MP PKR beri Menteri Besar 72 jam, desak pecat 3 staf rasuah



Khalid didesak memecat tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta.


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.
Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang, kepada umum dan juga kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tempoh 72 jam itu bermula hari ini.
Kata dua ini diberikan ketika Pakatan Rakyat menurunkan calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yag bermula hari ini.
“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang dengan terperinci... tunggu dulu. Saya meminta Menteri Besar mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan syarikat pasir negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun beliau membayangkan rasuah melibatkan urus niaga pasir itu mencecah RM100,000 setiap bulan.
Teks SMS diterima The Malaysian Insider dan juga maklumat yang diperoleh dari blognya lewat petang ini menyebut, “Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam memberi masa selama 72 jam kepada Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membersihkan ‘KOTORAN’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlalu banyak menerima rasuah.
“Jika benar Parti Keadilan Rakyat membencikan ‘RASUAH’ maka hentikanlah gejala tersebut dengan SEGERA. Datuk Menteri Besar Selangor harus ‘BERSIHKAN’ rumah sendiri terlebih dahulu.
“Tindakan segera harus diambil oleh Datuk Menteri Besar Selangor sebelum Ahli Parlimen Kapar ‘MEMBONGKARKAN’ semuanya.
“Kami tidak mahu ada di kalangan ahli PKR terutama sekali ‘Pucuk Pimpinan’ mengamalkan budaya tidak sihat ini. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.”
Bagaimanapun Manikavasagam menafikan beliau senjaga mahu mewujudkan masalah dalam PKR yang telah pun kehilangan empat Ahli Parlimennya dan satu kerusi lagi dalam pilihan raya kecil bulan lalu.
Sebelum ini Manikavasagam pernah dijadikan spekulasi akan meninggalkan PKR tetapi ia telah dinafikan beliau sendiri.
Menurut maklumat laman web Kumpulan Semesta Sdn Bhd, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan syarikat itu bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.
Ia telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 Sept 2008, yang telah dirasmikan oleh Khalid sendiri.
Lokasi itu akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.
Awal tahu lalu wakil rakyat penggal pertama itu mengugut akan melepaskan jawatan dalam parti jika pucuk kepimpinan negeri dan pusat enggan mendengar rintihan beliau.
Akhirnya beliau melepaskan jawatan sebagai salah seorang timbalan pengerusi PKR negeri tetapi mengekalkan jawatan dalam MPP.- m.insider

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks