Cetus ketegangan kaum, laporan polis ke atas Azhar



Ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Pidato, hari ini bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, semalam yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan.

Lapo
ran polis juga dibuat ke atas Azhar (BN-Penaga) di balai polis Lebuh Pantai hari ini, meskipun beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mungkin menyaksikan beliau digantung daripada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Meskipun Azhar telah menarik balik kenyataannya itu setelah diminta berbuat demikian oleh speaker, Abdul Halim Hussain, namun Pemuda PKR, Syed Mikael Rizal Aidi meminta polis menyiasat kenyataan Azhar bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Pa
da sessi DUN semalam, mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

"Dia diberi peluang bercakap pada sessi pengulunggan ucapan Ketua Menteri tetapi secara tidak bertanggungjawab membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat bahawa 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan ke atas polis,” katanya pada sidang media di Esplanade, hari ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks