Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan?



Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah.

"Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut.

"Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas.

Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut.

"Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi.






Read Full...

PRK Galas: Pengundi kaum asli menjadi rebutan

UMNO kini menyasarkan pengundi kaum asli, yang mencatat 16% daripada populasi kawasan DUN Galas dalam Pilihan Raya Kecil pada 4 November 2010.  Rancangan Ladang Rakyat di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah dijadikan senjata UMNO-BN untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.
Malah, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengingatkan bahawa orang asli boleh menentukan sama ada BN menang atau tidak dalam PRK Galas, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-57, pada 10 Oktober 2010.
Di ruang internet, Cyber-Trooper UMNO mula memainkan isu bagaimana projek Ladang Rakyat mengakibatkan orang asli kehilangan hak tanah.  Laman web bergelar "Media UMNO Malaysia" dalam Facebook, menyelar projek tersebut kerana memberi kesan yang besar terhadap penduduk asli, terutamanya di kawasan Lojing dan Pos Brooke.
Dalam artikel berjudul "Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat" dan "Ladang Rakyat: PAS tak habis-habis jual temberang", kerajaan negeri Kelantan dituduh menggula-gulakan penduduk asli dengan janji, tetapi berakhir dengan penggondolan hutan.
Bernama pula memetik pandangan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghanis bahawa PAS sememangnya menimbulkan ketidakpuasan pengundi, kerana tanah sebagai rezeki orang asli tidak diberikan geran, dan memberi kesan yang mendalam terhadap orang asli.
Bagaimanapun, ahli parlimen Kuala Krai-PAS Hatta Ramli dan EXCO Kelantan, Husam Musa (gambar kiri)  ketika dihubungi MerdekaReview berkata, mereka hanya boleh memberi respon setelah membaca laporan tersebut.
Projek "Ladang Rakyat" dimulakan kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 2006 melalui PPLRNK, dengan tujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan tanah kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat melalui penanaman dan membasmi kemiskinan.
Orang asli dikhianati?
Projek Ladang Rakyat ini dikatakan telah merampas hak tanah adat orang asli, apabila penerokaan dijalankan di situ.  Malah, penduduk kaum asal di situ mengadu bahawa pemimpin tempatan memaksa orang asli yang terlibat dalam projek tersebut untuk mengundi PAS.
Kamal (gambar kanan), 25, dari kawasan DUN Galas ketika berucap dalam forum terbuka berjudul "Polisi Tanah Orang Asli: Impaknya" anjuran Majlis Peguam Malaysia pada 9 Oktober 2010 berkata, pembalakan dan projek Ladang Rakyat adalah masalah yang berlanjutan di Kelantan, dan ia harus dihentikan.  Beliau menganggap terlalu banyak projek Ladang Rakyat dilaksanakan, dan orang yang menyokong projek Ladang Rakyat akan menyokong PAS.
Pengundi Galas ini juga berada dalam dilema, sama ada untuk menyokong PAS atau Barisan Nasional.  Beliau berkata, BN kini telah turun ke padang untuk berkempen, dan menawarkan perkhidmatan perubatan, pengangkutan dan sebagainya.  Kalau undi PAS, tanah akan termusnah; kalau undi BN, hanya enam ekar tanah diberi - kata Kamal yang masih keraguan untuk membuat keputusan.
Kamal memberi penilaiannya terhadap wakil rakyat dari parti berbeza, "dua-dua pun teruk", hanya menabur janji ketika kempen untuk pilihan raya, dan "balik tidur selepas menang".
Kamal yang berasal dari Pos Brooke ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, sesetengah penduduk tempatan telah mendaftar untuk menyertai projek Ladang Rakyat, dan insentif RM200 akan diberikan setiap bulan kepada peserta.  Bagaimanapun, mereka diberitahu ahli PAS tempatan bahawa insentif ini akan dibatalkan seandainya mereka tidak mengundi PAS.
Kamal yang hadir ke forum bersama empat orang rakan sekampung berkata, orang asli akan mengundi parti politik yang benar-benar mampu membantu mereka.  Seandainya tiada parti yang mampu berbuat demikian, maka mereka tidak akan keluar untuk mengundi.
Pengundi kaum asli melonjak ke 1926 orang
Nisbah pengundi Melayu, Cina dan India menunjukkan penurunan jikalau dibandingkan dengan maklumat daftar pemilih ketika PRU ke-12.  Sebaliknya, bilangan dan nisbah pengundi kaum asli meningkat dari 1,066 kepada 1,926 orang, penambahan sebanyak 860 orang atau bersamaan 6.35%.
Sekali imbas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman-PAS menewaskan calon UMNO Mohd Saufi Deraman dalam PRU ke-12 dengan majoriti 646 undi.  Jelas, peningkatan bilangan pengundi kaum asli semestinya akan menjadi rebutan kedua-dua parti politik.
Nisbah Kaum PRK 2010 PRU 2008
Melayu 7,125 (61.63%) 6,798 (65.81%)
Cina 2,317 (20.08%) 2,276 (22.03 %)
India 185 (1.6%) 187 (1.81 %)
*Lain-lain (termasuk kaum asli) 1,926 (16.67%) 1,066 (10.32%)
Jumlah 11,553 10,330






*Lain-lain terdiri daripada kaum asli, 1,889 orang (16.37%), bumiputera Sarawak 10 orang (0.09%) dan yang lain-lain 27 orang (0.23%), membawa jumlah kepada 1,926 orang (16.67%).
Apa yang menarik, UMNO-BN menyerahkan amanah "Pengarah Pilihan Raya" kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (atau dikenali Ku Li), dan bukannya kepada Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, atau Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO seperti biasa.  Najib terpaksa menarik sokongan Ku Li yang disanjung tinggi di kawasan Gua Musang, salah satu daripada dua kerusi parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Kelantan, daripada 14 yang dipertandingkan dalam PRU ke-12.
Tiga kawasan DUN yang berada di bawah kawasan parlimen Gua Musang termasuklah Galas, Nenggiri dan Paloh.  Selama ini kawasan tersebut dianggap kubu BN, berikutan pengaruh Ku Li.  PAS hanya berjaya menawan Galas dengan majoriti tipis (646 undi), sedangkan BN memenangi Paloh dengan majoriti 2,833 undi dan Nenggiri dengan majoriti 2,090 undi.
Daripada nisbah pengundi mengikut kaum, UMNO-BN berjaya meraih undi majoriti yang besar di Nenggiri yang mempunyai 85.78% pengundi Melayu, dan Paloh yang mempunyai 98.60% pengundi Melayu.  Justeru itu, UMNO-BN dipercayai mampu mengekalkan sokongan Melayu, dan menyasarkan pengundi bukan Melayu untuk memenangkan mereka.
Pemilihan calon
EXCO kerajaan negeri Kelantan Husam Musa memberitahu MerdekaReview, bahawa beliau mencadangkan agar PAS melantik calon dari kaum asli, yang tidak semestinya beragama Islam untuk menyarung jersi PAS dalam PRK Galas yang akan berlangsung dari 26 Oktober hingga 4 November 2010.
Bagaimanapun, sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview bahawa calon PAS kemungkinan seorang doktor yang berasal dari Gua Musang, dan calon berketurunan kaum asli hanyalah strategi untuk mengelirukan musuh parti.  Sementara itu, UMNO-BN juga mungkin melantik seorang calon dari Bahagian Gua Musang, dan kita bakal menyaksikan pertarungan antara dua orang calon tempatan.
Read Full...

SUARAM seru rakyat hadir kes mahkamah Lau Shu Shi


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) meyeru rakyat menghadiri kes mahkamah Lau Shu Shi dan memberi solidariti kepada demokrasi dan hak asasi manusia pada 20 Oktober 2010 (Rabu), jam 11 pagi di Makhamah Jenayah 1, Pulau Pinang.

Lau Shu Shi (gambar kanan) didakwa di bawah Akta Polis Seksyen 90 iaitu berkelakuan biadap dan mengeluarkan kata-kata dengan nada yang tinggi serta mempertikaikan tindakan polis dan enggan bertenang pada 11 Mei 2008.

Pada 11 Mei 2008, saudari Lau Shu Shi bersama aktivis-aktivis lain membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang setelah rakan aktivis mereka yang menghadiri perhimpunan aman anti-ISA pada hari yang sama ditangkap secara kasar oleh polis.  Selepas selesai membuat laporan polis, Ketua Balai Polis Jalan Petani pada waktu itu, C/Insp Jamaluddin Ismail telah memberikan arahan untuk menahan Lau Shu Shi yang pada ketika itu cuba mempertahankan hak rakannnya untuk membuat laporan polis mengikut hasrat sendiri.  Lau Shu Shi dan Teh Chun Hong, seorang lagi aktivis, telah ditahan secara keras dan kemudian direman semalaman.
Dua tahun kemudian, iaitu pada 1 Ogos 2010, Lau Shu Shi menerima waran tangkap pada lebih kurang pukul 11 malam, ketika beliau berada di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.  Sebelumnya, beliau berada di luar balai polis Jelutong untuk menunggu kawan-kawan yang ditangkap dalam perhimpunan aman ISA di Dataran Pidato, Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Lau Shu Shi dibebaskan pada malam yang sama tetapi diwajibkan hadir ke Mahkamah Jenayah pada pukul 8.30 pagi keesokan harinya.  Seterusnya Lau Shu Shi telah didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah George Town pada 2 Ogos 2010 dan tidak mengaku bersalah.  Kes mahkamah beliau telah ditangguhkan kepada 16 Ogos 2010 untuk sebutan.  Perbicaraan kes Lau Shu Shi akan diadakan pada 20 Oktober 2010.
Kami ingin menegaskan di sini bahawa pendakwaan yang hanya dibuat selepas dua tahun merupakan tindakan yang berniat jahat.  Pada dua tahun yang lalu, Lau Shu Shi membuat laporan polis terhadap keganasan polis yang memang berlaku dalam perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Beliau sepatutnya mangsa dalam kes ini kerana beliau dilayan secara tidak profesional oleh polis yang menyalahgunakan kuasa dan seterusnya menangkap beliau selepas beliau membuat laporan polis.

Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) ke atas Lau Shu Shi merupakan satu penindasan berlanjutan ke atas seorang aktivis hak asasi manusia.

Laporan polis dibuat oleh Lau Shu Shi bukannya tindakan individu, tetapi mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan individu-individu lain di seluruh negara yang memperjuangkan hak asasi.  Pendakwaan ke atas Lau Shu Shi juga merupakan penindasan terhadap SUARAM, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penindasan ke atas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia.
Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Lau Shu Shi merupakan satu titik hitam dalam usaha negara kita untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.  Ini telah bercanggah dengan Konsep 1 MALAYSIA, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Kami berpendapat bahawa tindakan Lau Shu Shi membuat laporan di balai polis merupakan pengamalan hak demokrasi individu dan menjalankan kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotif jahat kepada mana-mana pihak.  Namun, pihak polis telah bertindak secara keras dan tidak profesional dalam menghalang Lau Shu Shi daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap hak asasi manusia.

*Kenyataan oleh Ong Jing Cheng selaku koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Pulau Pinang,
Read Full...

Sultan Kelantan Berangkat Ke Majlis Raja-raja Pagi Tadi



Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan baginda sentiasa dikasihi rakyat.

"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini.

Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -Bernama
Read Full...

Panass..Gambar ini,Buktikan Hamidah Osman Semakin "Sasau"..!!


( Ini bukan bergaduh bro...Tapi main kejar-kejar polis century..kuah3)

Hamidah Osman ADUN Sg Rapat sekali lagi meracau menempelak Pakatan Rakyat terutamanya PKR kerana kepincangan dan kelemahan yang berlaku di dalam pengurusan parti tersebut,terutamanya kekecohan semasa pemilihan persidangan cabang PKR yang diadakan baru-baru ini.

"Beliau meminta agar masyarakat membuka mata dan mengambil ikhtibar akan kepincangan yang berlaku di dalam PKR dan menilai sendiri parti mana yang mampu membawa kemajuan kepada negara,"katanya kepada Sinar Harian.

Barang diingat...PKR ini adalah dari Umno asal kejadian mereka,sudah pasti segala sikap buruk dan jijik umno masih ada terlekat yang agak sukar untuk di buangkan,justeru itu ia akan mengambil masa untuk menanggalkan kekotoran daripada budaya kotor Umno tersebut.

Apakah Midah Osmang lupa akan rentetan peristiwa baling kerusi,pergaduhan,fitnah memfitnah dan politik wang dalam pemilihan Umno cawangan dan bahagian.Bagaimana Ali Rustam yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno kerana rasuah,tetapi penyokong Umno yang buta perut masih lagi melantik pimpinan yang tiada integriti ini untuk berkuasa.

( Ini pun bukan bergaduh..Tapi marah kerana tak dapat nak menyanyi..kuah3)
Malah lebih malang,ada mesyuarat Umno yang terpaksa di kawal oleh anggota polis simpanan (FRU).Ini memaparkan kepada kita akan buruk dan jijiknya akhlak pimpinan dan penyokong Umnongok ini kerana tidak berlandaskan kepada syariat Allah.

Memang sesuailah kata-kata Kak Midah Osmang ini Umpama "Terpijak Taik di tengah jalan terpercik ke muka sendiri".Parti mana yang sebenarnya berlaku kepincangan dalam pentadbiran mereka..??

( Ini pulak main Musang dengan Anak Ayam...Kuah3)
( Yang ini pulak..Pameran seragam anggota keselamatan..kuah3)
Parti mana yang merampas kerajaan Perak dari PR dengan cara merasuah wakil rakyat,Pimpinan parti mana yang sanggup bunuh diri,ditangkap kerana rasuah,melarikan isteri orang,pecah amanah,meniup semangat perkauman,menghalalkan judi,Pemimpin parti mana yang hidup bermewah-mewah dengan aset dan harta di luar negara..dan banyak lagi broo..lu pikir la sendiri...

Dalam situasi terkini,sudah pasti pimpinan umno yang bersuara seperti Kak Midah Osmang dianggap seperti "Mengigau di siang hari" kerana rata-rata rakyat semakin membenci dan menjauhkan diri dari Umno,ini diakui sendiri oleh beberapa pimpinan Umno yang meminta ahli Umno agar menerima kenyataan bahawa generasi muda semakin menjauhi Umno.

InsyaAllah apabila Perak kembali dikuasasi kembali oleh PR pada PRU-13 nanti,maka Kak Midah Osmanglah pimpinan umno yang akan meroyan dan sasau terlebih dahulu kerana tidak berpijak dibumi nyata selama ini...Tepuk meja,tanyalah rakyat..!! Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks