Pemimpin bukan Islam Pakatan sokong haram judi



Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, Abdul Hadi berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks