Permuafakatan agenda utama PR

SUNGAI UDANG- Kesungguhan Pakatan Rakyat (PR) dalam menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira kaum menjadi agenda utama komponen itu setiap kali musim perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, selain permuafakatan, pihaknya juga sentiasa mengutamakan kebajikan khususnya kepada golongan yang memerlukan perhatian termasuk warga emas.

Menurutnya, sumbangan kepada warga emas adalah acara tahunan yang dijalankan pihaknya bagi meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Sumbangan ini dianjurkan untuk meringankan beban warga emas dan menunjukkan, masyarakat sekeliling masih prihatin serta tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka. “Jasa warga emas ini seharusnya tidak dilupakan terutama bagi generasi muda kerana mereka juga pernah menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan khususnya di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Hi Tea bersama penduduk di Dewan Teluk Pulai di sini.

Pada majlis itu, seramai 200 warga emas Teluk Pulai menerima sumbangan sempena perayaan kali ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks