Nor Mohamed nafi beliau punca Pos Malaysia rugi..ha..ha...ada seorang bekas setpol tu ada duit juta-juta maa..!!!!




PULAU PINANG, 8 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia Bhd, yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta sejak beberapa tahun lalu.
“Saya tidak terbabit secara langsung dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat ini mempunyai lembaga pengarah dan keputusan ditentukan oleh lembaga pengarah termasuk Khazanah Nasional Bhd tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di sini hari ini, beliau berkata Khazanah Nasional terlibat dalam membuat keputusan kerana mempunyai wakil dalam lembaga pengarah syarikat tetapi mereka telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan terbaru yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Nor Mohamed sepatutnya memberi penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung Pos Malaysia.
Bagaimanapun, mengenai dakwaan lain oleh Zahrain berhubung pelantikan lapan individu dari Danaharta Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam GLC, Nor Mohamed berkata tiada masalah berhubung pelantikan itu kerana mereka berkemampuan untuk menerajui jawatan itu.
“Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana mereka yang dilantik berdasarkan kemampuan mereka, dan saya berpendapat kesemua mereka mempunyai kebolehan tersendiri untuk mengemudi tugas itu. Sebaliknya kita harus berbangga dengan kebolehan mereka sebagai anak Melayu yang dilantik menerajui GLC,” katanya.
Terdahulu, Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyampaikan wang tunai RM500 kepada 300 pelajar cemerlang SPM negeri itu.
Pelajar cacat penglihatan Teoh Bee Kah dari SMK Convent Pulau Tikus yang mendapat 4A+, 3A dan 3A- pada peperiksaan SPM tahun lepas juga dinamakan penerima hadiah khas berjumlah RM1,000.
Empat pelajar lain yang turut menerima hadiah khas adalah Nur Hazeerah Hashim dari SMKA (P) Al-Mashoor, Edwina Tang Chooi Wern dari SMK Convent Lebuh Light, M. Deepa dari SMK (P) St George dan Muhammad Harith Mohd Fauzi dari SMKA Al-Irshad yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum, masing-masing menerima RM1,000. — Bernama

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks