Ni dia yang PM kata ekonomi bagus sangat

Sekali lagi, aku dok tunggu ada orang cakap ikut punggung. Dan sekali lagi, aku dok nanti pecacai Yahudi kata ni semua fitnah Yahudi:

Umno disifatkan sebagai salah satu punca yang menyebabkan aliran modal pelabur keluar dengan begitu banyak dari negara ini.

Dalam analisisnya mengenai negara ini, The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan, kebimbangan terhadap Umno yang dilihat mengapi-apikan perkauman untuk terus berkuasa adalah antara sebab aliran modal pelabur keluar dengan begitu banyak dari Malaysia.

"Kini ia (Malaysia) juga menghadapi aliran keluar modal, di mana pelaburan langsung merosot kepada AS$2.7 bilion pada 2009 berbanding AS$8.1 bilion pada tahun sebelumnya, berdasarkan anggaran Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).

"Salah satu sebab ialah kebimbangan terhadap kemungkinan Umno akan terus mengggunakan sentimen perkauman dan mengapi-apikan kekacauan untuk membolehkan ia terus berkuasa," kata akhbar itu.

Sebab lain, katanya, ialah kegagalan kerajaan melaksanakan pembaharuan institusi (institutional reforms) yang amat diperlukan dan menangani isu-isu seperti rasuah, kebebasan awam dan kebebasan kehakiman.

"Indeks risiko Malaysia berdasarkan kiraan Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong tahun lalu melonjak naik dari 5.4 pada bulan Januari kepada 5.24 pada bulan Disember berdasarkan skala 10 mata," kata WSJ.

Bagaimanapun, keengganan rakyat Malaysia diperdayakan oleh provokasi yang cuba mencetuskan kekacauan dianggap akhbar itu sebagai sinar harapan untuk Malaysia.

"Jika ada sinar harapan di sini (Malaysia), walaupun Umno cuba mengapi-apikan kekacauan, secara umumnya rakyat Malaysia enggan diprovokasikan - perbezaan yang amat ketara berbanding insiden 13 Mei 1969, di mana khabar-khabar angin merebak begitu cepat sehingga mencetuskan rusuhan dan darurat," kata WSJ (laporan penuh di sini).

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks