Video ceramah perdana di padang perdana kota bharu melibatkan YB Saifuddin Nasution, YAB Tan Sri Khalid, YAB Lim Guan Eng, ...

Read Full...

Media anak muda


Oleh: MSK
Sebaik saja selesai PRU 2008, Zentrum Future Studies membuat kajian tentang sikap Gen X dan Y tentang media. Sepatutnya, apabila memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat sepatutnya mengambil iktibar dari kajian tersebut untuk mengukuhkan kekuatan dalam konteks penyebaran maklumat. Tetapi oleh kerana mereka yang memimpin negeri terdiri dari Gen Boomers, mereka tetap dengan cara lama.
Dalam kajian Zentrum,TV3 merupakan stesyen TV yang paling tidak dipercayaai dikalangan Gen X dan Y. Majoriti Gen X dan Y menonton Astro Awani untuk mendapatkan maklumat. Gen X dan Y merasakan TV3 penuh dengan pembohongan dan berat sebelah. Tetapi apakah kalau Pakatan Rakyat mempunyai stesen TV sendiri, Gen X dan Y akan menontonnya? Ini satu persoalan menarik.
Apabila dibandingkan pula diantara akhbar dengan media internet, blog politik merupakan pilihan utama, diikuti dengan akhbar Sinar. Manakala Utusan Malaysia merupakan akhbar yang paling tidak boleh dipercayaai. Tapi Utusan Malaysia masih laku…sapa yang baca?  Yang ni cuma Gen Boomers, termasuk yang duduk dalam PKR atau Pas.


Mengapakah blog politik diminati? Mengapa akhbar Sinar dibaca, sedangkan ianya juga dimiliki oleh Utusan?
Blog politik adalah blog individu yang tidak dibayar oleh sesiapa. Kebanyakan bloggers membuat kerja dengan sukarela, kadang-kadang terpaksa menanggung beban untuk membantu Pakatan Rakyat dan memastikan UBN terkubur. Baru-baru ini, Penarik Beca tak update blognya untuk satu jangka masa yang lama. Aku rasa mungkin Streamyxnya kena potong.

Blog-blog individu pro-BA pada masa itu menjadi tumpuan pembaca yang terdiri dari Gen X dan Y. Maklumat-maklumat sampai kepada sasaran dengan percuma. Akhirnya BA menang di lima negeri dan lahirlah Pakatan Rakyat.
Tapi selepas menang, apa yang kerajaan Pakatan Rakyat buat? Di Perak, kerajaan PR Perak meneruskan kontrak menerbitkan Suara Perak…tapi ditukar nama kepada Citra Perak. Sebanyak RM300,000.00 diperuntukkan untuk menerbitkan Citra Perak, tapi sapa yang membacanya? Kebanyakan Citra Perak tersadai kat Pejabat Penghulu, Markas Pas atau pejabat PKR. Yang membacanya hanyalah lima enam orang AJK Kawasan.
Anak muda tak minat nak baca Citra Perak, sebab berita yang ada dalam Citra Perak hanyalah berita tentang Nizar, Ngeh dan Nga. Ada sesiapa ingat tentang laman web rasmi Kerajaan PR Perak masa tu? Tak ada. Yang ada hanyalah Perak Kini. Itu pun setakat dua tiga posting seminggu. Lebih teruk, bila posting-posting itu diciplak dari blog lain.
Macam-macam cadangan aku buat untuk menaikkan imej PR melalui blog atau internet, sampai selipar aku jadi nipis memanjat bangunan SUK, tapi sampailah Pakatan Rakyat Perak tumbang, habuk pun tarak. Tapi sebaik saja Pakatan Rakyat Perak tumbang, blog-blog individu inilah yang menjadi sumber berita utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita tentang Perak.
Dua hari sudah, Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk menambahbaik perkidmatan memberi penerangan kepada rakyat Selangor. Diantara media yang diberi tumpuan ialah TV Selangor dan Selangorkini.
TV Selangor dan Selangorkini.com sudah lama ada. Sebelum ini, kita tak tahu berapakah peruntukan yang salurkan untuk kedua-dua website ini. Sekarang nak tambah RM15 juta lagi. Apakah dengan RM15 juta, maklumat akan sampai?
Yang penting bagi satu-satu medium ialah pengisian. Ada blogger Umno yang dibayar RM15,000 sebulan, tapi tak ada sapa nak baca blog dia. Ada yang dibayar RM5,000 sebulan…tapi blog dia jadi hits.
TV Selangor dan Selangorkini mempunyai staff yang dibayar gaji dan bekerja tetap. Cuma kualiti kerja yang tak memuaskan. Semasa PRK Hulu Selangor, TV Selangor dan Selangorkini gagal memainkan peranan. Mungkin depa tunggu RM15 juta kot?
Di Penang, Kedah dan Kelantan, nak maklumat hanyalah melalui Web rasmi. Web rasmi bukan boleh tulis tentang skandal Umno.
Cuba tengok Alexa ranking dibawah dan buatlah andaian hangpa.


Paling teruk Selangorkini.com. Ikut anggaran aku, hitung panjang pembaca yang mengunjungi Selangorkini.com tidak lebih dari 3 orang sehari. Berapa peruntukan yang diberikan kepada Selangorkini.com?
Aku nak bagi tau kat Khalid, tak perlu belanja RM15 juta. Bagi dua juta setahun kat 20 member-member bloggers untuk buat kerja…selesai semua perkara. Tak payah bayar EPF, tak payah bayar SOCSO. Malah bloggers boleh buat lebih baik dari TV Selangor atau Selangorkini. Dua juta bagi kat Meor Pestajiwa, tiap hari dia boleh buat gig free kat Felda. Dua juta bagi kat aku….tok sah kata TV Selangor, TV Pakatan Rakyat pun aku boleh buat. Cuba tanya Webmaster Tranungkite, Detik Daily…berapa modal depa? Tanya kat Siasah, berapa modal depa. Tak sampai juta-juta.
Tapi nak kata apa? Dia bukan Gen X atau Y. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks