Sikap Datin Seri Rosmah Mansor yang kerap menggunakan ungkapan 'The First Lady' yang merujuk kepada dirinya dilihat sesuatu yang tidak sopan dan seolah-olah menunjukan beliau cuba untuk membelakangi Istitusi Diraja.
Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara.
Justeru, kami menggesa Datin Seri Rosmah Mansor membuat kenyataan maaf secara terbuka dan berhenti menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.
YB PUAN HAJAH ZURAIDAH KAMARUDDINKETUA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT
0 comments:
Catat Ulasan