"Berdentum Kepala Saya, Mulut Saya Berdarah" - Mangsa Kekasaran Polis




Mangsa kekasaran polis pada perhimpunan membantah lesen judi bola di Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi, Muhammad Karim Abdullah kesal menganggap polis cuba bertindak kasar dalam menyuraikan program itu.

“Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh.

“Mulut saya berdarah dan kepala saya sakit akibat ditolak dan terjatuh ke bawah terkena ekzos motosikal,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Lebih 1,000 orang termasuk orang bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak sempana kejohanan Piala Dunia, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi.

Perhimpunan selepas solat Jumaat itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit berikutan larangan pihak berkuasa, malah seorang petugas PAS turut dikasari polis.

Mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengecam tindakan kementerian kewangan yang diterajui datuk seri najib razak kerana meluluskan lesen judi bola walaupun mendapat bantahan rakyat.

Namun, Umno Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup kelemahan mempergunakan institusi polis bagi menggagalkan perhimpunan aman ini.

Polis dikatakan memberi masa lima minit kepada mereka untuk berhimpun tetapi belumpun tempoh itu berakhir, kira-kira 20 anggota polis menyerbu menyebabkan kekecohan itu berlaku.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks