‘Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat’ 7 Mac ini

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) buat kali ke dua yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac ini.

Dalam satu kenyataan akhbar kepada erapakatan.com hari ini, konvensyen itu akan di adakan di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang bermula 8 pagi hingga ke 6 petang.

“Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Sekretariat PR Selangor.

Sementara itu, esok, kira-kira 11 pagi, satu sidang akhbar akan diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya.
Sidang akhbar itu akan dikendalikan secara bersama oleh Tuan Syed Shahir (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen), Tony Pua dan Dr. Che Rosly (Timbalan-Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen) yang bertujuan untuk menerangkan aturcara Konvensyen dengan lebih lanjut, persiapan dan pengisian yang akan diketengahkan semasa Konvensyen itu berlangsung.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks