Teks Ucapan YAB TGNA Di Hari Perasmian Hududullah 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

-النور : 1

Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang Berhormat Dato’ Haji Nasaruddin bin Haji Daud - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berusaha Dato Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Para pembentang kertas kerja, Dif-dif kehormat, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,
buat penyeri si kayu jati,
siang malam hidup berzikir,
hidup bersendi kehendak rabbi.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya :

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة الأنعام : 57

Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115

Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia :

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12

Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu.

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan :

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan فَرَضْنَاهَا bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍلَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hudud bukanlah berarti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman :

وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة أبة 229

Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :

فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13

Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة المائدة: 38

Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :

1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96

Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Read Full...

Statistik Iklim Sosial Negara : Parah !

1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .

3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .

5. Antara faktor - faktor lain seperti :

  • Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
  • Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
  • Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
  • Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
  • Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
  • Budaya Hedonisme dan bebas agama

6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .

a] Sambutan Malam Tahun Baru .

  • Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .
Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]

  • Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .
Laporan Berita Harian [1 January 2009]
  • Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .
Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]
  • Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.
Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]
  • Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]

  • Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .
Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

b] Sambutan Hari Kekasih
  • Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .
Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]
  • Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .
Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

  • Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !
Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !

8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]

9. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo - Ngo dan parti - parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.

10. Selamat berpuasa . Ramadhan Kareem !

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Read Full...

Guan Eng Minta Zahid Hamidi Bertaubat

Quantcast
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato’ Ahmad Zahid Hamidi bertaubat.
Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau
Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari
Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.
Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan
bulan Ramadhan ini. Kata Lim.
Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi
UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana
boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama
ketua Islam bagi Malaysia ini?
Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga
dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO
untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi
pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun,
adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak
menguntungkan ini.
Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam
perancangan mereka untuk terus berkuasa.
Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak,
orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau
mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda
perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang
mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai
hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara.
Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan
Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji,
beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika
Kemas ditutup. Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan
UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk
menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO.
Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam
diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi
itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka
dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jentera ini perlu digunakan semaksimum
mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan
pentadbiran negara.
Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan
bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri
agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat
tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat
tersebut.
Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat. Read Full...

Adakah Menteri Pertahanan tidak derhaka?

Dalam berita bertajuk "Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka", Malaysiakini 19/8/10 melaporkan:
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Berikut ialah jawapan Zahid di Dewan Rakyat pada 17/3/10:
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.
Apa yang saya rasa mungkin salah. Tetapi, saya dok terasa macam Zahid sengaja buat kenyataan yang begitu keras terhadap Nurul Izzah. Bila dah kena debik macam tu, tentulah Nurul Izzah akan jawab balik. Pi la baca sendiri jawapannya dalam Malaysian Insider semalam "Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia - Nurul Izzah Anwar".

Kalaulah benar apa yang saya rasa itu, adakah Zahid nak suruh kita pakat-pakat bubuh cukup-cukup Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dulunya Menteri Pertahanan?

Saya juga tertanya-tanya adakah Zahid tidak derhaka bila jawapannya di Parlimen jelas mengisyaratkan bahawa kapal selam itu tak boleh menyelam?
PB. Read Full...

TERGAMAK!! SETEM pun NAIK HERGE!! bila kita nak naik DARAH!?


artikel di tulih oleh PENGUMPUL SETEM

Pagi ini saya menerima aduan dari seorang pengguna yang merungut kerana surat-surat yang dihantarnya baru-baru ini semuanya kena tendang kerana setem yang digunakan tidak cukup harga.

Mungkin beliau tidak perasan yang harga setem sudah naik dan jika kita gunakan setem yang murah dari kos sebenarnya surat kita akan dihantar balik kepada kita. Kasihan beliau kerana terpaksa menanggung kerugian kerana surat-surat tersebut lewat sampai.

Pada bulan April lepas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuatkuasa Julai.Kenaikan gaji mereka serentak dengan kenaikan harga setem 30 sen kepada 60 sen.

Kenaikan seratus peratus harga setem, cukup tinggi.

Saya tidak mahu menyentuh tentang isu setem tidak cukup harga. Apa yang hendak saya sentuh ialah tentang kerugian Pos Malaysia dan kenaikan gaji kakitangannya.

Naik gaji merupakan berita gembira kepada mereka dan keluarga mereka hatta kita pun sama-sama tumpang gembira. Persoalannya sekarang ialah apakah kenaikan gaji posmen ini hendak dibebankan kepada rakyat sehingga rakyat terpaksa membayar harga setem dengan lebih tinggi iaitu sekali ganda.

Syarikat kroni rugi, gaji kakitangan syarikat kroni naik, RAKYAT YANG KENA TANGGUNG BEBAN......INIKAH KERAJAAN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT?

Read Full...

Kerajaan langgar hudud Allah, rakyat hidup tanpa batas

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
-النور : 1
Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah  negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,
buat penyeri si kayu jati,
siang malam hidup berzikir,
hidup bersendi kehendak rabbi..
Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya:
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة  الأنعام : 57
Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
 وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115
Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.
Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi  hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12
Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu
 Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.
 Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan  فَرَضْنَاهَا bermaksud  wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya  oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
 Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2
Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Hudud bukanlah bererti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan  masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman:
وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة  أبة 229
 Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.
Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT:
فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13
Yang bermaksud: Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.
Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia  meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.
Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة  المائدة: 38
Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :
1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil  lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.
Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.
2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  – سورة الأعراف، أية 96
Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.
Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak.  Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.
Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.
Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Artikel di atas adalah teks ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan pada 9 Ramadhan 1431H bersamaan 19 Ogos 2010 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Read Full...

MEMPERINGATI TRAGEDI MEMALI

Mungkin kini kita agak kurang mengingati lagi tragedy Memali yang membariskan pejuang-pejuang Islam yang syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN laknatullah Alaih.

Dengan kejadian ini, membuktikan bahawa UMNO/BN merupakan satu-satunya parti Assobiyyah melayu yang sedang memerintah, dan sewajarnya dihapuskan dan lupuskan dari muka bumi Allah SWT ini.

Sabda Nabi SAW;


لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang berbunuh-bunuhan kerana assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar assobiyyah[1]”

Dalam menafsirkan Assobiyyah, Imam Al-Manawi telah menyatakan dalam kitab kitab Aun Al-Ma’bud, bahawa beliau menyebut;


أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“iaitu mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas assobiyyah, iaitu memberi bantuan kepada orang zalim[2]”

Lantaran ianya adalah parti yang tidak Islam, bahkan melakukan kezaliman, maka UMNO/BN merupakan parti yang jijik dan kotor. Dikeranakan kewujudannya, menyebabkan rakyat Malaysia ditimpa dengan berbagai bencana, bermula bencana moral hinggakan bencana aqidah.

Pemimpin-pemimpinya pula, demi mempertahankan “perut-perut” dan “dibawah perut” mereka, sanggup membunuh dan menjahanamkan sesiapa sahaja yang mahu menghalang kerakusan mereka. antara bukti kezaliman itu adalah dengan kejadian Memali yang kini agak dilupai.

Kejadian yang berlaku pada 18 september 1985 (menurut UMNO, kejadian itu berlaku pada 19 September), yang membariskan kematian 14 orang pejuang Islam yang tidak bersalah, diserang dengan kereta kebal, sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang, bahkan ada yang tidak bersenjata langsung.

UMNO PENAKUT










Jika dilihat balik tragedy ini, didapati ianya rentetan dari penangkapan beberapa orang tokoh dalam PAS yang disumbat dalam ISA, iaitu Mat Sabu, Suhaimi Saad dan Bunyamin Yaakob.

Antara yang hendak dikenakan penangkapan itu adalah As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, atau lebih dikenali sebagai ustaz Ibrahim Libya.

Beliau merupakan seorang yang pernah berkhidmat di Pusat Islam Kuala Lumpur sebagai pegawai dakwah. Beliau mempunyai pendidikan di India, Mesir dan Libya.

Menurut maklumatnya, didapati As-Syahid merupakan pendakwah yang berjaya dan terbaik semasa berkhidmat di Pusat Islam, sehinggakan amat disenangi oleh pegawai-pegawai agama di pusat Islam ketika itu.

Pun begitu, keterlibatan beliau dengan Pusat Islam tidak begitu lama. Beliau pun berhenti pada penghujung tahun 1978, dan terus balik kekampungnya memali dan bergiat cergas dalam PAS. Pada tahun 1982 beliau sempat bertanding dalam pilihanraya, iaitu di DUN Bayu sebagai Calon PAS, tetapi tidak mencapai kemenangan.

Ustaz Ibrahim bukanlah seorang yang sempat mencipta nama setara Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, yang ketika itu amat dikagumi oleh rata-rata rakyat Malaysia, pun begitu, rangking beliau ketika itu agak tidak jauh terkebelakang dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS pernah memuji dan kagum dengan ucapan yang disampaikan oleh ustaz Ibrahim Libya, lebih-lebih lagi ketika memperkatakan soal Jihad Fi sabilillah.

Memandangkan kehebatan beliau dalam pidato, menyebabkan pihak kerajaan amat gerun dan mengisytiharkan agar beliau ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA yang zalim, seperti penahanan yang telah dikenakan kepada Mat Sabu, Suhaimi saad dan Bunyamin Yaakob.

Mengetahui keinginan pihak kerajaan, menyebabkan Ustaz Ibrahim libya disembunyikan di Kampung Kerawai, Sik. Pun begitu, ketika itu Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa beliau lebih rela mati syahid dari menyerah diri ditahan dibawah Akta ISA yang zalim.

Dengan kenyataan beliau itulah menyebabkan beliau sendiri mahu pulang ke Kampungnya Memali, iaitu dikampung dimana beliau mengajar di sebuah madrasah Usang. Di Madrasah itu, beliau mengajar kitab Mustika Hadis terbitan Jabatan perdana Menteri dan Kitab Futuh Al-Ghaib.

Ustaz Ibrahim sendiri pernah menyebut, daripada beliau ditangkap untuk disumbat dalam ISA, beliau rela menyerahkan diri jika beliau dibicarakan di mahkamah terbuka dimana beliau berpeluang membela diri. Jika tidak, maka beliau lebih rela mati syahid demi mempertahankan hak beliau yang tidak sepatutnya ditangkap secara zalim oleh pihak Kerajaan UMNO/BN.

Pengajian beliau di Madrasah berjalan seperti biasa, yang ketika itu anak-anak muridnya seramai 23 orang sahaja.

Dalam suasana tegang, pihak polis tetap berusaha hendak menangkap Ustaz Ibrahim, tetapi dihalang oleh sebilangan muridnya, sehinggakan berlaku beberapa perbincangan antara mereka dengan polis, tetapi Ustaz Ibrahim tetap berkeras untuk tidak menyerah diri, kerana beliau tidak berjaya dibuktikan bersalah oleh Polis.

Dalam keadaan gawat itu, pihak UMNO Baling berkeras mendesak supaya Ustaz Ibrahim ditangkap juga, disamping mendakwa, kononnya disekitar rumah dan madrasah ustaz Ibrahim terdapat senjata yang tertanam, yang mana semua itu adalah fitnah jahat dari UMNO Baling laknatullah Alaih.

Fitnah ini semakin hangat dimainkan oleh UMNO Baling, sehinggakan pada 21 oktober 1985, ketika pihak PAS baling mengadakan satu kuliah agama yang diadakan di madrasah Ustaz Ibrahim, yang guru jemputan adalah Ustaz Awang Bakar yang ketika itu memegang jawatan Ketua Dewan Ulama Negeri Terengganu, menyebabkan berlaku satu kejadian, yang mana pihak Polis telah mengadakan sekatan jalanraja.

Disebabkan kebiasaan orang kampung tidak mempunyai roadtax motor, menyebabkan mereka hadir di majlis kuliah agama itu dengan menaiki van. Ada sebuah Van yang dipandu oleh Ustaz Yusuf bin Che Met telah ditahan oleh Polis. Apabila van itu di siasat, dijumpai sebilah pisau. Pisau itu adalah kegunaan untuk menyembelih kambing, yang biasa dibawa oleh orang-orang kampung ketika ada majlis makan kenduri dan majlis makan-makan.

Kewujudan sebilah pisau itu menjadi alasan utama mengatakan Ustaz Ibrahim Libya adalah gerakan pengganas di Baling.

Ekoran dari itulah, menyebabkan 18 oktober 1985, pihak polis telah menyerang Memali untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya. Pada jam 2 petang hari tersebut, ribuan polis yang kebanyakkannya adalah polis hutan mengadakan kepungan sekitar 2 kilometer sekeliling rumah dan madrasah Ustaz Ibrahim yang ketika itu Ustaz Ibrahim berada di rumah.

Apabila waktu malam, kepungan itu semakin hampir. Sehingga pada waktu subuhnya, iaitu selepas menunaikan solat subuh berjemaah, didapati pihak polis semakin ramai. yang mengikut ceritanya, bilangan mereka itu mencecah seramai 4 ribu orang, sedangkan di rumah Ustaz Ibrahim terdapat 50 orang anak muridnya yang mahu mempertahankan Ustaz Ibrahim Libya.

Kira-kira jam 7.30 pagi, pegawai tinggi polis yang bernama Yahya Yeop Sani meminta pengawal di depan rumah Ustaz Ibrahim Libya, iaitu anak muridnya agar menyerahkan 3 orang kepada polis, iaitu Ustaz Ibrahim Libya, Ustaz Ahmad Hasan dan Saudara Yusuf Husin.

Memandangkan ketiga-tiga ini tidak mahu menyerahkan diri, menyebabkan 7.45 pagi, gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke arah Ustaz Ibrahim.

Apabila gas itu dilepaskan, menyebabkan 50 orang yang berada dalam rumah Ustaz Ibrahim kelam kabut, dan ketika itu dalam rumah Ustaz Ibrahim terhadap seorang anak Ustaz Ibrahim yang masih berumur 3 bulan.

Kemudian itu, Saudara Yusuf Husin mengarahkan agar pintu pagar rumah Ustaz Ibrahim dikunci, menyebabkan sekali lagi dua das tembakan bom asap kedengaran, tetapi kali ini mengena kepala Naziah Hasan, menyebabkan dia tersungkur pengsan dan kepalanya berdarah.

Melihat keadaan itu, Cikgu Syafie amat marah, menyebabkan beliau mengambil sebilah parang dan menghalau agar polis berundur, tetapi menyedihkan, tanpa belas kasihan pihak polis telah melepaskan satu tembakan dengan peluru hidup ke arah beliau, dan mengenai mata kanan beliau lalu rebah dan syahid di situ juga.

Keadaan semakin kalut, menyebabkan sebilangan muslimat yang hadir ketika itu membantah tindakan pihak polis, tetapi tetap tidak dihiraukan oleh pihak polis yang terus melepaskan tembakan gas ke arah dalam rumah Ustaz Ibrahim Libya.

Sejurus kemudian, kereta kebal polis merempuh masuk kawasan dan melepaskan tembakan. Beberapa orang rebah kena tembakan yang tidak berperi kemanusiaan itu. polis kemudiannya beredar dari situ sebentar, tetapi sejurus kemudian masuk semula ke kawasan trersebut dan melancarkan serangan kali kedua.

Melihat ramai anak muridnya yang sudah kena tembakan, menyebabkan Ustaz Ibrahim bertindak keluar dari bawah rumahnya dengan memegang sebilah parang. Dikala itulah, Ustaz Ibrahim ditembak lalu syahid di situ juga.

Menurut Saudara Yusuf Hussin, dikala As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya diangkat oleh polis, beliau belum lagi syahid, tetapi sedang dalam nazak. Dikala itu, Yusuf Husin menyatakan beliau mendengar seorang anggota polis mengherdik ”Sudah tembak, belum mampus juga”. (Alangkah bangsatnya si polis itu).

PENUTUP

Inilah kezaliman kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi musuh parti mereka. Tidak diketahui siapa dalang sebenar dalam tragedi ini. Ada pihak yang mendakwa, dalang tragedi ini adalah Tun Dr Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri. Bahkan ada pula pihak lain mendakwa, dalang bagi tragedi ini adalah Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi, yang pastinya, kedua-dua tokoh yang diperselisihkan dalang dalam tragedi ini adalah pemimpin UMNO, yang kedua-duanya juga memimpin Barisan Nasional.

Perbicaraan kes ini sering kali ditangguhkan. Tidak diketahui sampai bila mahu perbicaraan ini akan selesai selagi UMNO/BN masih lagi memerintah.

Apakah dengan kejadian ini, kita masih lagi mengatakan UMNO/BN itu parti yang baik????

Ingatlah !! inilah parti yang paling bangsat atas bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, inilah parti yang jijik lagi kotor.

Sekian

[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Aun Al-Ma’bud : 11/161. Read Full...

DRAMA MEMUALKAN MCA-UMNO.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/serang.jpg

Gambar di atas menunjukkan kebodohan demonstran upahan yang menyalahkan Pakatan Rakyat memansuh DEB . Najib la yang mansuh DEB bahalol !!!

Ini aturan kejadian drama yang memualkan , satu cubaan perbodohkan masyarakat Cina.

Najib : DEB ini harus dirobah , dimansuh.

Nazir : DEB bastardised.

Soi Lek : Bagi 13 resolusi , antaranya 30 % ekuiti bumiputera dimansuh.

Najib : Setuju , tak bantah.


Muhyiddin : Jangan biar 13 Mei berulang.

Hisham : Jangan lari dari perjuangan BN

Soi Lek : Buat tak peduli sebab Najib dah bagi blessing.

Najib : Ketika ini Najib bisu macam tikus mondok.

Khairy : Tak tahu nak bagi statement apa nak bodek Najib.

Kesudahannya kamu tahu apa jadi ?

Takde apa-apa yang jadi.

Semua balik macam asal balik , lepas tu Penyamun UMNO kerjasama dengan Penyamun MCA menyamun balik.

Sama la macam Si Penyamun MCA Liong Sik samun duit RM 12 ribu juta .

Sama la macam Eric Chia samaun RM 10 ribu juta.

Sama la macam CEO Zubir Sime Darby rugikan RM 1000 juta.

Sama la macam Ketua BPR tu ada kes rasuah.

Sama la macam kes PERIMEKAR.

Sama la macam ....................and the list go on and on and on

JANGAN JADI BUTA TULI NAK PERCAYA DRAMA NI !!!

INI SEMUA TAKDE APA-APA !!!

INI SEMUA LAKONAN DRAMA UNTUK PERBODOHKAN RAKYAT !!!

PENYAMUN AKAN TETAP MENYAMUN !!!

MANA MUNGKIN PENYAMUN INGIN BERUBAH SIKAP SEMATA KERANA

INGIN MENANG PILIHANRAYA !!!

HATTA SUDAH KALAH PILIHANRAY PRU 13 NANTI PUN PENYAMUN UMNO

DAN PENYAMUN MCA AKAN TERUS MENYAMUN !!!! 
 
by MB Warrior Read Full...

Lebih ramai peneroka Felda meninggalkan Felda

Sedang berlaku di mana-mana rancangan Felda fenomena peneroka-peneroka meninggalkan felda dalam pengurusan ladang masing-masing.

Peneroka-peneroka menjadi takut ladang mereka akan terlepas menjadi hakmilik Felda jika urusan ladang mereka terus dikendalikan oleh Felda.

Seseorang peneroka yang ladang mereka diuruskan oleh Felda dibebankan dengan hutang yang sangat tinggi dan Felda pula tidak pernah menghantar penyata hutang bulanan kepada peneroka-peneroka.

Jika seseorang itu berhutang dengan bank sudah pasti menerima penyata akaun setiap bulan, tapi Felda tidak mempunyai amalan seumpama itu maka setelah beberapa tahun ladang mereka diuruskan oleh 0felda atau anak syarikat Felda peneroka diberitahu tanpa detail bahawa hutang mereka sudah mencecah RM60,000.00 dan jika peneroka itu juga mengambil pinjaman perumahan dari Felda maka di umur peneroka itu sudah melebihi 6d tahun ia berhutang dengan Felda sebanyak RM100,000.00.

Tanah ladang peneroka-peneroka itu dikaveat oleh Felda menandakan bahawa Felda ada kepentingan keatas tanah yang dimiliki peneroka-peneroka itu sebagai satu jaminan bahawa jika peneroka-peneroka itu gagal menjelaskan mereka maka Felda berhak keatas tanah ladang mereka.

Jika peneroka itu meninggal dunia maka waris si mati itu akan mewarisi hutang yang begitu besar dan jika si waris itu tidak mampu atau tidak mahu mewarisi hutang sebegitu besar maka Felda berhak keatas ladang peneroka itu, maka tamatla riwaayat kehidupan seseorang peneroka Felda yang berhempas pulas menjayakan tanah ladang mereka yang akhirnya menjadi hakmilik Felda.

Majoriti peneroka-peneroka mahukan ladang mereka berjaya dan mahu ladang mereka diwarisi oleh waris mereka dan Felda bukanlah waris bagi mereka.

Peneroka-peneroka yang sedar tidak mahu menanggung risiko ladang mereka akhirnya dipindahmilik kepada Felda atau nominee Felda.

Golongan sedar ini tidak menyerahkan ladang mereka untuk diusahakan oleh Felda. Mereka bersusah payah menanam sendiri dengan terpaksa mencari benih sendiri, membersih dan membaja. Felda memboikot golongan sedar ini dengan tidak menghulurkan sebarang kerjasama. Bahkan Felda enggan menandatangan sebarang borang untuk penroka itu termasuk borang untuk perkahwinan anak-anak mereka.

Membanting tulanglah peneroka-peneroka sedar itu. Diperingkat awal mereka dihinakan oleh rakan-rakan mereka yang menyerahkan ladang kepada Felda, mereka dianggap bodoh kerana terpaksa bekerja keras diladang sedangkan peneroka yang bersama Felda hanya goyang kaki dan cukup bulan menerima dari Felda ekaun sara hidup.

Peneroka yang tidak bersama Felda itu akhirnya menjadi peneroka yang berjaya. Semasa harga sawit tinggi seperti sebelum PRu-12 dulu, ada diantara mereka memnperolehi hingga RM15,000.00 setiap kali hantaran. Berbaloilah usaha mereka.

Di waktu harga sawit menurun dan buah juga melawas, mereka masih dapat mengekalkan pendapatan paling minima RM3,000.00 sebulan. Kini harga sawit sedang naik dan Alhamdulillah, mereka akan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.

Felda mengenakan pelbagai tekanan terhadap peneroka-peneroka persendirian ini, seumpamanya, tidak mengembalikan sepenuhnya dana tanam semula sejumlah RM17,000.00 yang dicarumkan oleh peneroka itu sendiri. Namun untuk kekal bebas dari cengkaman, segala dugaan itu dilalui oleh merea.

Peneroka-peneroka itu berjaya mengatasi masalah kewangan mereka dengan sistem penanaman secara "menyelat". Mereka menanam anak sawit di celah-celah pokok sawit yang tua. Mereka bunuh pokok-pokok sawit yang tua peringkat demi peringkat dan membunuh keseluruhan pokok apabila anak-anak sawit yang baru ditanam itu mula mengeluarkan buah.

Dengan sistem itu, peneroka-peneroka itu masih mempunyai pendapata dari pokok-pokok tua sehinggalah mereka mempnyai pendapata daripada pokok-pokok muda, dan dengan cara itu juga merekaa berjaya mengatasi kekangan kewangan dan membantutkan usaha daeri Felda untuk menggagalkan usaha mereka.

Dan mereka menjadi lebih seronok kerana pendapata mereka adalah jauh lebih tinggi dari peneroika-peneroka yang bersama felda.

Penderitaan peneroka-peneroka yang bersama Felda tidak terhentiu disitu sahaja. Sudaalah hutang mereka besar, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan kecuali elaun sara hidup yang dikira pinjaman dari Felda, maka persoalannya, apakah mereka tidak mempunyai apa-apa pendapata dari 10 ekar ladang mereka?

Lebih dari 95 peratus peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, inikah dasar Kerajaan memebela orang Melayu dengan mengenakan 112,000 orang-orang Melayu dirancangan Felda dengan bebanan hutang masing-masing melampaui RM100,000.00.

Kesedaran baru kini sudah timbul, peneroka-peneroka yang kini bersama Felda juga ingin membebaskan diri mereka dari cengkaman hutang yang bertimbun, mereka mulai mengambil tindakan keluar dari Felda dan menguruskan ladang mereka sendiri. Walaupun terlambat mereka mengambil tindakan cegah sebekum parah!

Read Full...

Terengganu 'Mengigau'

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/jambatanpsekati.jpg- Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu
KUALA TERENGGANU
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu.

Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu.

Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak munasabah kerajaan Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said membatalkan projek tersebut.

"Apa rasional kerajaan (Terengganu) atau apa sebab kerajaan membatalkan (projek) jambatan Losong ke Pulau Sekati ke Teluk Pasu dan terus disambungkan ke Jalan Banggol Tuan Muda ke Jeram Tokong,

"sedangkan projek itu adalah projek kerajaan pusat yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat dengan peruntukan kerajaan pusat. Apa kena mengena kerajaan negeri nak batalkan hak orang yang telah diluluskan dengan peruntukan pusat,"soal Dr. Alias.

Beliau berkata, justifikasi pembinaan jalan tersebut telah dipersetujui kerana dengan pembinaan tersebut ia boleh menambah satu lagi laluan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Pantai Timur apabila ia siap kelak.

Ia juga, menurutnya, boleh memudahkan laluan dan mengurangkan kesesakan lalulintas apabila jalan tersebut dapat mengelakkan Pekan Batu Enam.

"Ia (menjadi) jalan yang ketiga yang boleh memudahkan laluan tidak payah lalu di Batu Enam, mengurangkan kesesakan jalan yang sedia ada, ia satu justifikasi yang baik,"tegasnya.

Katanya, beliau telah mengemukakan soalan tersebut dalam sidang DUN baru-baru ini dan telah dijawab oleh Exco Infrastruktur yang baru, Dato' Zaabar.

Namun begitu, beliau tidak berpuas hati kerana menurutnya dato' Zaabar menjkawab dalam keadaan tidak ada maklumat.

"(soalan saya) telah dijawab oleh Exco Infrastruktur Dato' Zaabar, (tetapi) Dato' Zaabar jawab pun (dengan keadaan) tidak yakin dan tidak pasti, samada perkara ini telah dirunding dengan Kementerian kerjaraya ataupun belum,"jelasnya. -BO Read Full...

Firma rugi mampu bayar pengarah gaji besar

Genting Bhd mendahului senarai Kajian "Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi" oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah.
Syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu.
Eksekutif kanan yang disenaraikan ialah pengerusi eksekutif dan ketua pgawai eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, katanya.

Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya.

"Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda," katanya.

Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya.

"Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng," katanya.

Kajian itu mendedahkan bahawa sepuluh syarikat teratas dari segi jumlah bayaran telah membelanjakan hampir RM300 juta tahun lepas.

"Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi," katanya.

Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat.

Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya.

"Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya," katanya.

- Bernama Read Full...

Rasulullah S.a.w Adalah Seorang Yang Amat Dermawan di bulan Ramadhan

حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ ح و حَدَّثَنِي أَبُو عِمْرَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ زِيَادٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran di hadapannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : Kelebihan
BAB : Nabi s.a.w Adalah Seorang Yang Lebih Dermawan Dalam Hal Hal Kebaikan Daripada Angin Yang Diutuskan
Read Full...

Kahkahkah Bodoh punyer AG...

Kahkahkah Aku pun tak tau nak pusing camner lagi.... Citer agak lama tapi belum basi... Ada ka patut?

Kalau korang perasan semenjak akhir-akhir nih banyak bayi kene buang tapi yang peliknya masih tiada tangkapan di buat... Adakah tak lama lagi nanti banyak pulak nota-nota bunuh diri dari bayi yang di buang... Takkan baru nak terjut.. Ini kan Negara Bolehland... kahkahkah

Terhangit... Polis terjumpa beberapa Nota bunuh diri...

Nota bunuh diri oleh ALTANTUNYA
Nota bunuh diri oleh AMINULRASHID
Nota bunuh diri oleh KUGAN
Nota bunuh diri oleh TEOH BENG HOCK

Bodoh punyer AG.. kahkahkahkah! 
 
Read Full...

Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras


Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar. Read Full...

Enggan Kibar Tanda Protes


FARDILLA DIN
17 Ogos - Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.
Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.
Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.
"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"
Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.
"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar.
Read Full...

KALAU BAB BERLAKON SERAH KAT DIA NI




PRESIDEN Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Azeez Abdul Rahim ( orang arab pun tak pakai macam tu..hehe , dia yang lebih-lebih..) menyampaikan sumbangan bernilai 10,000 shekel kepada Presiden Persatuan Nelayan Bandar Gaza Mahmood Abdul Aziz bagi mengadakan majlis berbuka puasa untuk nelayan Bandar Gaza.


ha..ha.ha..ha..nak gelak sakan...!!! Pelakon terbaik...  Read Full...

Kajian: Pengarah Genting Bhd menerima bayaran tertinggi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Genting Bhd mendahului senarai Kajian “Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi” oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah.
Ia berkata syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu. Eksekutif kanan yang disenaraikan ialah pengerusi eksekutif dan ketua pgawai eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, katanya.
Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar  RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya.
“Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda,” katanya.
Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya.
“Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng,” katanya.
Kajian itu mendedahkan bahawa sepuluh syarikat teratas dari segi jumlah bayaran telah membelanjakan hampir RM300 juta tahun lepas.
“Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi,” katanya.
Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat.
Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya.
“Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya,” katanya. — Bernama

Berkaitan :

Sejarah judi di Genting Highlands


GENTING Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971,Genting Highlands Hotel Sdn Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

SETELAH ITU NAMANYA DIKENALI SEBAGAI GENTING BERHAD DAN MENJADI PUSAT PERJUDIAN TERBESAR DIRANTAU INI.

Di bawah bendera Genting,dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.PENGLIBATAN UMNO DALAM SYARIKAT PERJUDIAN ITU TELAH BERLANGSUNG DAN WARISANNYA MASIH KEKAL SEHINGGA KINI.

UMNO MELALUI BEKAS PENGERUSINYA,TAN SRI NOAH OMAR yang kini dikendalikan oleh YAYASAN NOAH MEMILIKI 602,318,000 SAHAM didalam Resort World Berhad yang mengendalikan PERNIAGAAN JUDI DALAM dan LUAR NEGARA termasuk DI ATAS KAPAL PERANGINAN.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad DIPEGANG OLEH YAYASAN NOAH dan SYARIKAT BERKENAAN MERUPAKAN SYARIKAT PEGANGAN EKUITI PERNIAGAAN JUDI dan KASINO.

YAYASAN NOAH KINI DI WARISI OLEH PERDANA MENTERI,DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK dan DATUK HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN yang KEDUA-DUANYA adalah CUCU KEPADA TAN SRI NOAH.Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah BEKAS KETUA POLIS NEGARA,TUN HANIF OMAR,BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,TAN SRI AMIN OSMAN dan bekas pegawai bank,Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World Berhad.
Read Full...

Husam Bidas Editor Islamic Banker



PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membidas editor majalah Islamic Banker, Mushtak Parker dan menyifatkan beliau tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.
Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.
"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak.
"Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mushtak, menerusi kolumnya di akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews yang menganggap kerajaan PAS Kelantan mengamalkan politik oportunis murahan apabila mengumumkan penggunaan mata wang itu sempena permulaan Ramadan.
Malah Mushtak juga menyifatkan tindakan itu mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990.
Akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melancarkan Dinar Emas dan Dirham Kelantan sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli-belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Selain itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan tetap mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperkenalkan penggunaan dinar dan dirham.
"Orang ramai tak perlu pandangan kolumnis ini untuk faham kebaikan menyimpan dan berurusan dengan dinar dan dirham ini.
"Hanya berikan mereka peluang menyimpan beberapa keping dirham dan dinar di dalam poket... sekejap sahaja dinar dan dirham ini akan meningkat nilainya," katanya.
Menurut beliau lagi, penggunaan nilai mata wang ini akan menguntungkan pengguna kerana harganya akan terus meningkat.
"Simpan dinar dan dirham seperti menyimpan telur, esok ia akan menetas... bila menetas, nilai anak ayam akan lebih tinggi daripada telur.
"Itulah yang berlaku kepada emas, harganya akan terus naik dalam jangka masa panjang dan penyimpannya boleh dapat untung daripada kenaikan itu," katanya. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks