MCA: Kenyataan Azhar Ibrahim ancam keharmonian



Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok mengecam hujah berunsur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Azhar Ibrahim yang berbunyi "tragedi 13 Mei akan berulang", sebagai api permusuhan kaum.
Loh Seng Kok (gambar kanan) berkata, kenyataan sedemikian akan memusnahkan sehabis-habisnya perpaduan dan keharmonian masyarakat yang dibina bersama semua kaum sepanjang 40 tahun yang lalu, malah menjejaskan konsep 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri.
Kenyataan tersebut seolah-olah memberi peringatan kepada bangsa Melayu, supaya melihat tragedi 13 Mei sebagai satu pengajaran.  Ia adalah kenyataan yang menyinggung orang Malaysia.  Pada masa yang sama, ia adalah satu pengaiban terhadap orang Melayu, kerana menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang ganas.
Loh Seng Kok berkata, seseorang wakil rakyat harus sentiasa mengingati bahawa dirinya tidak boleh menyalahgunakan kebebasan bersuara, walaupun kenyataan dalam dewan perundangan kebal daripada dakwaan.
Selain itu, seruan Azhar Ibrahim (gambar kiri) agar tentera membantu dalam menjaga keamanan mengandungi unsur ugutan.  Pada masa yang sama, kemampuan Polis Di-Raja Malaysia diperlekehkan.  Ini kerana negara kita bukan berada dalam keadaan darurat.  Meminta agar tentera membantu untuk mengawal keselamatan mungkin mencungkil ketakutan rakyat Malaysia seolah-olah kita berada dalam zaman peperangan.
Apa yang lebih penting, keterlanjuran Azhar Ibrahim mungkin menakutkan pelabur syarikat multinasional yang bertapak di Pulau Pinang, menyebabkan pelabur asing menarik diri dari Malaysia.
Setelah 53 tahun merdeka, apa yang mengecewakan adalah kenyataan menghasut ini masih menyelubungi tempat yang suci ini.  Sungguhpun kita mengalu-alu kritikan yang membina, tetapi bukan kenyataan menghasut.
Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus mengawal kenyatan dirinya supaya  tidak terlebih kritik terhadap polis sebelum hasil siasatan keluar.  Ini akan menjurus kepada kritikan yang berat sebelah dan tidak adil untuk polis.
*Kenyataan media oleh Loh Seng Kok, selaku Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks