MARAN 19 Feb. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin dan ahli parti itu bermuhasabah diri sebelum mereka dinilai oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, proses bermuhasabah itu bukan bertujuan mencari atau menuding jari mencari kesalahan pemimpin atau pihak lain sebaliknya mencari kelemahan diri sendiri.
"Menerusi proses muhasabah ini, kita perlu membuat kesimpulan apa bentuk kejayaan yang hendak diserlahkan oleh kita dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya.
Beliau berucap merasmikan Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka dekat sini hari ini.
Menurut beliau, pemimpin dan ahli UMNO perlu menilai diri sendiri daripada perspektif rakyat yang akan menentukan kerajaan pilihan mereka pada pilihan raya akan datang.
Beliau menegaskan, kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum lalu dan kalah di lima negeri bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya UMNO dan BN lemah.
Menurutnya, UMNO mampu mencapai kejayaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang tetapi dengan syarat pemimpin UMNO melakukan muhasabah.
Selain muhasabah kata beliau, UMNO perlu melakukan perubahan termasuk mengubah perlembagaan parti seperti yang telah dilakukan tahun lalu.
''Perubahan besar yang pernah dibuat ialah menghapuskan sistem kuota dan undi bonus.
''Kalau hendak (kekal) jadi Presiden, sepatutnya kena guna cara lama, tetapi ini bukan caranya untuk memberikan khidmat yang terbaik walaupun kuota dan bonus boleh saya gunakan jika ingin kekal menjadi Presiden," jelasnya.
Najib menambah, perubahan tidak dapat dielakkan agar parti tidak dilihat lemah dan tidak bermaya.
Beliau mengambil contoh bagaimana kejayaan Parti Kongres di India yang sebelum itu ditolak rakyat negara itu tetapi berjaya kembali berkuasa setelah melakukan pembaharuan.
''Parti Kongres telah menampilkan muka-muka baru dalam kawasan yang kalah tetapi mengekalkan orang lama di kawasan yang menang.
''Parti itu juga mementingkan orang miskin dan akhirnya mereka berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya berikutnya," kata beliau.
Berdasarkan pengalaman Parti Kongres itu, Najib menambah, beliau memperkenalkan slogan ''Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan" supaya parti mengutamakan kebajikan rakyat.
Beliau yakin UMNO dan BN mampu menang dengan majoriti lebih dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan tiga faktor iaitu kepimpinan negara, parti dan calon. Read Full...
Post
KUALA LUMPUR, Feb 20 — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) menyangkal persepsi bahawa beliau adalah “tangan ghaib” di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama ini.
Katak tak sedar diri bernama Ibrahim Ali al-Kataki akan lenyap dari pesta PRU 13 nanti. Sama seperti Zul Kulim al- Tak Dak Akali...yang kini mahu melarikan diri dari JK Disiplin parti kerana takut diterajangi.
Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.
Bernama melaporkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan kepada 19 Mac ini.
BANDAR JENGKA, Feb 19 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas.
OLEH : SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN![[umno.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx12ZEJ_G9Wkv7QvW-rYmTy11HykdEGYlzgmv1stY9_Xzu6oDM9DkKGBx7Xw4zg4mhg32ddKZJ3jSqbQVK8h-5DpvKMNmCWgDfOS3NjtctnaGkxOShr79_mmGn4p6RFawDRevxZynYBDI/s1600/umno.jpg)











