Awang Adek Ketuai Jawatankuasa Agih Wang Ihsan Kelantan RM20j ....he..he...pakat buleh pitis........!!!

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ihsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.

"Kerajaan pusat sudah bersetuju dengan pelantikan Awang Adek untuk ketuai jawatankuasa ini.

"Agihan wang ihsan RM20 juta itu akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada April nanti," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan dan sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan dan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Mustapa juga berkata kerajaan pusat juga bersetuju untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dalam jawatankusa itu untuk memantau pengagihan wang ihsan yang disalurkan terus kepada rakyat.

Beliau berkata dengan pelantikan pegawai daripada kerajaan negeri pimpinan PAS, ia dapat membendung daripada dakwaan serta tomahan palsu terhadap agihan wang ihsan terhadap pusat.
"Kita mahu tunjukkan bahawa pusat jujur dalam membantu rakyat Kelantan. Kita nak tunjuk bahawa kita tidak ada agenda apa-apa pun. Kita nak berikan wang ihsan kepada rakyat Kelantan secara telus dan terus," katanya. - BERNAMA

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks