10 MEI — Banyak cerita menarik dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sesi soal jawab dan perbahasan memang panas. Malahan sebelum persidangan dirasmikan oleh Tun Abdul Rahman Abbas, DUN sudah terasa panasnya. Ini berikutan kejadian siling di bahagian pemerhati dan media jatuh.
Tidak pasti kenapa kejadian seperti itu berlaku. Dulu, pernah terjadi siling Dewan Rakyat bocor menyebabkan DAP mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan isu itu.
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika mencelah mengenai usul itu berkata: Bagaimana bangunan Parlimen yang diubah suai berharga RM100 juta boleh berlaku masalah sedemikian (bocor). Ada juga wakil DAP menyifatkan kebocoran itu membazirkan wang rakyat.
Tidak pasti pula apakah tindakan pembangkang (BN) di Pulau Pinang berhubung isu itu. Sejauh mana tindakan diambil oleh kerajaan negeri yang dikuasai DAP? Terserahlah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Turut menarik perhatian apabila ketua pembangkang, Azhar Ibrahim (BN-Penaga) akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan Khamis lalu. Beliau dikatakan menggunakan perkataan “13 Mei” ketika berlaku pertikaman lidah dengan Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Berikutan kenyataan itu, Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo mencadangkan usul berkaitan dan diluluskan. Kata Jagdeep, semua wakil rakyat dilarang menyebut perkataan yang mengandungi maksud hasutan, memberontak dan permusuhan kaum.
Sehari sebelum itu, Azhar nyaris dikenakan tindakan berikutan perkataan “punggung” yang turut melibatkan pertikaian antara Jagdeep dan Azhar. Apakah “suara” Azhar akan hilang di DUN selepas ini? Bak kata orang sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Mungkin juga ini yang dikatakan bertindak tanpa pertimbangan yang wajar.
Mungkin selepas ini, semua orang perlu lebih berhati-hati ketika menyebut dan mengingati 13 Mei. Eloklah diingat tarikh lain dalam bulan Mei seperti 1 Mei (Hari Pekerja), 3 Mei (Hari Kebebasan Media), 9 Mei (Hari Ibu), 11 Mei (Hari Umno), 12 Mei (Hari Jururawat), 15 Mei (Hari Belia), 16 Mei (Hari Guru), 18 Mei (Hari Muzium), 28 Mei (Hari Wesak) dan banyak lagi.
Tetapi biar terbalik dunia ini, 13 Mei tidak boleh dipadam daripada sejarah hitam negara dan tidak mungkin 13 Mei digugurkan daripada kalendar.
Kembali kepada Guan Eng, kenyataannya mengenai Musa Hassan tidak layak memegang jawatan Ketua Polis Negara mengundang rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak.
Guan Eng dilaporkan berkata, kes kematian Aminulrasyid Amzah, 14, membuktikan anggota-anggota polis terlibat telah bertindak tanpa membuat pertimbangan yang wajar.
Maknanya hilang pertimbangan atau tidak memikirkan buruk baiknya.
Sememangnya sudah lumrah manusia, mereka akan hilang pertimbangan atau gagal membuat pertimbangan wajar dalam keadaan-keadaan tertentu. Selagi mereka bergelar manusia maka sikap itu tetap ada kecualilah robot yang akan mengikut program yang dicipta oleh manusia.
Manusia akan hilang pertimbangan ketika berada di jalan raya. Ada pemandu yang memecut sesuka hati tanpa mempedulikan had laju atau keselamatan orang lain. Ada yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang lain.
Disebabkan hilang pertimbangan juga, ada yang enggan bayar tol di lebuh raya, ada mat motor yang tidak menggunakan laluan khas motosikal di lebuh raya kerana hilang pertimbangan untuk menjaga keselamatan mereka. Di jalan raya juga, mat rempit hilang pertimbangan sehingga sanggup melanggar polis yang bertugas. Akibatnya ada polis yang mati, cedera parah, koma dan macam-macam lagi.
Itu kisah manusia hilang pertimbangan di jalan raya dan lebuh raya.
Manusia yang hilang pertimbangan juga sanggup mendera anak dan membuang bayi atau membakar bayi bagaikan sampah terbuang. Ada juga yang sanggup melontar telur busuk dan bom api ke rumah ibadat. Ini juga hilang pertimbangan.
Di Parlimen, atau di negara kita dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, ramai juga orang politik yang hilang pertimbangan. Parlimen bagaikan gelanggang gusti atau macam di zoo!
Mereka sanggup mengeluarkan ucapan dan perkataan yang menyakitkan hati. Ada di kalangan ahli politik yang begitu mudah melabelkan penipu, pembohong, perompak, penyamun, penyangak, perasuah dan pelbagai kata-kata kesat yang lain.
Adakah itu semua diucapkan atas pertimbangan yang wajar yang tidak akan menyakiti hati atau menimbulkan rasa kurang senang di kalangan wakil rakyat dan orang lain di luar gelanggang politik?
Selain perkataan, disebabkan hilang pertimbangan, ada juga wakil rakyat yang sanggup membaling objek tertentu ke arah Speaker. Begitulah sikap manusia apabila mereka hilang pertimbangan.
Dalam hal ini, bukanlah tujuan penulis mahu membela atau menyindir mana-mana pihak.
Kita simpati dengan keluarga yang kehilangan anak remajanya. Kita simpati dengan keluarga remaja yang cedera ditembak polis. Naluri seorang ibu, anak tetap anak, maruah anak perlu dipertahankan dan mendapat keadilan sewajarnya.
Maka dalam situasi yang ada pada hari ini, eloklah semua pihak tidak menuding jari mencari kesilapan mana-mana pihak. Janganlah telunjuk lurus, kelingking berkait. Jangan ada yang menangguk di air keruh. Selesailah dengan baik. Bak kata orang bertungkus lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur.
Akhir kalam, sesuatu yang turut menarik perhatian mengenai Guan Eng ini apabila beliau membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.
Wartawan menegur kesilapan itu seperti ejaan kerajaan ditulis “kearaajaan” dan penghinaan ditulis “penghinaaan”. Dua-dua terlebih huruf “a”. Entah apa yang mengganggu fikiran mereka yang menyemak dan mencetak risalah itu sehingga begitu ghairah dengan huruf “a”.
Hairan juga risalah yang tidak seberapa itu boleh tersilap. Penulis pun kadang kala tersilap tetapi apa nak buat untuk membaca kesemua perkataan dalam 32 muka surat bukanlah satu kerja mudah. Silap haribulan ke mahkamah.
Apa pun tindakan Guan Eng itu menunjukkan sekurang-kurangnya beliau peka kepada kesilapan ejaan. Malunya kalau risalah itu disemak oleh orang Malaysia sendiri. Kalau setakat bercakap yang dalam keadaan tunggang-langgang boleh dimaafkan.
Tetapi jangan lupa, orang Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu atau bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik juga berlambak dalam negara. Mereka harus malu kepada orang Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar yang lebih baik turut kata bahasa Malaysia mereka! - Utusan Malaysia

0 comments:
Catat Ulasan