Hanya awal minggu ini, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan ke Sarawak, beliau sekali lagi akan berkunjung ke negeri itu pada 2 Mac ini, kali ini bagi merasmikan konvensyen ke-12 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).Pada hari yang sama, Perdana Menteri turut dijadual merasmikan Pusat Konvensyen Borneo Kuching yang baru siap dengan nilai RM200 juta, yang bakal menjadi venue bagi persidangan PBB kelak.
Jika dalam lawatan dua hari sebelum ini, beliau lebih banyak melawat kawasan rumah panjang di pedalaman Sri Aman, Saratok dan Kanowit serta bazar di Simunjan sebagai menunaikan janjinya untuk lebih kerap melawat Sarawak, lawatan pada Mac ini pula adalah untuk menilai perasaan rakyat menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.
Kehadiran Najib pada konvensyen PBB, sudah tentu adalah bagi mendapat gambaran sebenar dengan keadaan semasa di Sarawak menjelang pilihan raya negeri, yang perlu diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.
Antara isu penting yang dijangka dibawa semasa persidangan PBB kali ini, termasuklah pendirian kerajaan negeri berhubung polisi pemilikan tanah seperti tanah adat pribumi yang sentiasa menjadi isu panas pada setiap kali pilihan raya di Sarawak.
- Bernama
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan