Lajnah kebajikan perkasakan 'gerak gempur' PRU-13

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Lajnah Kebajikan PAS akan mempertingkat dan memperkasakan gerak kerja mereka ke arah persediaan berdepan pilihanraya umum ke-13.

Siang tadi satu perbincangan meja bulat 'gerak gempur PRU-13' anjuran Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah diadakan bertujuan memperkasakan gerak gempur kebajikan PAS di semua peringkat.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dr. Lo'lo' Ghazali berkata, lajnah tersebut itu mempunyai tugas semakin beras dengan keadaan politik negara pada waktu ini.

"Dalam PRU-13 yang bakal tiba ini, kita mempunyai tugas berat.

"Kita perlu mengambil semula Perak yang telah dirampas, kita perlu meningkatkan kemenangan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR." katanya melalui teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Brig Jen (B) Abdul Ghani Bin Mahluddin.

Dr Lo'lo' tidak dapat hadir program berkenaan kerana mengikuti program Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di luar negara.

Apa yang penting jelas beliau, PAS perlu dekat dengan hati rakyat, dan lajnah tersebut adalah antara yang terpenting menjayakan matlamat itu.

"Untuk berjaya dalam pilihanraya, kita perlu memenangi hati rakyat, dan tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat ini melainkan melalui gerak kerja kebajikan" ujar beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.

Program tadi juga menjemput Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad, dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nazri Din sebagai pembentang Kertas Kerja.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pengerusi dan ajk Lajnah Kebajikan peringkat negeri.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks