Lagi sokongan Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Tindakan kerajaan Kelantan yang mahu memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

PAS pusat dalam satu kenyataan menyokong penuh usaha tersebut dan mengarahkan ahlinya hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini.

"PAS menyeru agar rakyat, khususnya anak-anak Kelantan dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Selain itu PAS juga katanya meminta agar Kerajaan Negeri mengheret sekali Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang membuat keputusan bagi menghalang Kelantan menerima hak royalti berkenaan.

Menurutnya, kabinet telah cuba menafikan hak rakyat negeri itu sedangkan Akta 144 Petroleum Development Act 1974 memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Kelantan menuntut hak royalti tersebut.

Selain PAS pusat, kepimpinan PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga mula menyeru ahli PAS di kawasan masing-masing untuk sama-sama hadir ke mahkamah pada hari tersebut.

Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter dilihat digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.

Selain itu, Penasihat Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada), Wan Johari Wan Omar juga turut mengarahkan seluruh ahli persatuan itu hadir memberi sokongan.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap tindakan berani kerajaan Kelantan tersebut.

Kelantan akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi.

Selesai urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Read Full...

Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan RM52 Bilion Saham Untuk Bumiputera


Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 27 Ogos - Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.
Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.
Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.
"Kalau benar kita ambil berat untuk menjamin hak mereka, orang Melayu yang miskin dan terpinggir itu harus dibantu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang tinggal bagi pegangan ekuiti Melayu," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di inu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini semalam.
Ketika ditanya mengenai isu undang-undang hudud di negara ini, Anwar berkata sistem perundangan di negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tetapi agama Islam mendapat tempat yang istimewa sebagai agama Persekutuan, selain jaminan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka.
"Kita memperkukuh institusi yang ada melalui dialog peradaban dan sebagainya. Kita turut menekankan muafakat dan kerjasama antara budaya, agama dan memperbaiki hubungan kaum.
"Oleh yang demikian, berkenaan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, kita menuntut untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji perkara tersebut."Kita mesti berikan ruang untuk setiap parti mengungkap pandangan mereka mengikut prinsip parti. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita terikat dengan konsensus atau persefahaman yang kita meterai bersama, perkara ini telah dijelaskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," tegas Ketua Pembangkang lagi.
Beliau juga menyelar tindakan Umno-BN yang mengapikan sentimen perkauman sempitdan agama dengan tujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.
"Politik usang yang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pemimpin Umno-BN, kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak untuk teruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara dan media seperti Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat," kata Anwar.
Turut sama pada sidang media itu termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Read Full...

PECAH DAN PERINTAH




KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

26 OGOS 2010


Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
PAS
Read Full...

Keuntungan Sime Darby jatuh 43 peratus


Keuntungan sebelum cukai syarikat kaitan kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad, jatuh 43 peratus kepada RM1.7 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010.

Keuntungan tersebut dicatat ekoran 6 peratus peningkatan perolehan syarikat kepada RM33 bilion.
Ini sekaligus menolak laporan media yang membuat spekulasi bahawa kerugian Sime Darby mencecah lebih RM2.5 bilion.

Walaupun masih mencatatkan keuntungan, tetapi bahagian Tenaga dan Utiliti (E&U) melaporkan kerugian besar RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010, selepas membuat peruntukan penuh sebanyak RM2.085 bilion.
Ini termasuk satu peruntukan tambahan sebanyak RM777.3 juta bagi suku keempat tahun ini, berdasarkan kepada anggaran bagi tiga projek minyak dan gas - Qatar Petroleum (QP), Maersk Oil Qatar (MOQ) dan Marine serta susun nilai aset-aset lain.
Menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan yang baru, Datuk Mohd Bakke Salleh, tiada peruntukan baru dibuat bagi projek Empangan Hidroelektrik Bakun dalam suku tahun keempat.
Mengenai Bakun, beliau berkata, berdasarkan kepada anggaran terbaru projek berkenaan, pihaknya tidak menjangka peruntukan tambahan diperlukan kemudiannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan membuat peruntukan tambahan bagi projek-projek lain.

Bakke berkata pihaknya telah mengenepikan jumlah peruntukan tertentu dan akan memantau kemajuannya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang ada, pihaknya yakin yang mereka tidak perlu menyediakan lebih daripada apa yang telah diperuntukkan. Baca berita penuh

Sementara itu, Bernama melaporkan keuntungan sebelum cukai Sime Darby bagi suku keempat menjunam sebanyak 98 peratus kepada RM25.04 juta berbanding RM1.107 bilion pada suku yang sama 2009.

Menurut satu kenyataan syarikat berkenaan, kumpulan itu mencatatkan kerugian selepas cukai RM53.3 juta dalam suku keempat berbanding keuntungan RM1.009 bilion sebelumnya.

Pendapatan tahun penuh meningkat kepada RM32.95 bilion daripada RM31.013 bilion manakala pendapatan bagi suku keempat naik kepada RM9.21 bilion daripada RM7.53 bilion.

Bahagian tenaga dan utiliti di mana minyak dan gas dan kejuruteraan merupakan perniagaan utama, mencatatkan kerugian operasi RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010 selepas membuat peruntukan tambahan RM777.3 juta bagi suku keempat.

Termasuk peruntukan RM1,308.4 juta sehingga suku ketiga, jumlah peruntukan bagi kerugian dan susut nilai dapat dijangka bagi tahun penuh berjumlah RM2,085.7 juta.

Peruntukan tambahan berjumlah RM777.3 juta berkait dengan tiga projek minyak dan gas iaitu Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar dan Marine dan termasuk peruntukan dan susut nilai aset-aset lain.

Read Full...

Video DPP 'cekik diri sendiri' dimuat-naik


Pejabat peguam negara akhirnya memuat-naik klip video terbaru inkues pada 18 Ogos lalu yang diadakan bagi menentukan punca kematian pegawai politik DAP, Teoh Beng Hock.

Klip video itu dimuat-naikkan pada jam 3.41 petang itu, iaitu selepas lebih seminggu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil menyambung keterangan.

Memakan masa lebih tiga jam, fail video ini berukuran 805 MB dan boleh dimuat-turun dari laman sesawang pejabat peguam negara.

Pada inkues itu Pornthip terus mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Sebaliknya Abdul Razak mendakwa keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya.

Selain mempertikaikan kelayakan Pornthip, Abdul Razak juga menyoal sama ada ahli patologi Thailand itu pernah melompat dari bangunan dan kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya.
Beliau juga membuat demonstrasi menunjukkan bagaimana seseorang boleh mencekik diri sendiri sambil digelakkan oleh mereka yang menghadiri perbicaraan itu.
Semalam, ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan video berkenaan membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.
Ketika dihubungi, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pejabatnya menghadapi masalah teknikal dalam memuat-naikkan video berkenaan.

Katanya, mahkamah Shah Alam telah menyerahkan sesalinan video yang tidak boleh dimainkan dan mereka terpaksa mendapatkan salinan yang baru hari ini.

"Tidak adil bagi kamu (media) menyalahkan pejabat saya kerana memihak. Semua ini tidak benar,” katanya.
Selepas didedahkan oleh Lim, Abdul Gani (kanan) berkata beliau terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab dan langkah-langkah telah diambil bagi memastikan klip video itu dimuat-naikkan secepat mungkin.

Katanya di sebalik masalah teknikal itu, pejabat peguam negara bertekad untuk mengheret lebih ramai penjenayah ke muka pengadilan seperti dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan beberapa kes lain.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Izinkan saya jalankan tugas saya,” katanya.

Berikutan bantahan orang ramai yang mempersoalkan integriti inkues yang dijalankan, Abdul Gani berjanji pada permulaan perbicaraan pada Julai tahun lalu bahawa semua yang berlaku akan dirakamkan untuk tontonan umum.

Ketika berita ini ditulis, beberapa pembaca telah memaklumkan bahawa mereka mengalami kesukaran menonton klip video melalui laman sesawang pejabat peguam negara. Malaysiakini.tv akan memuat-naikkan video berkenaan tidak lama lagi. Read Full...

Attack!! Attack!! Attaaacckk!!!


Alhamdulillah... Hooraayyy!!! Serangan sulung ke atas Felda telah membuahkan hasil. Ini merupakan kejayaan yang akan menjadi pendorong kepada serangan-serangan yang telah dan akan dilancarkan. Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan-kejayaan seterusnya. Hidup para peneroka!!

Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada para peneroka Felda Kemahang Tiga di Kelantan.

Mengapa Felda kena bayar??

Sebab.... FELDA MENIPU PARA PENEROKA!!!

Tahniah kepada 354 para peneroka Felda Kemahang Tiga kerana mendapat mendapat semula hak mereka yang telah dicuri. Tak sia-sialah penantian selama sepuluh tahun. Penantian yang sungguh berbaloi. Kisah selanjutnya di sini.

Felda seperti yang telah dikhabarkan akan berhadapan dengan banyak lagi saman. Dan... penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, telah memberi persepsi negatif kepada Felda. Apakah para peneroka masih boleh menaruh harapan dan kepercayaan kepada Felda setelah terbukti ia menipu?? Hmmmm.... Syusyah... syusyah...

Alooo.... Yusuf yang tak lagi ber-NUR', what say you?? Tak nak pikul tanggung jawab ke, sebagai Pengerusi Felda yang gasak hampir RM2 juta duit peneroka?? Kalau kamu ada maruah.... pikul tanggung jawab dan letak jawatan!!!

Dan... hari ini si Najib kononnya telah pergi ke Felda Serting dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan. Tujuan dia ke sana ialah untuk berbuka puasa sambil cuba memperdaya para peneroka dengan' sweet talk'nya. Beri jaminan itu... Beri jaminan ini. Weh... jangan ngkorang percaya. Itu orang... tarak boleh percaya punya??

Fuiyo..... dia lancarkan serangan phycology 'serampang dua mata'. Mengapa dia bertandang ke sana, agaknya?? Ada kena mengena dengan saman ke atas Felda, ke??

Isy.... pasti punyer ler!! Dia bukan ke pandai berlakon?? Berlakon sebagai Juara Rakyat. Kononnyer.... nak tunjuk ler yang dia tu prihatin akan nasib para peneroka. Cuba berlagak baik tapi.... bontot berselemoih taik!! Baca sini dan sini.

Para peneroka... ngkorang jangan cepat dan mudah lupa. Serangan sudah dilancarkan. Jangan pulak nanti belum bertarung sudah.... lemah dan mengaku kalah!! Felda mesti di ajar!!

So.... Attack!! Attack!! Attaaaaacckkk!!! Serang jangan curang!! Serang sampai berjaya!!
Read Full...

Peguam gagal hadir punca Felda tewas..ha..ha..alasan bangang

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.

- Bernama Read Full...

" Perjanjian Setan " Gadai kesucian tunang langsai hutang


Oleh Alias Abd Rani


BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya. “Dengan bantuan orang kampung, polis menahan suspek kira-kira jam 2.30 petang keesokan hari. Mengikut keterangan awal daripada suspek, dia melakukan perbuatan itu selepas membuat perjanjian dengan tunang mangsa.

“Suspek turut mendedahkan, tunang mangsa berusia 19 tahun ketika itu kehabisan wang berjanji akan menyerahkan gadis berkenaan jika dia gagal membayar hutang akibat kalah judi,” katanya. Susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan tunang mangsa bakal dipanggil memberi keterangan berikutan pengakuan suspek itu.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, manakala gadis berkenaan dihantar ke Hospital Betong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Read Full...

Jahil: Buka puasa dengan arak, restoran hidang daging siput



KUALA LUMPUR: Perbuatan pelik apabila masih ada segelintir umat Islam dikesan berbuka puasa dengan meneguk arak berdasarkan pemeriksaan mengejut dilakukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap beberapa restoran makanan barat dan pub yang menganjurkan promosi bufet Ramadan kepada pengunjung.

Lebih mengejutkan apabila salah sebuah restoran barat yang menjadi tumpuan artis dan selebriti terkenal didapati gagal membuktikan bekalan daging ayam dimasak dibeli dari pusat penyembelihan yang diberi sijil halal Jakim.


Kejadian itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Jakim melakukan pemeriksaan terhadap dua restoran di Bukit Bintang dan Jalan Ampang, di sini semalam selepas mendapat premis terbabit sengaja mencampuradukkan hidang bufet Ramadan dan minuman keras kepada pelanggan.

Invalid Domain NameCreate and share your documents anywhere with Office 2010 Create and share your documents anywhere with Office 2010 Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Amri Abdullah berkata pemeriksaan mengejut terbabit ditumpukan terhadap restoran mewah yang dikesan mempromosikan bufet Ramadan kepada orang ramai tanpa pernah memohon untuk mendapatkan pentauliahan sijil halal Jakim.


Menurutnya, pemeriksaan dibantu tiga anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KDPNKK) Putrajaya mendapati restoran yang disiasat terbabit turut menawarkan minuman arak dan wain kepada pelanggannya.



“Agak mengejutkan apabila siasatan mendapati premis terbabit yang menghidangkan makanan barat tidak pernah memohon sijil halal Jakim, namun sengaja menggantungkan dua kain rentang promosi bufet Ramadan di bahagian luar premis.


“Tindakan itu menyebabkan ada antara pengunjung beragama Islam keliru selepas mendapati pihak restoran mencampuradukkan penjualan ratusan botol arak dan wain di samping deretan sajian bufet Ramadan yang dihidangkan kepada mereka,” katanya.


Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 1 tengah hari itu di sebuah restoran makanan barat di Jalan Ampang di sini, pihaknya menjalankan pemeriksaan rapi di bahagian dapur selain stor yang digunakan untuk menyimpan barangan kering.


Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan pekerja beragama Islam di restoran berkenaan didapati tidak menggunakan wain dalam masakan, namun pemeriksaan di dalam stor menemui beberapa tin daging siput yang diimport dari Itali, “Apa yang jelas, daging siput menyerupai siput babi itu haram dimakan umat Islam. Tambah ketara terdapat pencampuran antara makanan halal dengan produk tidak halal terutama membabitkan minuman keras,” katanya. -HM
Read Full...

Siapa Di Belakang Hitler?


oleh Ibnuyaacob
fuhrer_lying
Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya.
Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.

Peringkat-Peringkat Kepimpinan Diktator Hitler
Adolf Hitler adalah seorang tentera biasa yang cuma mempunyai suara yang kuat yang lantang. Walaupun kurang kacak dan tidak tinggi, tetapi kenaikan posisinya dari tentera biasa sehingga menjadi Fuhrer dalam Parti Nazi amat mencurigakan sesetengah pihak.
Kenyataan ahli-ahli sejarah yang dikutip Wikipedia yang mengatakan kepimpinan Nazi memilih Hitler memimpin kerana semangat juang dan kebijaksanaan berpidato langsung tidak boleh diterima. Ia hanyalah kenyataan untuk menutup konspirasi asal bagi merealisasikan semua perancangan Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2.
Hitler tidak sahaja menerajui tampuk tertinggi parti malah berjaya pula memenangkan hati rakyat dan dalam masa yang sama meranapkan parti-parti penentang dengan kejam yakni membunuh mereka sekali gus.
Berikut ialah peringkat kepimpinan Hitler;
  1. Bekerja posmen Kem Infantri Regim Bavaria
  2. Dilantik sebagai Lans Koperal - Pasukan Pertahanan Jerman
  3. Menyertai GWP sebagai perisik
  4. Dipilih memimpin GWP dan bertukar kepada Nazi
  5. Pada 1932, Parti Nazi memenangi majoriti kerusi di Reichstag
  6. Dalam tahun yang sama, Hitler menyebarkan propaganda Parti Komunis
Lelaki-lelaki di belakang Hitler
Maksud di sebalik peperangan ialah kos iaitu kos makan minum tentera, kos pakaian, kos minyak, kos pengeluaran senjata, kos pembinaan enjin, kos gaji buruh, kos gaji jurutera dan sebagainya. Maka Hitler tidak bergerak sendiri atas kebolehan berpidato semata-mata. Kos untuk melaksanakan dasar yang dipidatokannya sudah pun diatur penajanya.
Adolf Hitler sama peranannya dengan Napolean Bonaparte yang menjadi boneka Illuminati bagi mencetuskan peperangan-peperangan yang berterusan. Sebagaimana Napolean, Hitler tidak dapat bergerak tanpa sokongan dari orang-orang ‘besar’ dari belakang. Mereka sudah pastilah billionaire-billionaire yang sudah bersedia menaja segala macam tindak-tanduk Hitler dalam Perang Dunia Ke-2.
Penaja utama yang menerajui persiapan Hitler menghadapi perang sudah pasti Dinasti Rockefeller. Syarikat minyak Rockefeller ketika itu pemangkin utama kerajaan Jerman dalam operasi pemprosesan minyak dan gas bagi kegunaan kementerian pertahan Jerman.
Di dalam laporan dari Commercial Attache, kedutaan Amerika di Berlin pada Januari 1933, Amerika mengakui syarikat minyak Rockefeller menyumbang berbillion-billion dollar keuntungan kepada kerajaan Nazi di Jerman.
Sesuatu yang disembunyikan sejarawan barat ialah Jerman telah mengeksport gas sintetik yang tahan lama untuk digunakan jentera-jentera tentera dalam peperangan besar. Ironiknya, gas sintetik jenis hidrogen itu dihasilkan diimpor oleh Amerika untuk kegunaan makmal milik syarikat minyak Rockefeller di New York. Amerika Syarikat mengimporthampir 85 peratus keseluruhan keluaran gas tersebut dari Jerman pada 1934.
Sebelum berjaya menguasai kepimpinan Parti Nazi, Hitler telah menjemput Rudolf Hess dan Hermann Goering ke rumahnya serta beberapa pemimpin tertinggi parti. Perjumpaan ini didedahkan dalam satu akhbar Jerman iaitu Preussiche Zettung pada 3 Januari, 1937.
Antara lelaki lain yang disyaki membantu Hitler secara individu ialah Sir Henry Deterding iaitu salah seorang CEO Royal Dutch Shell. Hitler dilaporkan menerima sumbangan peribadi daripada Deterding sebanyak 55 juta pound sterling. Deterding juga ketika itu digelar sebagai “The Most Powerful Man in the World” bagi kebanyakan akhbar-akhbar dunia.
hess_deterding_goering
Pada 1932, seorang ahli kongress Perancis iaitu Paul Faure telah membongkar kepada akhbar bahawa sebuah firma perniagaan di Perancisi iaitu Schneider-Creuzot telah menyumbang dana rahsia kepada Adolf Hilter. Paul Faure mendakwa Hitler telah menerima sumbangan dana peribadi sebanyak 300,000 swiss gold franc.
Selain itu, seorang ahli perniagaan iaitu Fritz Tyssen dari New York disyaki antara penyumbang dana peribadi kepada Hitler bagi memastikan Hitler menguasai Parti Nazi. Tyssen juga dilaporkan penaja kewangan peribadi kepada agennya di Jerman iaitu Rudolf Hess bagi menyertai rundingan bersama Hitler.
Di antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler bolehlah diringkaskan seperti berikut:
  1. Siemens and Halske (Jerman)
  2. General Motor (Amerika)
  3. Osram (Jerman)
  4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)
  5. Royal Dutch Shell (Jerman)
  6. National City Bank of New York (Amerika)
  7. German General Electric (Jerman)
  8. JP Morgan (Jerman)
  9. Ford Motor Company (Amerika)
  10. Bank of Manhattan (Amerika)
  11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)
Kesimpulan
Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah agen Illuminati yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti.
Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.
Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis. Read Full...

Projek RED-DEAD (Bahagian 1)

oleh Ibnuyaacob




reddead
Di dalam kesibukan dunia berhadapan serangan wabak Selsema Babi (SB@H1N1), Israel sekarang bertungkus lumus cuba menjalankan projek mega yang sudah direncanakan sejak 100 tahun dahulu. Projek tersebut ialah Projek RED-DEAD.

Projek RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan Israel 2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek supermega ini mendapat tentangan hebat dari negara-negara jiran sekeliling Israel terutamanya Jordan dan Mesir. Ini disebabkan projek tersebut memerlukan Israel menceroboh sebahagian tanah negara-negara berkenaan.
Latar Belakang Projek
Projek RED-DEAD adalah projek mega untuk membina terusan bagi menghubungkan antara Laut Merah (Red Sea) dengan Laut Mati (Dead Sea). Tujuan pembinaan terusan ini ialah untuk memasukkan air dari Laut Merah ke dalam kawasan Laut Mati yang semakin mengering. Pembinaan terusan ini dijangka angka menyelamatkan negara Israel dari pelbagai faktor sama ada ekonomi, politik atau maruah.
Kertas kerja rasmi projek ini bernama The Red Sea-Dead Sea Canal (RSDC). Ia mula dibentangkan pada pertengahan 1990 oleh kerajaan Israel kepada kerajaan Jordan. Tujuan dibentangkan RED-DEAD kepada kerajaan Jordan ialah proses pembinaannya akan melalui kawasan-kawasan negara Jordan terutamanya penempatan-penempatan penduduk yang berhampiran Laut Merah. (Lihat gambar di bawah)
reddead_canal_route
(Gambar) Laluan terusan Projek RED-DEAD
Pembentangan kertas kerja kepada Jordan tidak lain semata-mata untuk memujuk Raja Jordan menyertai dan merestui dalam diam projek mega tersebut. Di dalam perancangan tersebut, Israel menyatakan ia bagi menampung air keperluan seharian penduduk Jordan.
Konspirasi Jordan-Israel
Amat mengejutkan semua pihak, pada Mei 2009, kerajaan Jordan telah mengumumkan akan menjalankan idea RED-DEAD itu berseorangan tanpa Israel. Idea gila Jordan ini menelan belanja USD10 billion dan dijangka akan mengambil masa 20 tahun untuk siap. Ini menunjukkan semua kos projek akan ditanggung sepenuhnya oleh Jordan.
Pada pandangan kami, jawatankuasa yang dibentuk kerajaan Jordan untuk mengurus projek RED-DEAD ini kemungkinan ada dianggotai oleh tali barut - tali barut Israel.
Hujah kami ini berdasarkan 3 perkara yang berlaku berkaitan isu RED-DEAD dalam tahun 2009 ini, iaitu;
  1. Perbincangan antara Menteri Pembangunan Israel, Sylvan Shalom dengan Predisen Bank Dunia pada 25 Jun 2009 untuk meminta bantuan kewangan tidak mencapai kata putus. Bank Dunia hanya menyatakan masih meneruskan penelitian terhadap kertas kerja RED-DEAD.
  2. Empat hari selepas itu, pada 29 Jun 2009, akhbar Israel iaitu Jerusalem Post melaporkan kerajaan Jordan telah mendapat kelulusan peringkat pertama USD 1.25 billion untuk projek RED-DEAD dan Jordan didapati cuba menyembunyikan kelulusan ini dari negara lain.
  3. Kemudian dengan tidak semena-mena pada 31 Julai 2009 lepas, kerajaan Palestin pimpinan Mahmood Abbas mengumumkan menyokong penuh rancangan projek RED-DEAD yang bakal dilaksanakan Jordan padahal terusan tersebut langsung tidak menguntungkan penduduk Palestin.
Laut Mati Semakin Kering
Dengan terbinanya terusan RED-DEAD, Israel mengharapkan paras air Laut Mati akan kembali normal dan ditambahkan atau setidak-tidaknya ia kekal tidak kering. Menurut fakta geografi, Laut Mati mempunyai paras dasar antara terendah dalam dunia dari aras laut. Ia juga mempunyai kadar kandungan garam yang amat tinggi antara laut-laut lain.
size_deadsea
Laman web Sciendaily melaporkan pada 5 Mac 2009 lalu, aras air laut Mati semakin menurun dan teramat kritikal. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Darmstadt, Jerman, aras air Laut Mati dalam tempoh 30 tahun terdekat telah hilang sebanyak 14km3.
Antara faktor kekeringan Laut Mati ialah banjir yang pernah berlaku di Israel akibat hujan lebat. Walaupun banjir teruk di Israel hanya pada 1980, tetapi bencana tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kadar garam Laut Mati berkurang sebanyak 5 peratus.
Bukan itu sahaja, bala banjir dari Allah itu juga telah menyebabkan warna Laut Mati telah bertukar daripada biru gelap kepada warna Merah.
Misteri disebalik Projek RED-DEAD
Apa yang mencurigakan dan misteri di sebalik projek RED-DEAD ialah sebelum kertas kerja pertama RED-DEAD dibentangkan pada 1990, cadangan pertama telah pun dikemukakan oleh William Allen pada 1855. Ini bermakna, projek RED-DEAD lebih dahulu direncanakan sebelum tertubuhnya pertubuhan Zionis Antarabangsa pada 1897.
Ketua Saintis Kementerian Pembangunan Infrasturktur Israel, Dr. Michael Beyt menulis dalam kertas kerjanya bahawa Dr. Theoder Herzl (pengasas Zionis) pernah mengimpikan untuk membuat empangan hidroelektrik untuk negara Israel melalui terusan ini.
Jika sekiranya rancangan pembinaan projek RED-DEAD lebih awal 50 tahun dari idea penubuhan negara Israel, yang manakah antara kedua-dua berikut keutamaan Dajjal dalam perencanaannya menguasai dunia?
Dapatkah kita bayangkan, usia rancangan membina RED-DEAD sudah mencapai 154 tahun tetapi baru akan bermula pada 2014. Sedangkan ia dirancang pada 1855 lagi. Manakala negara Israel pula hanya dicadangkan oleh Herzl pada 1897 dan telah pun tertubuh pada 1942.
Secara logiknya menubuhkan sebuah negara lebih sukar dari membina terusan kerana terpaksa berperang dan mengorbankan banyak nyawa berbanding membina terusan.
Yahudi mengambil masa hanya 51 tahun untuk menubuhkan negara Israel dari tarikh cadangan sedangkan untuk membina RED-DEAD terpaksa mengambil masa 154 tahun dari tahun cadangan.
Jadi, manakah lebih utama untuk Dajjal? Negara Israel atau RED-DEAD? Atau kemungkinan READ-DEAD adalah satu agenda rahsia yang sengaja disembunyikan oleh ahli-ahli sejarah Harvard dan Oxford bagi melindungi sesuatu dari pengetahuan umat Islam.
Wallahu’alam …. Read Full...

PERINGATAN : Jangan anda terkejut Dengan Paderi Melayu




PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI

: PADERI MELAYU PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..

SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.

MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.

BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3. AL-BISTARIA

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..-
Read Full...

Siri 1: Siapa Pengkhianat Melayu?



1. Siapakah yang menukarkan wang royalti kepada wang ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 1999?

2. Siapa yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% melayu menikmati hasil royalti PETRONAS?

3. Siapa yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Beremban, Kg Plentong, Kg Chubadak dan Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapa yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapa yang menggadai Tanah Rizab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada tahun 1997?

6. Siapa yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali?

7. Siapa yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni sedangkan ia adalah hak setiap rakyat di bawah Dasar Ekonomi Baru?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat pada 18% pada tahun 2000?

9. Siapa pula yang memansuhkan DEB dan digantikan dengan dasar Liberasasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?
Read Full...

Siri 2: UMNO Pengkhianat Melayu


11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang diPertuan Agong terhakis dan hanya menjadi "rubber-stamp" di Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelar rajanya "menatang" bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terenganu selepas PRU-12 tahun 2008 yang lalu?

15. Siapa yang mengubah sempadan majoriti undi Melayu setelah Melayu sendiri menolak UMNO pada PRU ke-10 pada tahun 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukkan perlembagaan mengenai hak-hak istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukarkan biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4 peratus?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah 'infotainment', 'boulevard', 'presint', 'bajet' dan lain-lain?

19. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi daripada diajar di sekolah-seolah?

20. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyart (SAR) tempat melahir militan dan ekstremist?
Read Full...

Siri 3: Melayu Pengkhianat Melayu?



21. Siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga meneyebabkan institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

22. Siapa yang jual air kepada negara jiran (Singapura) dengan harga 3 sen bagi 1000 liter dan jual balik kepada rakyatnya (Malaysia) dengan harga 80 sen bagi 1000 liter.?

23. Siapa yang menyerahkan blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan Parlimen?

24. Siapa yang cuai menjaga air sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas kepada tangan orang lain?

25. Siapa yang menukar Bahasa pengatar dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik pada ketika jurang pendapatan luar bandar semakin melebar.

26. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar untuk Universiti?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembagunan Kg Baru, Kuala Lumpur hingga membuka militan  kepada 40% kepada bukan Melayu.

28. Siapa yang kekang akta maklumat, AUKU dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbobdohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barang-barang asas ketika itu Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini.

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedangkan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) dibuang dan diguna bahasa penjajangkah United Malays National Organisation (UMNO)?
Read Full...

Hukum Hudud - Impian Peribadi Kami Sebagai Islam!


Buat Pemuda Gerakan..
Untuk pengetahuan kamu..
Hukum Hudud ini bukan sahaja impian peribadi Tuan Guru Nik Aziz..
tetapi adalah impian peribadi kami yakni jutaan ahli-ahli PAS di Malaysia ini!

Walaupun ianya mendapat bantahan daripada Karpal Singh, kamu dan UMNO, ianya tetap menjadi impian kami sehinggalah kami menutup mata dan akan disambung oleh pewaris-pewaris perjuangan kami sehingga ke akhir hayat alam ini!

Jadi tidak perlulah kamu sibuk nak sedarkan PAS atas apa yang kamu rasa..
Karpal Singh juga begitu.. Apa pun yang dikatakan oleh mereka yang kafir mahupun yang fasik mahupun yang munafik!

Hukum Hudud tetap menjadi impian kami..
Biarlah kami ditolak oleh DAP kerana Hukum Hudud..
Biarlah kami dihina oleh MCA dan gerakan kerana Hukum Hudud..
Biarlah kami disindir oleh UMNO kerana Hukum Hudud..
Biarlah... Biarlah..
Kerana inilah sunnah perjuangan kami..
Dan kami yakin sekiranya kamu tahu akan kebenaran dan keadilan Islam..
Pastinya sejak dahulu lagi kamu mahukan Al-Quran sebagai penjaga kehidupan kamu..

Malangnya.. UMNO yang mewarisi Saka British inilah yang telah menggelapkan segala keindahan dan keadilan Al-Quran di bumi Malaysia ini....
sunsnake 23082010 Read Full...

Yang UMNO Terasa Apahal???



Seingat teman.. MB Khalid takde pun buat sebarang tuduhan berkaitan hal ni..
hatta mungkin aci cleaner di SUK pun tak dituduhnya..

Yang tiba-tiba UMNO Selangor melompat apahal?
Yang tiba-tiba UMNO Selangor terasa apahal?
UMNO Selangor makan cili ke?
UMNO Selangor terasa pedas ke?

Wakakakak!
Makin nak mampus makin meghoyan UMNO nih!!!

sunsnake 23082010

'Isu kamera sandiwara Khalid'

2010/08/23

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung penemuan kamera tersembunyi di pejabatnya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Satim Diman, berkata rakyat Selangor masih menunggu Khalid membuat laporan mengenai kamera yang ditemuinya kira-kira dua minggu lalu.

Jika belum atau enggan buat laporan akan timbul pelbagai spekulasi. Apakah ini sandiwara politik Khalid dan mengapa? katanya dalam kenyataan, semalam. Satim turut membuat andaian laporan tidak dibuat kerana khuatir siasatan polis akan membongkar identiti orang yang meletakkan kamera itu.

Mungkin Khalid takut jika ada siasatan, polis akan membongkar identiti orang yang meletak kamera itu sama ada musuh Elizabeth Wong (Adun Bukit Lanjan) atau musuh Khalid yang tahu kegiatan dalam pejabat Menteri Besar atau motif peras ugut, dakwanya.

Satim berkata, orang ramai sedia maklum hanya orang tertentu boleh keluar masuk pejabat Menteri Besar dan mustahil orang luar meletak kamera itu.

Jangan hendak menuding jari kepada orang lain. Hanya Khalid dan orang dalam tahu rahsia kegiatan dalam pejabat Menteri Besar, katanya yang berharap Khalid segera membuat laporan perkara itu.
Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Khalid menjumpai kamera tersembunyi di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan SUK di Shah Alam.

Menteri Besar sebelum ini berkata, sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan jika ada keperluan selepas melihat rakaman berkenaan. BERNAMA Read Full...

Mengumpul kisah pentadbiran Nik Aziz awal 90-an


Oleh Dinsman

Ingat lagi? Saya pernah tulis mengenai perlunya Teori Pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dibukukan. Kerana telah terbukti – sebuah “Pentadbiran Islam” telahpun terbina di Kelantan, di bawah pimpinan TG Nik Abdul Aziz, sejak Oktober 1990. Dan apa yang telah terbina itu adalah suatu Model Pentadbiran yang telahpun berjaya dilaksanakan pada abad 20-21 ini – selama 20 tahun di situ.

Ada di situ sekarang. Sesuatu yang real dan praktikal. Bukan sekadar ilmu mengenai “Negara Islam” yang ditulis dalam buku-buku. Ini yang real. Realiti.

Datang ke Kelantan dan itulah dia – sebuah pentadbiran negeri Islam. Bukan sekadar ilmu dan teori, tetapi sesuatu yang sudah dipraktikkan. Yang sudah melampaui ilmu dan teori. Inilah dia.

Akan genap 20 tahun Oktober ini. Jangan tanya mengenai pelaksanaan Hukum Hudud dan apa-apa lagi yang selalu disebut dalam buku-buku ilmu dan teori. Tetapi tengoklah apa yang hadir sebagai realiti di depan mata itu – tengok secara keseluruhannya yang zahir dan yang batin, yang jasmani dan yang rohani, yang fizikal dan yang spiritual, dan bandingkanlah dengan apa-apa yang pernah dibaca mengenai Negara Islam di dalam buku-buku.

Interesting. Cukup menarik. Hairannya belum ada orang yang membuat kajian.

Tapi tak mengapa. Kita buat apa yang kita boleh buat. Saya sendiri sekarang sedang berusaha menyiapkan sebuah dokumentari video mengenai perkara itu – “20 Tahun Membangun Bersama Islam”. Dulu, sepuluh tahun dulu, tahun 2000 saya telah hasilkan buku “Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam, Kelantan Di Bawah Kepimpinan Ulamak” (terbitan Pusat Kajian Strategik, Kota Bharu).

Kali ini kita buat dokumentari video pula. Sekarang sedang dalam proses penggambaran. Tetapi tidaklah menepati tujuan seperti yang saya cadangkan dulu – supaya teori dan pelaksanaan pentadbiran Islam pimpinan Tok Guru Nik Aziz itu dibukukan.

Video dokumentari dengan buku memang tak sama. Tapi tak mengapa. Masing-masing ada kelebihannya. Namun walau apa pun, dokumentari ini tidaklah akan memfokus kepada pentadbiran. Fokusnya ialah kepada pencapaian “Membangun Bersama Islam” selama 20 tahun itu. Ada banyak pencapaian sebenarnya. Sebahagiannya telah saya senaraikan dalam buku kecil “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia” (2008).

Kita lupakan buku untuk sementara ini. Fokus kepada video dokumentari. Maksudnya kita akan rakamkan visual-visual yang boleh menunjukkan pencapaian kepimpinan TG Nik Aziz membawa rakyat Kelantan membangun bersama Islam selama 20 tahun itu. Apakah pencapaian-pencapaiannya?

Banyak! Paling mutakhir atau terbaru ialah pelancaran Dinar emas dan Dirham perak pada 12 Ogos lalu, di Kota Bharu. Ia lanjutan kepada pengenalan Dinar emas Kelantan yang telah dilancarkan empat tahun lalu (2006). Cuma bezanya kali ini ia dibuat dengan perancangan yang lebih besar dan rapi, dengan kualiti bertaraf antarabangsa. Tidak hairanlah beberapa orang menteri kerajaan persekutuan pun terkejut dan melatah-latah kerananaya.

Itu satu daripada contoh terakhir. Ada banyak lagi. Pendek kata kita tak ada masalah langsung untuk mendapatkan bahan bagi mengisi dan mengolah dokumentari berkenaan. Cuma yang menjadi masalahnya ialah bahagian awal, bahagian yang sudah menjadi sejarah. Yakni untuk menunjukkan perubahan-perubahan awal yang dilakukan oleh pentadbiran pimpinan TG Nik Aziz, sejurus selepas PAS mengambil alih teraju pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan pada Oktober 1990.

Bahagian awal itu penting. Misalnya apabila PAS mengambil-alih kerajaan pada 22 Oktober 1990 itu, pihak Umno/BN bising dengan ramalan mereka mengatakan kerajaan Nik Aziz hanya boleh bertahan selama tiga bulan sahaja. Lepas tiga bulan mereka akan kehabisan wang, tak dapat bayar gaji kakitangan, dan tak akan dapat menjalankan pentadbiran.

Tetapi ternyata ramalan Umno/BN itu meleset. Kenapa? Bagaimana TG Nik Aziz boleh bertahan dengan dana yang sangat kecil, sedang kerajaan persekutuan pula bertindak menahan bantuan-bantuan yang sepatutnya diberikan kepada Kelantan, bagi memastikan PAS terpaksa menyerah kalah?

Tidak ada orang yang paling layak untuk menjelaskan perkara ini, dengan menceritakan perkara sebenar yang berlaku di dalam pentadbiran dalaman waktu itu, kalau bukan Pegawai Kewangan Negeri sendiri, yang berkhidmat pada masa itu.

Memang saya pernah membaca mengenai perkara ini dalam catatan pendahuluan oleh editor yang menyusun buku “Islam Boleh”, iaitu koleksi ucapan-ucapan awal Menteri Besar TG Nik Aziz, yang diterbitkan oleh Maahad ad-Dakwah wal-Imamah (1995). PKN yang berkhidmat pada masa itu ialah Datuk Ab Razak Salleh. Tetapi siapakah Datuk Abd Razak Salleh itu pada hari ini? Di manakah dia sekarang? Bagaimana hendak mencari dia?

Alhamdulillah, secara kebetulan sewaktu berbincang dengan Senator Mumtaz Md Nawi, beliau mempunyai maklumat terkini mengenai Datuk Razak. Kami pun telah bertemu, dan rupa-rupanya Datuk Razak menyimpan banyak lagi cerita-cerita menarik di sekitar cara, gaya dan pendekatan pentadbiran oleh ulamak bernama Nik Aziz.

Misalnya, mengapa ungkapan “Pah kita ni nak wat guana?” masih melekat dalam ingatan Datuk Razak hingga ke hari ini, sedangkan ungkapan itu diucapkan TG Nik Aziz 20 tahun dahulu? (Untuk mengetahuinya, baca majalah Qiadah yang akan terbit selepas Raya nanti).

Itu baru satu kisah sejarah. Bagaimana pula dengan kisah penutupan kelab malam, disko, bar, karaoke, salun uniseks, pusat snooker dan lain-lain premis berunsur maksiat di sekitar bandar Kota Bharu? Tentulah kita perlu mendapatkan ceritanya daripada YDP Majlis Perbandaraan Kota Bharu yang berkhidmat pada waktu itu.

Demikian juga kisah bagaimana arahan supaya kakitangan wanita di pejabat-pejabat kerajaan mesti berpakaian menutup aurat. Pegawai-pegawai kanan, khasnya para DO, dikehendaki membaca Quran terutama di bulan Ramadhan. Dan bagaimanakah arahan-arahan itu dibuat dan diterima di peringkat daerah-daerah?

Pendek kata apa sahajalah yang berkaitan dengan dasar dan peraturan-peraturan baru, yang diperkenalkan oleh pimpinan ulamak. Semua cerita-cerita itu sangat penting untuk dirakam dan dianalisa, bagi membuat penilaian ke atas pencapaian pentadbiran Islam oleh TG Nik Aziz, selama 20 tahun lalu.

Maka saya berharap sesiapa sahaja yang mengetahui atau mempunyai cerita-cerita penting seperti itu, tolonglah hubungi kami.

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)
Read Full...

Pemuda PAS sedia perjelas hudud

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) malah seluruh warga pemuda Islam menyokong penuh kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut gejala sosial yang kian membarah mutaakhir ini. Barah sosial atau penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca daripada maksiat dan mungkar yang berleluasa malah perkara ini telah diketahui umum.
Malangnya masih ramai yang masih berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun yang lalu. Ternyata sistem yang dicipta oleh manusia hari ini mempunyai 1001 kelemahan dan terbukti tidak mempunyai keupayaan tinggi mengatasi masaalah sosial, jenayah malah juga penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin ketara.
Lebih 50 tahun rakyat bersabar menghadapi musibah dan becana besar menimpa negara dan rakyat. Kini keadaan tidak mungkin lagi boleh dibiarkan walau untuk tempoh yang dekat. Peradaban dan tamadun sedang runtuh bersama lunturnya nilai budi dan maruah ummah.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukuman hudud dijalankan sementara pelbagai pihak mula mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini. YB Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat dari hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya.
DPPP kira inilah masa yang tepat untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak, sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini? Sangat tidak adil jika Islam ditolak sementah itu sedang peluang ia membuktikan kemampuan dan keupayaan menyelesaikan barah sosial negara belum diberikan.
DPPP sedia bertemu dengan YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang atau mana-mana pihak bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud ini boleh berperanan memulihkan satu peradaban yang kian runtuh pada hari ini. Bahkan DPPP bersedia untuk bertemu dengan siapa jua yang memerlukan penjelasan mengenai perlaksanaan syariat Islam ini termasuk pihak pemerintah.
Sementara undang-undang atau peraturan yang ada pada hari ini gagal merawat dan mengubati penyakit masyarakat yang melanda teruk hari ini kenapa tidak kita menerima perlaksanaan syariat Islam. Menerima perlaksanaan syariat Islam bukan bermakna non muslim dipaksa memeluk ajaran Islam.
Lojiknya selama ini kita boleh menerima dasar dan peraturan yang digubal oleh British sedang kita semua bukanlah orang British, maka apa masaalahnya jika negara yang majoriti penduduknya adalah muslim melaksanakan syariat Islam. Bukankah sistem yang sedia ada itu telah gagal melahirkan sebuah masyarakat yang soleh dan sejahtera?
Realiti ini diakui oleh semua sehingga kini YB Karpal Singh juga mencadangkan hukuman yang lebih berat. Justeru itu, langkah bijak ialah menukar sistem kepada yang lebih baik, adil dan berkesan. Perlu diingat bahawa keberkesanan sesuatu jalan penyelesaian bukan hanya dilihat kepada berat dan kerasnya hukuman tersebut tetapi dilihat kepada sejauh mana ia mampu menimbulkan keinsafan dan kesedaran dikalangan masyarakat khasnya penjenayah terbabit.
Maka syariat Islam bukanlah sekadar hukuman semata-mata tetapi penyelesaian bestari dan hikmah. Di sinilah DPPP melihat Islam perlu diberi peluang justeru Islam mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik. Bermula dari:-
Pendidikan atau pentarbiyahan
Pembinaan atau pembentukan minda dan peribadi
Pencegahan atau kawalan
Pemantauan
Alternatif
Hukuman setimpal
Islam tidak berhenti di atas hukuman semata-mata. Malah hukuman Islam sebahagiannya jauh lebih ringan berbanding hukuman ciptaan manusia yang ada pada hari ini. Hukuman berat dan keras tidak menjamin sesuatu hukuman itu berkesan seperti hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pengedar dadah , biarpun hukuman itu keras dan berat namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa. Jelas ianya tidak berkesan. Lantaran hukuman itu tidak mempunyai pakej sebagaimana syariat Islam.
DPPP percaya kebaikan sistem syariat Islam sebenarnya disedari oleh semua yang membaca sejarah kerana ia suatu yang praktis bukan teori atau khayalan. Jika tidak masakan YB Lim Guan Eng mahu menjadikan pentadbirannya mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang beliau sendiri tidak pernah menemui khalifah itu.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan syariat Islam justeru itulah ia mampu menonjolkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam pentadbiran dan pemerintahannya. Kehebatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecemerlangan pentadbirannya adalah kerana beliau komited dengan perlaksanaan syariat Islam.
Sekiranya pemimpin DAP itu dalam satu masa mahu mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan dalam satu masa lagi sebahagian pemimpin DAP menolak perlaksanaan syariat Islam yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu sebagai satu penyelesaian kepada barah sosial hari ini, maka DPPP mengira ia satu kekeliruan yang besar malah dilihat tidak wajar dan ia kelihatan seperti retorik atau hipokrit.
DPPP berharap semua pihak tidak prejudis terhadap perlaksanaan syariat Islam termasuklah Umno dan BN sendiri selaku pemerintah pada hari ini. Islamlah satu-satu penyelesaian yang terbaik untuk konflik dan kemelut yang dihadapi oleh manusia kerana syariat Islam itu datang terus dari Allah, Tuhan yang mencipta manusia.
Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Read Full...

Lulus balak zaman BN, banjir lumpur masa PAS

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Baru-baru ini berlaku banjir lumpur di Daerah Sik dan Baling. Antara yang turun bersama banjir lumpur itu ialah serpihan kayu balak yang meredah sebahagian rumah penduduk sehingga ada yang mengalami kerosakan teruk.

Secepat kilat media-media talibarut BN menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kononnya meluluskan lesen membalak sewenang-wenangnya sehingga merosakkan alam sekitar dan berlakulah banjir kilat. Seperti biasa, media tersebut akan mengutip komen dari pengulas kaki lima yang bercakap tanpa fakta.

Kononnya kerajaan meluluskan lesen balak dengan banyak di kawasan itu. Tidak perlu diendahkan sangat kerana yang mengulas itu adalah seorang dua penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa.

Tetapi apabila yang mengulas itu adalah seorang bekas Exco dan seorang Adun (yang menang secara ‘haram’ melalui undi pos), maka ia menimbulkan tandatanya inikah kualiti wakil rakyat BN? Mereka lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berpura-pura tidak tahu dengan tujuan untuk membohongi penduduk bagi mendapat keuntungan politik.

Kenyataan yang sebenarnya ialah, sejak Pakatan mengambilalih pentadbiran pada Mac 2008 tiada satu pun kelulusan pembalakan di semua kawasan yang terbabit dengan banjir ataupun kawasan hutan di mana berpuncanya banjir tersebut. Kampung-kampung yang terbabit dengan banjir ialah Bendang Man, Charuk Sireh, Radik, Chepir, Batu 8, Kemelong, Bukit Sebelah, Banggol Derun, Padang Temu dan Bongor.

Mereka mendakwa kononnya pembalakan berlaku sejak September 2009, bagi mengaitkan bahawa kelulusan balak tersebut dibuat oleh kerajaan Pakatan.

“Maklumat yang saya ada, kali terakhir balak ditebang di Rimba Teloi/tadahan Sungai Semeliang yang bersambung dengan Sungai Chepir ialah sewaktu Dato’ Seri Syed Razak jadi Menteri Besar, selepas itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid pula jadi Menteri Besar dan menguasai kelulusan kawasan pembalakan,” jelas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Sdr. Muhammad Sanusi Md Nor. Menurut beliau, setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, di bawah seliaan, kajian dan sokongan oleh Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa antara satu hingga tiga tahun untuk proses penandaan, persempadanan kawasan dan memproses lesen menebang.

Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengambil hasil balak yang memakan masa sehingga tiga tahun, maka bermakna pembalakan di situ (jika ada) pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dahulu.

Wakil rakyat ‘pos’ BN pula mendesak supaya kerajaan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terbabit. Cakapnya mudah sekali kerana barangkali dia tidak tahu peraturan yang ada. Kawasan yang telah diluluskan di zaman BN yang telah mengikut semua prosedur yang ada, maka tidak ada peraturan lain yang boleh menarik balik kelulusan itu. Proses itu 'mengikat' semua pihak.

Kerajaan Pahang pernah disaman RM63 juta atas isu balak. Kerajaan Kelantan juga kena bayar beratus-ratus juta akibat mencabuli perjanjian pembalakan yang berlaku di zaman BN memerintah Kelantan. Undang-undang tidak peduli parti mana yang terajui kerajaan namun sesiapa yang kuasai kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap perjanjian yang terdahulu. Justeru, kerajaan sekarang tidak boleh sewenang-wenang membatalkan perjanjian yang dibuat antara pembalak dengan kerajaan BN dulu.

Satu lagi tuduhan liar yang sering dilemparkan BN ialah kononnya kerajaan Pakatan meluluskan kawasan pembalakan dengan sewenang-wenangnya. Sebenarnya di Kedah, kuota pembalakan yang dibenarkan hanya 2340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya jika tidak dihabiskan.

Hanya kuota di zaman Tan Sri Sanusi Junid jadi Menteri Besar yang tidak dihabiskan kerana kononnya mahu menjaga alam sekitar. Bagaimanapun ia dihabiskan oleh kerajaan BN selepasnya. Sama ada dihabiskan atau tidak, di zaman BN atau Pakatan; kuotanya tetap sama iaitu 2340 hektar. Kerajaan sekarang tidak boleh menambah keluasan sewenang-wengangnya kerana peraturan kuota pembalakan itu diikat oleh Akta Parlimen.

Dengan keluasan yang sama; hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta setahun hasil dikutip di zaman BN, sedangkan sekarang, melalui tender terbuka, hasilnya ialah RM35-RM38 juta (premium sahaja, belum masuk cukai kayu per/tan).

Itupun kawasan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bukit Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja. Tidak ada di Rimba Teloi, tempat terhasilnya banjir kilat, seperti dakwaan pemimpin BN.

Lagi isu yang sering dimainkan ialah kononnya berlaku pembalakan haram. Kerajaan negeri tidak pernah ‘mengeluarkan lesen’ untuk pembalakan haram. Tugas mengawal segala yang haram di atas muka bumi ini adalah kerja penguasa yang berkaitan, pelaksana undang-undang dan pengawal undang-undang (pihak keselamatan).

Dalam kes balak, ia bukan kerja agensi kerajaan negeri semata-mata. Ia juga menjadi tugas Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan pihak polis. JKKKP dan MKK (Majlis Ketua Kampung/Komuniti) boleh membantu. Laporkan saja jika terdapat kegiatan pembalakan haram, bukan susah sangat. Namun sehingga kini belum ada mana-mana pihak pun yang dapat membuktikan terdapatnya kegiatan pembalakan haram di Kedah.

Seorang Adun BN pernah cuba menjadi hero dalam isu ‘pembalakan haram’, mendedahkan maklumat kepada pihak yang lebih tinggi di Putrajaya. Tapi akhirnya malu sendiri apabila kegiatan pembalakan itu, walaupun pembalakan baru tetapi lesennya diperolehi di masa BN dahulu. Sekarang sekali lagi pemimpin BN berlumba-lumba nak jadi hero isu balak selepas tragedi banjir kilat di Sik dan Baling. Sama-samalah kita saksikan bagaimana air liur yang mereka ludahkan ke langit akan menimpa batang hidung mereka sendiri.
Read Full...

Tragedi Ribut Taufan Bazar Ramadhan Jasin, Kini Melanda Pula Bazar Ramadhan Dekat Mahkota Square Depan Masjid Negeri Kuantan !!




KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam6.40 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang maha dasyat itu berlaku.

Kanopi Bazar Ramadhan Ranap Di Pukul Ribut 


Difahamkan, beberapa buah kanopi diBazar Ramadhan Mahkota Square(foto) di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut petang semalam. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di kawasan terbabit. Malah, difahamkan insiden itu juga berlaku selepas seorang "VVIP" melawat ke situ. Tujuh buah kanopi dipercayai melambung ke udara dan menghempap beberapa buah yang lain. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga gerai berkenaan terpaksa bertempiaran lari akibat takut kejadi ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin berulang. Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan diPadang MP3 di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.


Ranap, sebahagian daripada gerai yang telah musnah dipukul ribut 
Malah, kami juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi"solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ. Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.

[Sesungguhnya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Tambahan pula sebelum hujat dan ribut melanda, kelihatan awan begitu hitam dan petir yang amat kuat. Ini membuatkan rata-rata orang ramai tergamam seketika kerana mengesyaki sesuatu yang dasyat akan berlaku. Mujurlah dalam kejadian petang semalam, tiada kehilangan nyawa terjadi. Malah, tiada kecederaan serius yang dilaporkan terjadi. Apapun, semua pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini.Amaran Allah sudah bila ada manusia yang terus engkar dengan perintahNya. Difahamkan, kawasan lain yang teruk terjejas juga ialah di sekitar Indera Mahkota, Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].
PDO
Read Full...

Hudud: Noh Omar sekali lagi bodoh



Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.

Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah ‘tahi-tahi’ Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

Invalid Domain NameInvalid Domain NameChange the way you do business with Microsoft BPOS Change the way you do business with Microsoft BPOS Change the way you do business with Microsoft BPOS
Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program ‘selamatkan selangor’ telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

“Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya,” kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan.
Read Full...

Andainya akhirnya Guan Eng memeluk Islam..





Hebatnya UMNO kini...
Perkasanya UMNO kini...
Hinggakan hal Islam dibuat main..
Terdesaknya UMNO kini...
Hinggakan khutbah dijadikan taruhan..
Hinggakan kedudukan Khatib dijadikan perjudian..
Bagi memohon perhatian yang sedikit daripada rakyat Malaysia..
Bagi menimbulkan kebencian melayu kepada cina...
Bagi menimbulkan kehairanan cina kepada melayu...

Adakah Islam ini agama Ekslusif hanya untuk melayu?
Adakah sekecil itu nilai Islam di mata UMNO?
Adakah sehina itu nilai Islam dimata panglima melayu UMNO?

Doa untuk Guan Eng?
Di dalam khutbah? Benarkah?
Ada sesiapa yang merakamnya?
Ada sesiapa yang meng'3gp' kannya?
Atau ada sesiapa yang membuat siaran langsungkannya?

Oklah.. katakanlah ianya benar-benar berlaku...
Benar-benar Tok Khatib mendoakan agar Lim Guan Eng masuk Islam..
menerima hidayah Islam..
Apa masalahnya?

Namun yakinlah..
Sekiranya benar-benar Lim Guan Eng kembali kepada Islam..
maka itu adalah checkmate yang sebenar-benarnya buat UMNO!

'Ya Allah.. dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,
aku mohon padaMu Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Lim Guan Eng ini,
bagi menerima kebenaran Islam,
Kau kuatkanlah hatinya bagi memilih Islam sebagai agama yang sebenarnya,
Kau berikanlah Lim Guan Eng ini kekuatan jiwa bagi memperoleh hidayah dan menjadi daripada hanya pejuang keadilan menjadi juga sebagai pejuang Islam yang sebenar..
Ya Allah, kau HANCURKANLAH UMNO dan BARISAN NASIONAL!
Kau hancurkanlah UMNO yang semakin hari semakin munafik dan berani mempertaruhkan Islam untuk kepentingan politik mereka!
UMNO yang berani melanggar apa yang Rasulullah SAW perjuangkan iaitu Perjuangan Islam bukan perjuangan bangsa asabiyah seperti yang UMNO perjuangkan!
UMNO yang menganggap Islam hanya untuk keturunan melayu sahaja!
Ya Allah! KepadaMulah aku memohon.. Amin Ya Rabbal A'lamin"


hmm.. ada ahli2 UMNO Penang nak buat report Polis doa teman ni ke?
sunsnake 22082010 Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks