendak dipersalahkan. Pendedahan dalam Dewan Rakyat mendakwa pihak itu ialah "Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy".

Persoalannya, jika benar perkara itu dicadangkan oleh pihak tersebut, awat yang Perdana Menteri kelihatan bodoh dan bongok sangat menerima cadangan tersebut?

Adakah Malaysia diperintah oleh Perdana Menteri yang bodoh dan bongok?

Berkaitan:
Pendedahan: Dokumen Perjanjian Apco-Umno (Abdul Rahman Abdul Talib 31/3/10)
Read Full...

Penasihat Tentera Israel Yang Sama Ilhamkan Satu Israel, 1 Malaysia

KUALA LUMPUR 31 Mac - Persamaan Satu Israel dan 1 Malaysia tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis itu pada 1999.
Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO ketika itu bekerja di bawah Ehuh Barak yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kritikan Parti Buruh kepada Ehud Barak ialah kerana terlalu ramai rakan tentera perisikan yang bukan dari parti.
"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1 Malaysia,
"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1 Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.
"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1 Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', Kemudian 1 Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1 Malaysia.
"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Ehud Barak dan Datuk Seri Najib Razak.
"APCO menafikan tetapi pegawai yang bertugas adalah pegawai yang sama yang saya namakan Pegawai Pertahanan Israel," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam.
Anwar memnuat sidang media tersebut setelah menjelaskan isu APCO secara terperinci di dalam Dewan Rakyat pagi semalam.
Penjelasan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) meminta Ketua Pembangkang membuat penjelasan mengenai isu APCO pada sidang Dewan Rabu minggu lalu. Read Full...

PIBG: Muhyiddin buktikan kerajaan pekak, angkuh

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.
Ini ekoran di Parlimen semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.
Katanya, pandangan itu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga dan bersikap angkuh.
“PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibu bapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Malah, katanya PIBG berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.
Sepatutnya, kata beliau pihak Kementerian Pelajaran menjadikan PIBG rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.
Menurutnya, mesyuarat dan konvensyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara di samping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah.
“Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, di manakah mereka ingin membawa pandangan mereka kerana tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti politik. Jadi, apa salahnya mereka menggunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan,” katanya lagi.
Secara sinis, katanya PAS mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana membuktikan kebebalan dan keangkuhan kerajaan BN kepada rakyat.
Tambahnya, BN hanya melayan aduan atau pandangan yang selari dengan kehendak mereka, sedangkan pandangan yang tidak mengikut kehendak mereka diketepikan dan dianggap sebagai pandangan politik walhal isu yang disentuh jelas melibatkan isu pendidikan, bukannya politik.
“Kalau orang politik sekalipun, apabila berbicara isu pendidikan, ia tetap isu pendidikan, bukan isu politik dan tidak perlu dipolitikkan ternyata beliaulah yang cuba mempolitikan isu ini, bukan PIBG,” ujarnya.
Justeru, ujarnya PAS menawarkan kepada semua PIBG di negara ini untuk menyampaikan pandangan mereka melalui wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat jika BN sendiri sudah tidak mahu menerima pandangan mereka.
Beliau menambah, PAS akan memastikan wakil-wakil rakyat Pakatan akan membawa isu mereka ke Parlimen dan sidang-sidang Dun.
“Pakatan tidak sesekali membiarkan rakyat terus menerus dinafikan hak dalam memberikan pandangan, dan perjuangan kita adalah suara rakyat.
“PAS yakin rakyat akan memilih kerajaan yang lebih baik dan lebih terbuka dalam pilihan raya akan datang dan Pakatan Rakyat bersedia memberikan yang terbaik buat rakyat,” ujarnya. Read Full...

Mengaku?? Nak mampooosss!!

Setelah hubungan APCO dan kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib didedahkan dan ditelanjangkan di Parlimen, apakah APCO akan mengakui apa yang Anwar dedahkan itu betul??

No way.... tidak sekali-kali. Mereka pasti akan menafikannya atau memberi sesuatu alasan sebagai penyedap hati. Bak kata Mahfus Omar... pencuri takkan mengaku yang dia pencuri!! Itu bangang namanya.

And this Syarikat Yahudi is not bangang. Mereka cerdik.... bijak..... dan, sebab tu Najib pakai mereka. Tetapi....Yahudi tetap Yahudi... zionis tetap zionis. Mereka penuh dengan tipu muslihat. Sejarah tindak tanduk mereka, membuatkan kita curiga dan sangsi kepada mereka. Usah percaya pada bangsa yang dilaknat Allah.

Kalau dulu mereka tuduh Anwar sebagai ejen yahudi.... pengkhianat negara kerana mereka juga tahu helah dan muslihat Yahudi. Helah dan muslihat yang akan membawa padah kepada negara. Tetapi sekarang..... mengapa pulak Najib dengan selambanya mengupah Yahudi untuk membentuk imej dan membantunya??

Tak masuk akai kan?? Melainkan jika dia benar-benar terdesak. Maklumlah.... naik takhta dengan seribu macam permasalahan peribadi. Malah, hingga sekarang.... orang, baik di dalam, mau pun di luar sana... masih mempersoalkan integriti dan reputasinya. Dia menghadapi masalah atau krisis keyakinan. Rakyat di negara sendiri dan dunia tidak percaya dan yakin pada dia ma...

Dia dilihat sebagai insan yang bangkrap idea. Tidak ada idea yang genuine. Banyak yang diciplak. Tetapi... ciplak dengan cara yang bijak.... Sebab itu, dia perlukan khidmat syarikat Yahudi supaya orang tak nampak sangat. Yahudi ni cerdik.... kan??

Selain itu, mereka tiru idea daripada Pakatan Rakyat dan rebrand semula dan mengaku itu idea mereka. Negara berkebajikan, jadi... rakyat diutamakan. Kita fokus pada rakyat, mereka pun nak utamakan rakyat. Peliknya.... mengapa dulu kebajikan rakyat diabaikan? Beriya-iya jaga dan tunjuk prihatin pada rakyat.... hanya masa nak pilihan raya ajer. Lepas tu... tutup mata dan pekakkan telingan pada rintihan dan keperluan rakyat. Itu semua retorik politik mereka semata-mata. Nak terus berpaut pada kuasa.... mereka sanggup lakukan apa saja, babe!!

Tetapi... kita bernasib baik kerana mempunyai para pemimpin yang bijak terutama dalam kalangan Pakatan Rakyat. Berlambak!! Banyak pemimpin PR yang bijak dan cerdik.... berintegriti dan berkualiti..... serta ada reputasi dan harga diri. Mereka semua adalah pejuang rakyat. Bukan macam yang hat sebelah sana nuuunn.... pejuang $$$$$$$!!!

Yang syiuknya.... kalau kita kata mereka meniru, mampus mereka takkan mengaku. Control macho.... tunjuk lagak.... sombong bodoh!! APCO nak mengaku apa yang Anwar dakwa?? Nak mampooss!!! Sure bungkus punyer. APCO dengan Najib dengan UMNO/BN.... pasti akan bungkus!!

Jadi... toksah haraplah mereka nak mengaku. Berdolak dalik .... ada kemungkinan. Memberi peluang dan membuka ruang kepada Yahudi untuk bertapak di sini, is no joke. It's a very big deal.

So.... kita jangan pandang remeh pada isu ini. Desak.... supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasatnya. Nyahkan mereka daripada bumi Maalysia!! Read Full...

VIDEO - Anwar jawab dakwaan Khairy Isu APCO.







Read Full...

Nak cari Nahas Sinar Harian Nie.. Tak Pasal2 Kena Gantung Permit Nanti.. 95% Punya Pasal...

Panas!! 95/Sen Melayu tak sokong Umno..!!!
Kahkahkah Memang Panas jubur orang kat atas tu... Sinar Hairan nih tak sensitif langsung... Ada mengeluarkan keputusan yang membuatkan orang atasan kepanasan... Hahahah

Hari-hari kita sebuk dengar ahli PKR keluar parti... dan semestinya yang keluar tu ramai yang Melayu... Tak caya korang nengok lah berita-berita... Hahhaa

Tapi yang menjadi kemuskilan ialah, kalau depa keluar Parti PKR.. Depa g lompat ke parti mana!? Umno kah? Tak mungkin kerana 95/sen Melayu tak sokong Umno... Abes g mana? Masuk PAS kut... Hahah jadik toksah risau lah... kalau macamtu tak lari sokongan pada Pakatan Rakyat. dan Gerombolan seperti dulu kurang sokongan Melayu... Kahkahkah

Tapi ada kemungkinan depa nih masuk PERKOSA... Hahahaha Parti Ketuanan Melayu gred 3... hahaha

Korang nengok poll at bawah nih... 95persen Melayu tak sokong Umno... Sok lusa aku cabar Sinar buat poll "Adakah Melayu mempercayai PERKOSA untuk membela Melayu" kahkahkah Ada berani ke Sinar!?kahkahkah "ORANG MELAYU TAK PERCAYA UMNO"!? SETUJU 95persen... kahkahkah

Bagi kat Parti perkauman India lah bertanding kat Hulu Selangor oi.... Umno orang tak percaya dah... hahahah

Aku rasa lagi 5persen yang percaya Umno tu dari golongan PUKIDA dan PERKOSA kut... hahah Read Full...

Siapakah dia agaknya....??

P094 sedang menjadi rebutan antara UMNO dan MIC. Seperti mana yang kita semua tahu, P094 adalah kawasan tradisi MIC. Tetapi.... biasalah, kerana kemarukkan kuasa, UMNO kata dia boleh berikan kemenangan kepada BN sekirannya calonnya ditempatkan di situ. Jadi P094, kami punya.

Isy... pengundi di situ tak mahu calon MIC. Mereka mahukan calon UMNO. Sebab tu, dulu MIC kalah di situ. So... ketepikan MIC dan bagi pada kami.

Amboi... takburnya cakap. Belum apa-apa lagi, dah kata boleh menang. Weh.... korang dengar sini.

Daun lemundi buat kerabu
Belum undi belum tahu

Macam manalah mereka boleh konfiden giler, yang mereka boleh menang, sedangkan dengar khabarnya, calon yang berkualiti pun tak ada. Lawaknya pulak....., ada ke mereka nak letakkan calon 'mi no spik inlish' di situ. Calon recycle babe!!! Ayam tua yang dah pencen nak diletakkan di situ. Mamat tu pun senyum lebar sampai ke telinga ler, apabila nama dia disebut-sebut.

Well.... too bad, sebab.... dengan sopan, Muhyiddin gave a negative answer. Melepaslah dia untuk buat a come back. Tak da rezeki, nak buat apa... Redha jer lah. Duduk jer diam-diam, ya...

Kemudian, dengar pulak berita dari sini, bahawa sesumpah yang bertapa di dalam kotak pulak yang dicadangkan bertanding di situ. Bagus jugak kalau sesumpah ni bertanding. Peluang amat cerah untuk kita 'sembelih' dia hidup-hidup. Fuiyo.... siap melutut depan Muhyiddin. Weh.... mengendeng nak jadi calon ke??

Semua episod ini telah membuatkan Samy Bellu jadi 'blue'..... macam muka orang yang cukup oksigen. Mengelegak agaknya darah dia dengan sikap tamakUMNO. Mana boleh jadi.... hak MIC pun, mereka nak rampas!! Tak cukup ke mereka rampas Perak?? Hak gang sendiri pun nak dikebas. Ini sudah melampau!!

Itu yang dia berlari pergi jumpa Najib.... untuk mengadu hal dan menyerahkan nama G. Palanivel, pengikut setia dia. Untuk pastikan 094 Hulu Selangor tetap milik MIC. Sebab... Muhyiddin dah bagi kenyataan untuk serahkan kepada Najib bagi membuat pilihan calon BN yang akan diletakkan di P094.

Elok pun mereka bercakaran pasal calon. Semuanya giler kuasa. Kita pulak.... jangan jadi macam mereka. Siapa yang dipilih oleh parti, kita sokong. Yang penting.... PR dapat mengekalkan kerusi P094 Hulu Selangor.

Parti pulak.... sebelum buat pilihan, kaji betul-betul. Biar calon tersebut ada intergriti supaya dapat diterima oleh para pengundi di situ. Selain itu.... buat ujian DNA terlebih dahulu. Jangan ada DNA katak sudah!! Pastikan betul-betul.... kalau tidak poning kepalo nanti. Biar pening sekarang... jangan pening kemudian hari. Kalau pening kemudian hari... takut tertonggeng!! Haaa... naya. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks