Lawan di Kota Siputeh kalau yakin Melayu bersama UMNO, cabar Saifuddin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar UMNO untuk mengadakan piliharaya kecil di DUN Kota Seputeh, Kedah, seandainya UMNO yakin bahawa propaganda Utusan Malaysia berjaya, dan orang Melayu kini bersama UMNO.The fact dia (UMNO) tak lawan ialah dia sendiri tak yakin dia boleh menang!" Berulang kali ditegaskan oleh Saifuddin (gambar kanan) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Jumaat lalu (5 Mac 2010), di ibu pejabat PKR.
Sungguhpun mengakui bahawa propaganda musuh politiknya, UMNO mendatangkan kesan, terutamanya dalam tempoh 10 hari berkempen semasa pilihan raya, tetapi beliau tetap menyanggah pandangan bahawa UMNO telah memenangi sokongan Melayu, yang "termakan" dengan propaganda sedemikian."...bagaimana anda menjelaskan, mengapa UMNO tak berani buat PRK di Kota Siputeh? Jangan salahkan mahkamahlah. Bagaimana anda jelaskan ini? Kenapa sampai sekarang, UMNO tak boleh bersedia buat PRK di Kota Siputeh, Kedah? Kawasan dia (UMNO), dia menang. Itu 90% (pengundinya terdiri daripada) Melayu," jawabnya dengan melontarkan soalan kepada wartawan.
"Sebab apa? Sebabnya ialah you sebut tadi... Utusan Malaysia punya propaganda, dan UMNO yakin Melayu dengan dia. Come, fight with us in Kota Siputeh. Then you will know the result (Mari, lawan dengan kami di Kota Siputeh. Kamu akan mengetahui keputusannya.). Kalau PR menang di situ, habis UMNO punya propaganda "Melayu dengan kita (UMNO)". Dia kalah, di kawasan Melayu, kawasan padi. Kenapa dia tak (berani lawan)?"Kerusi DUN Kota Siputeh telah diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 November 2009, berikutan wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarif (gambar kiri, tengah) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun lalu. Kawasan DUN ini terdiri daripada 91.69% pengundi Melayu pada tahun 2008, dan dimenangi UMNO-BN dengan majoriti 495 undi dalam PRU ke-12.
Saifuddin menyindir bahawa kes ini sengaja dilengah-lengahkan kerana UMNO-BN tidak yakin dirinya akan menang. Menurutnya, efisiensi mahkamah dalam kes ini cukup berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, yang mana belumpun rayuan difailkan, tetapi mahkamah telah mengumumkan tarikh pendengarannya.
UMNO di kawasan Melayu
Kes Mohd.Nizar Jamaluddin yang terhakis sokongan pengundi Melayunya kira-kira 4%, ketika PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009 (walaupun menang dengan majoriti lebih besar lantaran sokongan pengundi bukan Melayu) diketengahkan oleh wartawan, ketika meneliti persoalan sejauh manakah isu institusi Raja, Islam dan Melayu yang dimainkan Utusan Melayu memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat (PR).Kesan ada, pada 10 hari berkempen memang ada. 10 hari kempen, dengan 365 hari dalam setahun, graviti, intensiti kempen itu tak sama," terangnya. Beliau bagaimanapun mengambil contoh PRK Kuala Terengganu (Januari 2009), Bukit Selambau (April 2009) untuk membuktikan bahawa PR tidak kehilangan sokongan Melayu, sambil menolak kemenangan UMNO-BN di PRK Bagan Pinang (Oktober 2009) sebagai tanda kembalinya sokongan Melayu ke pangkuan UMNO.
Ketika mengulas propaganda UMNO dengan retorik perkauman dan agama, Saifuddin berkata, "Dalam konteks propaganda dimainkan oleh UMNO melalui Utusan terutamanya, saya fikir itu lebih berupa strategi berkampung. Bertahan dalam wilayah sokongan Melayu sahaja. You (UMNO) duduk di situ saja. You contain your support base saja. You tak reach out lagi dengan isu-isu yang you main tu.""Tapi sekurang-kurangnya dia (UMNO) terselamat di situ, selepas PRU." Walaupun bersetuju dengan kenyataan daripada wartawan ini, namun Saifuddin tetap berpandangan bahawa UMNO tidak akan diberi jalan mudah begitu sahaja.
Beliau mengambil contoh bagaimana kawasan pengundian parlimen yang lebih 90% pengundinya terdiri daripada Melayu, misalnya Machang, Ketereh dan Tanah Merah (kesemuanya dari Kelantan) itu dimenangi oleh PKR. Seterusnya, UMNO perlu berdepan dengan PAS di kawasan dominasi Melayu di negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.
Di kawasan campuran, iaitu 40% hingga 70% Melayu, seperti Permatang Pauh, Kulim Bandar Baharu, Kuala Selangor, Titiwangsa, Bagan Serai dan sebagainya, UMNO juga gagal menandingi PKR dan PAS, kata Saifuddin.
"Kalau UMNO memilih, melalui propaganda Utusan Malaysia, dia nak bertahan di kawasan Melayu, apa jaminan dia boleh survive di situ? Di kawasan Melayu, dengan isu rasis dia, atau pun dia boleh end up setakat itu saje?"
Saifuddin melanjutkan analisisnya, "sebab itu, apa yang berlaku sekarang? Tuntutan UMNO terhadap kerusi campuran. Yang terbaru, UMNO tuntut (kawasan parlimen) Batu, ambil daripada Gerakan."
"Ini adalah cabaran yang paling besar untuk Najib. Dia nak pertahankan status quo pembahagian kerusi, dia boleh bagi kepada komponen parti, tetapi dia kalah. Dia bagi kepada UMNO, dengan sendiri... kita sebut, 'tengok, betullah sebenar ini UMNO big brother. Dia buli semua orang. Kalau dia boleh buli komponen parti yang selama ini berjasa kepadanya untuk menjadi kerajaan, apa jaminan dia tak buli rakyat teramai?'"Enggan beri kredit kepada Utusan
Ketika mengulas "apakah serangan propaganda Utusan Malaysia terlalu ganas untuk ditangkis sesetengah pemimpin PKR, sehingga berakhir dengan keluar parti apabila gagal menjelaskan kepada masyarakat akar umbi", dengan lantas Saifuddin menjawab, "Saya tidak mahu memberi kredibiliti yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, (bahawa) media propaganda yang memberi kesan kepada lompat partinya beberapa ahli."
"Bukan kerana denial, tidak." Beliau menyambung, "Sebab saya mengenali watak-watak ini, yang buat keputusan ini (keluar parti). Saya kenal, rapat dengan mereka. Kalau saudara baca alasan yang mereka beri dalam suratkhabar, tentulah yang terbaru, (ahli parlimen) Bagan Serai, (bangkit) soal kalimah Allah, soal agama...""Mengenali watak ini, dia (Mohsin Fadzli Samsuri, gambar kiri) tak pernah bercakap soal kalimah 'Allah' dan bangsa Melayu. Dia tak pernah. Dia adalah seorang bekas kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran. Kemudian, dipilih jadi calon," katanya.
Saifuddin menjelaskan, "Setiap orang tu ada niche dia. You talk about Abdullah Sani, (ahli parlimen) Kuala Langat, isunya apa? Trade union (Kesatuan Pekerja). You talk about Tian (Chua), Sivarasa (Rasiah), Elizabeth Wong, ini kan human rights activist? (aktivis hak asasi manusia) Dia ada niche dia. Tapi kamu sebut (ahli parlimen) Bagan Serai, dia tak ada niche sebagai Malay fighter (pejuang Melayu), tak ada. Not as good as Zul Noordin (Zulkifli Noordin) lah..."
"Dia tak ada imej itu. Tetapi the moment dia isytihar keluar (parti), (kononnya) kerana tak setuju (pendirian parti)...kerana parti sudah tidak bawa perjuangan. No. Antara yang tersurat dengan yang tersirat berbeza," tambahnya.
Antara "menarik" dan "menolak"
Mengulas lebih lanjut fenomena "keluar parti", Saifuddin menganalisa, "Dia wujud dalam dua keadaan. Satu, push factor dan yang kedua pull factor. Pull factor daripada BN and UMNO. Kita tahu realitinya. Pertemuan-pertemuan antara ejen-ejen UMNO, pemimpin UMNO yang memberikan tawaran, reward, carrot dan sebagainya..."
"Kita tahu. Dalam makluman parti. Hotel mana pertemuan itu berlaku, siapa orang UMNO yang menjalankan itu... Panggilan telefon kepada wakil-wakil rakyat kita. Sejauh dari Amerika, pemimpin UMNO yang berada di Amerika menghubungi. Kita simpan nombor telefonnya," katanya.
"Kita tanya MP kita yang cuba dipancing. Kita tahu siapa yang jumpa dengan PM dan Rosmah dua hari sebelum Hari Raya Cina. Kita tahu. We are fully aware of that," kata beliau sebelum menambah, "Dan semalam (4 Mac), selepas (ahli parlimen) Bagan Serai keluar, kita tahu siapa lagi MP yang dihubungi. Sebab itu saya bagi tahu kepada mereka, siapa saja yang hubungi, ambil nama, ambil nombor telefon, apa jenis tawaran mereka. Usaha itu terus dibuat."
Old dog and new trick
Malah, Saifuddin memetik ayat yang digunakan bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dalam kenyataannya, "old dog cannot learn new tricks", untuk digunakan ke atas UMNO.
"Betul, old dog UMNO dan BN ini, dia punya trick apa? Intimidation (ugutan), harassment (gangguan), buy over (beli)... ini old trick dia. Dia tak boleh berubah. Whereas Keadilan, justice for all. New politics. Things that are intangible..."Saifuddin mengungkit rampasan kuasa di negeri Perak, "Pertama, mereka guna SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia). Ugut dan ganggu keluarga. 'Kamu tak menyertai kami, pergilah penjara'. Dan orang-orang ni datang berjumpa dengan Anwar. Mereka kata (kepada Anwar), 'kamu ok, kalau kamu dipenjarakan, rakyat masih bersama kamu. Tetapi, bagaimana dengan kami? Kami habis kalau masuk penjara'."
Saifuddin berkata, "so, who is Anwar to stop them? Kualiti yang ada pada mereka dengan kualiti yang ada pada Anwar, lain. Kita perlu berdepan dengan (kenyataan) ini."
Di samping itu, Saifuddin tidak menafikan wujudnya "push factor" daripada PKR, sama ada disedari atau tidak. "Benda-benda seperti...kadang-kala kita tidak memberikan saluran yang baik untuk mereka luahkan rintihan mereka. Kadang-kala, kurang dana parti, kita tak terdaya nak memuaskan semua orang."
"Kalau kamu dipilih sebagai ahli parlimen Keadilan, memang kamu perlu menolong rakyat di kawasan pengundian kamu. Dan kamu hanya bergantung kepada elaun yang kamu dapat. Berapa kamu dapat? Sepuluh, dua belas ribu (ringgit) sebulan? Kamu perlu tolak (sebahagiannya) untuk (disumbangkan kepada) parti kamu, kamu perlu menjaga perhubungan negeri, kamu perlu membayar sewa untuk pusat perkhidmatan kamu...utiliti, staf, dan kita perlu guna elaun untuk menjaga rakyat, pengundi. Tak cukup!" luahan Saifuddin, juga seorang ahli parlimen dari Machang, Kelantan.
"Jadi, ada yang kata ini sebahagian daripada perjuangan dan kita perlu teruskan. Tetapi sesetengah berkata, kita tak mampu menanggung ini. Saya merumuskan ini sebagai push factor," katanya, sambil mengakui bahawa partinya perlu belajar dari pengajaran ini.Idealisme perjuangan PKR
Dalam wawancara bersama MerdekaReview yang mengambil masa lebih daripada satu jam, Saifuddin Nasution juga berkongsi pengalaman bagaimana PKR yang dianggotai pemimpin dari pelbagai latar belakang, mengendalikan perbezaan pendapat masing-masing.Ketika diajukan soalan "pendirian Anwar (gambar kiri) adalah pendirian PKR", Saifuddin terus menafikannya, dengan mendakwa ada kalanya perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir dengan satu pendirian yang bukan pendirian Anwar. Walaupun enggan mengulas satu persatu, Saifuddin bagaimanapun mendedahkan bahawa pendirian PKR untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah pendirian Anwar.
Beliau mengakui bahawa Anwar bersendirian untuk mempertahankan pendirian yang tidak popular itu dalam perbincangan parti, yang mana Saifuddin sendiri turut berbeza pendapat dengan Anwar pada ketika itu. Keputusan PRU ke-12 membuktikan bacaan politik Anwar tepat, walaupun PKR terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan pendirian tersebut, kata Saifuddin.
Sememangnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengendalikan perbezaan pendapat, yang perlu mengimbangi antara "pendirian individu" dengan "pendirian parti", dan antara "ketegasan disiplin" dengan "kebebasan bersuara".
Mengulas isu ini, Saifuddin berkata, "Cabaran yang terbesar kepada kepimpinan tu apa? Dia kena mold together (semua pendapat) dan menjadikannya sebagai dasar parti. Kita perlu mempertahankan dasar parti."
Mengambil contoh pendirian PKR dalam isu Chin Peng (gambar kanan), yang sudah pasti wujudnya pendapat yang bercanggahan dengan pandangan Anwar dalam parti. Namun, sebaik sahaja pendirian parti dibuat, Saifuddin berkata, "Saya tak boleh sebut 'saya sebenarnya tak suka Chin Peng balik. Tapi Anwar kata Chin Peng (boleh) balik. Saya dah bagi pandangan saya masa mesyuarat MPP. Tapi akhirnya dia menjadi keputusan. Tuan-tuan, pendirian saya sebagai Saifuddin saya tak setuju...'. Saya tak boleh kata begitu."
"Saya kena kata, pendirian Keadilan tentang Chin Peng. Kita kata, yes, (beliau dibenarkan) balik. Alasan kita apa? Perjanjian perdamaian Haadyai, latar belakangnya, kita bagi alasan.""Pendirian parti setelah melalui proses perbincangan, ada setuju ada tidak. Akhirnya kita bersetuju. Dan saya di sini nak menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan... (secara) rasional. Itulah pemimpin parti. Kalau anda kata, pandangan saya lain, habislah you. Itulah masalah yang kita ada dengan Zul (Zulkifli Noordin). Kamu mesti jadi team player!" (Bahagian ketiga, tamat) Read Full...

Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan Kabinet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 11 tahun lalu.

Hari ini, beliau memfailkan permohonan bagi menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya pada 8 Mac yang mengisytiharkan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Notis usul, yang dikembarkan bersama dengan afidavit Anwar, difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Dalam afidavitnya, Anwar memohon mahkamah tertinggi supaya menggunakan budi bicara sedia ada untuk menyemak semula kesnya mengikut Kaedah 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak ketidakadilan yang didakwa dilakukan ke atasnya.

Anwar berkata penghakiman Mahkamah Persekutuan bertentangan dengan peruntukan Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikannya daripada jawatan-jawatan Kabinet atas nasihat Perdana menteri dan bukan Perdana Menteri.

Anwar berkata panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, dalam menolak rayuan terakhirnya, melakukan kesilapan undang-undang dengan memutuskan bahawa ia adalah Perdana Menteri yang juga pihak yang berkuasa melantik dan mempunyai hak untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Beliau mendakwa ia adalah satu penghinaan ke atas perumus perlembagaan bagi mencadangkan pematuhan kepada Artikel 43(5) dalam formaliti yang kosong dan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertahan terhadap penyeliaan penghakiman.

Anwar berkata perkara itu merupakan kes yang luar biasa bagi mahkamah untuk membatalkan budi bicara sedia ada bagi menghalang ketidakadilan terhadapnya.

Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa pemecatannya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mahu beliau diberikan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian kedudukan jawatan.

Beliau gagal dalam usahanya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - Bernama Read Full...

Mahkamah: Bantahan Awal Pihak Responden Membatalkan Permohonan Anwar Agar Qazaf Dikenakan Terhadap Saiful Di Dengar 14 April

KUALA LUMPUR 10 Mac- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan sama ada bantahan awal pihak responden untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf dibenarkan atau sebaliknya. Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu. Beliau menamakan Shamsuddin; Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Pada 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut.
[Terkadang kita naik hairan pula. Undang-undang Islam mahu dilaksanakan terhadap kes jenayah syariah seperti liwat ini dihalang pula oleh pemimpin agama orang Islam sendiri. Malah pemimpin itu pula yang berstatus menteri agama, pengarah jabatan agama dan pendakwa syarie. Apakah mereka semua ini tidak mahu melihat undang-undang Islam terlaksana dalam kes yang cukup kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia ini. Kenapa mereka tidak mahu berpegang kepada undang-undang Islam apabila terdapat pertikaian yang wajar dalam kes tersebut. Sia-sia sahaja manusia seperti tiga tokoh agama ini kiranya mereka terpaksa tunduk atas desakan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Semoga Allah akan membalas perbuatan mereka ini dengan hukuman yang setimpal]. Read Full...

Lagi difitnah lagi ramai yang simpati. Lagi dihina lagi ramai yang beri sokongan.

utk kali ke berapa kami dah x perasan DSAI dtg ke negeri 9 ni...tapi kesimpulan yg dpt kami gambarkan adalah, mlm tadi mncatatkan kehadiran yg amat-amat luar biasa!!!

kenapa kami berkata sedemikian adalah berdasarkan logik keadaan semasa politik PKR & DSAI itu sndiri setelah beberapa pimpinan MP yg melompat parti, gambaran suasana mlm tadi menunjukkan secara amat jelas bahawa rakyat Malaysia kini semakin bijak & tak bodoh seperti yg diharapkan UMNO dan BN..!!!

yg pertama mlm tadi di seremban, dapat dilihat dgn jelas bahawa ribuan anak2 muda baik melayu cina india yg bersama bukan saja hadir dlm ceramah malah hujan yg sangat-sangat lebat tdk menginginkan mereka utk berganjak walau selangkah malah mereka anak muda terus maju kehadapan pentas untuk memberi keyakinan kepada DSAI & pimpinan bahawa anak2 muda takkan lari dan takkan gentar utk menentang umno & BN!!!!

yg kedua SEMUA pimpinan akar umbi Pakatan Rakyat baik keadilan, PAS, DAP SELURUHNYA hadir mlm tadi utk menyaksikan gelombang ini berterusan sehingga PR mencapai kemenangan pada PRU yg ke-13 nnti...!!!

yg ketiga pula, belum pernah berlaku ceramah yg diadakan sebegini besar di negeri sembilan lebih2 lagi dihadiri oleh DSAI, dikawal dengan begitu baik oleh Pihak Polis & trafik dlm proses melicinkan keadaan (seolah olah program kerajaan negeri) serta rata2 anggota polis menunjukkan sokongan dengan sentiasa memberi kerjasama dan juga sentiasa melemparkan senyuman kepada semua penyokong dan pendokong parti Pakatan Rakyat ini. berbeza sama sekali dengan keadaan ketika di Kelab Sultan Sulaiman di Kg baru baru2 ini apabila pihak polis mengasari dan memukul penyokong malah tidak langsung menghormati pimpinan besar Pakatan Rakyat...!!!

dan yg keempat apabila DSAI dengan raut wajah yg serius dan penuh yakin menyatakan dengan sesungguhnya bahawa Pakatan Rakyat akan dapat merampas negeri sembilan dari tangan BN pada PRU -13 nnti dengan lampiran bahawa anak muda harus bekerja keras bersama dengan semua pimpinan PR serta mengambil sikap offensive (menyerang) bukan lagi utk diffensive (bertahan)..!!!

sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada semua terutamanya Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abbas yg bertungkus lumus bersama saf safnya dlm menjayakn program ceramah ulung ini dan kami SAMM sendiri akn sentiasa bekerjasama dengan beliau pada masa akan dtg!!!

insyaalah kami SAMM berjanji malah kami juga telah menginfaqkan diri kami dlm perjuangan suci ini demi agama kami, rakyat kami dan bangsa kami dan utk kami berhenti dlm perjuangan adalah sesuatu yg mustahil. Hanya Allah SWT shj yg bisa menghalang kami atas hikmah2 yg ditentukannya insyaallah...

Lwn TTP Lwn!!!

SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Read Full...

Mimpi Nasha Belum Habis Rupanya..Aduss...!!!

Aku juga sokong perpaduan Melayu/Islam tetapi dalam keadaan apa? Menjadi nyatakah impian ini sekiranya UMNO masih dengan fahaman perkauman sempit dan meminggirkan Hukum? Akan jadi realitikah selagi UMNO pentingkan kuasa dan kedudukan? Akan menjadi nyatakah selagi UMNO masih lagi rela menjadi zalim terhadap rakyat demi kesinambungan kuasa yang dipegang?
PAS pula relakah membenamkan prinsip dan perjuangan Isamnya semata-mata kerana bangsa? Mampukah PAS mencampakkan ke tepi laungan keadilan yang diperjuangkan selama ini? Mampukah PAS menelan segala penindasan yang dilakukan oleh UMNO selama ini? Dan yang paling penting di atas asas kepastian apakah PAS tidak ditipu dan dikhianati lagi oleh UMNO sebagaimana tertipunya parti itu semasa tertubuhnya Barisan Nasional dulu?
TGNA dan Pemimpin seangkatannya merasai semuanya. Nasharuddin sendiri entah baligh atau tidak di masa itu. Aku sendiri pun merasainya walau aku hanyalah seorang aktivis sahaja ketika itu.
Jadi hakikatnya selagi UMNO masih dengan prinsip dan fahaman yang ada sekarang dan PAS pula masih dengan perjuangannya berteraskan Agama dan Keadilan, jangan diharap akan dapat tidur sebantal dengan aman. Apatah lagi di kalangan Ahli PAS pula berpecah kepada dua puak, pro dan kontra. Kalau dikirakan penilaian aku, UG akan menjadi Tanah Perkuburan kepada satu pihak. Pihak yang mana, kita tunggu dan lihat.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Buku setebal 474 muka surat itu ditulis karyawan tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.
Dalam ucapannya, Muhyiddin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.
Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya, Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda sehingga mengakibatkan rusuhan.
Nasharudin yang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu berkata, kisah Natrah seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bahawa perlunya perpaduan di kalangan parti politik umat Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.
“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.
“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.
“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.
Sumber dari sini Read Full...

PKR bukan untuk pemimpin ingin kaya

PASIR PUTEH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan semestinya tidak sesuai kepada pemimpin yang mahu meraih kekayaan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak terkejut dengan pengunduran beberapa pemimpin PKR dan tidak berasa kehilangan mereka yang berkepentingan diri.

Katanya, apabila pemimpin terbabit menyedari PKR bukan lubuk harta maka mereka mengambil tindakan keluar parti, alasan mahukan parti lebih Islamik agama dan adil seperti yang dinyatakan hanya diada-adakan untuk menutup kelemahan diri.

”Pemimpin perlu memanfaatkan platform mereka dalam mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya untuk membina kekayaan.

”Bila ruang membina kekayaan tidak ada dalam PKR, mereka bertindak keluar parti dan PKR memberi kebebasan kepada mereka menentukan hala tuju,” katanya ketika menghadiri program Himpunan Muslimat Pasir Puteh di sini kelmarin. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin.

Menurutnya, Pas tidak mungkin menerima penyertaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana tindakan itu boleh merenggangkan perhubungan Pas dan PKR.

Walaupun tindakan itu menyebabkan PKR kehilangan kerusi, Saifudin menganggap ia tidak menjejaskan parti malah parti itu semakin berkualiti kerana pemimpin bermasalah tidak lagi bersama.

”Saya akan hantar surat pemecatan secara resmi kepada Zul (Zulkifli Noordin) esok (hari ini) dan dia mempunyai masa selama 14 hari untuk kemuka rayuan,” katanya. Read Full...

Masalah Dalaman UMNO Perak Kronik

Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak.

Menurutnya, sikap Ketua Bahagian yang hanya mementingkan diri merumitkan lagi keadaan sehinggakan sanggup menganjurkan pelbagai gerakan berbentuk sabotaj terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sikap Ketua Bahagian yang angkuh dan sombong serta langsung tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin memburukkan lagi keadaan.

“Mereka ini dilihat hanya mahu mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan terhadap Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir demi kepentingan diri sendiri,.

“Ada juga sanggup membuat aduan palsu kepada kepimpinan UMNO Pusat dengan menyatakan Menteri Besar tidak membantu ketua-ketua bahagian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, Greentown di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Ketua Bahagian yang rata-ratanya sudah menjangkaui umur veteran dan sudah tidak relevan lagi untuk memimpin seharusnya sedar diri serta memberi peluang pula kepada golongan muda bekerja dengan rakyat.

Katanya, pemikiran golongan veteran ini terlalu konvensional dan sering kali melihat pembangkang sebagai musuh, walhal dalam kalangan golongan muda, persepsi berkenaan dilenyapkan sebaliknya kita boleh bergaul dengan semua parti, semuanya sebagai sahabat.

“Kita sebagai pemimpin parti jangan meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai teras perjuangan sebaliknya letakkan rakyat pada kedudukan utama barulah dinamakan pemimpin.

“Banyak berlaku kesilapan dalam UMNO Perak, seharusnya perlu diubah dari sekarang, terutama golongan pemimpin veteran yang menerajui bahagian masing-masing perlu berundur secara terhormat dan bagi peluang kepada para pelapis untuk menerajuinya pula.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku (mensabotaj Menteri Besar), pihak berkenaan membuat laporan palsu kepada kepimpinan Pusat dengan tujuan menjatuhkan Dr Zambry.

“Tindakan mereka ini tidak wajar, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Zambry bukan mengkhianatinya, sebab itulah saya gesa Menteri Besar mengambil tindakan terhadap mereka bagi menghadapi perubahan kepada UMNO Perak.

“Selagi golongan ini menganggotai dan mengepalai bahagian, UMNO Perak akan menuju kepada kehancuran serta tidak mustahil juga pilihan raya umum akan datang, UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

“Sebenarnya musuh sebenar bukan pembangkang tapi dalam kalangan UMNO sendiri yang perlu dihapuskan dan boleh juga dilabel sebagai firaun kecil sebagaimana gambaran kepada PKR,” katanya. -SH Read Full...

Wajar letak jawatan kerana jadi boneka Anwar

IPOH 9 Mac – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail wajar meletak jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kedudukan beliau hanya sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mohd. Radzi berkata, beliau tidak nampak peranan sebenar yang dimainkan Wan Azizah sebagai Presiden sepanjang berada di bawah kepimpinannya sebelum ini.
“Kegagalan Presiden PKR ini memang sudah lama, sejak kes Perak lagi. Presiden tidak berperanan langsung.
“Beliau hanya duduk di kerusi itu sebagai syarat. Yang menjalankan tugas sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menasihatkan Wan Azizah supaya melepaskan jawatan Presiden parti itu kerana gagal memainkan peranannya.
Menurut Zulkifli, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang berikrar mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan negara.
Jamaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang berkata, jika Wan Azizah terus memegang tampuk kepimpinan parti, dibimbangi lebih banyak hak dan kepentingan Melayu akan terpinggir.
“Dulu saya sendiri pernah buat aduan tentang kepincangan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang. Memang beliau ada datang ke Perak dan menasihatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Tetapi tiada tindakan diambil. Maksudnya sama ada Mohammad Nizar tak dengar cakap atau Wan Azizah sendiri tak berperanan. Saya setuju kalau beliau bersedia meletakkan jawatan,” ujarnya. Read Full...

Berbeza pendapat tapi satu matlamat

Muhyiddin Yasin, TPM Malaysia berkata, “Dalam tempoh dua tahun pakatan pembangkang tidak membuat apa-apa manakala Perdana Menteri belum sampai setahun tetapi sudah banyak perubahan yang dibuat” (baca Utusan Online).

Abdul Jamil Saad, Exco Kerajaan Negeri Perlis berkata, “Adalah tidak adil untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan Md Isa hanya selepas dua tahun beliau meneraju negeri itu.” (baca Malaysian Insider).

Muhyiddin sudah menilai kerajaan Pakatan sebab itu dia berani berkata bahawa kerajaan Pakatan tidak membuat apa-apa. Penilaian ini mempunyai dua niat, membodek Najib dan memburukkan Pakatan.

Itu memang kerja Muhyiddin. Biasalah, kalau orang nombor dua tidak membodek orang nombor satu, itu bukan namanya orang nombor dua. Begitu juga, kalau pemimpin Umno tidak mengutuk Pakatan, itu bukan pemimpin Umno namanya.

Apa yang menariknya ialah kenyataan salah seorang exco Perlis yang tidak membenarkan kerajaan Perlis pimpinan Md Isa Sabu dinilai. Katanya, itu tidak adil kerana baru dua tahun Md Isa jadi MB.

Kenyataan ini juga berunsur bodek. Muhyiddin membodek Najib, Jamil membodek Md Isa. Mereka bercanggah pendapat tetapi satu matlamat.

Dan, paling menarik ialah, kerajaan Md Isa bukan akan dinilai oleh orang PAS. Kalau dinilai oleh orang PAS, memang penilaian itu bias tetapi akan dinilai oleh orang Umno daripada pasukan Shahidan Kassim.

Pada masa yang sama, orang Umno juga daripada pasukan MB sekarang tidak bersetuju kerajaan BN Perlis sekarang dinilai.

Muhyiddin menilai kerajaan Pakatan. Exco kerajaan BN tidak bersetuju kerajaan negeri BN dinilai. Macam mana?

Nak pakai yang mana satu? Kalau ikut Najib yang menilai kerajaan Pakatan, maka kerajaan BN Perlis juga perlu dinilai walau pun baru dua tahun.

Kalau ikut exco Perlis pula, Najib tidak berhak menilai kerajaan Pakatan kerana kerajaan Pakatan juga baru berusia dua tahun macam kerajaan BN Perlis pimpinan Md Isa Sabu.

Jamil sepatutnya mengikut Muhyiddin. Sebagaimana Muhyiddin menilai kerajaan Pakatan maka kerajaan Md Isa Sabu juga patut dinilai.

Mengapa Jamil takut kerajaan Md Isa dinilai? Adakah kerana ia akan dinilai oleh Umno? Biarlah Shahidan Kassim menilai Md Isa, apa salahnya. Shahidan pun tahu prestasi Md Isa kerana Md Isa pernah menjadi exco semasa dia MB suatu masa dahulu.

Terpulang kepada Muhyiddin untuk menilai kerajaan Pakatan kerana rakyat juga menilai. Penilaian Muhyiddin tidak mempengaruhi penilaian rakyat. Saya yakin kerajaan Pakatan tidak takut kepada penilaian.

Menghairankan apabila kerajaan BN Perlis takut kepada penilaian. Takut apa? Takut orang tahu kerajaan BN Perlis juga tak buat apa-apa.

Apa yang perlu ditakutkan kepada penilaian Shahidan? Itu tidak akan kemana. Kalau Shahidan berjaya menjatuhkan Md Isa, dinaikkan orang lain, tetap Umno juga. Umno tidak hilang kerajaan. Cuma bertukar pasukan sahaja.

Kalau kerajaan Pakatan tidak takut kepada penilaian TPM, mengapa Md Isa takut kepada penilaian Shahidan? Ada apa-apa ke? Read Full...

Apa khabar Nasir Safar?

Sudah lebih sebulan kes hasutan melibatkan Datuk Nasir Safar orang kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia terhadap orang cina dan India dalam satu program di Melaka berlalu.Berpuluh laporan polis sudah dibuat. Ketua Polis Melaka sebelum ini mengumumkan polis sudah melengkapkan siasatan.

Tetapi yang peliknya kes itu kini seolah-olah cuba disenyapkan. Sehingga hari ini tidak ada perkembangan susulan kes berkenaan.

Boleh jadi Jabatan Peguam Negara sangat sibuk dengan kes liwat Dato seri Anwar Ibrahim sehingga tak sempat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Berbeza dengan kes Blogger Aduka Taruna sepantas kilat semua pihak terlibat dari polis sehingalah Jabatan Peguam Negara membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Apakah istimewanya Nasir Safar? Adakah mereka bimbang kes berkenaan akan memberi kesan kepada Umno atau lebih tepat lagi kepada bekas bos Nasir Safar?

Semua ini menguatkan dakwaan bahawa institusi undang-undang di negara ini hanya mengikut telunjuk pemerintah.

Jika begitu situasinya maka kita tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman di negara ini.

Jadi apa pilihan yang ada untuk menegakkan keadilan dan undang-undang? Pilihanraya? Jalanraya? Read Full...

Pendedahan Aksesori Seks... Dapat Perhatian. Selamatkan Remaja Kita.



Pergghhh.... ini baru di katakan tindakan pantas..., baru jer beberapa blog siarkan kisah ujudnya kedai jualan barangan seks..,wartawan 999 - Mazidul Akmaldah call sana dan sini... dan kini dalam siasatan untuk pendedahan kepada umum.

Beliau dah hubungi Pegawai Perhubungan Awam MBPJ - Haniza Abdul Hamid, yang menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan lesen kepada premis terbabit.

Manakala Pegawai Perhubungan Awam DBKL - Zurida Hashim juga menafikan bahawa pihak mereka juga tidak mengeluarkan sebarang lesen perniagaan kedai menjual aksesori seks di ibu kota.

Soalannya di sini, siapakah yang meluluskan lesen perniagaan dan macam mana mereka boleh berniaga...? Atau mungkinkah mereka mohon lesen atas nama lain dan berniaga benda yang lain...? Secara ringkasnya jika tiada lesen yang di keluarkan ini bermakna premis2 tersebut berniaga secara HARAM.

Wajib lah perkara ini di letupkan supaya membuka mata KERAjaan dan rakyat..., khususnya kepada ibubapa yang mempunyai anak remaja, gua pun tak terkecuali dalam isu ini... weiii.... risau beb... nak menanggani masalah anak2 remaja ni... diorang sekarang dah advance giler..., jangan katakan yang berusia 16 - 17 tahun... yang berusia 11 - 12 tahun pun dah pandai macam ini (klik).Huhhh.... advance gilerrr.... budak2 zaman sekarang nih....

Tambahan pula dengan adanya kedai aksesori seks... ntah la... gua pun tak tau nak bayangkan apa yang bakal terjadi nanti... Read Full...

Mangsa Kekejaman Polis Di Kg Baru.....







Read Full...

Keadaan Di Kelab Sultan Sulaiman Malam Ini.

widgeo
Manhaj Da'wah?
Posted by RAKYAT MARHAEN




Manhaj Da'wah dalam Siyasah ialah Manhaj Siyasah itu sendiri. Ulasan seorang pemimpin PAS yang sanggup menerima Zul Kulim yang disingkirkan dari PKR bukanlah MANHAJ. Itu membuat masalah namanya.

Dr. Abdul Wahab Arbain
Isnin, 2010 Mac 08
Read More
Keadaan Di Kelab Sultan Sulaiman Malam Ini.
Posted by RAKYAT MARHAEN



Komen Tengku Razaleigh - Shameful RT @n_izzah: Huge commotion @kelabSultanSulaiman_fru gone violent_beating & arresting guests![202147pkr04_march7.jpg]ammargazali - Oh ya nama penuhnya Najib Mahfuz. Sial FRU berani pukul org nama besar macam tu.11.28 p.m : Anwar: Islamic society not jz a religious community; but an eccumical community par excellence: based on justice, unity, respect4 humanity..

11.16 p.m : Skg DSAI berucap_hidup dlm perjuangan_sedia hadapi susah&liku_Islam tidak mengajar kita benci kaum lain_juang dgn cara yg benar

11.13 p.m : Twitter Azmin Ali - Polis diarah belasah perhimpunan Pakatan Rakyat di Kg. Baru. 3 pemuda cedera parah. Majlis diteruskan dalam dewan11.00 p.m : LGE, "we wan DSAI 2 b our PM. 2 yrs we rule PR states, we proof that we can bring change. We fight against corruption, violate of power."

10.46 p.m - Lim guan eng menyatakan @anwaribrahim mesti menjadi PM Malaysia....

10.43 p.m - Lim Guan Eng sedang berucap...menyala! Menyala! Menyala!!!! Read Full...

Polis Gempur Konvesyen PR, Rakyat Bertambah Benci Kerajaan UMNO BN

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.
\
Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN. -TVS Gambar ehsan MalaysianInsider


Police stop another Pakatan ceramah
Police moving in to stop the ceramah. — Picture by Choo Choy May

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, March 7 — The police moved in tonight to stop a Pakatan Rakyat public rally at the Sultan Sulaiman Club here to mark the second anniversary of the coalition’s landmark victory in Election 2008.

PKR vice-president Azmin Ali was stopped by Federal Reserve Unit riot police while delivering his speech to thousands attending the rally.

As the police approached him, Azmin told the crowd that the club belonged to the Selangor state government and was not “Umno property”.

“I call on the policemen to embrace the Pakatan Rakyat struggle,” he said to applause from the crowd.

“If we are given the mandate to take over Putrajaya, we will protect the interest of the policemen,” he added before police stopped his speech.

Among those at the rally were PKR deputy president Senator Dr Syed Husin Ali, Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng and PAS vice-president Mahfuz Omar.

Police later sent in two water cannon trucks to the venue, prompting Pakatan supporters to leave the club.

But Batu MP and PKR strategist Chua Tian Chang invited crowd to get into the club hall to comply with police ruling forbidding the crowd from gathering on the field.

The police last night stopped a dinner organised by the DAP in Kepong, just outside the city centre.

The Pakatan Rakyat swept through four more states and captured 82 federal seats in a historic win that denied the ruling Barisan Nasional its customary two-thirds parliamentary majority.

However, Pakatan lost Perak when three lawmakers quit to be independents last year and support Barisan as the state government.

Pakatan lynchpin PKR lost three MPs and sacked another over the past month as the leadership anguished over de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy charge, the second after he was sacked as deputy prime minister in September 1998. -MI Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks