YA ALLAH YA TUHAN KU....SELAMATKANLAH AKU DAN MALAYSIA DARI KATAK-KATAK NI....

Hari tu katak Pasir Mas minta maaf bagi pihak TGNA...la ni mangkok ni pulak buat cerita yang sama...he heKUALA LUMPUR, 7 Mei — Perkasa mendakwa anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim telah memohon ampun kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya tentang isu masjid digunakan untuk berpolitik.
Oleh itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya memutuskan untuk membatalkan demonstrasi susulan hari ini selepas difahamkan Zaid (gambar) telah memohon maaf.
“Kami sepatutnya mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat PKR petang ini tetapi apabila saya dimaklumkan bahawa Datuk Zaid sudah mohon ampun, maka kami pun memutuskan untuk tidak meneruskan demonstrasi,” katanya.
Zaid dijadual mengadakan sidang media di rumahnya di sini pagi esok.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pula berkata Zaid tidak meminta maaf kepada Sultan Sultan Sharafuddin.
“Jadual untuk menghadap Sultan pun tidak ada,” katanya ketika dihubungi.
Arman Azha berkata, selepas demonstrasi di hadapan ibu pejabat PKR semalam, Zaid telah meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak sampai 24 jam.
“Semalam kami (Perkasa) membuat desakan, tidak sampai 24 jam, Zaid sudah memohon ampun dari Tuanku.
“Ini menunjukkan PKR takut desakan, takut desakan daripada Perkasa.
“Kami adalah orang pertama yang membuat protes di PKR dengan sokongan NGO lain.
“Mereka takut dengan Perkasa dan menunjukkan mereka tidak menghormati Sultan Selangor,” kata Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Wira Perkasa mengadakan demonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR semalam dan hari ini bersama Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang terdiri daripada Persatuan Kebajikan Islam Selangor, Gabungan Graduan Melayu Muda, Pertubuhan Anak-Anak Bugis dan Persatuan Pembela Perlembagaan Persekutuan.
Kira-kira 2.30 petang tadi seramai 30 ahli Pemuda Umno Selangor dan Perkasa telah mengadakan perhimpunan aman tanda protes terhadap kenyataan Zaid di hadapan Masjid Negeri Selangor di sini.
Semalam mereka mendesak Zaid memohon maaf ekoran tulisan dalam blognya seolah-olah memperlekehkan dan mempersendakan titah perintah Sultan Selangor serta tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu.
Mereka mendakwa kenyataan Zaid bersifat menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah perintah Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam.
Dalam pada itu, Umno dan Perkasa hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Ghazali berkata polis perlu menyiasat kenyataan Zaid yang kelihatan menghina Sultan Selangor kerana ia berbaur hasutan dan boleh mempengaruhi minda masyarakat.
Menurutnya, Zaid perlu dikenakan tindakan setimpal kerana mengingkari titah Sultan Selangor yang sebelum ini bertitah supaya sebarang ceramah politik tidak dilakukan di dalam masjid di negeri ini.
“Saya dimaklumkan pagi tadi (semalam) Datuk Zaid sudah minta maaf, tapi salah tetap salah.
“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pun sudah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang ingkari titah Sultan Selangor boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara,” katanya semalam.
Sabtu, 2010 Mei 08

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks