Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok mengecam hujah berunsur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Azhar Ibrahim yang berbunyi "tragedi 13 Mei akan berulang", sebagai api permusuhan kaum.
Kenyataan tersebut seolah-olah memberi peringatan kepada bangsa Melayu, supaya melihat tragedi 13 Mei sebagai satu pengajaran. Ia adalah kenyataan yang menyinggung orang Malaysia. Pada masa yang sama, ia adalah satu pengaiban terhadap orang Melayu, kerana menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang ganas.
Loh Seng Kok berkata, seseorang wakil rakyat harus sentiasa mengingati bahawa dirinya tidak boleh menyalahgunakan kebebasan bersuara, walaupun kenyataan dalam dewan perundangan kebal daripada dakwaan.

Apa yang lebih penting, keterlanjuran Azhar Ibrahim mungkin menakutkan pelabur syarikat multinasional yang bertapak di Pulau Pinang, menyebabkan pelabur asing menarik diri dari Malaysia.
Setelah 53 tahun merdeka, apa yang mengecewakan adalah kenyataan menghasut ini masih menyelubungi tempat yang suci ini. Sungguhpun kita mengalu-alu kritikan yang membina, tetapi bukan kenyataan menghasut.
Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus mengawal kenyatan dirinya supaya tidak terlebih kritik terhadap polis sebelum hasil siasatan keluar. Ini akan menjurus kepada kritikan yang berat sebelah dan tidak adil untuk polis.
*Kenyataan media oleh Loh Seng Kok, selaku Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA.
0 comments:
Catat Ulasan