Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) Selangor menyokong gesaan keluarga arwah Aminulrasyid Amzah supaya kes remaja 14 tahun itu yang mati ditembak polis minggu lalu, disiasat oleh suruhanjaya diraja dan bukan inkues. Semalam, keluarga Aminulrasyid menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes tersebut. Mereka juga, katanya, membantah cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya inkues menyiasat kematian Aminulrasyid ditubuhkan. Dalam satu kenyataan, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, pergerakan itu juga turut menggesa ketua polis Selangor dan letua polis Negara agar mengembalikan maruah Aminulrasyid yang menurutnya tercalar ekoran dakwaan tidak berasas yang dikeluarkan sebelum ini. Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata: "Kita percaya PDRM (Polis Diraja Malaysia) masih berkeupayaan melaksanakan tugas dan amanah sebagai institusi keselamatan penting negara, namun imej mutakhir ini mencalar kepercayaan rakyat," tegas Khairul Anuar. "Justeru, kita mengharapkan pihak PDRM tidak beranggapan seolah-olah rakyat memusuhi mereka tetapi keprihatinan rakyat dan pimpinan politik serta masyarakat berkenaan isu ini semakin amat meningkat. Sewajarnya, tegas Khairul Anuar, kejadian tersebut menjadi titik tolak kepada PDRM untuk melaksanakan perubahan total terhadap standart dan prosedur PDRM serta memperbaiki kelemahan yang masih wujud. Menurutnya lagi, PDRM perlu melaksanakan perubahan total dan memperbaiki mutu kerja kalangan anggotanya. "Masih ada ruang untuk laksanakan pembaikan di segenap segi serta pertingkatkan prinsip profesionalismenya," tegas Khairul Anuar. |
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan