SHAH ALAM 4 Mei - Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monaliza Mohtar meminta supaya semua pihak menghentikan spekulasi berhubung insiden remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis sebagai isu politik.
Bercakap dalam sidang media yang diadakan semalam di rumah mangsa, Monaliza juga turut menekankan, saksi utama, Azzamuddin Omar sekarang ini sedang menjalani perubatan akibat kesan trauma yang dihadapi selepas kejadian tersebut.
"Saya minta semua pihak faham situasi yang dialami oleh Azzamuddin sekarang ini dan juga situasi ibu arwah Aminulrasyid yang ingin menegakkan keadilan demi anaknya yang dikasihi,
" Arwah Aminulrasyid bersama kawan-kawannya hanya pergi menyaksikan perlawanan bola sepak pada malam itu,"
Pada masa yang sama, Monaliza turut berharap pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira pangkat atau darjat.
Menurutnya lagi, apa yang terjadi kepada Azzamuddin apabila Allahyarham meninggal di ribanya pada malam kejadian itu tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat.
0 comments:
Catat Ulasan