Saiful dakwa laporan perubatan doktor Pusrawi bohong..ha..ha...sape bohong sape sekarang...!!!!



Saiful (kanan) sampai ke mahkamah hari ini. - Gambar Oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa doktor Pusrawi berbohong berhubung kandungan satu laporan perubatan yang mengatakan dia mendakwa duburnya sakit kerana dimasukkan dengan satu benda plastik. Saiful, yang disoal balas oleh peguam Karpal Singh, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, laporan perubatan Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang dikemukakan sebagai bukti adalah tidak benar.
“Berbohong. Ia tidak benar,” kata Saiful apabila ditanya oleh Karpal, peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai laporan perubatan itu, yang memetik dia sebagai berkata satu benda plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.
Berdasarkan laporan itu, Saiful dikatakan memberitahu Osman ketika pemeriksaan di Pusrawi pada pukul 2 petang, 28 Julai 2008 bahawa dia telah diliwat menggunakan satu benda plastik yang dimasukkan ke dalam duburnya.
Bagaimanapun Saiful enggan komen apabila disoal oleh Karpal berhubung satu lagi laporan perubatan, dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur, yang merumuskan tiada sebarang kesan cedera di kawasan duburnya.
Prosiding kes liwat Anwar disambung hari ini selepas ditangguhkan Mac lalu dengan tumpuan adalah berhubung soal balas terhadap Saiful yang merupakan pengadu kes ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks