PEMIMPIN Umno tempatan di cawangan-cawamgan mulai resah menjelang Mesyuarat Agung cawangan yang akan diadakan hingga bulan Jun ini.
Mereka resah bukan kerana pemilihan jawatan dalam parti tetapi mengenai kehadiran ahli-ahli di mesyuarat tersebut samada ianya akan mencukupi korum atau pun tidak.
Lazimnya kini memang tidak cukup korum, sedangkan masa pemilihan pun terpaksa para calon yang berhajat untuk sesuatu jawatan itu mengangkut dan berupah agar kehadiran walaupun hanya untuk mencukupi korum sahaja. Itu pun kalau boleh tipu korum, tipu juga, hanya takut dibatalkan dan dilakukan semula pemilihan. Jika ada pihak lawan yang tidak puashati!
Namun tahun ini tiada pemilihan, maka soal korum tidak timbul untuk mengganggu jawatan yang dimenangi, cuma boleh atau tidak bermesyuarat itu saja.

Bagi pemimpin atasan dengan terlaksananya mesyuarat sesuatu cawangan itu maka satu lagi kejayaan kepada Umno mempertahankan kuasanya di tempat tersebut, walaupun apa yang diketahui entah berapa orang sahaja yang hadir dari senarai keahlian yang didaftarkan.
Malahan dalam pendaftaran itu bagi mereka yang sudah memasukki parti lain dan dengan sendirinya terbatal menjadi ahli Umno masih juga tidak dipotong nama mereka dari senarai ahli Umno.
Malahan dalam pendaftaran itu bagi mereka yang sudah memasukki parti lain dan dengan sendirinya terbatal menjadi ahli Umno masih juga tidak dipotong nama mereka dari senarai ahli Umno.
Bagi Umno yang mati dan yang keluar parti tidak ada, cuma yang tersinggir mereka yang dipecat dan yang bertambah ialah mereka yang kononnya melompat parti dan kebanyakannya bukan melompat parti tetapi beberapa orang anak muda yang cukup 18 tahun didaftarkan secara tidak langsung oleh pemim pin Umno tempatan untuk menunjukkan pada pemimpin tertinggi mereka bahawa cawangannya bertambah ahli dan menunggu habuan sebagai balasan.
Pemimpin Umno tempatan runsing jika korum tidak cukup dan berlaku'mesyuarat atas kertas' sahaja akan diketahui oleh orang ramai yangf menjatuhkan kewibawaannya, juga boleh menjadi bahan modal bukan saja oleh parti seteru mereka, malahan ianya boleh menjadi umpat cela oleh pesaing-pesaing yang bakal menentang kepimpinan mereka dalam Umno itu sendiri.
Hakikatnya rata-rata ahli Umno memang sudah tidak berminat dengan Umno, parti perkauman sempit yang hanya tahu meniupkan semangat Melayu untuk menyedapkan hati ahlinya sementara pemimpinnya masih kekal meneruskan konsep kepentingan diri sendiri, kroni, rasuah dan penyelewengan kuasa.
Meredakan penghijrahan ahli ke parti alternetif, pemimpin yang berkepentingan ini akan memburuk-buruk parti lawan berpandukan propaganda akhbar / tv / radio arus perdana yang dikuasai Umno/Bn memang ditugaskan untuk mengada-adakan kehebatan Umno. Selain itu pemimpin Umno pertengahan pula akan menakut-nakutkan ahli-ahli Umno yang hendak keluar dari parti tersebut.
Musim ini musim 'Selamat Tinggal Umno' dan 'Jauhi Umno' dari anak muda malahan dari mereka yang telah sedar akan kepincangfan Umno itu sendiri sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Melayu! Hari ini rakyat bangun dengan suaru; Suara Rakyat Suara Keramat, Perjuangan Rakyat Untuk Rakyat, maka berduyun-duyunlah secara terang-terang dan senyap-senyap rakyat menyertai parti-parti Pakatan Rakyat!
0 comments:
Catat Ulasan