PERITNYA JADI RAKYAT MALAYSIA...ADA RAKYAT & PEMIMPIN YG BANGANG



Oleh cilipadi007

Firman Allah swt maksudnya :

WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL RIBA DENGAN BERLIPAT2 KALI GANDA, DAN HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA ( Surah Ali Imran ayat 130 )

"Ekonomi negara stabil", KDNK entah berapa %, Pemimpin Malaysia berjaya memacu ekonomi negara berada di landasan yg betul, Pemimpin Malaysia berjaya menguruskan kewangan ketika dunia berhadapan kelembapan ekonomi. Hebat sungguh pemimpin Malaysia (BN)
Rakyat diperbodohkan setiap hari. Cerita ekonomi direka bermacam2 untuk menipu rakyat. Apa cara sekalipun perlu dibuat. Maka keluarlah istilah yg canggih supaya rakyat terlopong, tak faham. Lagi tak faham lagi bagus, selamat BN. Berbelit lidah sekadar nak sebut, entah apa maksudnya :
  • fundemental ekonomi
  • ekonomi fiskal
  • mikro dan makro ekonomi
  • KDNK
  • Levi, subsidi
Mak Limah ( Ulu Bera ) , Pak Dolah ( Baling ) , Pn Saraswati ( Estet Kerla ) tak pernah faham makna istilah ekonomi. Mereka rasa pelik dengan ekonomi Malaysia. Dulu duit bulanan yg dihantar anak2 boleh disimpan setelah ditolak belanja dapur dan bayar bil utiliti.

Bila zaman 1Malaysia ni lain pula teori ekonomi. Negara aman, ekonomi tak meleset tapi nilai ringgit semakin mengecil. Hampir semua keperluan rakyat naik harga seperti :
  • keperluan dapur
  • bil utiliti
  • tambang pengangkutan awam
  • keperluan persekolahan
  • bayaran perubatan/ hospital
Ekonomi Malaysia semakin songsang. Rakyat makin tersepit. Setiap hari berjuang mencari rezeki dalam iklim ekonomi yg dipandu kapitalis.

Negara Malaysia sudah jadi Malaysia Sdn Bhd. Hasil mahsul negara dibahagi kepada pemegang syer (BN). Rakyat jadi kuli, sistem hamba dalam masyarakat moden.

Kategori pendapatan Malaysia Sdn Bhd ialah :
  1. Hasil Tetap spt Petroleum
  2. Hasil Cukai wajib spt LHDN, Kastam, Imigresen, JPJ
  3. Hasil Cukai Paksa spt Kompoun Trafik, Denda Penguatkuasa yg bermacam2 dari agensi kerajaan
Beginilah nasib Rakyat Malaysia... NEGARA KAYA RAKYAT MISKIN... hasil bijak pandai BN urus harta negara menjadi milik kroni.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks