Mansuh kekebalan, PAS setuju dengan syarat



PAS bersetuju dengan cadangan ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya kekebalan ahli parlimen ketika berbahas di Parlimen dicabut dengan syarat beberapa akta kontroversi turut dimansuhkan.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata kekebalan yang diberikan kepada ahli parlimen perlu supaya mereka dapat menyuarakan pandangannya dengan bebas.

salahuddin 
ayub 02"Tidak perlu ada kekebalan (dalam Parlimen) kalau tidak ada akta draconian," katanya sambil menggesa beberapa akta seperti ISA dan Akta Rahsia Rasmi dimansuhkan.

Semalam, Ibrahim mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.

azlanBeliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh ahli parlimen pembangkang Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Salahuddin berkata walaupun dilindungi kekebalan di Parlimen sebelum ini, kesemua 23 ahli parlimen parti Islam itu tidak pernah menyalahgunakannya dengan sesuka hati.

"Apa yang kita sebut di Parlimen, kita berani ulang di luar parlimen," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Isu blok minyak dibwa ke parlimen
Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Salahuddin juga memberitahu, pada sesi parlimen yang akan datang, beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil peluang itu menjelaskan secara rasmi penyerahan dua blog minyak kepada kerajaan Brunei.

NONE"Beliau patut jelaskan di bawah (peruntukan) peraturan mesyuarat, penjelasan menteri supaya ia boleh diperdebatkan," katanya.

"Kami angota parlimen Pakatan Rakyat akan mengguakan apa jua peluang, termasuk memberikan soalan dan menyentuhnuya dalam ucapan penggulungan."

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir juga dilaporkan mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks