Isu kehilangan Kereta KPN Selangor - Beberapa Persoalan..????




Kereta ketua polis S'gor yang dicuri dijumpai

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.

Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard keretaa yang berbunyi: "Sorry PDRM tersilap sapu."

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah.

Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali ke Shah Alam.

Pada 6 Mei lalu, kereta rasmi Khalid (kanan) dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Ulasan GB

Kes "kehilangan sementara" kereta rasmi KPN Selangor ini mendedahkan banyak perkara.

1) KPN Selangor yang celupar sejak akhir-akhir ini terutama mempertahankan anggota polis yang menembak remaja bernama Aminul-Rasyid Amzah wajar mengambil iktibar bahawa, bukan saja "kereta" anda boleh hilang, malah jawatan anda juga boleh juga "hilang". - Ada sedakan KPN Selangor ini dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipecat dari jawatannya kerana isu tembakan Aminul-Rasyid.

2) "Negligence" - kecuaian pemandunya, yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan.

3) Tiada butiran tentang ketiadaan KPN Selangor selain dari berada di Singapura atas urusan kerja. Nanti rakyat boleh mencungkil urusan polis apa di Singapura.

4) Mujur kereta itu dipulangkan pencurinya, tetapi ada nota "Sorry PDRM tersilap sapu." Apa ertinya?

5) Kecurian kereta ini nampaknya menjelaskan jenayah "berlaku depan mata" dan di "waktu siang hari" serta "tidak mengenal mangsa". Justeru kenyataan sebelum ini menyatakan kadar jenayah menurun adalah penipuan semata-mata.
Read Full...

Altantuya, mengapa tak boleh kusebut namamu?



Dalam berita bertajuk "Sebut Altantuya, AMK Pahang Ditahan Polis", TV Selangor hari ini melaporkan:
Seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Nor Azwan Ramli dikatakan ditahan polis kerana didakwa menyebut perkataan Altantuya pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Mengikut Facebook Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat, tindakan Nor Azwan itu menyebabkan beliau berdepan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Mengikut laman sosial yang dikirim pada jam 1.50 petang ini, Nor Azwan pada masa ini ditahan di Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.

Tindakan polis itu menyebabkan pelbagai kecaman dan sindiran dipapar penyokong Pakatan Rakyat pada laman berkenaan.
Tu sebab aku dah kata banyak kali dah - kelaku, kelaku, kelaku! Kalau tak ada apa-apa yang busuk dan kotor yang hendak disorok, mengapa buat kelaku tak tentu hala?

Katakan anda dituduh belasah cendol yang disediakan khas untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor (mengapalah ada orang yang sampai hati memanggilnya badak liar), tetapi anda tak buat gitu, adakah anda fobia dan paranoid sangat kalau ada dok ejek-ejek "woi! Cendoi! Cendoi! Cendoi!"?

Kalau aku dituduh gitu dan diejek gitu, sikit pun aku tak rasa apa. Dah aku tak debik cendol tu dan aku tak bersalah, hampa jerit pi lah "Cendoi! Cendoi! Cendoi!" sampai pecah anak lidah pun, peduli apa aku. Mampoih pi kat hampalah!
Read Full...

MP PKR beri Menteri Besar 72 jam, desak pecat 3 staf rasuah



Khalid didesak memecat tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta.


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.
Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang, kepada umum dan juga kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tempoh 72 jam itu bermula hari ini.
Kata dua ini diberikan ketika Pakatan Rakyat menurunkan calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yag bermula hari ini.
“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang dengan terperinci... tunggu dulu. Saya meminta Menteri Besar mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan syarikat pasir negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun beliau membayangkan rasuah melibatkan urus niaga pasir itu mencecah RM100,000 setiap bulan.
Teks SMS diterima The Malaysian Insider dan juga maklumat yang diperoleh dari blognya lewat petang ini menyebut, “Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam memberi masa selama 72 jam kepada Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membersihkan ‘KOTORAN’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlalu banyak menerima rasuah.
“Jika benar Parti Keadilan Rakyat membencikan ‘RASUAH’ maka hentikanlah gejala tersebut dengan SEGERA. Datuk Menteri Besar Selangor harus ‘BERSIHKAN’ rumah sendiri terlebih dahulu.
“Tindakan segera harus diambil oleh Datuk Menteri Besar Selangor sebelum Ahli Parlimen Kapar ‘MEMBONGKARKAN’ semuanya.
“Kami tidak mahu ada di kalangan ahli PKR terutama sekali ‘Pucuk Pimpinan’ mengamalkan budaya tidak sihat ini. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.”
Bagaimanapun Manikavasagam menafikan beliau senjaga mahu mewujudkan masalah dalam PKR yang telah pun kehilangan empat Ahli Parlimennya dan satu kerusi lagi dalam pilihan raya kecil bulan lalu.
Sebelum ini Manikavasagam pernah dijadikan spekulasi akan meninggalkan PKR tetapi ia telah dinafikan beliau sendiri.
Menurut maklumat laman web Kumpulan Semesta Sdn Bhd, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan syarikat itu bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.
Ia telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 Sept 2008, yang telah dirasmikan oleh Khalid sendiri.
Lokasi itu akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.
Awal tahu lalu wakil rakyat penggal pertama itu mengugut akan melepaskan jawatan dalam parti jika pucuk kepimpinan negeri dan pusat enggan mendengar rintihan beliau.
Akhirnya beliau melepaskan jawatan sebagai salah seorang timbalan pengerusi PKR negeri tetapi mengekalkan jawatan dalam MPP.- m.insider
Read Full...

PRK Sibu : Pemimpin BN Optimis Peluang Menang Di Sibu




SIBU: Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) secara umumnya optimis dengan peluang calon BN pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.
Ketua Menteri Sabah dan pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Aman percaya dengan sokongan padu dan kerjasama daripada semua komponen parti B Nnegeri dan Semenanjung, peluang untuk mempertahankan kerusi itu adalah 'sangat cerah'.
Ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pusat Sivik di sini, beliau berkata Sibu juga merupakan kubu BN sejak 20 tahun lepas.
"Sebagai seorang yang praktikal, saya percaya penduduk Sibu terutama masyarakat China mahu memberi undi mereka kepada kerajaan yang boleh meneruskan kemajuan, perpaduan, kestabilan dan kemakmuran hidup mereka.
"Saya difahamkan terdapat sedikit masalah dengan bumiputera," katanya.
Musa berkata beliau ke Sibu bersama 30 anggota Umno dan Parti Bersatu Sabah bagi memberi sokongan moral.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata memenangi kawasan bandar dengan pengundi Cina merupakan tugas sukar untuk BN.
"Suasana itu ada di kalangan mereka di sini. Kita tunggu dan lihat. Tetapi, saya tidak fikir sokongan mereka semakin merosot. Apa yang kita perlukan ialah proses pembaharuan parti masyarakat Cina di Sarawak, yang kini sedang berjalan," katanya.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan berkata pengundi bumiputera di negeri ini secara umumnya adalah penyokong dan sebahagian daripada BN.
Terdapat kira-kira 12,000 pengundi Iban yang berdaftar dan 5,740 pengundi Melayu di kawasan Parlimen Sibu. Mereka boleh menjadi undi penentu jika majoriti 36,389 pengundi Cina berpecah.
"Pembangkang mungkin memainkan isu seperti pembangunan hak tanah adat (NCR)di kalangan masyarakat Iban...tetapi di pihak kerajaan, kita cuba menyesuaikan apa saja pandangan bagi menangani isu itu," katanya.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau dan kumpulannya akan memberi penjelasan mengenai isu-isu nasional.
"Kami boleh memberi penjelasan dan berkongsi pengalaman dengan pengundi tempatan apa yang berlaku dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum 2006 di Semenanjung.
"Kami boleh mendedahkan percanggahan yang timbul di kalangan Pakatan Rakyat dan kesilapan yang mereka lakukan dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka kuasai," katanya.
Ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang berkata kaum bumiputera sentiasa menjadi penyokong kuat BN.
"Tiada sebab untuk mereka tidak melakukannya kali ini," katanya sambil menyatakan PRS memberi tumpuan kepada kempen secara terus di rumah panjang.
Sementara itu pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bahagian Sibu Datuk Sri Wong Soon Koh berkata parti itu akan terus bekerja keras, walaupun sambutan kurang memuaskan daripada pengundi Cina.
-BERNAMA
Read Full...

Najib: Tenyeh kontrak bukan cara bantu Melayu..tapi cara bantu ahli UMNO@APCO..!!!




BUTTERWORTH, 8 Mei — Datuk Seri Najib Razak kerajaan tidak lagi akan menggunakan pendekatan membantu seorang atau dua ahli perniagaan Bumiputera sahaja kerana tindakan itu tidak memberi kesan ekonomi dan politik kepada orang Melayu itu sendiri.
Dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru (MEB), yang fasa keduanya dijangka diumumkan bulan depan, Perdana Menteri berkata kerajaan sebaliknya akan memberi tumpuan terhadap bakal usahawan yang benar-benar layak dibantu dan berpotensi mengembangkan perniagaan di peringkat global.
“Bersusun-susun orang datang berjumpa saya minta tenyeh (lulus) kontrak.
“Saya boleh tenyeh tetapi ini bukanlah jalan penyelesaian untuk membantu orang Melayu kerana kita tidak mahu bantu seorang dua. Kita mahu lihat secara keseluruhannya,” katanya.
Najib (gambar) berkata tidak ada jalan pintas untuk membantu golongan peniaga Bumiputera dan oleh itu kerajaan tidak mahu lagi membantu golongan yang tidak sepatutnya.
Kerajaan sebelum ini membantu golongan usahawan Bumiputera menerusi kelulusan kontrak dan saham, namun malangnya ia tidak dimanfaatkan sehingga menyebabkan berlaku ketirisan.
“Hari ini kita beri saham untuk orang Melayu, esok sudah jadi hak orang lain dan inilah yang dikatakan ketirisan, dan kita tidak mahu perkara seperti ini terus berlaku.
“Jika kita tengok saham Bumiputera, berapa banyak pegangan yang tinggal kepada orang Melayu. Bilangan itu mengejutkan jika kita sebut angkanya,” kata beliau pada Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang di sini, hari ini.
Konvensyen anjuran Badan Perhubungan Umno negeri itu bertemakan “Menggarap Peluang Dalam Cabaran”, bertujuan mencari penyelesaikan terhadap pemasalahan ekonomi Bumiputera Pulau Pinang.
Presiden Umno ini berkata, jika tidak berlaku ketirisan, pegangan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus sepatutnya boleh mengukuhkan ekonomi golongan itu.
“Mungkin ada perkara yang tidak kena pada tempatnya, sebab itu kita perlu Model Ekonomi Baru,” katanya.
Najib berkata dalam membantu golongan Bumiputera, kerajaan juga tidak mahu mengabaikan golongan lain yang perlu dan layak menerima bantuan.
Katanya terdapat usahawan Melayu yang berpotensi mengembangkan perniagaan mereka.
“Ada yang berada dalam radar skrin dan ada juga yang di luar radar, dan kita akan membantu mereka.
Beliau berkata menerusi ekosistem jaringan, bantuan kerajaan akan lebih bersifat mesra perniagaan, lebih telus dan berterusan.
Justeru beliau menyarankan golongan usahawan Bumiputera supaya membangunkan ekosistem jaringan dalam perniagaan mereka.
Katanya melalui jaringan itu, kerajaan mudah membantu mereka untuk terus berkembang di peringkat negeri, negara, serantau dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
“Ekosistem jaringan itu dapat membantu syarikat kecil yang mendapat peluang perniagaan daripada syarikat besar bagi memastikan golongan peniaga kecil tidak perlu bergantung harap terhadap tawaran kontrak kerajaan semata-mata,” katanya. Read Full...

Nor Mohamed nafi beliau punca Pos Malaysia rugi..ha..ha...ada seorang bekas setpol tu ada duit juta-juta maa..!!!!




PULAU PINANG, 8 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia Bhd, yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta sejak beberapa tahun lalu.
“Saya tidak terbabit secara langsung dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat ini mempunyai lembaga pengarah dan keputusan ditentukan oleh lembaga pengarah termasuk Khazanah Nasional Bhd tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di sini hari ini, beliau berkata Khazanah Nasional terlibat dalam membuat keputusan kerana mempunyai wakil dalam lembaga pengarah syarikat tetapi mereka telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan terbaru yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Nor Mohamed sepatutnya memberi penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung Pos Malaysia.
Bagaimanapun, mengenai dakwaan lain oleh Zahrain berhubung pelantikan lapan individu dari Danaharta Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam GLC, Nor Mohamed berkata tiada masalah berhubung pelantikan itu kerana mereka berkemampuan untuk menerajui jawatan itu.
“Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana mereka yang dilantik berdasarkan kemampuan mereka, dan saya berpendapat kesemua mereka mempunyai kebolehan tersendiri untuk mengemudi tugas itu. Sebaliknya kita harus berbangga dengan kebolehan mereka sebagai anak Melayu yang dilantik menerajui GLC,” katanya.
Terdahulu, Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyampaikan wang tunai RM500 kepada 300 pelajar cemerlang SPM negeri itu.
Pelajar cacat penglihatan Teoh Bee Kah dari SMK Convent Pulau Tikus yang mendapat 4A+, 3A dan 3A- pada peperiksaan SPM tahun lepas juga dinamakan penerima hadiah khas berjumlah RM1,000.
Empat pelajar lain yang turut menerima hadiah khas adalah Nur Hazeerah Hashim dari SMKA (P) Al-Mashoor, Edwina Tang Chooi Wern dari SMK Convent Lebuh Light, M. Deepa dari SMK (P) St George dan Muhammad Harith Mohd Fauzi dari SMKA Al-Irshad yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum, masing-masing menerima RM1,000. — Bernama
Read Full...

Anwar: Kalah Pertempuran Tapi Menang Peperangan



Oleh Sidiqin Omar
JOHOR BAHRU 8 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin dan rakyat Malaysia supaya mengenang kembali hasrat pejuang kemerdekaan yang ingin memartabatkan hak rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.
"Apa maknanya jika kita mempunyai Perlembagaan dan undang-undang, tetapi dalam masa yang sama ada segelintir pemimpin negara yang membolot harta negara seolah mereka berada di atas undang-undang," jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 1,000 tetamu pada majis makan malam anjuran KEADILAN Zon Johor Selatan di Skudai malam tadi.
Turut hadir termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh.
Anwar menjelaskan polisi Pakatan Rakyat menitikberatkan soal rundingan yang lebih telus dan adil.
Maruah dan harga diri tidak dapat dikembalikan kepada rakyat sekiranya negara ini dipimpin oleh manusia yang sombong dan tamak tegas beliau.
"Rakyat Malaysia tidak lagi yakin dengan Barisan Nasional. Kita sendiri telah lihat dan dengar laporan media dalam dan luar negara. Banyak sekali pendedahan skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara kita," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Beliau turut mendedahkan persepsi masyarakat antarabangsa terutamanya golongan pelabur yang meragui keupayaan pentadbir negara ini untuk menjamin kepentingan pelaburan mereka.
Malahan hak kepada golongan pekerja turut diabaikan.
Kerajaan Malaysia dilihat sebagai hipokrit kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan realiti sebenar kekuatan ekonomi negara.
Anwar menganggap tindakan tersebut sebagai jalan singkat bagi mengembalikan dokongan rakyat kepada BN.
"Daya saing negara semakin menguncup. Kita tak boleh bandingkan prestasi negara kita dengan negara dunia ketiga yang lain. Ini merupakan kenyataan yang tidak jujur," tegasnya lagi.
Beliau mengingatkan kedudukan ekonomi Malaysia pada pertengahan 90-an setanding dengan negara membangun seperti Korea dan Taiwan tetapi kini ditinggalkan oleh negara Asean yang lain seperti Indonesia dan Filipina.
"Sebab apa kita tewas? Kerana sikap pemimpin yang angkuh dan mabuk dengan harta kekayaan melimpah yang kita tak tahu bagaimana mereka mendapatkannya," kata Anwar.
Namun beliau optimis Malaysia mampu untuk kembali mendapat keyakinan antarabangsa dengan perubahan yang ditunjukkan oleh rakyat.
"Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini," kata beliau yang disambut dengan tepukan gemuruh.
Read Full...

Modus Operandi' setiap Menteri Sumber Manusia BN!




Inilah 'zikirnya' setiap kali seseorang pemimpin BN dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.
Mungkin sejak Merdeka lagi! Dan kebetulan pulak jawatan Menteri Sumber Manusia ini adalah secara tradisinya milik MIC.

Hal nak naikkan gaji ni dah jadi semacam 'retorik yang dihalalkan' oleh setiap Menteri Sumber Manusia BN tetapi hakikatnya nasib golongan bergaji rendah di Malaysia ini tetap tidak terbela!

Walaupun gaji mereka dinaikkan sekalipun, tidak akan mampu menjernihkan kehidupan kerana kos sara hidup yang sangat tinggi dan seolah-olah diluar kemampuan kerajaan Malaysia untuk mengawalnya!
Setakat ini tidak ada langsung usaha kerajaan yang serius bagi menangani kenaikan harga barang keperluan malahan masih sibuk mencari jalan bagi mencipta alasan menaikkan harga!

Yang miskin makin miskin.. Pemimpin BN dan kroni yang kaya makin kaya! Rasanya itulah modus operandi BN yang paling berkesan setakat ini!
sunsnake 08052010

Kerajaan ikrar tangani isu gaji rendah
Mei 8, 10 11:03am
Kerajaan amat peka dan prihatin dengan gaji rendah yang diperoleh pekerja di beberapa sektor tertentu, dan faham bahawa ketika ini terdapat 30 hingga 40 peratus kelas pekerja yang masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji pekerja ini dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. "Kerajaan mahu supaya gaji pekerja dalam sektor-sektor ini ditingkatkan," katanya ketika berucap di Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Read Full...

Kuasai penyebaran maklumat - Ahmad Yakub



TEMERLOH, 8 Mei: PAS tetap mempunyai potensi yang amat cerah untuk dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin politik yang berkuasa walau pun berada dalam negara yang berbilang kaum dengan syarat petugasnya dapat menguasai penyebaran maklumat kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub.

Berucap pada merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pahang kali Ke 20, di Dewan Datuk Abu Samah, Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, Ahmad berkata hasil kajian yang dilakukan PAS terutama di Kelantan mendapati rakyat di negara ini tidak mengambil kisah siapa yang memerintah asalkan mereka boleh hidup dalam suasana aman dan selesa.

Oleh yang demikian itu kata Ahmad lagi adalah tersangat penting bagi petugas parti terutama ulama memainkan peranan secara aktif mendekati rakyat dan menerangkan mereka secara menyakinkan dasar Islam yang adil  apa lagi dalam suasana parti-parti utama Umno BN yang begitu korup sekarang ini.

“Dalam kajian kita rakyat tak kisah siapa yang memerintah asalkan mereka boleh hidup selesa. Ini bermakna potensi PAS untuk dipilih sebagai pemerintah juga amat tinggi.

"Sebab itu adalah amat penting untuk kita merancang bagaimana kita dapat menguasai penyebaran maklumat yang boleh memberikan gambaran yang meyakinkan rakyat terhadap pemerintahan Islam yang adil,” katanya.

Turut disentuh oleh Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkaitan dengan perlunya ahli PAS memperkukuhkan nilai persaudaraan yang tinggi dalam jamaah agar kerja-kerja parti dapat berjalan dengan baik dan rakyat dapat menilai keikhlasan perjuangan yang dibawa.

”Di zaman nabi kita Muhamad saw, beliau telah memperkukuhkan nilai persaudaraan Islam di kalangan sahabat bukan sahaja dengan mendirikan institusi masjid tetapi juga mempersaudarakan antara muhajirin dan ansar. Memperkukuhkan persaudaraan, membantu sahabat yang dalam kesusahan. Ini penting bukan sahaja untuk kepentingan menjaga jamaah tetapi juga suatu tasawyur untuk di nilai oleh masyarakat,” katanya.

Turut hadir sebagai pemerhati Mutamar, Bendahari Badan Perhubungan PAS Pahang, Musanif Abdul Rahman.
Read Full...

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah



BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar, anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi.

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.
(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)
Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.
Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.
 “Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.
“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

Read Full...

BANGKAI SEKALI DITUTUP BUSUKNYA BERBAU JUGA.



(Apabila gelanggang puaka dibuka, gendang ditibai ditingkah berkerapak, serunai ditiup gong dipalu bertalu, gemanya berdengong kehilir kehulu. Tari dibuka kelopak dan bunga tari langkah bertingkah. Sesuap sekapor sirih panggil semangat, makanya sheh tan pun mai, makanya gelanggang berpuaka yang beranjau dan duri terpacak, kaca dan semilu bertaburan serta tali simpai berselirat berfungsi macam hawar gelanggang dengan langkah sumbang langkah tempang. Masih adakah Mahaguru dan pesilatnya, keberanian membuka tari tunjukan bunga dan buah? Ada gelanggang disepuh ditawar dengan payung kuning dan kain kuning dijadikan perlindungan titik akhir bergayut. Bilamana pesilat dan penonton muak dan larikan diri tidak lagi peduli. Rakyat memilih gelanggang berduri atau gelanggang berpermaidani biru kuning? Kini rakyat meniti memerhati puaka dan jembalang mencari mangsa).

Apabila kita menyingkap beberapa pekara yang dicetuskan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR terdiri PAS, DAP dan PKR sebagai Kerajaan-kerajaan negeri yang sah diberi mandat oleh rakyat dan pengundi sebagai tuan menerusi PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Sejak itulah UMno-BN yang tersungkur di kaki rakyat di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan (penguasaan kawasan Parlimen) dan hampir-hampir juga terlepas Negeri Sembilan, tetapi UMno-Bn memerentah dihujung tanduk penguasaan dalam DUN. Tersungkurnya ke bumi fana ini UMno-BN rebah menjadi gelabah dan demam tak kebah menderita barah yang parah seiring virus H1N1 melanda negara yang mengelabah pimpinan 1Malaysia. Parahnya UMno-BN, Gerakan-BN bila kuasa terlucut dari genggaman penguasaan lebih 50 tahun dibeberapa negeri dan juga terlucut kuasa keramat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Bermula nama Perikatan cap Kapal Layar, Kerajaan Champoran dan dinobatkan menjadi BN.
UMno-BN yang 50 tahun menjadi raja kepada rakyat menerusi PRU Pertama sampai PRU12, UMno-BN baru menyedari dari labun yang rakyat telah menolak mereka. Kalau-kalaulah bukan kerana komponan setia selama-lamanya yang mengendali PRU iaitu SPR tidak memakai baju, seluar, spenda dan terompah cap dacing, sudah lama UMno-BN bungkus dalam penguasaan dalam negara Malaysia dan negeri-negeri kecuali mungkin di Johor tempat lahirnya UMno untuk dijadikan muzium arkib spesis peninggalan UMno kepada cicit piut kita. Ketika UMno-BN tersungkur dibumi Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan pemimpin-pemimpin UMno-BN di negeri berkenaan disemua peringkat menjadi nana tak ketahuan. Cakap-cakap merapu dengan alasan dan ulasan yang diluar fakta menghadapi berdepan pimpinan PR. Tungkat sakti ditangan terlucut dari pegangan dan lampu ajaib Aladin kehabisan minyak dan sumbu. Kepimpinan UMno macam cacing kerawit kepanasan, serba tak kena. 

Maka ramai dikalangan pemimpin UMno-BN yang ketinggalan dalam 1Malaysia. Tercicir dipinggirkan dalam arus perdana perubahan pimpinan dalam UMno dan komponan BN yang lain. Sekali air bah sekali pasir berubah. Kadang-kadang tak bah pun pasir berkucai lanai berubah juga. Makanya spesis UMno cap keris telanjang yang terpinggir dalam duduk maupun berdiri dalam UMno disemua peringkat tempat kedudukan dalam UMno pringkat negeri, bahagian dan cawangan. Spesis pinggiran UMno ini yang masih jiwa basket dan , pernafasan sedut dan buang cap UMno keris telanjang, walau mereka membina dan bernaung di rumah baru dengan macam-macam jenama ada melata. Matlamatnya 1saja untuk terus hidup untuk mencari tempat makan dan tempat bergantung. Untung batu timbul, silap-silap sabut boleh tenggelam.
Tumbuh sebagai cendawan diatas tahi kerbau dimusim hujan kapak keranji seperti 30 atau 40 tahun dahulu di permatang bendang sawah padibmusim pema padi setahun sekali ditanam. Macam-macam jenama ada. Perwaris, Pekuat, Perkasa dan macam-macam lagi. Tumbuh diperingkat negeri yang UMno kecundang dalam PRU12 dulu. Semua muka-muka yang keluar dalam baju NGO adalah berhati UMno yang keciwa kerana mereka telah tercicir dan terlepas kuasa meratap merana. Sesetengahnya dah menjadi kupang tembaga dan ada yang menjadi kaca dan terdapat yang dah gila. Kadang-kadang meradang seperti gila-gila isin yakni ingat-ingat lupa. Meratus melalak bercakap, kadang-kadang macam dirinya masih Exco atau setidak-tidaknya macam Adun yang pulun projek dahulu semasa berkuasa. Kadang-kadang latah tidak bertempat, diri yang merempat terlucut kuasa. Tersilap cakap atau olak-olak silap nana tat tau lah. Tuduh PR sebagai pembangkang tidak menyedari yang menuduh itu duduk dalam longkang pengundi buang.

Apabila NGO cap UMno ini, semua gerak kerja mereka sekadar mendapat kejayaan besar, kejayaan percuma yang dibuat ribut liputan perkasa oleh media perdana rakyat negara yang dilacurkan menjadi alat sundal 1Malaysia. Tetapi dikalangan ahli UMno sendiri tak kelapar menyertai diri bersama-sama NGO itu. Kerana mereka menyedari NGO cendawan itu adalah rakit baru kepada spesis pemimpin UMno yang kian dilupa dan tidak dipeduli ahli dalam majlis parti, majlis kerajaan negeri pasti dah aruah untuk kembali mendapat tempat kedudukan dan jawatan. Tetapi wujudnya NGO yang diasaskan oleh mantan pemimpin UMno yang keciwa, banyak yang buruk dan busuk terpaksa UMno mendapat palit dan calit dari NGO tersebut. Untung secawan rugi setempayan. Komponan BN luar UMno kian menilai dan timbang UMno berat ringannya. Kalau silap-silap putar kalaulah terdapat anak jantan tulin dikalangan pemimpin-pemimpin parti komponan BN, bersatu keberanian jatidiri tulin, cuba sekali kejutkan dengan 1Nada, 1Keputusan dengan cadangan usul menolak UMno keluar dari BN, apa macam? Ingatlah apa yang disebut itu, ianya tidak mustahil kepada nasib UMno. Boleh berlaku dan boleh tidak berlaku. 

Spesis jenama UMno cap keris telanjang ini, adalah jenis memegang kuasa dari ganetik pokok pisang yang walaupun pokok pisang mati beragan, pelepahnya tidak tertanggal dan cukup liat sekalipun disentak berulang-ulang. UMno bukan seperti spesis pokok nyior dan pokok pinang, yang mana pelepah dan buahnya bersekali jatuh gugur kebumi bila tiba masanya tak kira usia, muda kadang-kadang gugur melayang tetapi bila tua lambat sikit jatuh gugurnya. Jenis spesis UMno ni musoh mereka bukan sahaja PR yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Tetapi musoh mereka diistiharkan adalah dikalangan mereka sesama UMno sendiri yang berlainan kabilah dan puak. Jenis manusia tidak memperakui orang lain mempunyai kebolehan dan keupayaan lebih baik kehadapan dari dirinya memegang tampok kerajaan. Jenis membabik dada aku sorang saja yang boleh jadi MB, kerana aku pandai pulun, lengkong, keliling dalam melaksanakan projek-projek negeri dan persekutuan. 

Tengok perangai perut pedai jenama pemimpin UMno di Perlis dan di Terengganu. Perjuangan mereka mendapatkan jawatan kerusi MB. Yang terlucut jawatan MB berhempas pulas lawan bermati-matian macam berada digelanggang tinju boxing Siam untuk mendapatkan kembali kerusi keramat aladin MB. Masing-masing kabilah menghunus keris telanjang menghala keperut lawan mereka juga sesama UMno. kerana apa? Kerana tanpa jawatan MB ditangan, pengikut akan lari lintang pukang kerana mereka-mereka membina pengikut adalah belajar dari hantu raya dan jembalang. Sesama UMno pun kerana peluang gudang berpindah tangan, mereka berentak dan berperang sakan. Apalagi apabila hampir separuh negeri-negeri 1Malaysia terlepas genggaman, maka lebih besarlah pertentangan UMno mereka berpadu tenaga melawan PR menjadi kerajaan negeri.

Rakyat dan pengundi mesti arif mengerti mengenali hati budi UMno jenama keris bogel ini. Kalaulah sesama UMno pun pun dari kabilahnya mereka lawan sakan sejak lepas PRU12 pada 8 Mac 2008 sampai sekarang dengan terompah dan kasut Jepun masing-masing nakkan kembali jawatan MB di Perlis dan Terengganu. Apakah spesis jenama UMno ini akan berdiam diri dan berpuas hati meliahat yang UMno ditolak rakyat dibeberapa negeri? Disinilah UMno akan berubah dalam berbagai rupa dan wajah untuk meneruskan mereka kembali untuk berkuasa. Kini NGO ampu UMno tumbuh macam cendawan tahi lembu tahi kerbau di negeri-negeri yang kerajaannya PR. Walau pun begitu jenama NGO itu rakyat tak telior tak kelapaq. Hinggakan APCO terpaksa diimpot untuk memusnahkan lawan kepada UMno-BN dalam negara dan menjaja UMno-BN kepada dunia dengan mengeluarkan belanja mencecah ratusan juta RM.

Kegagalan NGO UMno ini yang tidak mendapat sokongan dan diperakui rakyat dan pengundi, akai pemimpin UMno turut mati. Macam-macam dah dibuat, rakyat masih tidak mempercayai NGO cap keris bogel itu. Semua peledak dan peletup sudah dilepaskan. Termasuklah semua senjata kapal selam jua dimuntah keluar menghala kepada PR. PR yang didalamnya mengandungi PAS, DAP dan PKR diperengkat Pimpinan Pusat, Negeri dan rakyat pengundi marhean masih bersama-sama, hatta perhubungan utuh lebih mantap. Ianya Inshaallah berkekalan menjelang PRU13 dua tahun dari sekarang. Melihat keadaan inilah UMno-BN pening kepala mencari formula, macam mana nak hancurkan PR agar rakyat pengundi marhaen menolan PR dalam PRU13. Katak dan terompah yang mendenai acar dan danor kepangkuan UMno, cuma diri mereka sahaja dalam UMno. Bini bapak emak dan mentua tak pernah diberita, apalagi untuk membawa ahli dan penyokong, cuma besarnya dan gahnya berita adalah pembohong dan pelawak dk, hadrah dan menora menghiburkan penonton dini hari. 

Setelah 55 tahun UMno-BN tunggang belakang SPR, SPRM, KSN, KPN, AG, dan macma-macam lagi bukan lagi secara tersembunyi tetapi secara tanglaq. Kini peluru terakhir, senjata terakhir yang UMno-BN gunakan secara langsung setelah senjata kapal selam tidak diindahkan rakyat dan pengundi mengeruninya. Makanya satu-satunya senjata keramat yang masih berbaki untuk UMno-BN tunggang setaraf diperincikan diatas, kini UMno terpaksa melacurkan diri macam jalang di belakang mati Chow Kit, selepas gagal berbahas, gagal berhujah dan gagal dalam merilisasikan diri mereka suci bersih. Rakyat berterusan menolak UMno-Bn. Maka jalan bertol dan jalan pintas terakhir yang berbaki adalah memperalatkan istana dan penghuninya sebagai tempat monyet dan beruk bergayut sebagai tali gantung.
Kini UMno-Bn dan NGO dengan istana dan kain kuning digabungkan dengan kain biru. Ini sedang berlaku dengan rakus. Raja dan Sultan sekadar memperakui spesis UMno dan komponan BN sahajalah layak mengetua kerajaan-kerajaan negeri dan negara. Lawan dan penentang kepada UMno-BN bukan rakyat negeri dan rakyat negara, itulah dapat kita baca sokongan kain kuning berpolitik berparti kini. Dinegeri-negeri PR Raja dan Sultan tolak MB tolak KM, yang menjadi penasehat resmi atau penasehat haram adalah UMno melalui pemimpin mereka 1Malaysia dan pecacai dibeberap negeri. Ini rakyat sedang merasai biasnya kain kuning bukan untuk selimut berlindung oleh sekelian rakyat jelata. Tetapi tempat bernaung, bergantung mendapat ehasan untuk jaga perut UMno-BN sahaja. Kini spesis UMno-BN menerusi ampu NGO menjadi beruk dan monyek-monyek seperti jenama diberi oleh YB KJ KPU yang perasuah itu yang kini menjadi peragawan, sekadar meminjam ucapkata KJ.
UMno-BN melalui lidah ngo NGO ampu mereka, keluar macam semut gatai atau semut liar dari lubang tanah atau dari busut, merayap cari macam-macam untuk diketenghakan. Sampai mereka boleh arahkan Agong dan raja batalkan kerakyatan dan warganegara rakyat negara. Inilah kerja-kerja gila babi dan songsang ditiupkan oleh UMno-BN bersekali NGO diluar keupayaan mereka menilai lawan mereka. Badan kita penoh korap longsong dan panau, kita kata orang yang miliki panyakit tersebut. UMno memperaku rasuah adalah nafas tali hayat UMno-BN selama-lama ini menghadapi hidup dan kehidupan dan rasuahlah yang menjadi titik akhir pernafasan UMno-Bn, maka UMno juga kata lawan mereka mesti dengan rasuah juga baru boleh berjuang, kalau tidak macam mana nak berjuang tanpa rasuah. Itulah pendapat dan pandangan UMno. 

5 MEI 2010 - RABU - 20 JAMADILAWAL 1431
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Read Full...

Tarik balik cadangan lesen judi bola sepak



PENGKALAN CHEPA, 8 Mei: Kerajaan Pusat mesti menarik balik kebenaran lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata dengan kebenaran berlesen dari Kerajaan Pusat itu secara tidak langsung memberi kebenaran kepada rakyat untuk berjudi.
 “Sekarangpun kedai-kedai judi semakin merebak di seluruh negara, dengan adanya perjudian secara ‘online’ ini memang jadi kacau dan beratlah menanggungnya.
 “Masaalah gejala sosial yang sudah semakin teruk akan makin bertambah dengan adanya judi ini,” ujarnya lagi.
Katanya, alasan kerajaan untuk memberikan lesen perjudian hanya untuk mengawal perjudian, implikasinya besar.
 Tegasnya, masyarakat akan membaca kerajaan telah menghalalkan judi yang sememangnya haram, namun mereka juga akan membaca dari aspek yang lain juga.
 Sebagai contohnya, tambah beliau lagi untuk mengawal dari berlaku penzinaan secara berleluasa, kerajaan terpaksa meluluskan premis khas seperti lesen untuk rumah pelacuran.
“Ini salah, bukan begitu cara dia, sepatutnya kerajaan mengawal masalah judi yang berleluasa dan bukannya memberi dorongan untuk tujuan itu,” ujarnya lagi.
Kerana itu katanya, PAS melahirkan rasa kecewa di atas cadangan Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi sempena Piala Dunia 2010.
Nik Amar berkata,  Awang Adek  seharusnya tidak mengeluarkan hasrat berkenaan, apa lagi beliau sendiri sebagai orang Islam.
“Beliau orang Islam, asal dari Kelantan, kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh menteri yang bukan Islam ada munasabah juga, tetapi kalau ianya dibuat oleh orang Melayu beragama Islam amat malang sekali,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung cadangan Datuk Husam Musa menubuhkan tabung RM20 juta sebagai usaha menawan Puterajaya.
Menurutnya, beliau tidak mendengar dengan jelas kenyataan Husam, sebaliknya hanya membaca dalam akhbar sahaja.
 “Jadi kita tidak tahu kenyataan dia dalam konteks mana, cuma kalau disegi menubuhkan tabung untuk kegiatan parti perkara itu sudah biasa.
“Mana-mana pertubuhan politik ada tabung masing-masing untuk program parti dan sebagainya ianya tidak masalah,” ujarnya lagi.
Read Full...

Peragut ditahan di bawah Ordinan Darurat..yang ni rakyat sokong 100%..baru betul..!!



Dua pemuda yang terbabit dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 bermula Khamis lalu sehingga polis menerima bukti lengkap untuk membuat pertuduhan terhadap mereka di mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman, berkata mereka yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun itu ditahan pada 25 April lalu dan kertas siasatan berhubung kes mereka sudah pun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek pertama yang berusia 22 ditahan atas dua kesalahan iaitu meragut dan menyebabkan kematian manakala suspek kedua ditahan atas kesalahan meragut.

"Kertas siasatan mengenai kedua-dua kes meragut dan menyebabkan kematian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa ke pertuduhan namun kerana kurangnya bukti, mereka diletakkan di bawah Ordinan Darurat," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua suspek itu ditahan pada hari sama di lokasi berasingan selepas lebih empat bulan menjadi buruan polis.

Abdul Rahim berkata, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang berusia 20 tahun dari Batu Caves yang dipercayai memainkan peranan sebagai penunggang motosikal yang mahir dalam meragut dan melarikan diri.

Sementara itu, seorang anggota polis trafik lelaki berpangkat Koperal dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar yang ditahan reman kerana dipercayai mengaibkan dua wanita, dibebaskan dengan jaminan polis.

Abdul Rahim berkata dua laporan polis diterima berhubung dakwaan dua wanita diaibkan dengan kata-kata lucah ketika sedang diperiksa dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan empat hari lepas.

Berikutan itu, anggota terbabit ditahan reman tiga hari yang berakhir semalam selepas kenyataan diambil dan kini dia ditugaskan di bahagian pentadbiran sehingga kes selesai disiasat.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan peras ugut dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

- Bernama
Read Full...

MANGSA TEMBAKAN POLIS TERBARU



BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar, anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi.
Read Full...

Lagi Kes Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal..



Polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus


TAMPIN 8 Mei – Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban – Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.
Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. – Utusan
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Apa dah jadi ni!!!… Dah tak selamatkah anak-anak kita yang memandu kereta dan membonceng motosikal?? Pesan pada anak-anak,kalau ternampak polis tu.. jaangan nak lari tak tentu pasal, bahayaaaa..silap-silap nyawa melayan.
Read Full...

Ahli Umno Tolak Parti Perlu Kembali Ke 'Pangkal Jalan' ..kerana yang haram telah dihalalkan....!!!



IPOH: Ahli Umno yang menolak parti sendiri pada pilihan raya umum lepas perlu kembali ke pangkal jalan demi perpaduan yang lebih kukuh bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno, Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pemimpin dan anggota Umno yang setia kepada parti telah memaafkan tindakan menolak parti oleh golongan berkenaan dan sedia menerima mereka semula.
"Memang kita dibenarkan berbeza pendapat tetapi perbezaan pendapat ini hendaklah disampaikan dengan kaedah yang baik dan penuh tatasusila. Gunakan media maya ini untuk menyerang musuh politik, bukan menyerang sesama sendiri seperti di dalam blog, Facebook dan Twitter," katanya.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Umno seluruh Perak di Stadium Indera Mulia di sini hari ini, beliau berkata masih terdapat segelintir anggota membuat kritikan dan tuduhan melulu di dalam media 'online'.
Beliau berkata, Umno yang menjadi parti tonggak dalam Barisan Nasional (BN) mesti sentiasa bersatu-padu dan kukuh menerusi sokongan tidak berbelah bagi di kalangan anggota dan pemimpin.
Ahmad Zahid berkata, parti komponen juga perlu menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya BN terus mantap dan keyakinan rakyat terhadap parti itu tidak hilang. - BERNAMA Read Full...

Pimpinan Kerajaan Pusat dah Gila...!!!



LESEN JUDI, SUKAN DAN WARDAH

Gila!
Itu respon spontan saya apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein yang berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu.
Alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini.
Saya seperti tidak percaya membaca itulah alasan yang diberikan oleh Awang Adek. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berdiskusi dengan beliau dan saya dapati Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. Dalam hal ini, saya lihat dia terbuka, tetapi idea itu tidak bernas!
Alasan melesenkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam supaya ia mudah dikawal ialah alasan karut. Ia menunjukkan betapa lemahnya kerajaan sehingga tidak mampu mengawal sesuatu yang haram. Kalau itulah logiknya, maka saya sarankan kerajaan menimbangkan juga cadangan mengadakan “Wardah” – “warung dadah” (sama seperti “wartel”) agar pengambilannya dapat dikawal seperti Awang Adek ingin mengawal judi bola sepak!
Hujah mengenai pendapatan tambahan negara juga saya fikir cetek. Adakah kerajaan tidak berasa bersalah menambah dana negara dan membangunkan sukan melalui pendapatan haram?
Saya fikir cukuplah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama membersihkan apa yang dilakukan dan tak perlulah menimbangkan idea-idea karut sebegini. Sepatutnya, awal-awal lagi kerajaan menolak permohonan lesen judi itu.
Kenyataan Awang Adek mengingatkan saya kepada pendapat Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan orang Melayu dan rakyat umumnya kembali memberikan sokongan kepada kerajaan.
Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional?
Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan?
Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!
Penulis Tamu - NOBISHA
Read Full...

Dulu Rakyat Tak ada Pilihan, Sekarang Rakyat ada niat untuk Perubahan…….Seperti Air percuma, Tanah ada Grant, anak masuk Universiti…..





Read Full...

Sibu in Action……



 by cobbold
Read Full...

Balai Ringin Pantu News: Police Arrested another 2 farmers on their NCR Land in Ubah Tekuyong….



 by cobbold
08032010684Police arrested another 2 farmers while they worked in their NCR farmland yesterday. They are Jason Jacob, and Howell Baling. They were charged for stealing oilpalm fruits by KumpulanSama Sdn Bhd, belong to Kim Loong Resources Berhad (KLSE). They were later brought to Sri Aman Police station and Lock up till now. The court trial are still going on till July these year. So far the Police have lock up at least 10 farmers in Pantu.
Sabtu, 2010 Mei 08
Read Full...

PRK Sibu : Pakatan Rakyat Sarawak Jom Ubah on Nomination Day Sibu



 by cobbold
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks