Pihak polis dilihat secara berterusan mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat dengan memantau secara terperinci segala aktiviti dan tindak tanduk pihak pembangkang.Jika sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tujuh pemimpin yang lain 'dipelawa' oleh polis untuk memberi keterangan berhubung aktiviti mereka, Selasa lalui, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye menjadi mangsa ke-9.Beliau terpaksa meluangkan masa tidak kurang tiga jam bagi memberi keterangan mengenai apa yang didakwa polis sebagai perhimpunan haram.
Lee menganggap tindakan polis itu sebagai satu bentuk gangguan dan usaha bagi menutup mulut perwakilan Pakatan Rakyat daripada mendedahkan kebenaran kepada rakyat berhubung kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kerajaan khuatir apabila kebenaran berhubung perbicaraan kes liwat itu didedahkan, rakyat akan marah dan menentang kerajaan. Jadi mereka menggunakan cara sedemikian untuk menakut-nakutkan kami.”
Lee, yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini, dua anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Sobri Taib dari Balik Pulau datang ke pejabatnya di Ipoh untuk mengambil keterangan.
Polis dilaporkan memberitahunya bahawa beliau disiasat atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan haram berhubung kehadiran dan ucapanya pada 18 Feb lalu ketika sambutan rumah terbuka PKR di Balik Pulau.
Lee disiasat mengikut Akta Polis 27 (5) berdasarkan laporan yang dibuat oleh Pemuda Umno Balik Pulau tetapi tambah Lee, salinan laporan tidak dikemukakan.
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan