Najib Lulus Lesen Judi, Ketepikan Nasib Rakyat



Oleh Faizal Ezzany

SIBU 13 Mei - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya telah mengenepikan sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Islam yang menentang percambahan aktiviti perjuadian di negara ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan I memberi kelulusan itu menyebabkan rakyat akan menjadi miskin.
"Kenapa Najib tidak fikir apa yang beliau lakukan, tindakan beliau meluluskan lesen judi itu menyebabkan  rakyat menjadi semakin miskin kerana sentiasa berjudi bagi mengharapkan kemenangan.
"Lebih teruk lagi kelulusan itu diberikan tanpa ada tender terbuka dilakukan bagi sesiapa yang ingin mendapat lesen tersebut. Kelulusan itu diberikan terus kepada tauke judi Tan Sri Vincent Tan yang telah kaya dan dengan kelulusan ini beliau menjadi semakin kaya.
"Kelulusan tanpa sebarang tender dan juga sebarang kertas cadangan ini melihat kerajaan hanya mementingkan kroni dan disebalik kelulusan tersebut kita tidak ketahui. Kelulusan secara terus ini dilihat telah terpesong jauh dengan Model Ekonomi Baru yang dibanggakan oleh Najib dan bersifat ejekan kepada NEM." katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memberitahu sebelum ini Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membantah sekeras-kerasnya di dalam Parlimen apabila mengetahui Najib akan memberi kelulusan judi sukan di Malaysia.
"Rakyat Malaysia terkejut apabila kerajaan Barisan Nasional telah memberi kelulusan perjudian sukan. Apakah Najib tidak pernah mengambil perhatian dengan setiap bantahan yang telah dilakukan.
"Najib patut lihak kesan yang besar akan menimpa rakyat terutamanya rakyat bukan Islam, dari segi hutang dan juga masalah sosial kerana tindakan beliau mengalakkan lagi rakyat Malaysia berjudi dan berhutang," katanya lagi.
Dasar MEB yang telah dilaungkan oleh Najib hanyalah sebagai perhiasan dan boleh dibuang ke dalam tong sampah katanya Tony lagi.
"Najib menjanjikan ketelusan dalam setiap perniagaan dan juga urusan tetapi tindakan ini telah mengenapikan semua yang termaktub di dalam MEB.
"Janji Najib hanyalah janji kosong sahaja dan rakyat perlu tahu, dalam masa dua bulan perjudian ini akan bermula dan ia juga menjadi tanda kematian untuk sebuah ekonomi model baru, selain memberi keuntungan besar ke atas pimpinan BN dan Vincent Tan.
"Rakyat marah dengan sikap Najib yang telah berjanji untuk berubah namun beliau menunjukkan secara jelas BN benar-benar tidak mahu berubah. Amalan kronisma hanya tertumpu kepada kepentingan individu tertentu dan juga pembohongan besar Najib bila menjanjikan akan melakukan sebarang urusan ekonomi secara telus dan juga tender terbuka.
"Pakatan Rakyat hari ini ingin meminta kerajaan membentuk Jawatankuasa Pilih Parlimen Khas bagi mengkaji kesan taruhan sukan judi itu di Malaysia.
Maka jika ianya diluluskan, ia perlu melalui tender terbuka bukan diberi secara terus." kaya beliau lagi.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks