Umno-BN Guna Apco Lancar Kempen Antarabangsa Serang Anwar



KUALA LUMPUR 8 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata firma komunikasi pro-Zionis, Apco Worldwide kini sedang menjalankan kempen peringkat antarabangsa secara besar-besaran untuk memburukan imej dan peribadi beliau berikutan pendedahan mengenai hubungkait rapat syarikat tersebut dengan rejim Israel.
Anwar berkata Apco menjalankan rancangan rapi dikalangan pertubuhan Yahudi seluruh dunia dengan melabelkan beliau sebagai 'tokoh utama anti-Yahudi'.Khamis lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang didakwa anti-Yahudi dan ancaman kepada kaum Yahudi.
Justeru itu badan tersebut menggesa kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, supaya mendesak Washington memutuskan semua hubungan dengan Anwar.
Sementara itu Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan menangguh sesi pendengaran berkaitan pendedahan Anwar mengenai kaitan konsep 1 Malaysia dengan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh Apco.
"Saya telah kemukakan notis semalam supaya peguam pilihan saya ikut serta dalam prosiding jawatankuasa dan ini dibolehkan oleh peraturan mesyuarat.
"Pendengaran ditangguh untuk menetapkan samada peguam saya boleh datang duduk berbisik dan beri  saya nasihat atau peguam boleh berbicara. Mengikut tafsiran saya dan peguam kami sebaik peraturan mengatakan peguam dapat bersama ini maknanya peguam boleh buat 'submission' mengatakan pandangan atau soalan. Speaker akan pertimbangkan dan akan maklumkan keputusan kemudian dan akan beri notis tapi saya belum pasti bila saya patut hadir semula," kata beliau.
Ditanya mengenai tindakan parlimen menghadap beliau ke jawatankuasa parlimen itu, Anwar berkata ia bermotifkan politik.
"Tindakan mereka (Umno-barisan Nasional) menghadapkan saya kepada jawatankuasa ini adalah bermotifkan politik semata-mata dan menunjukkan niat mereka yang jahat untuk menghalang saya bergerak dan berbicara dalam parlimen. Mereka memilih untuk menyokong Apco yang nyata tercemar imej dan pendirian mereka termasuk dalam isu penglibatan bekas perisik tentera Israel (dalam projek IT Polis DiRaja Malaysia).
"Kempen agresif yang dijalankan Apco adalah dengan tujuan saya dihalang berbicara dengan mana-mana rakan di Eropah dan Amerika Syarikat," kata Anwar pada sidang media di lobi parlimen selepas menghadiri pendengaran Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tengahari tadi.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah sekeras-sekerasnya keputusan Pandikar Amin yang tidak membenarkan mereka mengikuti prosiding Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata keputusan speaker bertentangan dengan amalan parlimen yang dinyatakan di dalam Erskine May yang digunapakai oleh negara Komanwel.
"Kami bukan hendak mengambil bahagian di dalam pendengaran itu tetapi hanya ingin menjadi pemerhati. Ini memang sudah menjadi amalan biasa di mana ahli parlimen mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana pendengaran jawatankuasa parlimen.
"Apa yang hendak dirahsiakan, ini adalah parlimen di mana diamalkan demokrasi. Kita perlu mendengar apa yang berlaku di dalam pendengaran suoaya kita boleh terangkan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku, dan perkara yang dibincangakan adalah isu yang mempunyai bukan sahaja kepentingan awam dan negara malah signifikan di peringkat antarbangsa," kata Gobind yang mewakili rakan Pakatan Rakyat pada sidang media itu
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan speaker memberi persepsi kepada rakyat bahawa beliau bersikap partisan dalam mengambil keputusan.
"Impian negara mengamalkan demokrasi berparlimen dihancurkan oleh Umn-BN dan hanya sesuatu yang kosong kerana amalan parlimen tidak diendahkan langsung," kata beliau dalam nada kesal.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks