DPPNK desak Noh Omar tarik balik kenyataan


KOTA BHARU, 4 Mei – Dewan Pemuda PAS Kelantan( DPPNK) hari ini menyelar tindakan Timbalan Pengerusi umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memberi amaran kepada Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran isu yang dibawa oleh umno berkaitan titah Sultan Selangor.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Mohd Fadzli Shaari tindakan tersebut seolah-olah mengambarkan pemimpin sebuah kerajaan tidak memahami titah seorang sultan,

Sedangkan Noh sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah Sultan Selangor.

Mohd Fadzli juga berkata keangkuhan Noh Omar menggambarkan begitu rakus sikap seorang yang begitu ghairah untuk menawan sebuah negeri , beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil Gegarkelantan.net hari ini

Penghinaan Noh terhadap Tuan Guru yang juga sebagai ketua kerajaan Kelantan menggambarkan juga Noh sedang menghina rakyat negeri ini dan ini tidak boleh diterima oleh rakyat Kelantan.

“Berkali-kali Tuan Guru menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan juga politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang,” ujarnya.

Beliau juga berkata Noh seharusnya sedar yang menggunakan masjid untuk tujuan politk ialah umno Selangor.
Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung.

Adakah perbuatan Umno ini halal pula di sisi mereka?” soalnya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh, “janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor”adalah juga menghina sunnah Rasulullah s.a.w.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan, tegasnya menuntut supaya Noh menarik balik kenyataannya.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks