Selcat siasat dakwaan rasuah MP Kapar, kata MB



SHAH ALAM, 12 Mei — Badan bebas Selangor, Selcat akan menyiasat dakwaan rasuah terhadap tiga pegawai atasan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang dibuat oleh Ali Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Sabtu lalu.
“Kami berharap Pengerusi Selcat Teng Chang Khim akan bertindak terhadap dakwaan itu dengan segera,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim  (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
“Kami berpendapat bahawa Selcat adalah tempat yang sesuai untuk membincangkan perkara ini memandangkan ia dibuat secara telus,” katanya.
Keputusan melantik Selcat untuk menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Kumpulan Semesta, dipercayai berjuta ringgit, dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak pagi ini.
“Dalam pertemuan ini, saya menasihatkan beliau (Ahli Parlimen Kapar)  agar membuat laporan polis supaya telus,” katanya.
The Malaysian Insider difahamkan Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaannya petang tadi.
Pagi tadi beliau berkata akan menamakan pegawai-pegawai berkenaan dalam laporan polisnya.
Ketika diatanya mengapa melantik Selcat memandangkan semalam Manikavasagam tidak setuju, Khalid berkata, “Selcat merupakan satu badan bebas.... fakta-fakta tidak akan disembunyikan.”
“Kami menerima dakwaan (Manikavasagam) dengan serius,” katanya.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks