APCO: Kembali Kepada Asas Perbincangan



Penglibatan serius APCO dalam pentadbiran Perdana Menteri adalah bukti paling jelas tentang kemunafikan Umno-Barisan Nasional.

Selama lebih satu dekad, mereka memekakkan negara ini dengan propaganda bertali-arus bagi menggambarkan saya sebagai agen Yahudi, sambil secara diam-diam mengupah firma yang termaklum kerana hubungan kuatnya dengan perisik dan institusi politik Israel untuk menguruskan salah satu fungsi paling berpengaruh di pentadbirannya  iaitu mesej dan komunikasi.

Maka itu, sebahagian besar bantahan saya ketika pertama kali membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat ditujukan pada sikap hipokrik dan kecuaian Perdana Menteri yang mengupah firma dengan rekod lampau seperti APCO.

Amat wajar apabila ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan berterus-terang tentang sejauh mana keterlibatan APCO dalam penggubalan dasar-dasar dan komunikasi di bawah Perdana Menteri ketika ini.

Ada banyak catatan tersediia untuk tatapan umum sedia untuk mengesahkan rekod lampau APCO yang tidak sihat yang berkhidmat dengan regim-regim  yang berkecenderungan untuk menekan hak-hak asasi manusia dan ruang demokrasi.

Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dua artikel dengan panjang lebar mengenainya (“APCO: In Mercenaries We Trust” dan “APCO & Najib: Beneath the PR Veil”).

Kedua-dua artikel ini; disiarkan oleh Malaysiakini memberi wawasan tentang kerja-kerja APCO dan hubungan eratnya dengan regim-regim atau penyebab-penyebab yang dianggap merugikan kemajuan demokrasi dan kepentingan awam.

Maka itu, isu ini sama sekali bukannya mengenai soalan mudah tentang siapa yang mencetuskan 1Malaysia. Ia mengenai soal memastikan kerajaan hari ini bertanggungjawab di atas perlakuan tidak terurusnya dalam membelanjakan wang awam (anggaran RM77 juta bagi satu tahun perkhidmatan) yang mengupah firma bagi membina imejnya sendiri.

Lebih penting lagi, ia membabitkan sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri yang menolak rekod lalu APCO dan potensi risiko keselamatan yang ditimbulkan olehnya.

Malangnya, Umno-Barisan Nasional tidak pernah bersedia untuk berdepan dalam kedua-dua isu kritikal ini. Ia bertindak keras sejak awal lagi sehingga akhirnya membawa kepada penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia menginjak-injak setiap etika dan norma yang termaklum termasuklah proses alami yang membenarkan seorang tertuduh untuk mengemuka dan mempertikaikan kesnya di hadapan sebuah panel yang adil dan saksama.

Hakikat bahawa saya tidak dibenarkan untuk mengemukakan bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen memperlihatkan tujuan Perdana Menteri bagi mengelak isu-isu asas tentang akauntibiliti dan kelalaian pihaknya dalam mengupah APCO. Akhirnya, Umno-Barisan Nasional mencipta satu lagi sejarah pertama Dewan Rakyat apabila ia merancang penggantungan kami tanpa bahas dan berdasarkan surat ringkas penafian dari APCO.

Kuasa Surat APCO
Saya juga harus menjawab dakwaan terbaru Umno-Barisan Nasional yang hanya dengan sepucuk surat penafian dari APCO dan satu kenyataan dari Robert M Shrum sudah menjadi bukti yang tidak dipertikai bahawa APCO tidak terlibat dalam konseptualisasi 1Malaysia; dan 1Malaysia tidak pernah diadaptasi dari kempen One Israel.

Dalam proses biasa mahkamah undang-undang, “bukti” sedemikian perlu diuji melalui pemeriksaan silang bagi memastikan ia  boleh diyakini dan dapat diterima untuk tujuan sesuatu kes. Tidak ada mahkamah atau jawatankuasa parlimen yang bereputasi teguh yang akan menolak sebarang kes dan membuat penghakiman berat sebelah semata-mata dengan berlandaskan dua pucuk surat yang dikemukakan oleh pendakwa.

Dengan menggunakan logik Umno-Barisan Nasional yang sama tadi, kenyataan bersumpah yang dibuat oleh P. Balasubramaniam di atas tuduhannya terhadap hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Sharibu seharusnya diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

Begitu juga, dua perjanjian yang ditandatangani oleh APCO masing-masing dengan kerajaan Malaysia dan Israel yang saya miliki perlu diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan tentang hubungan di antara kempen 1Malaysia dengan kempen lain yang APCO atau pegawainya pernah lakukan sebelumnya.

Mujurlah, proses undang-undang dan keadilan alami yang ditadbir dengan cara paling adil akan menetapkan bahawa setiap bukti yang dibawa tertakluk kepada ujian tertinggi.

Atas alasan inilah saya bersuara lantang dalam kritikan saya kerana Umno-Barisan Nasional bertegas untuk mengelak sebarang ujian tentang hubungannya dengan APCO hingga ke tahap dengan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dari meneruskan langkah sewajarnya dalam menjalankan peranannya.

Maka itu, pendedahan Umno-Barisan Nasional tentang dua dokumen tersebut tidak lebih daripada mainan terancang media bagi memastikan tidak ada ujian ke atas “bukti” yang didakwa dimilikinya. Siapa saja yang sudah biasa dengan sejarah Umno-Barisan Nasional dalam merancang kempen pembunuhan karakter yang sering melibatkan reka-cipta “bukti-bukti palsu” sememangnya akan merasa sketik dengan penghakiman terakhir media ini.

Pada akhirnya, negara ini harus kembali ke persoalan asas yang begitu ingin dihindari oleh Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak.

Persoalan paling asas muncul dari satu laporan oleh portal berita The Insider Malaysia bertarikh 28 Julai 2009 bertajuk “Money Being Splurged To Boost Image of Najib’s Administration”. Saya siarkan semula isi-isi pentingnya yang tidak pernah dinafikan secara rasmi oleh Perdana Menteri:

“Sudah diketahui bahawa perkhidmatan APCO Worldwide telah dibawa oleh Omar Mustapha, pembantu dekat PM yang baru-baru ini terlibat dalam kontroversi di atas cadangan pelantikannya ke lembaga syarikat minyak nasional Petronas.

APCO Worldwide diketahui sudah mempunyai pejabat rasmi berpusat di pejabat Najib semenjak hari-hari awal pentadbirannnya.

APCO dan lain-lain pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga telah membantu Najib melakar strategi 100 harinya. Ini termasuk slogan 1Malaysia dan lain-lain platfom utama pentadbirannya.”

Jika ini memang benar, Perdana Menteri mesti bersedia untuk menjelaskan lain-lain isu asas – sikap sesuka-hatinya dalam menggunakan wang pembayar cukai bagi mengupah sebuah firma semata-mata untuk kebaikan partinya, terutamanya pihak yang mempunyai rekod lampau yang begitu meragukan yang boleh menggugat keselamatan negara.


* Penulis ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Read Full...

DAP harus belajar dari Datin Rosmah Mansor

 


Di bawah tajuk "Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?", Utusan Malaysia membidas perlakuan sorang Ahli Parlimen bukan Islam yang mewakili DAP masuk ke perkarangan masjid tanpa menutup aurat. Akhbar itu turut membidas kelakuan ahli parlimen itu yang memakai pakaian ketat di perkarangan sebuah masjid di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Ahli parlimen ini seorang yang bukan Islam, maka dia tidak paham peraturan berkenaan aurat di dalam Islam, tentang tuntutan Allah terhadap wajibnya seorang wanita itu menutup aurat. Mana tidaknya, agama yang dianutinya jelas sekali tidak menyuruh apa lagi mewajibkan penutupan aurat bagi wanita sepertinya. Undang-undang negara juga tidak menghalang dirinya daripada berpakaian begitu.

Jadi, ahli parlimen ini sepatutnya merujuk kepada wanita Islam untuk mengetahui adab-adab yang harus diikuti jika ingin masuk ke masjid agar Utusan Malaysia tidak membidasnya. Bagi memuaskan hati akhbar milik kerajaan itu, adalah lebih baik ahli parlimen bukan Islam itu merujuk kepada Wanita Islam kebanggaan kerajaan, yang juga 'role model' muslimah UMNO dan Barisan Nasional di dalam memenuhi etika berpakaian ketika berada di dalam mahupun di perkarangan masjid.

Beliau sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada Muslimah pejuang Islam yang sebenar merangkap isteri solehah Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Rosmah Mansor di dalam memenuhi etika menutup aurat di dalam dan di perkarangan masjid. Di bawah ini adalah contoh-contoh etika berpakaian seorang Isteri Solehah merangkap Muslimah yang benar-benar menurut kehendak syariat Islam. Sila klik untuk membesarkan imej.





ReJaM©"Isteri solehah inilah yang bakal membantu suaminya mendapat sebaik-baik ganjaran di Akhirat kelak"
Read Full...

Umno Kekal Sebagai Parti Pembohong Utama Malaysia

UMNO ialah parti penipu. Semua orang mereka tipu. Oleh sebab itu, rakyat terpaksa hidup atas penipuan UMNO. Penipuan yang terbaru ialah kenaikan harga bahan bakar. Menteri UMNO yang diberi tanggungjawab itu telah mengumumkan bahawa harga tidak akan dinaikkan lagi sehingga tamat tahun 2010. Yang berlaku ialah harga telah dinaikkan 5 sen lagi sebelum tamat tahun 2010.

Mereka sering menuding jari kepada lawan mereka sebagai penipu. Sebenarnya mereka hanya berbohong. Muhyiddin mendakwa janji 100 hari Pakatan Rakyat hanya penipuan. Sungguhpun dia Menteri Pelajaran, dia tidak faham erti perkataan yang diucapkannya.

Isu yang disebutkan itu hanya perancangan. Hakikatnya tiada apa-apa pun yang sedang berjalan. Di celah manakah sesuatu yang belum berlaku boleh menjadi pembohongan? Maka dengan sendirinya semua perkataan yang keluar dari mulut pemimpin UMNO merupakan racun yang boleh membinasakan rakyat.


Apa sebenarnya yang UMNO mahu? Mereka mahu rakyat tidak terpengaruh dengan janji Pakatan Rakyat yang sememangnya realistik. Mereka tahu benar hal itu. Mana mungkin guru-guru menolak kenaikan sebanyak RM500 setiap bulan. Mereka mendakwa sejumlah wang yang besar akan terpaksa digunakan untuk tujuan itu. Tidak sedarkah mereka tentang jumlah yang lebih besar terpaksa digunakan untuk membina bangunan 100 tingkat dengan mengesampingkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini dan masa mendatang?

Dek kerana takutkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terus meningkat, mereka gunakan cara yang kotor bagi menghalangnya. Sambil itu mereka teruskan laku perbuatan yang menjijikkan. Kejijikan itu dapat dibuktikan melalui kritikan mereka terhadap musuh tetapi mereka sendiri pun berbuat perkara yang sama.

Suatu ketika dahulu riuh rendah satu Malaysia mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Perak beli Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana. UMNO dan gerombolannya menuduh Pakatan tidak patriotik. Proton nafikan kenyataan belanja besar terpaksa dikeluarkan untuk menyelenggara kereta buatan mereka.

Nak dijadikan cerita, Ahmad Said tukar Proton Perdana ganti dengan Mercedes. Tak ada siapa yang kutuk dia tidak patriotik. Proton pun tutup mulut bila Perdana dicerca. Tiada riuh rendah yang kedengaran. Kini Ali Rustam pula nak tukar Perdana dengan sama ada kereta Jepun jenama Honda atau Nissan. Pun tak ada bunyi apa-apa.

Jelaslah bahawa UMNO dipimpin oleh penipu yang tiada semangat patriotik. Mereka kutuk orang tetapi menganggap apa-apa yang dikutuk itu menjadi hak mereka yang sah untuk melakukannya. Pandangan dan pegangan senget ini perlu dihentikan oleh rakyat. Usahlah terus membiarkan UMNO berbohong dan menganggap Pakatan buat buruk mereka buat baik, betul, dan bagus. Bersegeralah ke arah itu.
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks