Wanita Lelaki Sama, Boleh Wanita Berjawatan Tinggi -Nik Aziz

Nik Abdul Aziz MB Kelantan
KOTA BAHARU, Feb 24 2010 — Kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan dan masalah dengan lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi di dalam sektor awam berbanding lelaki.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata perkara yang paling penting adalah mutu perkhidmatan dan kualiti kakitangan awam itu yang perlu diambil kira tanpa mengira kakitangan itu wanita ataupun lelaki.

“Di dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja. Tiada siapa yang lebih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Isnin lepas bahawa trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Nik Aziz berkata di dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga. “Bagi saya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah jika ramai wanita memegang jawatan tertinggi di dalam sektor awam,” katanya. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga. Tidak kira walau dia menteri di dalam masyarakat, tetapi di rumahtangga dia tetap di bawah pimpinan suami. (2MA)




Lihat ini, ada kena mengena?

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks