Apa kaitan Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Doraemon dengan kegiatan mencuri pasir?

 


SUHAIMI PENYAMUN 
TARBUS SUHAIMI PENYAMUN TARBUS  
Aku sudah pun berada di KLCC , makan dan minum di Madam Kwan.Berjumpa dengan beberapa budak UMNO yang disisih (kah kah kah) untuk tanya berita hangat dari dalam UMNO Selangor.

"Apa cerita baru" ? aku tanya.


"Sekarang ni kau mainkan isu Si Doraemon". kata mereka.

"Doraemon mana pulak ? " .aku tanya balik.

"Dato Suhaimi Gazali budak Khairy tu " . kata sambil berbisik.

"Bukan ke dia ni yang pergi sound Najib pasal Khairy tak dapat jadi Menteri tu ?".aku tanya lagi.

"Alah , Khairy ni bukan ada budak dah , semua dah lari , semua takut kena cop anti-Tun.....
cuma Si Suhaimi Doraemon ni jek , tu pun sebab dulu Khairy ada bagi dia kerja.....yang dokumen pasal dia sodok tanah merah dekat Sepang tu kau dah dapat kan ? " mereka tanya.

"Aku dah ada dah , tapi , kau tak bagi signal pun lagi , aku malas lah nak main kan pasal si gendut ni ..." aku jawab.

"Sekarang ni budak UMNO Selangor dah menyampah dengan dia ni , kes dia sound Dato Najib tu dah boleh jadikan alasan nak kenakan Si Doraemon ni....kau tolong sikit la boleh ? " mereka macam mintak tolong.

Sebelum aku teruskan perbualan ni , Ini antara laporan penuh SELCAT yang aku dapat ;

1.KSSB bebas dari sebarang tuduhan rasuah.
2.KSSB tidak ada kuasa untuk menangkap penyamun pasir kerana tidak termaktub dalam undang-undang Negeri , yang berkuasa menangkap penyamun adalah 3 badan ni iaitu ;
PTG , SPRM dan Polis.
3.KSSB sudah buat 40 laporan polis mengenai kes kecurian pasir Selangor sejak setahun lepas.
4.Tindakan susulan adalah mengharapkan supaya KSSB , PTG , SPRM dan POLIS untuk koordinasi bersama-sama menangkap penyamun-penyamun pasir yang menguasai 83 peratus kegiatan pasir curi !!!!
5.KSSB masih meneruskan pentadbiran seperti biasa , ini juga membuktikan KSSB faham prosedeur berkait undang-undang dalam melaksana tugas menjana pendapatan untuk negeri Selangor.
6. 3 AGEN YANG BERTANGGUNGJAWAB INI DIHARAP DAPAT MENANGKAP PENYAMUN PASIR SELANGOR INI , IAITU POLIS, SPRM DAN PENGUATKUASA PTG !

Rakyat Selangor mengaharapkan kerjasama pihak tuan-tuan !


"Si Doraemon ni ada tempat korek pasir dekat Sepang tu....kau tau tak ? " mereka sambung.

"Ye ke ? , mana kau tahu ? " aku tanya.

"Alah.....budak-budak ni semua cakap.......lepas tu bukan dia jaga budak-budak pun.... budak blogger paling ramai yang menyirap dengan dia nih.." dia sambung.

"Ada permit pasir ke Doraemon nih ? " aku tanya.

"Tu aku tak tahu la , tapi kalau kau boleh cari dokumen pasal dia ke , aku syak dia ni (Doraemon) dengan si Shukor tu ada terlibat...." mereka sambung.

"Shukor Kuang ? " aku tanya.

"Ye la , Si Thor tu ...ada hati nak jadi EXCO ....kah kah kah ..kau tahu tak kawasan DUN dia la paling banyak kes curi pasir tu ! " dia gelak.

"ok la .. aku try tengok macam mana ..apa aku boleh dapat..." aku cakap.

"Satu lagi , ada pesanan sikit...Dr Khir tu kau jangan la lanyak sangat, dia dah takde involve pasal pasir ni dah , dah cuci tangan dah.Kau jangan la main tabur je.Kesian kawan tu , kau nak aku bawak kau jumpa Dr Khir ? " dia tanya lagi.

"Buat apa ? " aku tanya.

"Kita kan sama Melayu , apa la nak gaduh-gaduh" dia sambung.

Selepas dalam beberapa ketika berbual perkara lain.Mereka sudah beransur.Aku masih di Madam Kwan  ni , menunggu seorang lagi 'informer'.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks