PRK Sibu : Isu 'Allah' tak dibenarkan,,,tapi untuk BN Isu Negara Islam boleh...!!!



Semua parti politik diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.

Arahan itu

dikeluarkan oleh pihak polis Sarawak menerusi OCCI SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia isu yang sensitif.

Beliau memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya nasihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.

Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.

DAP menimbulkan isu penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

Isu agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.

Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.

Rasuah: MP Kapar beri MB kata dua baru

Posted by RAKYAT MARHAEN

Manikavasagam menunjukkan dokumen yang didakwa wujudnya amalan rasuah di Kumpulan Semesta. - Picture by Choo Choy May
KLANG, 11 Mei — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang berjanji untuk membuat laporan polis hari ini tidak berbuat demikian, sebaliknya memberi kata dua baru — mendesak Menteri Besar Selangor menubuhkan badan khas siasat dakwaan mengenai rasuah. Semalam beliau berkata, akan mendedahkan nama-nama pegwai atasan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. hari ini selepas membuat laporan polis di sini.
Pagi ini, Manikavasagam menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim menubuhkan badan khas sebelum Jumaat ini untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan tiga pegawai atasan Kumpulan Semesta.
Beliau mengubah pendiriannya selepas mengadakan pertemuan dengan sembilan Ahli Parlimen semalam.
“Mereka meminta saya menunggu sehingga Jumaat ini... mereka hendak menggesa Tan Sri Khalid agar menubuhkan satu badan bebas sebelum Jumaat,” kata Manikavasagam di sini hari ini.
“Jika beliau gagal (untuk berbuat demikian), saya akan membuat laporan (polis) Isnin depan,” katanya.
Manikavasagam dalam kenyataannya dilihat sebagai kata dua kepada Khalid Sabtu lalu memberi tempoh 72 jam kepada Menteri Besar agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.
Tempoh itu berakhir tengah malam tadi dan sepatutnya membuat laporan polis hari ini.
Sebaliknya. Khalid meminta Ahli Parlimen Kapar itu agar mendedahkan nama mereka terlebih dahulu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui beliau di pejabatnya semalam tetapi pulang dengan tangan kosong.
Kelmarin, Manikavasagam menyahut cabaran Menteri Besar Selangor agar membuat laporan polis dan mendedahkan nama tiga pegawai atasan terbabit.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks