Altantuya, mengapa tak boleh kusebut namamu?



Dalam berita bertajuk "Sebut Altantuya, AMK Pahang Ditahan Polis", TV Selangor hari ini melaporkan:
Seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Nor Azwan Ramli dikatakan ditahan polis kerana didakwa menyebut perkataan Altantuya pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Mengikut Facebook Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat, tindakan Nor Azwan itu menyebabkan beliau berdepan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Mengikut laman sosial yang dikirim pada jam 1.50 petang ini, Nor Azwan pada masa ini ditahan di Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.

Tindakan polis itu menyebabkan pelbagai kecaman dan sindiran dipapar penyokong Pakatan Rakyat pada laman berkenaan.
Tu sebab aku dah kata banyak kali dah - kelaku, kelaku, kelaku! Kalau tak ada apa-apa yang busuk dan kotor yang hendak disorok, mengapa buat kelaku tak tentu hala?

Katakan anda dituduh belasah cendol yang disediakan khas untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor (mengapalah ada orang yang sampai hati memanggilnya badak liar), tetapi anda tak buat gitu, adakah anda fobia dan paranoid sangat kalau ada dok ejek-ejek "woi! Cendoi! Cendoi! Cendoi!"?

Kalau aku dituduh gitu dan diejek gitu, sikit pun aku tak rasa apa. Dah aku tak debik cendol tu dan aku tak bersalah, hampa jerit pi lah "Cendoi! Cendoi! Cendoi!" sampai pecah anak lidah pun, peduli apa aku. Mampoih pi kat hampalah!

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks