Adakah Menteri Dalam Negeri nak buktikan PM bohong?



Orang lain pun dah petik dia berita-berita di bawah. Saya copy and paste di sini sebagai rujukan masa akan datang. Yang saya nak tanya, adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein nak buktikan pembohongan abang pupu dia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Saya tak tuduh. Saya tanya ja.

A friend told me the stock market turns topsy-turvy today as a result of Najib's answer in Parliament about that bloody sports betting. Mana aku tau. Aku bukan main saham.

Lesen belum dikeluarkan kepada Ascot Sports - PM
KUALA LUMPUR, 7 Jun 2010 (Bernama) - Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Isnin.

Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini.
Bantu kerajaan tangani isu judi bola sepak - Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 7 Jun 2010 (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya.

Bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika Piala Dunia, Hishammuddin berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini, katanya.

Awal tahun ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan (komen-komen di sini).


0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks