BANGKAI SEKALI DITUTUP BUSUKNYA BERBAU JUGA.



(Apabila gelanggang puaka dibuka, gendang ditibai ditingkah berkerapak, serunai ditiup gong dipalu bertalu, gemanya berdengong kehilir kehulu. Tari dibuka kelopak dan bunga tari langkah bertingkah. Sesuap sekapor sirih panggil semangat, makanya sheh tan pun mai, makanya gelanggang berpuaka yang beranjau dan duri terpacak, kaca dan semilu bertaburan serta tali simpai berselirat berfungsi macam hawar gelanggang dengan langkah sumbang langkah tempang. Masih adakah Mahaguru dan pesilatnya, keberanian membuka tari tunjukan bunga dan buah? Ada gelanggang disepuh ditawar dengan payung kuning dan kain kuning dijadikan perlindungan titik akhir bergayut. Bilamana pesilat dan penonton muak dan larikan diri tidak lagi peduli. Rakyat memilih gelanggang berduri atau gelanggang berpermaidani biru kuning? Kini rakyat meniti memerhati puaka dan jembalang mencari mangsa).

Apabila kita menyingkap beberapa pekara yang dicetuskan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR terdiri PAS, DAP dan PKR sebagai Kerajaan-kerajaan negeri yang sah diberi mandat oleh rakyat dan pengundi sebagai tuan menerusi PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Sejak itulah UMno-BN yang tersungkur di kaki rakyat di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan (penguasaan kawasan Parlimen) dan hampir-hampir juga terlepas Negeri Sembilan, tetapi UMno-Bn memerentah dihujung tanduk penguasaan dalam DUN. Tersungkurnya ke bumi fana ini UMno-BN rebah menjadi gelabah dan demam tak kebah menderita barah yang parah seiring virus H1N1 melanda negara yang mengelabah pimpinan 1Malaysia. Parahnya UMno-BN, Gerakan-BN bila kuasa terlucut dari genggaman penguasaan lebih 50 tahun dibeberapa negeri dan juga terlucut kuasa keramat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Bermula nama Perikatan cap Kapal Layar, Kerajaan Champoran dan dinobatkan menjadi BN.
UMno-BN yang 50 tahun menjadi raja kepada rakyat menerusi PRU Pertama sampai PRU12, UMno-BN baru menyedari dari labun yang rakyat telah menolak mereka. Kalau-kalaulah bukan kerana komponan setia selama-lamanya yang mengendali PRU iaitu SPR tidak memakai baju, seluar, spenda dan terompah cap dacing, sudah lama UMno-BN bungkus dalam penguasaan dalam negara Malaysia dan negeri-negeri kecuali mungkin di Johor tempat lahirnya UMno untuk dijadikan muzium arkib spesis peninggalan UMno kepada cicit piut kita. Ketika UMno-BN tersungkur dibumi Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan pemimpin-pemimpin UMno-BN di negeri berkenaan disemua peringkat menjadi nana tak ketahuan. Cakap-cakap merapu dengan alasan dan ulasan yang diluar fakta menghadapi berdepan pimpinan PR. Tungkat sakti ditangan terlucut dari pegangan dan lampu ajaib Aladin kehabisan minyak dan sumbu. Kepimpinan UMno macam cacing kerawit kepanasan, serba tak kena. 

Maka ramai dikalangan pemimpin UMno-BN yang ketinggalan dalam 1Malaysia. Tercicir dipinggirkan dalam arus perdana perubahan pimpinan dalam UMno dan komponan BN yang lain. Sekali air bah sekali pasir berubah. Kadang-kadang tak bah pun pasir berkucai lanai berubah juga. Makanya spesis UMno cap keris telanjang yang terpinggir dalam duduk maupun berdiri dalam UMno disemua peringkat tempat kedudukan dalam UMno pringkat negeri, bahagian dan cawangan. Spesis pinggiran UMno ini yang masih jiwa basket dan , pernafasan sedut dan buang cap UMno keris telanjang, walau mereka membina dan bernaung di rumah baru dengan macam-macam jenama ada melata. Matlamatnya 1saja untuk terus hidup untuk mencari tempat makan dan tempat bergantung. Untung batu timbul, silap-silap sabut boleh tenggelam.
Tumbuh sebagai cendawan diatas tahi kerbau dimusim hujan kapak keranji seperti 30 atau 40 tahun dahulu di permatang bendang sawah padibmusim pema padi setahun sekali ditanam. Macam-macam jenama ada. Perwaris, Pekuat, Perkasa dan macam-macam lagi. Tumbuh diperingkat negeri yang UMno kecundang dalam PRU12 dulu. Semua muka-muka yang keluar dalam baju NGO adalah berhati UMno yang keciwa kerana mereka telah tercicir dan terlepas kuasa meratap merana. Sesetengahnya dah menjadi kupang tembaga dan ada yang menjadi kaca dan terdapat yang dah gila. Kadang-kadang meradang seperti gila-gila isin yakni ingat-ingat lupa. Meratus melalak bercakap, kadang-kadang macam dirinya masih Exco atau setidak-tidaknya macam Adun yang pulun projek dahulu semasa berkuasa. Kadang-kadang latah tidak bertempat, diri yang merempat terlucut kuasa. Tersilap cakap atau olak-olak silap nana tat tau lah. Tuduh PR sebagai pembangkang tidak menyedari yang menuduh itu duduk dalam longkang pengundi buang.

Apabila NGO cap UMno ini, semua gerak kerja mereka sekadar mendapat kejayaan besar, kejayaan percuma yang dibuat ribut liputan perkasa oleh media perdana rakyat negara yang dilacurkan menjadi alat sundal 1Malaysia. Tetapi dikalangan ahli UMno sendiri tak kelapar menyertai diri bersama-sama NGO itu. Kerana mereka menyedari NGO cendawan itu adalah rakit baru kepada spesis pemimpin UMno yang kian dilupa dan tidak dipeduli ahli dalam majlis parti, majlis kerajaan negeri pasti dah aruah untuk kembali mendapat tempat kedudukan dan jawatan. Tetapi wujudnya NGO yang diasaskan oleh mantan pemimpin UMno yang keciwa, banyak yang buruk dan busuk terpaksa UMno mendapat palit dan calit dari NGO tersebut. Untung secawan rugi setempayan. Komponan BN luar UMno kian menilai dan timbang UMno berat ringannya. Kalau silap-silap putar kalaulah terdapat anak jantan tulin dikalangan pemimpin-pemimpin parti komponan BN, bersatu keberanian jatidiri tulin, cuba sekali kejutkan dengan 1Nada, 1Keputusan dengan cadangan usul menolak UMno keluar dari BN, apa macam? Ingatlah apa yang disebut itu, ianya tidak mustahil kepada nasib UMno. Boleh berlaku dan boleh tidak berlaku. 

Spesis jenama UMno cap keris telanjang ini, adalah jenis memegang kuasa dari ganetik pokok pisang yang walaupun pokok pisang mati beragan, pelepahnya tidak tertanggal dan cukup liat sekalipun disentak berulang-ulang. UMno bukan seperti spesis pokok nyior dan pokok pinang, yang mana pelepah dan buahnya bersekali jatuh gugur kebumi bila tiba masanya tak kira usia, muda kadang-kadang gugur melayang tetapi bila tua lambat sikit jatuh gugurnya. Jenis spesis UMno ni musoh mereka bukan sahaja PR yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Tetapi musoh mereka diistiharkan adalah dikalangan mereka sesama UMno sendiri yang berlainan kabilah dan puak. Jenis manusia tidak memperakui orang lain mempunyai kebolehan dan keupayaan lebih baik kehadapan dari dirinya memegang tampok kerajaan. Jenis membabik dada aku sorang saja yang boleh jadi MB, kerana aku pandai pulun, lengkong, keliling dalam melaksanakan projek-projek negeri dan persekutuan. 

Tengok perangai perut pedai jenama pemimpin UMno di Perlis dan di Terengganu. Perjuangan mereka mendapatkan jawatan kerusi MB. Yang terlucut jawatan MB berhempas pulas lawan bermati-matian macam berada digelanggang tinju boxing Siam untuk mendapatkan kembali kerusi keramat aladin MB. Masing-masing kabilah menghunus keris telanjang menghala keperut lawan mereka juga sesama UMno. kerana apa? Kerana tanpa jawatan MB ditangan, pengikut akan lari lintang pukang kerana mereka-mereka membina pengikut adalah belajar dari hantu raya dan jembalang. Sesama UMno pun kerana peluang gudang berpindah tangan, mereka berentak dan berperang sakan. Apalagi apabila hampir separuh negeri-negeri 1Malaysia terlepas genggaman, maka lebih besarlah pertentangan UMno mereka berpadu tenaga melawan PR menjadi kerajaan negeri.

Rakyat dan pengundi mesti arif mengerti mengenali hati budi UMno jenama keris bogel ini. Kalaulah sesama UMno pun pun dari kabilahnya mereka lawan sakan sejak lepas PRU12 pada 8 Mac 2008 sampai sekarang dengan terompah dan kasut Jepun masing-masing nakkan kembali jawatan MB di Perlis dan Terengganu. Apakah spesis jenama UMno ini akan berdiam diri dan berpuas hati meliahat yang UMno ditolak rakyat dibeberapa negeri? Disinilah UMno akan berubah dalam berbagai rupa dan wajah untuk meneruskan mereka kembali untuk berkuasa. Kini NGO ampu UMno tumbuh macam cendawan tahi lembu tahi kerbau di negeri-negeri yang kerajaannya PR. Walau pun begitu jenama NGO itu rakyat tak telior tak kelapaq. Hinggakan APCO terpaksa diimpot untuk memusnahkan lawan kepada UMno-BN dalam negara dan menjaja UMno-BN kepada dunia dengan mengeluarkan belanja mencecah ratusan juta RM.

Kegagalan NGO UMno ini yang tidak mendapat sokongan dan diperakui rakyat dan pengundi, akai pemimpin UMno turut mati. Macam-macam dah dibuat, rakyat masih tidak mempercayai NGO cap keris bogel itu. Semua peledak dan peletup sudah dilepaskan. Termasuklah semua senjata kapal selam jua dimuntah keluar menghala kepada PR. PR yang didalamnya mengandungi PAS, DAP dan PKR diperengkat Pimpinan Pusat, Negeri dan rakyat pengundi marhean masih bersama-sama, hatta perhubungan utuh lebih mantap. Ianya Inshaallah berkekalan menjelang PRU13 dua tahun dari sekarang. Melihat keadaan inilah UMno-BN pening kepala mencari formula, macam mana nak hancurkan PR agar rakyat pengundi marhaen menolan PR dalam PRU13. Katak dan terompah yang mendenai acar dan danor kepangkuan UMno, cuma diri mereka sahaja dalam UMno. Bini bapak emak dan mentua tak pernah diberita, apalagi untuk membawa ahli dan penyokong, cuma besarnya dan gahnya berita adalah pembohong dan pelawak dk, hadrah dan menora menghiburkan penonton dini hari. 

Setelah 55 tahun UMno-BN tunggang belakang SPR, SPRM, KSN, KPN, AG, dan macma-macam lagi bukan lagi secara tersembunyi tetapi secara tanglaq. Kini peluru terakhir, senjata terakhir yang UMno-BN gunakan secara langsung setelah senjata kapal selam tidak diindahkan rakyat dan pengundi mengeruninya. Makanya satu-satunya senjata keramat yang masih berbaki untuk UMno-BN tunggang setaraf diperincikan diatas, kini UMno terpaksa melacurkan diri macam jalang di belakang mati Chow Kit, selepas gagal berbahas, gagal berhujah dan gagal dalam merilisasikan diri mereka suci bersih. Rakyat berterusan menolak UMno-Bn. Maka jalan bertol dan jalan pintas terakhir yang berbaki adalah memperalatkan istana dan penghuninya sebagai tempat monyet dan beruk bergayut sebagai tali gantung.
Kini UMno-Bn dan NGO dengan istana dan kain kuning digabungkan dengan kain biru. Ini sedang berlaku dengan rakus. Raja dan Sultan sekadar memperakui spesis UMno dan komponan BN sahajalah layak mengetua kerajaan-kerajaan negeri dan negara. Lawan dan penentang kepada UMno-BN bukan rakyat negeri dan rakyat negara, itulah dapat kita baca sokongan kain kuning berpolitik berparti kini. Dinegeri-negeri PR Raja dan Sultan tolak MB tolak KM, yang menjadi penasehat resmi atau penasehat haram adalah UMno melalui pemimpin mereka 1Malaysia dan pecacai dibeberap negeri. Ini rakyat sedang merasai biasnya kain kuning bukan untuk selimut berlindung oleh sekelian rakyat jelata. Tetapi tempat bernaung, bergantung mendapat ehasan untuk jaga perut UMno-BN sahaja. Kini spesis UMno-BN menerusi ampu NGO menjadi beruk dan monyek-monyek seperti jenama diberi oleh YB KJ KPU yang perasuah itu yang kini menjadi peragawan, sekadar meminjam ucapkata KJ.
UMno-BN melalui lidah ngo NGO ampu mereka, keluar macam semut gatai atau semut liar dari lubang tanah atau dari busut, merayap cari macam-macam untuk diketenghakan. Sampai mereka boleh arahkan Agong dan raja batalkan kerakyatan dan warganegara rakyat negara. Inilah kerja-kerja gila babi dan songsang ditiupkan oleh UMno-BN bersekali NGO diluar keupayaan mereka menilai lawan mereka. Badan kita penoh korap longsong dan panau, kita kata orang yang miliki panyakit tersebut. UMno memperaku rasuah adalah nafas tali hayat UMno-BN selama-lama ini menghadapi hidup dan kehidupan dan rasuahlah yang menjadi titik akhir pernafasan UMno-Bn, maka UMno juga kata lawan mereka mesti dengan rasuah juga baru boleh berjuang, kalau tidak macam mana nak berjuang tanpa rasuah. Itulah pendapat dan pandangan UMno. 

5 MEI 2010 - RABU - 20 JAMADILAWAL 1431
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks